I Like You The Best

I Like You The Best




“Kau ni tak habis-habis perhatikan dia dari pagi tadi. Dah macam stalker aku tengok kau ni.” Tegur Hyun A mengejutkan lamunan Soo Ah.

“Ish kau ni. Diamlah. Nanti dia perasaan mati aku.” Marah Soo Ah.


“Dah lah. Jom masuk kelas. Loceng dah nak bunyi ni. Nanti tak sempat pulak nak makan.” Kata Gayoon. Mereka bertiga pun terus berlalu dan menuju ke kelas.

“Soo Ah. Kau tak bosan ke asyik perhatikan dia dari jauh je. Cubalah tegur dia.” Kata Hyun A dengan mulut penuh.

“Mwo? Takkan lah aku yang nak tegur dia. Seganlah aku.” Balas Soo Ah.


“Apa pulak segan. Cubalah tegur. Manalah tau ‘cinta’ kau tu berbalas.. Lagipun dah lama kau asyik perhatikan dia. Dari mula dia masuk sekolah ni lagi. Kalau kau lambat abis lah kau. Melepas nanti.” sakat Gayoon pula.


“Erm. Tengoklah dulu.” “Hoi. Apa cerita ni? Kenapa tak tunggu kami? Kami nak tahu jugak.” Sampuk Gikwang dari belakang. Junhyung hanya mengaggukkan kepalanya. Lalu tanpa disuruh mereka menarik kerusi yang kosong dan menyertai mereka bertiga. Hubungan mereka berlima memang rapat sejak masuk sekolah itu lagi.



“Cepatlah kemas barang kau tu. Lambat lah kau ni.” Marah Gayoon.


“Sabarlah.” Balas Soo Ah tanpa memandang Gayoon.


“Okay. Jom.” Mereka berdua melangkah meninggalkan kelas. Hyun A sudah balik bersama oppanya. Ketika kusyuk berbual tiba-tiba DooJoon melintasi Nurul dan Gayoon. Soo Ah hanya dapat memandang DooJoon tanpa dapat mengeluarkan kata-kata. Soo Ah memandang DooJoon sampailah kelibat DooJoon menghilang. “Virus betullah DooJoon tu. Angau betul kau dekat dia.” Usik Gayoon.


“Virus?” tidak semena-mena bait-bait lagu Virus<BEAST> keluar dari mulut Soo Ah. “Ya. Dia adalah virus kepada aku.” Kata Soo Ah sambil tersenyum.

Keesokan harinya
Sewaktu rehat Soo Ah terserempak dengan DooJoon. Dia cuba melarikan diri daripada DooJoon, tetapi malangnya dia tersadung kaki kerusi lalu terjatuh.


“Aigoo... Malunya..” Keluh Soo Ah sambil mengharap DooJoon tidak perasan akan kejadian itu.


“Awak okay?” soal DooJoon sambil memerhatikan Soo Ah.


“Mari saya tolong..” Kata DooJoon sambil menghulurkan tangannya. Muka Soo Ah memang merah padam. Dia menahan malu. Tetapi dia sambut juga tangan DooJoon. 


“Kasahamnida.” Ucap Soo Ah.


“Jom duduk kat atas kerusi tu.” Pelawa DooJoon. Soo Ah teragak-agak mahu menerima pelawaan DooJoon, tetapi dia tidak mahu melepaskan peluang ini.


“Awak okay tak? Nah. Ambil sapu tangan ni lap kain awak tu” kata DooJoon sambil menghulurkan sapu tangannya.


“Saya okay. Sikit je ni. Mianhae sebab susahkan awak.”


“Tak ada apa-apa lah.” Kata DooJoon sambil memberikan senyuman kepada Soo Ah.


“Omo. Senyuman itu lah yang aku selalu tunggu dari kau.” Kata Soo Ah dalam hati.
“Eh, siapa nama awak ye? Dari kelas mana?” Tanya DooJoon dengan ramah.


“Park.. Soo.. Ah imnida. Da..ri.. kelas.. 3 Cimos.” Jawab Soo Ah tergagap-gagap. “Owh. Saya Yoon Doo Joon dari kelas 4 Siber.”


“Aku dah lama tahu DooJoon. Dah 5 bulan aku perhatikan kau.”  Kata Soo Ah dalam hati.


 “DooJoon. Kau nak makan ke tak nak ni? Aku dah lapar ni. Cepat sikit.” Laung Yoseob dari jauh. Dongwoon tanpa menghiraukan DooJoon dan Yoseob terus berlalu pergi dengan makanannya. “Maaf. Saya terpaksa pergi dulu. Annyeong.”




“Unnie tengok kamu ni asyik pandang DooJoon je. Ada apa-apa ke dengan dia? Kamu suka DooJoon ye? Boleh unnie tolong recommendkan kamu dekat DooJoon.” kata Unnie G.NA sewaktu mereka berjumpa di kedai kek.


Soalan yang keluar bertubi-tubi dari mulut G.NA unnie membuatkan Soo Ah hampir tercekik kek yang dimakannya.


“Apa unnie merepek ni? Saya tak ada apa-apalah dengan DooJoon. Tapi…saya tak tahu lah. Bila pandang muka DooJoon saya jadi tak keruan. Tak tentu arah. Unnie tahu tak kenapa?”


“Wow!You are IN LOVE!!”kata G.NA teruja.


“Mwo??” merah padam muka Soo Ah diusik G.NA unnie. G.NA unnie hanya ketawa melihat gelagat Soo Ah.


Di Sekolah, waktu rehat.
“Cepatlah tegur dia. Kalau lambat nanti Gayoon dengan Hyun A masuk kau langsung tak ada peluang nak cakap dengan dia.” Kata Junhyung.
Bagaikan dikawal, Gikwang terus menuju ke arah meja Soo Ah.

“Annyeonghaseyo Soo Ah. Dah makan ke?” sapa Gikwang.


“Dah. Kenapa dengan kau ni? Tiba-tiba je peramah hari ni? Mimpi apa semalam?” sindir Soo Ah. Walaupun hatinya terguris sedikit dengan kata-kata Soo Ah, Gikwang tetap memberikan senyuman.


“Jom ikut aku. Aku ada benda nak bagitahu kau.” Kata Gikwang lantas menarik tangan Soo Ah.


“Buat apa kau bawa aku ke sini?” Tanya Soo Ah.


“Aku nak bagitahu sesuatu dekat kau ni. Aku harap kau tak terkejut.”


“Herm.. Apa dia. Cakap cepat. Waktu rehat dah nak habis ni.”


“Aku sukakan kau Soo Ah. Tolonglah terima aku. Aku tak nak kau lepas ke orang lain.”


“Mwo?!” bulat mata Soo Ah.


“Mian Gikwang. Aku tak dapat terima cinta kau. Aku menyukai orang lain. Lagipun aku anggap kau sebagai kawan baik je. Harap kau faham. Dan untuk pengetahuan kau. Ada seseorang yang lebih menyukai kau dari dulu lagi dan kau memang kenal dengan orang tu. Kau cuba lah rapat dengan orang tu.” Jelas Soo Ah dengan baik dan berharap tidak melukakan hati Gikwang.

Hari ini Soo Ah terpaksa balik berjalan kaki. Appanya tidak dapat mengambilnya kerana ada tugas luar. Oppanya, Hyunseung pula balik lewat kerana menghadiri kelas tambahan. Sewaktu dia ingin melintasi jalan raya, tiba-tiba sebuah kereta hitam meluncur laju melanggar Soo Ah. Dia ternampak DooJoon berlalu ke arahnya Tetapi sudah terlambat Soo Ah tidak sedarkan dirinya. Dia hanya dapat mendengar jeritan DooJoon memanggil namanya.


Di hospital
Soo Ah membuka matanya dan wajah Hyunseung berada di hadapannya.


“Donsaeng.” Panggil Hyunseung. Hyunseung amat risau akan keadaan satu-satunya donsaengnya.


 “Oppa.” Sahut Soo Ah lemah.

“DooJoon mana? Dia taka pa-apa ke?” Tanya Soo Ah. Tiba-tiba pintu wad terbuka. DooJoon melangkah masuk.


 “Awak okay tak Soo Ah? Macam mana keadaan awak?” soal DooJoon.


“Oppa. Boleh tak Soo Ah nak bercakap dengan DooJoon kejap?” pinta Soo Ah Hyunseung mengangguk dan terus melangkah keluar dari wad dan menutup pintu wad.


“Awak nak cakap apa dengan saya?”


“Kasahamnida sebab selamatkan saya. Awak nak tahu sesuatu tak? Sebenarnya saya dah lama perhatikan awak. Dari awal tahun lagi.” Kata Soo Ah jujur.


“Patutlah saya rasa ada orang yang asyik perhatikan  saya. Awak rupanya.” Kata DooJoon sambil tergelak kecil.


“Maafkan saya sebab asyik perhatikan awak. Tapi saya nak bagi awak sesuatu yang lebih penting.”


“Kenapa serius sangat ni?” soal DooJoon keanehan.


“Saya cintakan awak DooJoon. Saranghaeyo.” Selepas mengucapkan kata-kata itu Soo Ah terus tidak sedarkan diri.


Tiga bulan kemudian
“Awak nampak tak bintang tu. Zodiak awak kan? Capricorn.” Kata DooJoon sambil menunjuk ke arah bintang itu lalu mencuit hidung Soo Ah. Mereka ketawa bersama-sama.


“Awaklah virus saya, DooJoon.” Luah Soo Ah. “I like you the best, Soo Ah.”  Mereka berdua tersenyum riang. Soo Ah memeluk erat tubuh DooJoon.

Sejak Soo Ah terselamat dari kemalangan dan meluahkan perasaannya kepada DooJoon, akhirnya mereka menjadi pasangan kekasih yang bahagia. Gikwang bercinta dengan Gayoon. Hyun A pula dengan Junhyung. Mereka telah bertemu dengan cinta masing-masing. <END> 

No comments: