Spirit of the VILLA ~ CHAPTER 8


            Jiyoon mengintai Sohyun dari balik pintu. Dy sungguh terkejut kerana Sohyun bercakap seorang diri. dy tidak dapat melihat sesiapa berada dalam bilik itu kecuali Sohyun. Tapi siapa Chansung? Itu yg bermain difikirannya sekarang.

            “Adakah Chansung kekasih lama Sohyun? Dy masih fikirkan tentang lelaki itu. kalau macam tu baguslah. Peluang baik ni.” Kata Jiyoon sendirian sambil tersenyum sinis. Kemudian dy terus berlalu dan meninggalkan Sohyun di situ.

            “Chansung ah! Awak pergi mana?” Soal Sohyun lalu bangun dan memeluk lelaki yg bernama Chansung itu. Lelaki itu membalas pelukannya. Sohyun berasa selesa berada dalam pelukan lelaki yg sudah lama dy tidak jumpa.

            “Hyuna. Saya minta maaf,” ucap lelaki itu. lalu menghilang dari pelukan Sohyun seperti asap. Sohyun bagaikan tersedar dari mimpi dan tergamam.

            “Siapa Hyuna? Kenapa aku macam ni?” Soal Sohyun macam org amnesia.

            “Akulah Hyuna,” tiba2 ada satu suara bergema dan ia datang dari cermin meja solek bilik itu. Sohyun cepat2 menoleh ke arah cermin itu. dy terlihat imej seorang perempuan yg sangat cantik. Tp mukanya sayu, matanya redup. Dari pandangan matanya ternyata perempuan itu menyimpan seribu satu masalah yg harus dy tanggung. Sohyun menghampiri cermin tersebut lalu menyentuh wajah perempuan itu. Tiba2 bagaikan ada suatu roh yg masuk ke dalam diri Sohyun. Mata Sohyun terpejam kerana berasa sangat pening.

            Apabila mata Sohyun dibuka. Suasana menjadi lain. Dy tidak berada di dalam bilik itu lg.

20 tahun lalu (Imbas kembali)
Cut scene 1
            Sebuah kereta berwarna biru gelap meluncur laju menuju ke Gwangmyeong. Terdapat seorang pemandu, seorang lelaki disebelah pemandu dan 2 org lelaki di belakang bersama seorang perempuan yg tangannya diikat dan mulutnya disumbat dengan kain, matanya turut ditutup dengan kain. Perempuan itu sedang terbaring xsedarkan diri mungkin pengsan.

Cut Scene 2
Suasana disebuah bilik yg agak besar. Mungkin bilik utama sesebuah rumah banglo. Perempuan tadi diikat pula disebuah kerusi. Dy masih xsedarkan diri dan kepalanya lentok. Seorang lelaki berjaga di hujung penjuru bilik itu. Tiba2 dua org lelaki masuk dengan muka bengis, lelaki yg berjaga td cepat2 bangun dan tunduk hormat.

            “Kita nak buat apa dengan perempuan ni?” Soal salah seorang lelaki yg masuk tadi.

            “Jangan buat apa2 sehingga boyfriend kesayangan dy datang..muahahahaha!” ketawanya dengan kuat.

Cut scene 3
            Suasana bilik itu menjadi hingar bingar dengan kekecohan yg berlaku. 2 org lelaki sedang memegang pistol dan diacukan kepada seorang lelaki yg berada di muka pintu. Perempuan yg diikat itu sudah sedar dan sedang menangis ketakutan. Lelaki jahat yg berada disebelahnya menggenggam rambutnya dengan kuat.

Cut scene 4
            Bang!! Satu das tembakan dilepaskan. Peluru pistol tersebut meluru dengan sangat pantas dan mengenai tepat pada dahi perempuan itu. matanya terbuntang luas dan darah tersembur keluar dari mulut perempuan itu. Nafasnya tercungap-cungap seketika dan kemudian dy mati di situ juga.

            “Hyuna!!!!” Jerit lelaki yg berada di muka pintu tadi.


Sekarang..
            “Berhenti! Berhenti! Cukuplah!” Raung Sohyun sambil menggeleng-gelengkan kepalanya dan menutup telinga. Dy menangis sambil menjerit seperti kena hysteria. Dy menjauhkan dirinya dari cermin itu dan terduduk di birai katil sambil menangis teresak-esak. Imej perempuan di cermin sudah hilang.

Wooyoung dan Gayoon berlari ke bilik Sohyun apabila mendengar jeritan Sohyun sebentar tadi. Jiyoon turut mendengar jeritan itu tapi buatt tidak endah saja. Dy terus memasang mp3nya menggunakan earfon. Apabila masuk ke dalam bilik, Wooyoung terus memeluk Sohyun yg masih menangis. Gayoon pula cepat2 menutup tingkap yg entah bila terbuka. Semasa dy hendak menutup tingkap, Gayoon terlihat kelibat seorang perempuan berpakaian putih merenung ke arah bilik itu dengan tajam. Dy berpendapat itu hanya perasaannya saja dan cepat2 menutup tingkap.

            “Apa yg berlaku Sohyun?” Soal Gayoon. Wooyoung masih menenangkan Sohyun yg memeluknya dengan erat sekali. Sohyun masih tidak berhenti menangis.

****
            “Kenapa dy serang Sohyun, oppa?” Soal Jihyun.

            “Nampaknya dy suka dekat Sohyun,” balas Junho selamba.

            “Macam mana perempuan boleh suka dekat perempuan?” Tanya Jihyun sambil memandang ke atas. Junho mengetuk kepala Jihyun dengan kuat. Jihyun menjerit kesakitan.

            “Kalau x loyar buruk xboleh ke?” Marah Junho.

            “Kan cita2 saya memang nak jadi lawyer. Cuma xkesampaian je,” balas Jihyun dengan sedih.
Junho berasa kasihan melihat Jihyun begitu. Cita2 nak jadi lawyer last2 jadi pengintip. Apalah nasib.

****
            Taecyeon, Junsu dan Nickhun baru balik dari membeli makanan. Mereka balik dengan gembira pada malam itu tanpa mengisahkan yg mereka masih mempunyai kertas terakhir esok. Sebenarnya makanan itu untuk mereka bertiga sahaja. Dorang xde niat pon nak beli untuk satu rumah.

Di bilik ‘Jejaka Idaman’
Junsu dan Nickhun masih melantak makanan itu secukupnya. Taecyeon masih memeriksa gambar yg ada dalam kameranya. Tiba2 dy tergamam dan terpegun. Taecyeon menggagau-gagau tangnnya memanggil Junsu dan Nickhun. Kenikmatan makan mereka diganggu oleh Taecyeon dan mereka menghampiri Taecyeon.

            “Korang tgk. Gambar ni kan aku dah delete semalam,” kata Taecyeon sambil menunjukkan satu gabar kepada mereka berdua. Ya. Gambar perempuan ‘cantik’ yg mereka tangkap semalam dan telah Taecyeon delete itu masih ada dalam kamera Taecyeon entah mcm mana.

            “Eh, aah lah. Aku saksi kau delete gambar itu. tapi….” Tiba2 Junsu menjadi seram sejuk.

            “Apa ni?” Soal Nickhun sambil meramas rambutnya.

Malam itu mereka bertiga tidak dapat tidur lena memikirkan tentang perempuan yg menyeramkan itu. mereka asyik dibayangi oleh kelibat perempuan itu. Mereka juga tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka dan menyebabkan mereka langsung tidak mengulangkaji.

Esoknya di university.
            Jihyun perlahan-lahan menghampiri Nickhun yg sedang duduk termenung seorang diri. inilah peluangnya hendak bercakap dengan Nickhun kalau tak Nickhun asyik bersama Jiyoon je. Dah lah perempuan itu menjelikkan. Benci pula Jihyun tengok dy. 

“Hai Nickhun!” Sapa Jihyun tiba2.

            “Argh! Hantu!” Jerit Nickhun sambil meronta-ronta.

            “Nickhun ah! Ni sayalah. Jihyun!” kata Jihyun sambil menggoncangkan badan Nickhun.

            “Jihyun ah. Boleh tak jangan buat saya terkejut,” marah Nickhun lalu terus bangun meninggalkan Jihyun yg terpinga-pinga.

            “Kenapa dengan Nickhun ni?” Soal Jihyun sambil terus berjalan pergi dari situ.

****
            Junsu tidak dapat menumpukan terhadap kertas soalannya. Fikirannya betul2 terganggu dengan perempuan itu. Dy asyik termenung saja sepanjang hari itu. Beberapa lama Junsu termenung, entah macam mana tangannya bergerak sendiri tanpa dy sedari. Tangannya menconteng sesuatu dikertas jawapan. Apabila Junsu sedar, dy baru perasan akan apa yg ditulisnya.

            “TOLONG AKU!!!” itu lah yg tertulis di kertas jawapan Junsu menggunakan pen dakwat merah. Junsu sungguh terkejut melihat tulisan itu. dy menelan air liur beberapa kali dan menelan air liurnya. Dy cepat2 merenyuk kertas tersebut lalu dibuangnya dan terus menjawab dikertas yg lain.

Lepas habis kelas
            Junsu, Taecyeon dan Nickhun berjalan pulang bersama-sama. Namun mereka tidak berniat hendak pulang ke villa tapi mereka singgah di sebuah restoran untuk merehatkan minda.

            “Weyh Junsu, apahal diam je dari td?” Soal Taecyeon.

            “Perempuan tu kacau aku,” ucap Junsu.

            “Dy kacau macam mana?” Tanya Taecyeon lg.

            “Td masa aku jawab exam tiba2 je tangan aku bergerak sendiri menulis sesuatu. Bila aku sedar ada satu tulisan pelik…” Junsu terhenti.

            “Tulis apa?” Soal Nickhun yg ingin tahu.

            “Tolong aku!!” kata Junsu dengan suara garau.

Nickhun berasa terkejut dan terus memeluk lengan Taecyeon. Junsu pula masih berasa runsing.

            “Dah lah. Fikiran kau je tu. dah. Sambung makan,” kata Taecyeon untuk menenangkan hati mereka berdua.

Seseorang sedang memerhatikan mereka dari jauh. Ya. Seorang perempuan. Perempuan yg mereka jumpa tempoh hari. Sekelip mata perempuan itu hilang entah ke mana.

2 hari kemudian…
Sohyun sedang termenung di dalam bilik utama villa itu. Tiba2 Wooyoung masuk ke dalam bilik itu dan menuju ke arah Sohyun. Sohyun langsung tidak mengendahkan Wooyoung dan masih lg duduk tegak termenung.

            “Sohyun ah. Saya ada benda nak cakap dengan awak,” ucap Wooyoung sambil menyentuh bahu Sohyun. Namun tiada reaksi daripada Sohyun. Wooyoung agak pelik lalu menggoncangkan badan Sohyun.

            “Yah Sohyun ah!” Panggil Wooyoung lg. Kali ini dy memusing tubuh Sohyun menghadap dirinya. Apabila Sohyun bertentangan dengannya, dy berasa sungguh terkejut lalu menjerit dengan kuat dan terundur kebelakang.

            Wajah Sohyun lain. Wajahnya pucat, matanya kuyu, bibirnya terdapatt kesan lebam dan di dahinya terdapat lubang di mana cecair merah pekat mengalir. ‘Sohyun’ merenung Wooyoung beberapa lama dengan tenungan yg menyeramkan.

            “Wooyoung. Waeyo?” Sapa Sohyun dari belakang. Wooyoung cepat2 menoleh ke arah Sohyun.

            “Sohyun ah. Awak …” Wooyoung menoleh semula ke arah ‘Sohyun’ td namun tiada sesiapa pun di situ. Dy menarik nafas lega.

            “Kenapa Wooyoung?” Tanya Sohyun dengan pelik.

            “Tak. Xde pape,” ucap Wooyoung lalu memeluk Sohyun dengan erat. Sohyun berasa pelik namun dy membalas juga pelukan Wooyoung itu.

To be continue…

<<---Chapter 7        |        Chapter 9--->>

No comments: