There Is No Tomorrow ~ EPILOGUE


            Tiba harinya untuk Seung Hwa dan Hongbin pergi mendaftar perkahwinan mereka. Pagi itu mereka berdua bangun awal dengan wajah gembira. Setelah bersiap, kira-kira pukul 11 pagi mereka sudah bersedia hendak keluar.

            “Sayang tunggu kejap, oppa pergi panaskan kereta,”

            Seung Hwa mengangguk sambil tersenyum. “Good luck unnie. Hehe. Cepat-cepat balik tau orang mengandung tak boleh berjalan banyak,”

            “Banyaklah kau. Baru berapa bulan,” balas Seung Hwa sambil tersenyum.

            Tidak lama kemudian, Hongbin memanggil Seung Hwa. Seung Hwa bangun dan berhadapan dengan Jin Ah dan Taekwoon.

            “Unnie pergi dulu eh,”

            Jin Ah mengangguk. Entah mengapa Seung Hwa terasa ingin sekali memeluk adiknya itu dengan erat seperti tidak mahu berpisah. Lantas Seung Hwa terus memeluk badan Jin Ah dengan erat.

            “Jin Ah jaga diri tau, unnie sayangkan Jin Ah sangat-sangat,”

            Jin Ah meleraikan pelukan lalu memandang Seung Hwa. “Unnie cakap apa ni? Unnie tu jaga diri. Jin Ah pun sayang unnie. Dah, nanti Hongbin oppa marah pula unnie lambat keluar,” sebenarnya Jin Ah dapat rasakan sesuatu yang aneh tentang kakaknya.

            Seung Hwa memandang Taekwoon pula. Tiba-tiba sahaja dia terus memeluk Taekwoon dengan erat. “Jaga Jin Ah baik-baik tau. Bahagiakan dia dan jangan berani sakitkan dia. Ingat ya, adik ipar,” sempat lagi Seng Hwa bergurau. Walaupun Taekwoon lagi tua daripadanya, Taekwoon tetap adik iparnya. Seung Hwa meleraikan pelukan kepada tersenyum kepada mereka berdua.

            Taekwoon agak terkejut dengan perangai Seung Hwa yang agak pelik ini. Dia seperti mahu pergi jauh tetapi dia dan Hongbin hanya keluar sekejap untuk mendaftar perkahwinan sahaja. Taekwoon menolak fikiran yang bukan-bukan dari kepalanya.

            Selepas itu, Seung Hwa melangkah keluar dari rumah. Dia melambai ke arah Jin Ah dan Taekwoon sebelum masuk ke perut kereta. Hongbin turut berbuat perkara yang sama. Setelah kereta yang dinaik Seung Hwa dan Hongbin beredar, mereka berdua masuk semula ke dalam rumah.
           


            “Oppa nak bawa sayang ke satu tempat dulu. Lepas tu baru kita pergi daftar perkahwinan ye,”

            Seung Hwa hanya mengangguk. Hongbin menumpukan perhatian kepada pemanduannya. Dia memandu sehingga ke satu tempat. Times Square. Seung Hwa memandang Hongbin.

            “Kenapa pergi sini?”

            “Nak sambut Christmas dengan sayanglah. Ni lah tempat yang oppa cakap dan bawa sayang, haritu. Sayang masuk dulu, tunggu dekat tingkat bawah, bawah pokok Christmas tau.”

            “Oppa nak pergi mana?”

            “Oppa nak ambil hadiah dengan cincin untuk sayang,” balas Hongbin sambil mengusap lembut kepala Seung Hwa.

            Seung Hwa mengangguk. Sebelum dia keluar dari kereta, dia mencium bibir Hongbin agak lama. Kemudian dia melangkah keluar dengan senyuman. Setelah Seung Hwa masuk, Hongbin terus memandu keretanya menuju ke satu tempat.

            Seung Hwa teruja dengan kecantikan dekorasi di dalam bangunan Times Square tersebut. Dia mengikut arahan Hongbin supaya menunggunya di bawah pokok Christmas. Sementara menunggu di situ, dia tersenyum sambil melihat suasana di situ. Dia tersenyum melihat ada beberapa pasangan yang gembira sekali bergambar di pokok pine tersebut. Mereka sungguh mesra dan bahagia.

            Tanpa disedari, seseorang sedang memerhatikannya dari satu sudut.

Sementara itu,
            Hongbin pergi ke kedai barang kemas. Sebenarnya dia sudah menempah sepasang cincin khas untuk mereka berdua. Dia ingin menyarungkan cincin itu di jari manis milit Seung Hwa. Hongbin tersenyum saat melihat cincin tersebut. Sudah terbayang wajah gembira Seung Hwa ketika dia menyerahkan cincin tersebut.

            Setelah membayar harga cincin tersebut, Hongbin melangkah pula ke kedai hadiah. Dia mahu membelikan hadiah istimewa buat Seung Hwa sempena hari Christmas dan perkahwinan mereka. Agak lama dia memilih akhirnya dia bepuas hati dengan pilihannya. Dia sekali lagi tersenyum lebar. Kemudian dia mengerling ke arah jam tangannya.

            “Alamak, dah lambat,” ucap Hongbin. Dia terus melangkah menuju ke parking lot.

            Tanpa disedari, seseorang sedang memerhatikannya. Sebenarnya sejak tadi dia telah mengekori Hongbin sehinggalah sekarang. Setelah melihat Hongbin menyimpan hadiah di tempat duduk belakang dan keluar dari kereta semula, lelaki itu terus menghampiri Hongbin.

            Hongbin terkejut dengan kehadiran lelaki itu. “Kau siapa?”

            Lelaki itu meletak laras pistolnya di perut Hongbin. Dia tidak menjawab soalan Hongbin dan terus sahaja melepaskan tembakan. Mata Hongbin terbuntang apabila peluru itu menusuk ke perutnya. Setelah itu lelaki tersebut terus melarikan diri dari situ. Hongbin jatuh terjelepok di lantai sambil menahan kesakitan.

            “Siapa..??” Pandangan Hongbin semakin kabur. Dia tidak kisah siapa lelaki itu lagi.

            “Seung Hwa? Dia mesti tengah tunggu aku balik,”

            Hongbin sedaya upaya bangun. Lututnya menggeletar sementara badannya terasa begitu lemah dengan kesakitan yang mula menjalar ke seluruh badan. Perlahan-lahan dia masuk ke dalam kereta. Darah sudah mengalir banyak dari perutnya. Peluh juga sudah membasahi dahinya.

            “Seung…. Hwa…. Tunggu… oppa… kejap….” Ucap Hongbin tersekat-sekat sambil tangannya menggeletar memulas kunci untuk menghidupkan enjin keretanya.

            Dengan kesakitan masih menjalar, Hongbin memandu keretanya keluar dari parking lot. Dia tidak kira, dia harus sampaikan hadiah dan cincin itu kepada Seung Hwa pada hari itu juga.





SEUNG Hwa sering kali membelek jam tangannya. Walaupun sudah agak lama menunggu, dia masih menunggu Hongbin untuk datang. Dia tersenyum sendirian sambil membelek jam tangan yang dihadiahkan oleh Hongbin satu ketika dahulu.

            “Mana Hongbin oppa?” Soal Seung Hwa sambil menoleh kepalanya ke kiri dan ke kanan untuk mencari kelibat Hongbin tetapi langsung tidak kelihatan. Dia masih menunggu.

            Seorang lelaki yang tidak dikenali melangkah menghampiri Seung Hwa dan terpacak di hadapan Seung Hwa. Melihat sepasang kaki milik lelaki, Seung Hwa terus mendongak kepalanya sambil tersenyum lebar.

            “Hongbin oppa….” Tetapi senyumannya mati serta-merta kerana lelaki itu bukan Hongbin.

            Lelaki itu tersenyum sinis memandang Seung Hwa. “Kenal aku lagi?” Tanya lelaki itu.



Di rumah,
            “Oppa, Jin Ah rasa tak sedap hatilah pasal unnie,” luah Jin Ah sambil memandang Taekwoon.

            Taekwoon mengangguk. “Jom kita cari unnie,” pinta Jin Ah.

            “Pasti?” Jin Ah mengangguk.

            “Jom,”

            Jin Ah dan Taekwoon bangun dan keluar dari rumah. Mereka keluar dengan kereta milik Taekwoon. Sebenarnya mereka tidak berapa tahu hendak mencari Seung Hwa di mana.




            “Kau!!” Seung Hwa sudah cuak dengan wajah lelaki yang dikenalinya. Salah seorang orang upahan Alexander yang paling setia.

            “Well, aku datang nak langsaikan arahan bos aku,”

            Seung Hwa sungguh terkejut mendengar kata-kata lelaki itu. “Kau tunggu siapa? Hongbin tu? Aku rasa dia dah….” Lelaki itu meletakkan ibu jarinya dileher lalu menarik jari itu sekeliling lehernya sambil menjelir lidah.

            “Tak guna!” Seung Hwa mencekak kolar baju lelaki itu.

            Tetapi tindakannya terbejat kerana lelaki itu telah meletakkan sepucuk pistol di perutnya. Seung Hwa terundur ke belakang beberapa tapak. Lelaki itu masih dekat dengannya. Pistol itu tidak mudah dilihat oleh orang lain kerana sedikit tersembunyi. Hanya laras silencer sahaja yang sedikit kelihatan.

            “Aku akan hantar kau berjumpa dengan Hongbin tak lama lagi,” lelaki itu sekali lagi tersenyum sinis.



Sementara itu,
            Perut Hongbin semakin perit dan pedih. Dia juga tidak dapat menumpukan kepada pemanduannya. Keretanya sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Akhirnya Hongbin membuat keputusan untuk berhenti di bahu jalan. Dia menarik nafas dalam-dalam dan ternyata sukar untuk dia menghirup udara lagi.

            “Seung Hwa… Oppa… minta maaf…. Oppa dah… tak… ta..han… lagi….” Ucap Hongbin sambil membelek baldu cincin yang telah pun berlumuran dengan darahnya.

            “Maafkan oppa….” Hongbin menggenggam erat baldu cincin itu dan dibawa ke dadanya. Pandangannya mulai kabur lalu dia memejam matanya dengan erat. Nafasnya juga sudah semakin perlahan. Tidak lama kemudian, kepalanya terlentok lemah ke sebelah kanan. Nafasnya sudah berhenti tetapi tangannya masuk menggenggam baldu cincin itu.




            “Oppa, Jin Ah rasa makin tak sedap hati. Jin Ah asyik terbayangkan Hongbin oppa. Tolonglah jangan jadi sesuatu,” ucap Jin Ah dengan muka risau.

            “Jangan risau sayang. Dorang okay je tu,” Taekwoon hanya ingin menyedapkan hati isterinya sahaja. Sudah beberapa kali dia cuba menghubungi Hongbin dan Seung Hwa tetapi masing-masing tidak menjawab panggilannya.

            “Oppa! Kita pergi Times Square,” tiba-tiba dia teringat tempat itu walaupun dia jarang pergi. Entah mengapa firasat kuat mengatakan yang kakaknya berada di situ.

            Taekwoon mengangguk sambil menekan pedal minyak, kereta itu meluncur laju menuju ke Times Square.





            Seung Hwa sudah terjelepok jatuh di atas lantai dengan berlumuran darah. Tangannya yang memegang perutnya yang membuakkan banyak darah. Lelaki yang menembaknya tadi sudah pun melarikan diri sebelum orang ramai tiba di situ. Seung Hwa bertarung dengan nyawanya ketika itu. Orang ramai mengerumuni Seung Hwa. Ada yang cuba membantu tapi tak mampu. Ada yang sudah menelefon ambulans. Nafas Seung Hwa tercungap-cungap sambil menahan sakit. Peluh telah membasahi dahinya. “Hong…bin…op…pa…” Saat itu dia masih lagi mencari kelibat Hongbin yang tidak juga kunjung tiba.

            “UNNIE!!!!!” Jerit Jin Ah kuat sambil merempuh orang yang mengerumuni Seung Hwa.

            Apabila dia sampai di Times Square, dia ternampak orang ramai sedang mengerumuni pokok Christmas tersebut. Perasaannya semakin tidak sedap lantas menghampiri kumpulan orang itu. Apabila ternampak wajah kakaknya, dia terus sahaja merempuh semua orang yang ada di situ.

            “Jin… Ah….” Panggil Seung Hwa tersekat-sekat sambil menggenggam tangan Jin Ah yang sedang memangkunya.

            “Kenapa jadi macam ni unnie? Siapa yang buat?” Tanya Jin Ah sambil menangis teresak-esak.

            Seung Hwa hanya menggeleng sambil menahan sakit. “Hong…bin… op…pa… ke..na…pa.. dia.. tak… da…tang..?” Tanya Seung Hwa dengan matanya yang terpejam.

            Jin Ah memandang Taekwoon. Kemudian dia memandang Seung Hwa pula. “Taekwoon oppa call Hongbin oppa. Kejap lagi dia sampailah. Unnie, bertahan ye sampai ambulans datang,” pujuk Jin Ah dengan esakan yang semakin kuat. Dia tidak tahan melihat keadaan kakaknya ketika itu.

            Seung Hwa tersenyum sedikit tetapi nampak sedikit pelik senyumannya kerana dia sedang menahan sakit. Dia mencelik matanya sedikit. “Hadiah Christmas Jin Ah dengan Taekwoon oppa ada dalam bilik unnie. Nanti ambil ye,” pesan Seung Hwa.

            “Tak nak. Jin Ah nak unnie sendiri yang bagi,”

            Seung Hwa mengangkat tangannya perlahan-lahan ingin menyentuh pipi Jin Ah lantas Jin Ah mencapai tangan Seung Hwa dan diletakkan di pipinya. “Janganlah macam ni sayang… unnie…. Dah… tak… tahan…”

            Jin Ah menyembamkan wajahnya di pipi Seung Hwa. Beberapa kali dia mencium pipi kakaknya. “Jin…Ah….”

            “Ye…” Jin Ah memandang wajah kakaknya yang penuh dengan keperitan itu.

            “Unnie… pe…nat…. un…nie… nak… ti…dur… du…lu…. Ye….” Ucap Seung Hwa sambil tersenyum sedikit. Perlahan-lahan dia menutup matanya.

            “Unnie.. Bukak mata unnie… unnie bangunlah…” Panggil Jin AH berkali-kali.

            Beberapa orang berada di situ turut sedih dengan keadaan di hadapan mereka. Ada juga yang sudah menitiskan air mata. Tidak lama kemudian, Taekwoon kembali kepada mereka.

            “Jin Ah… Hong…bin…..” Taekwoon tidak sanggup mahu meneruskan kata-katanya.

            Keadaan Jin Ah semakin teruk selepas dia mendapati tiada lagi gedupan jantung kakaknya. Nafas Seung Hwa juga terhenti. Jin Ah memeluk erak kakaknya sambil menangis dengan kuat. Taekwoon sungguh sedih melihat keadaan isterinya lantas memujuk Jin Ah.

Tidak lama kemudian, ambulans sampai dan Seung Hwa dibawa ke hospital. Tetapi sudah terlambat. Taekwoon memeluk erat badan Jin Ah yang tidak habis-habis menangis. Habis basah bajunya terkena air mata Jin Ah. Dia langsung tidak kisah tentang bajunya, lebih mementingkan Jin Ah yang sungguh beremosi sekarang ini.

            Di hospital, beberapa orang nurse menolak stretcher yang di atasnya terdapat mayat seseorang yang sudah ditutup seluruh badannya dengan kain putih. Mereka memberhentikan stretcher itu di hadapan Jin Ah dan Taekwoon untuk membuat pengecaman.

            Lutut Jin Ah semakin goyah apabila melihat wajah Hongbin yang sudah kebiru-biruan itu. Dia jatuh terduduk di lantai sambil terus-menerus menangis. Kenapa begitu berat ujiannya? Kakak dan bakal abang iparnya mati pada hati yang sama dan serentak.

            “Encik… ini….” Seorang doctor memberikan baldu merah yang digenggam Hongbin ketika dia mati kepada Taekwoon.

            Taekwoon mengambil baldu itu sambil mengalirkan air mata. Dia menggenggam erat baldu yang terdapat sepasang cincin perak di dalamnya. Pasti cincin itu akan diserahkan kepada Seung Hwa nanti. Tetapi hajat Hongbin tidak kesampaian. Taekwoon turut duduk bersimpuh di sebelah Jin Ah. Dia memeluk erat badan Jin Ah yang sedang menangis teruk itu.

            Tiba-tiba badan Jin Ah lemah. Tangisannya juga sudah berhenti. Taekwoon rasakan sesuatu yang tak kena lantas meleraikan pelukan. Rupanya Jin Ah telah pengsan kerana tertalu tertekan dan banyak menangis. Taekwoon mengesat air matanya kemudian mendukung Jin Ah ala bridal style pulang ke rumah.




10 tahun kemudian,
            Jin Ah mengesat air matanya yang tumpah secara sendirinya apabila dia meletakkan sejambak bunga di atas kubur Seung Hwa dan Hongbin. 10 tahun sudah berlalu, Jin Ah sudah semakin dapat menerima pemergian kakak yang sangat disayanginya.

            “Kenapa omma menangis?” Tanya seorang budak perempuan yang sudah berusia lapan tahun.

            Jin Ah menoleh ke arah budak perempuan itu sambil cuba tersenyum. “Omma sedih je sayang,” ucap Jin Ah. Budak perempuan yang bernama Eunmi itu mengesat air mata Jin Ah.

            “Omma jangan menangis,” ucap Eunji pula yang berumur enam tahun sambil memeluk badan Jin Ah erat. Mereka berdua anak-anaknya. Bukti kasih sayang dan cinta antara dia dan Taekwoon.

            “Tak, sayang. Omma tak menangis dah,” ucap Jin Ah sambil mengusap kepala Eunmi dan Eunji.

            “Jom, sayang. Kita balik,” ajak Taekwoon yang sedang mendukung seorang budak lelaki yang berumur tiga tahun. Namanya, Eunhyuk.

            Jin Ah bangun bersama-sama Eunmi dan Eunji. Mereka berdua memimpin tangan Jin Ah erat. Mereka berjalan menghampiri Taekwoon dan Eunhyuk.

            Taekwoon memeluk bahu Jin Ah lalu membawa mereka menuju ke kereta. Sebelum Jin Ah masuk ke dalam kereta, dia menoleh ke arah kubur itu. “Nanti Jin Ah datang lagi ye unnie,” bisiknya.

            Setelah Eunmi dan Eunji masuk kereta dan duduk diam di bahagian tempat duduk belakang, Jin Ah mengambil Eunhyuk dari Taekwoon lalu masuk ke tempat duduk sebelah pemandu. Selepas menutup pintu kereta, Taekwoon bergerak ke tempat pemandu dan mula menghidupkan enjin kereta. Kereta itu meluncur meninggalkan kawasan perkuburan itu.



Di satu sudut,
            Seung Hwa melihat pemergian Jin Ah dan keluarganya dengan senyuman. “Selamat tinggal Jin Ah,” ucap Seung Hwa sambil tersenyum.

            Dia mendongak memandang lelaki yang sedang memeluk pinggangnya. Dia merenung wajah Hongbin yang sangat kacak ketika itu. Hongbin turut tersenyum memandangnya. Kemudian wajahnya jatuh pada seorang bayi yang digendongnya. Itulah anak mereka berdua yang tidak sempat lahir untuk melihat dunia. Wajah bayi itu sangat suci dan mulus.

            Lama-lama, bayangan mereka bertiga pun menghilang dibawa angin petang yang mendamaikan itu.

THE END!