Tiba harinya untuk Seung Hwa dan
Hongbin pergi mendaftar perkahwinan mereka. Pagi itu mereka berdua bangun awal
dengan wajah gembira. Setelah bersiap, kira-kira pukul 11 pagi mereka sudah
bersedia hendak keluar.
“Sayang tunggu kejap, oppa pergi
panaskan kereta,”
Seung Hwa mengangguk sambil
tersenyum. “Good luck unnie. Hehe. Cepat-cepat balik tau orang mengandung tak
boleh berjalan banyak,”
“Banyaklah kau. Baru berapa bulan,”
balas Seung Hwa sambil tersenyum.
Tidak lama kemudian, Hongbin
memanggil Seung Hwa. Seung Hwa bangun dan berhadapan dengan Jin Ah dan
Taekwoon.
“Unnie pergi dulu eh,”
Jin Ah mengangguk. Entah mengapa
Seung Hwa terasa ingin sekali memeluk adiknya itu dengan erat seperti tidak
mahu berpisah. Lantas Seung Hwa terus memeluk badan Jin Ah dengan erat.
“Jin Ah jaga diri tau, unnie
sayangkan Jin Ah sangat-sangat,”
Jin Ah meleraikan pelukan lalu
memandang Seung Hwa. “Unnie cakap apa ni? Unnie tu jaga diri. Jin Ah pun sayang
unnie. Dah, nanti Hongbin oppa marah pula unnie lambat keluar,” sebenarnya Jin
Ah dapat rasakan sesuatu yang aneh tentang kakaknya.
Seung Hwa memandang Taekwoon pula.
Tiba-tiba sahaja dia terus memeluk Taekwoon dengan erat. “Jaga Jin Ah baik-baik
tau. Bahagiakan dia dan jangan berani sakitkan dia. Ingat ya, adik ipar,”
sempat lagi Seng Hwa bergurau. Walaupun Taekwoon lagi tua daripadanya, Taekwoon
tetap adik iparnya. Seung Hwa meleraikan pelukan kepada tersenyum kepada mereka berdua.
Taekwoon agak terkejut dengan
perangai Seung Hwa yang agak pelik ini. Dia seperti mahu pergi jauh tetapi dia
dan Hongbin hanya keluar sekejap untuk mendaftar perkahwinan sahaja. Taekwoon
menolak fikiran yang bukan-bukan dari kepalanya.
Selepas itu, Seung Hwa melangkah
keluar dari rumah. Dia melambai ke arah Jin Ah dan Taekwoon sebelum masuk ke
perut kereta. Hongbin turut berbuat perkara yang sama. Setelah kereta yang
dinaik Seung Hwa dan Hongbin beredar, mereka berdua masuk semula ke dalam
rumah.
“Oppa nak bawa sayang ke satu tempat
dulu. Lepas tu baru kita pergi daftar perkahwinan ye,”
Seung Hwa hanya mengangguk. Hongbin
menumpukan perhatian kepada pemanduannya. Dia memandu sehingga ke satu tempat.
Times Square. Seung Hwa memandang Hongbin.
“Kenapa pergi sini?”
“Nak sambut Christmas dengan
sayanglah. Ni lah tempat yang oppa cakap dan bawa sayang, haritu. Sayang masuk dulu, tunggu dekat tingkat bawah, bawah pokok Christmas
tau.”
“Oppa nak pergi mana?”
“Oppa nak ambil hadiah dengan cincin
untuk sayang,” balas Hongbin sambil mengusap lembut kepala Seung Hwa.
Seung Hwa mengangguk. Sebelum dia
keluar dari kereta, dia mencium bibir Hongbin agak lama. Kemudian dia melangkah
keluar dengan senyuman. Setelah Seung Hwa masuk, Hongbin terus memandu
keretanya menuju ke satu tempat.
Seung Hwa teruja dengan kecantikan
dekorasi di dalam bangunan Times Square tersebut. Dia mengikut arahan Hongbin
supaya menunggunya di bawah pokok Christmas. Sementara menunggu di situ, dia
tersenyum sambil melihat suasana di situ. Dia tersenyum melihat ada beberapa
pasangan yang gembira sekali bergambar di pokok pine tersebut. Mereka sungguh
mesra dan bahagia.
Tanpa disedari, seseorang sedang
memerhatikannya dari satu sudut.
Sementara
itu,
Hongbin pergi ke kedai barang kemas.
Sebenarnya dia sudah menempah sepasang cincin khas untuk mereka berdua. Dia
ingin menyarungkan cincin itu di jari manis milit Seung Hwa. Hongbin tersenyum
saat melihat cincin tersebut. Sudah terbayang wajah gembira Seung Hwa ketika
dia menyerahkan cincin tersebut.
Setelah membayar harga cincin
tersebut, Hongbin melangkah pula ke kedai hadiah. Dia mahu membelikan hadiah
istimewa buat Seung Hwa sempena hari Christmas dan perkahwinan mereka. Agak
lama dia memilih akhirnya dia bepuas hati dengan pilihannya. Dia sekali lagi
tersenyum lebar. Kemudian dia mengerling ke arah jam tangannya.
“Alamak, dah lambat,” ucap Hongbin.
Dia terus melangkah menuju ke parking lot.
Tanpa disedari, seseorang sedang
memerhatikannya. Sebenarnya sejak tadi dia telah mengekori Hongbin sehinggalah
sekarang. Setelah melihat Hongbin menyimpan hadiah di tempat duduk belakang dan
keluar dari kereta semula, lelaki itu terus menghampiri Hongbin.
Hongbin terkejut dengan kehadiran
lelaki itu. “Kau siapa?”
Lelaki itu meletak laras pistolnya
di perut Hongbin. Dia tidak menjawab soalan Hongbin dan terus sahaja melepaskan
tembakan. Mata Hongbin terbuntang apabila peluru itu menusuk ke perutnya.
Setelah itu lelaki tersebut terus melarikan diri dari situ. Hongbin jatuh
terjelepok di lantai sambil menahan kesakitan.
“Siapa..??” Pandangan Hongbin semakin
kabur. Dia tidak kisah siapa lelaki itu lagi.
“Seung Hwa? Dia mesti tengah tunggu
aku balik,”
Hongbin sedaya upaya bangun.
Lututnya menggeletar sementara badannya terasa begitu lemah dengan kesakitan
yang mula menjalar ke seluruh badan. Perlahan-lahan dia masuk ke dalam kereta.
Darah sudah mengalir banyak dari perutnya. Peluh juga sudah membasahi dahinya.
“Seung…. Hwa…. Tunggu… oppa…
kejap….” Ucap Hongbin tersekat-sekat sambil tangannya menggeletar memulas kunci
untuk menghidupkan enjin keretanya.
Dengan kesakitan masih menjalar,
Hongbin memandu keretanya keluar dari parking lot. Dia tidak kira, dia harus
sampaikan hadiah dan cincin itu kepada Seung Hwa pada hari itu juga.
SEUNG Hwa
sering kali membelek jam tangannya. Walaupun sudah agak lama menunggu, dia
masih menunggu Hongbin untuk datang. Dia tersenyum sendirian sambil membelek
jam tangan yang dihadiahkan oleh Hongbin satu ketika dahulu.
“Mana Hongbin oppa?” Soal Seung Hwa
sambil menoleh kepalanya ke kiri dan ke kanan untuk mencari kelibat Hongbin
tetapi langsung tidak kelihatan. Dia masih menunggu.
Seorang lelaki yang tidak dikenali
melangkah menghampiri Seung Hwa dan terpacak di hadapan Seung Hwa. Melihat
sepasang kaki milik lelaki, Seung Hwa terus mendongak kepalanya sambil
tersenyum lebar.
“Hongbin oppa….” Tetapi senyumannya
mati serta-merta kerana lelaki itu bukan Hongbin.
Lelaki itu tersenyum sinis memandang
Seung Hwa. “Kenal aku lagi?” Tanya lelaki itu.
Di rumah,
“Oppa, Jin Ah rasa tak sedap hatilah
pasal unnie,” luah Jin Ah sambil memandang Taekwoon.
Taekwoon mengangguk. “Jom kita cari
unnie,” pinta Jin Ah.
“Pasti?” Jin Ah mengangguk.
“Jom,”
Jin Ah dan Taekwoon bangun dan
keluar dari rumah. Mereka keluar dengan kereta milik Taekwoon. Sebenarnya
mereka tidak berapa tahu hendak mencari Seung Hwa di mana.
“Kau!!” Seung Hwa sudah cuak dengan
wajah lelaki yang dikenalinya. Salah seorang orang upahan Alexander yang paling
setia.
“Well, aku datang nak langsaikan
arahan bos aku,”
Seung Hwa sungguh terkejut mendengar
kata-kata lelaki itu. “Kau tunggu siapa? Hongbin tu? Aku rasa dia dah….” Lelaki
itu meletakkan ibu jarinya dileher lalu menarik jari itu sekeliling lehernya
sambil menjelir lidah.
“Tak guna!” Seung Hwa mencekak kolar
baju lelaki itu.
Tetapi tindakannya terbejat kerana
lelaki itu telah meletakkan sepucuk pistol di perutnya. Seung Hwa terundur ke
belakang beberapa tapak. Lelaki itu masih dekat dengannya. Pistol itu tidak
mudah dilihat oleh orang lain kerana sedikit tersembunyi. Hanya laras silencer
sahaja yang sedikit kelihatan.
“Aku akan hantar kau berjumpa dengan
Hongbin tak lama lagi,” lelaki itu sekali lagi tersenyum sinis.
Sementara
itu,
Perut Hongbin semakin perit dan
pedih. Dia juga tidak dapat menumpukan kepada pemanduannya. Keretanya sekejap
ke kiri dan sekejap ke kanan. Akhirnya Hongbin membuat keputusan untuk berhenti
di bahu jalan. Dia menarik nafas dalam-dalam dan ternyata sukar untuk dia
menghirup udara lagi.
“Seung Hwa… Oppa… minta maaf…. Oppa
dah… tak… ta..han… lagi….” Ucap Hongbin sambil membelek baldu cincin yang telah
pun berlumuran dengan darahnya.
“Maafkan oppa….” Hongbin menggenggam
erat baldu cincin itu dan dibawa ke dadanya. Pandangannya mulai kabur lalu dia
memejam matanya dengan erat. Nafasnya juga sudah semakin perlahan. Tidak lama
kemudian, kepalanya terlentok lemah ke sebelah kanan. Nafasnya sudah berhenti
tetapi tangannya masuk menggenggam baldu cincin itu.
“Oppa, Jin Ah rasa makin tak sedap
hati. Jin Ah asyik terbayangkan Hongbin oppa. Tolonglah jangan jadi sesuatu,”
ucap Jin Ah dengan muka risau.
“Jangan risau sayang. Dorang okay je
tu,” Taekwoon hanya ingin menyedapkan hati isterinya sahaja. Sudah beberapa
kali dia cuba menghubungi Hongbin dan Seung Hwa tetapi masing-masing tidak
menjawab panggilannya.
“Oppa! Kita pergi Times Square,”
tiba-tiba dia teringat tempat itu walaupun dia jarang pergi. Entah mengapa
firasat kuat mengatakan yang kakaknya berada di situ.
Taekwoon mengangguk sambil menekan
pedal minyak, kereta itu meluncur laju menuju ke Times Square.
Seung Hwa sudah terjelepok jatuh di
atas lantai dengan berlumuran darah. Tangannya yang memegang perutnya yang
membuakkan banyak darah. Lelaki yang menembaknya tadi sudah pun melarikan diri
sebelum orang ramai tiba di situ. Seung Hwa bertarung dengan nyawanya ketika
itu. Orang ramai mengerumuni Seung Hwa. Ada yang cuba membantu tapi tak mampu.
Ada yang sudah menelefon ambulans. Nafas Seung Hwa tercungap-cungap sambil
menahan sakit. Peluh telah membasahi dahinya. “Hong…bin…op…pa…” Saat itu dia
masih lagi mencari kelibat Hongbin yang tidak juga kunjung tiba.
“UNNIE!!!!!” Jerit Jin Ah kuat
sambil merempuh orang yang mengerumuni Seung Hwa.
Apabila dia sampai di Times Square,
dia ternampak orang ramai sedang mengerumuni pokok Christmas tersebut.
Perasaannya semakin tidak sedap lantas menghampiri kumpulan orang itu. Apabila
ternampak wajah kakaknya, dia terus sahaja merempuh semua orang yang ada di
situ.
“Jin… Ah….” Panggil Seung Hwa
tersekat-sekat sambil menggenggam tangan Jin Ah yang sedang memangkunya.
“Kenapa jadi macam ni unnie? Siapa
yang buat?” Tanya Jin Ah sambil menangis teresak-esak.
Seung Hwa hanya menggeleng sambil
menahan sakit. “Hong…bin… op…pa… ke..na…pa.. dia.. tak… da…tang..?” Tanya Seung
Hwa dengan matanya yang terpejam.
Jin Ah memandang Taekwoon. Kemudian
dia memandang Seung Hwa pula. “Taekwoon oppa call Hongbin oppa. Kejap lagi dia
sampailah. Unnie, bertahan ye sampai ambulans datang,” pujuk Jin Ah dengan
esakan yang semakin kuat. Dia tidak tahan melihat keadaan kakaknya ketika itu.
Seung Hwa tersenyum sedikit tetapi
nampak sedikit pelik senyumannya kerana dia sedang menahan sakit. Dia mencelik
matanya sedikit. “Hadiah Christmas Jin Ah dengan Taekwoon oppa ada dalam bilik
unnie. Nanti ambil ye,” pesan Seung Hwa.
“Tak nak. Jin Ah nak unnie sendiri
yang bagi,”
Seung Hwa mengangkat tangannya
perlahan-lahan ingin menyentuh pipi Jin Ah lantas Jin Ah mencapai tangan Seung
Hwa dan diletakkan di pipinya. “Janganlah macam ni sayang… unnie…. Dah… tak…
tahan…”
Jin Ah menyembamkan wajahnya di pipi
Seung Hwa. Beberapa kali dia mencium pipi kakaknya. “Jin…Ah….”
“Ye…” Jin Ah memandang wajah
kakaknya yang penuh dengan keperitan itu.
“Unnie… pe…nat…. un…nie… nak…
ti…dur… du…lu…. Ye….” Ucap Seung Hwa sambil tersenyum sedikit. Perlahan-lahan
dia menutup matanya.
“Unnie.. Bukak mata unnie… unnie
bangunlah…” Panggil Jin AH berkali-kali.
Beberapa orang berada di situ turut
sedih dengan keadaan di hadapan mereka. Ada juga yang sudah menitiskan air
mata. Tidak lama kemudian, Taekwoon kembali kepada mereka.
“Jin Ah… Hong…bin…..” Taekwoon tidak
sanggup mahu meneruskan kata-katanya.
Keadaan Jin Ah semakin teruk selepas
dia mendapati tiada lagi gedupan jantung kakaknya. Nafas Seung Hwa juga
terhenti. Jin Ah memeluk erak kakaknya sambil menangis dengan kuat. Taekwoon
sungguh sedih melihat keadaan isterinya lantas memujuk Jin Ah.
Tidak lama
kemudian, ambulans sampai dan Seung Hwa dibawa ke hospital. Tetapi sudah
terlambat. Taekwoon memeluk erat badan Jin Ah yang tidak habis-habis menangis.
Habis basah bajunya terkena air mata Jin Ah. Dia langsung tidak kisah tentang
bajunya, lebih mementingkan Jin Ah yang sungguh beremosi sekarang ini.
Di hospital, beberapa orang nurse
menolak stretcher yang di atasnya terdapat mayat seseorang yang sudah ditutup
seluruh badannya dengan kain putih. Mereka memberhentikan stretcher itu di
hadapan Jin Ah dan Taekwoon untuk membuat pengecaman.
Lutut Jin Ah semakin goyah apabila
melihat wajah Hongbin yang sudah kebiru-biruan itu. Dia jatuh terduduk di
lantai sambil terus-menerus menangis. Kenapa begitu berat ujiannya? Kakak dan
bakal abang iparnya mati pada hati yang sama dan serentak.
“Encik… ini….” Seorang doctor
memberikan baldu merah yang digenggam Hongbin ketika dia mati kepada Taekwoon.
Taekwoon mengambil baldu itu sambil
mengalirkan air mata. Dia menggenggam erat baldu yang terdapat sepasang cincin
perak di dalamnya. Pasti cincin itu akan diserahkan kepada Seung Hwa nanti.
Tetapi hajat Hongbin tidak kesampaian. Taekwoon turut duduk bersimpuh di
sebelah Jin Ah. Dia memeluk erat badan Jin Ah yang sedang menangis teruk itu.
Tiba-tiba badan Jin Ah lemah.
Tangisannya juga sudah berhenti. Taekwoon rasakan sesuatu yang tak kena lantas
meleraikan pelukan. Rupanya Jin Ah telah pengsan kerana tertalu tertekan dan
banyak menangis. Taekwoon mengesat air matanya kemudian mendukung Jin Ah ala
bridal style pulang ke rumah.
10 tahun
kemudian,
Jin Ah mengesat air matanya yang
tumpah secara sendirinya apabila dia meletakkan sejambak bunga di atas kubur
Seung Hwa dan Hongbin. 10 tahun sudah berlalu, Jin Ah sudah semakin dapat
menerima pemergian kakak yang sangat disayanginya.
“Kenapa omma menangis?” Tanya
seorang budak perempuan yang sudah berusia lapan tahun.
Jin Ah menoleh ke arah budak
perempuan itu sambil cuba tersenyum. “Omma sedih je sayang,” ucap Jin Ah. Budak
perempuan yang bernama Eunmi itu mengesat air mata Jin Ah.
“Omma jangan menangis,” ucap Eunji
pula yang berumur enam tahun sambil memeluk badan Jin Ah erat. Mereka berdua anak-anaknya. Bukti kasih
sayang dan cinta antara dia dan Taekwoon.
“Tak, sayang. Omma tak menangis
dah,” ucap Jin Ah sambil mengusap kepala Eunmi dan Eunji.
“Jom, sayang. Kita balik,” ajak
Taekwoon yang sedang mendukung seorang budak lelaki yang berumur tiga tahun.
Namanya, Eunhyuk.
Jin Ah bangun bersama-sama Eunmi dan
Eunji. Mereka berdua memimpin tangan Jin Ah erat. Mereka berjalan menghampiri
Taekwoon dan Eunhyuk.
Taekwoon memeluk bahu Jin Ah lalu
membawa mereka menuju ke kereta. Sebelum Jin Ah masuk ke dalam kereta, dia
menoleh ke arah kubur itu. “Nanti Jin Ah datang lagi ye unnie,” bisiknya.
Setelah Eunmi dan Eunji masuk kereta
dan duduk diam di bahagian tempat duduk belakang, Jin Ah mengambil Eunhyuk dari
Taekwoon lalu masuk ke tempat duduk sebelah pemandu. Selepas menutup pintu
kereta, Taekwoon bergerak ke tempat pemandu dan mula menghidupkan enjin kereta.
Kereta itu meluncur meninggalkan kawasan perkuburan itu.
Di satu
sudut,
Seung Hwa melihat pemergian Jin Ah
dan keluarganya dengan senyuman. “Selamat tinggal Jin Ah,” ucap Seung Hwa
sambil tersenyum.
Dia mendongak memandang lelaki yang
sedang memeluk pinggangnya. Dia merenung wajah Hongbin yang sangat kacak ketika
itu. Hongbin turut tersenyum memandangnya. Kemudian wajahnya jatuh pada seorang
bayi yang digendongnya. Itulah anak mereka berdua yang tidak sempat lahir untuk
melihat dunia. Wajah bayi itu sangat suci dan mulus.
Lama-lama, bayangan mereka bertiga
pun menghilang dibawa angin petang yang mendamaikan itu.
THE END!
No comments:
Post a Comment