There Is No Tomorrow ~ CHAPTER 21



Dua tahun kemudian,
            Segala-galanya sudah selesai. Alexander telah mati dan James pun turut mati di tangan Leo dua tahun yang lalu. Beberapa hari selepas Seung Hwa membunuh Alexander. Leo sendiri yang membunuh James. James dibebaskan dari penjara kerana tiada bukti, jadi sebaik sahaja James keluar dari penjara, Leo terus sahaja membawanya ke satu tempat.

            “Kau ingat lagi tempat ni?”

            James menelan air liur. “Kali pertama kau bawa aku ke sini selepas kau bunuh keluarga aku! Dan kau culik aku!” Leo menekan suaranya kerana terlalu marah.

            James hanya mendiamkan diri. Tidak berani memandang Leo mahupun bersuara. Tiba-tiba Leo berkalih dan mengacukan pistol kepada James. Tepat ke jantungnya. James menggeletar melihat laras pistol itu.

            “Thank so much!! Sebab dah jaga dan didik aku dengan baik!” Leo tersenyum sinis.

            “So, it’s time to say goodbye….”

            Habis sahaja ayat itu, Leo terus menarik picu pistolnya. Sebutir peluru menembusi dada James dan mengenai jantungnya. James mati serta-merta di situ. Kemudian, Leo menghampiri James dan meletakkan sehelai duit not 1 USD di sebelah James dan meletakkan pistol itu di atas dada James setelah dia membersihkan cap jarinya.

            Leo bangun dan memandang muka James yang sudah tidak bernyawa itu dengan penuh benci. Akhirnya dia berjumpa juga dengan pembunuh sebenar keluarganya. Seketika kemudian Leo melangkah pergi dari situ dengan wajah biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.



            “Leo oppa,” panggil Jin Ah lembut.

            Lamunan Leo berkecai apabila telinganya disapa dengan suara lembut Jin Ah. Leo berpaling dan memandang Jin Ah yang sudah berada di sebelahnya sambil tersenyum.

            “Tunggu apa lagi?” Tanya Jin Ah menjatuhkan pandangannya ke arah sebuah beg galas berwarna hitam yang berada di atas riba Leo.

            Mereka berdua berada di sebuah lombong yang sangat dalam. Leo mengangguk lalu mencampakkan beg yang berisi rifal dan senjata yang pernah digunakan dahulu ke dalam lombong itu. Dia membalingnya sekuat hati ke tengah lombong itu. Dia membuang segala kenangannya tentang dirinya dahulu. Dia sudah bertekad untuk memulakan hidup baru bersama Jin Ah, wanita yang paling dicintainya.

            “Mulai sekarang, nama oppa Taekwoon. Jung Taekwoon. Leo hanya kenangan silam. Dan nama Leo sudah tenggelam bersama rifal itu,” ucap Leo atau sekarang dikenali sebagai Taekwoon.

            Jin Ah tersenyum. Dia memeluk lengan Leo dengan erat. “Kajja.” Leo menggenggam tangan Jin Ah erat dan membawanya pergi dari situ ke satu tempat yang lain.




JIN Ah tersenyum memandang Taekwoon yang asyik merenungnya. Leo sengaja memilih Namsan Tower untuk dia meluahkan perasaannya kepada Jin Ah pada malam itu. Di satu sudut, mereka bertentangan. Taekwoon memilih tempat yang jauh dari orang ramai dan hanya mereka berdua ada di situ bagi memudahkan dia meluahkan perasaannya lantas melamar Jin Ah.

            “Shin Jin Ah.. Sudikah kau menjadi isteriku?” Kata Taekwoon dengan mukanya yang mula merona merah tetapi dengan riak wajah yang sama.

            Jin Ah terkejut dengan lamaran Taekwoon. Dia mengalirkan air mata kegembiraan saat Taekwoon mengeluarkan baldu merah yang berisi sebentuk cincin dan melutut memandang Jin Ah. Jin Ah menekup mulutnya melihat tindakan Taekwoon. Dia sungguh terharu dengan keadaan itu. Perlahan-lahan Jin Ah mengangguk. Leo segera mengambil tangan Jin Ah dan menyarungkan cincin itu di jari manis Jin Ah.

            Leo berdiri. Jin Ah terus memeluk Leo tanpa segan silu. Leo mengusap lembut rambut Jin Ah. “Uljimayo…”

            Jin Ah mengangguk kemudian meleraikan pelukan. Taekwoon mengesat air mata Jin Ah sambil tersenyum. “Gomawo,” ucap Taekwoon sambil tersenyum. Jin Ah terkejut. Ini buat pertama kali dalam hidupnya dia melihat Taekwoon tersenyum. Sesungguhnya senyuman itu sangat cantik dan manis. Jin Ah semakin jatuh cinta pada Taekwoon dengan senyuman itu.

            “Taekwoon ah.. Akhirnya awak tersenyum. Saya gembira melihat awak tersenyum semula,” ucap Jin Ah sambil memegang pipi Taekwoon sambil tersenyum lebar.

            “Terima kasih sebab buat saya tersenyum semula,” ucap Taekwoon.

            Jin Ah mengangguk. “Lepas ni oppa senyum banyak-banyak ye. Jin Ah suka tengok oppa senyum macam ni,”

            Taekwoon menyebak rambut Jin Ah ke belakang. Perlahan-lahan tangan kanannya mencapai dagu Jin Ah dan mendongakkan kepala Jin Ah. Dia merapatkan wajahnya ke wajah Jin Ah. Jin Ah tahu maksud Taekwoon dan hanya membiarkan sahaja sambil memejamkan matanya. Akhirnya bibir Taekwoon bertemu dengan bibir Jin Ah. Taekwoon mengucup bibir milik Jin Ah dengan agak lama. Jin Ah turut membalas ciuman itu sambil memeluk erat leher Taekwoon.

****************************************************************************

            Seung Hwa dan Hongbin berada di atas sampan yang telah ditempah. Mereka mendayung sampan itu sehingga ke tengah tasik yang terbentang luas itu. Masing-masing merenung kotak yang telah diikat kemas. Ada dua buah kotak yang sederhana panjang. Hongbin mengangkat wajahnya memandang Seung Hwa. Seung Hwa mengangguk sambil tersenyum sedikit.

            Mereka berdua melemparkan dua buah kotak itu ke dalam tasik. Kedua-dua kotak yang berisi rifal dan pistol serta senjata lain tenggelem sehingga ke dasar tasik tersebut. Memang mereka memilih untuk membuang segala senjata dan kenangan lama mereka sebagai pembunuh.

            “Kita mulakan hidup baru,” Hongbin tersenyum sambil menggenggam kedua-dua tangan Seung Hwa. Dia tersenyum sehingga menampakkan dua lesung pipit yang berada di kedua-dua pipitnya.

            Seung Hwa tergelak sedikit sambil melepaskan tangannya. Dia mencucuk kedua-dua pipi Hongbin yang mempunyai lesung pipit yang agak dalam itu.

            “Comelnya oppa,” puji Seung Hwa sambil tersenyum lebar.

            Hongbin membiarkan sahaja Seung Hwa berbuat demikian. Dia turut tersenyum sambil menggosok perlahan kepala Seung Hwa. Seketika kemudian Hongbin mendayung semula sampan itu ke daratan. Hongbin membawa Seung Hwa pulang ke rumah.




SHIN Dong Wook tersenyum lebar melihat Seung Hwa, Hongbin, Jin Ah dan Taekwoon yang berada di hadapannya. Dia turut terasa kegembiraan dan kebahagian anak-anaknya.

            “Jung Taekwoon, jaga Jin Ah baik-baik tau. Kalau nak tahu dia ada black belt Taekwondo dan black belt Hapkido,” beritahu Shin Dong Wook.

            “What?” Mata Taekwoon membulat.

            Jin Ah dan Shin Dong Wook tergelak melihat reaksi terkejut Taekwoon. “Ahjussi bergurau je. Jin Ah Cuma ada black belt Taekwondo je,”

            Taekwoon memandang Jin Ah tidak percaya. “Kenapa tak…..” Taekwoon sengaja tidak menghabiskan ayatnya.

            “Saja,” ucap Jin Ah sambil mengusap lengan Taekwoon sambil tersenyum memandangnya. Taekwoon kemudian mendiamkan diri.

            “Hongbin, jaga Seung Hwa seperti kamu jaga dia selama ni,” ucap Shin Dong Wook sambil memandang Hongbin pula.

            Hongbin mengangguk kepalanya. Shin Dong Wook tersenyum gembira. Tiba-tiba Shin Dong Wook terasa sesak nafas. Dia memeang dadanya sambil mengerutkan dahi. Seung Hwa, Jin Ah, Hongbin dan Taekwoon segera bangun dan menghampiri Shin Dong Wook.

            Shin Dong Wook sudah tercungap-cungap. “Sudah tiba masa appa….” Ucap Shin Dong Wook tersekat-sekat.

            “Apa appa cakap ni? Appa jangan tinggalkan Jin Ah!” Jin Ah sudah mula hendak menangis. Dia mengenggam erat tangan Shin Dong Wook.

            “Appa…. Jom pergi hospital…” kata Seung Hwa pula.

            Shin Dong Wook memegang tangan Seung Hwa sambil menggeleng. “Tak perlu. Biar appa mati dekat rumah ni je,”

            “Appa! Jangan bercakap yang bukan-bukan,” marah Jin Ah dengan linangan air mata. Taekwoon memeluk bahu Jin Ah untuk menenangkan Jin Ah.

            “Appa…” Seung Hwa turut mengalirkan air mata.

            “Sini anak-anak appa,”

            Seung Hwa dan Jin Ah melentokkan kepala mereka di dada Shin Dong Wook. “Janganlah menangis. Kesian Hongbin dengan Taekwoon mesti sedih tengok kamu berdua menangis. Senyumlah ye,” ucap Shin Dong Wook semakin tersekat-sekat. Keperitan dadanya bertambah-tambah lagi.

            Tidak kira, Seung Hwa dan Jin Ah tetapi juga menangis teresak-esak sambil memeluk badan tua Shin Dong Wook dengan erat. Mereka semua sudah sedia maklum dengan penyakit Shin Dong Wook iaitu penyakit jantung ditambah pula dengan usianya yang semakin meningkat. Telah tiba masanya Shin Dong Wook pergi buat selamanya setelah hajatnya selama ini telah tercapai. Dia mati dengan aman.

            Tidak lama kemudian, Shin Dong Wook menghembuskan nafas terakhirnya. Seung Hwa dan Jin Ah masih menangis sambil memeluk erat badan Shin Dong Wook seperti tidak mahu dilepaskan. Hongbin dan Taekwoon turut mengalirkan air mata.




Setahun kemudian,
            Selepas melawat kubur Shin Dong Wook, Hyuna, Lee Jaehwan dan isterinya serta Jung Yonghwa dan isterinya serta anak perempuan mereka, Hongbin, Seung Hwa, Jin Ah dan Taekwoon pulang ke rumah semula.

            Sementara Taekwoon dan Hongbin ke dapur, Jin Ah dan Seung Hwa meluangkan masa di ruang tamu.

            “Jin Ah bila nak kahwin dengan Taekwoon oppa?” Tanya Seung Hwa dengan senyum lebar.

            Jin Ah tersenyum malu. “Unnie kahwin dulu dengan Hongbin oppalah. Unnie kan lahir dulu,”

            Seung Hwa menyekeh kepala Jin Ah. “Jin Ah lah kahwin dengan Taekwoon oppa dulu. Jin Ah, unnie nak tengok Jin Ah berkahwin dulu,”

            “Tapi Jin Ah nak tengok unnie kahwin dulu,”

            “Kau ni kan…” Seung Hwa merangkul leher Jin Ah dan baru sahaja hendak membuat smackdown tetapi Jin Ah pantas mengelak dan mengunci pergerakan Seung Hwa.

            Tidak lama kemudian dia melepaskan kakaknya. “Susah betul kalau ada adik yang ada black belt ni,” keluh Seung Hwa.

            Jin Ah hanya tersenyum sambil memeluk erat kakaknya. Seung Hwa mengusap rambut Jin Ah dengan lembut. “Jin Ah, unnie nak tengok Jin Ah berkahwin dengan Taekwoon oppa dulu. Hongbin dengan unnie, tak kahwin pun tak apa sebab sebelum ni kami memang hidup macam suami isteri. Unnie dah cukup bahagia dah dengan Hongbin oppa,”

            “Unnie degillah. Yelah-yelah. Nanti Jin Ah bincang dengan Taekwoon oppa,”

            “Macam tu lah adik unnie,” Seung Hwa mengucup ubun-ubun Jin Ah lama sambil memejam mata.



Sebulan kemudian,
            Majlis perkahwinan Taekwoon dan Jin Ah sudah selesai dilaksanakan. Mereka tidak tinggal di rumah berasingan tetapi tinggal di rumah Shin Dong Wook bersama dengan kakaknya dan Hongbin. Seung Hwa adalah orang yang paling gembira apabila adiknya sudah berkahwin.

            “Chukkaeyo donsaeng ah. Jadi isteri yang baik tau,” pesan Seung Hwa.

            “Nae unnie,” Jin Ah memeluk Seung Hwa dengan erat.

            “Dah. Taekwoon oppa dah tunggu tu. Keke,”

            Jin Ah memukul bahu Seung Hwa. “Aish unnie ni. Yelah. Jaljayo,” ucap Jin Ah seraya mencium pipi Seung Hwa.

            Seung Hwa hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia menghantar langkah Jin Ah dengan ekor mata sahaja kemudian menumpukan perhatian kepada siaran televisyen. Tiba-tiba dia terasa beban di ribanya. Dia menunduk dan melihat Hongbin sedang tidur dengan kepalanya berbantalkan riba Seung Hwa.

            Bila masa pula Hongbin berada di situ. Dia tahu pasti Hongbin berpura-pura tidur. Seung Hwa tersenyum lalu menciut hidung dan pipi Hongbin beberapa kali sehingga Hongbin mencelik mata.

            “Apa ni kacau oppa tidur?” Hongbin berpura-pura merajuk.

            “Ha. Merajuklah. Comel tau muka oppa bila merajuk,” usik Seung Hwa sambil mencubit pipi Hongbin.

            Hongbin menggeleng lalu bangun dan duduk menghadap Seung Hwa. “Minggu depan Seung Hwa free tak?”

            “Tak. Seung Hwa mahal gila,”

            “Sayang…” Hongbin mencubit hidung Seung Hwa dengan kuat sehingga kemerah-merahan. Seung Hwa pula merajuk.

            Hongbin terus sahaja mengucup pipi Seung Hwa dan membuatkan Seung Hwa tersenyum semula. Hongbin menggenggam tangan Seung Hwa.

            “Oppa nak bawa Seung Hwa ke satu tempat,”





14 December,
            Seung Hwa bangun pagi dengan muka yang pucat. Sebaik sahaja bangun, dia rasa tak sedap badan dan asyik rasa hendak muntah. Beberapa kali Seung Hwa muntah pagi itu. Hongbin, Jin Ah dan Taekwoon menjadi risau melihat keadaan Seung Hwa.

            “Kita pergi kliniklah,” cadang Taekwoon.

            Seung Hwa laju sahaja menggeleng. “Salah makan je ni. Nanti baiklah,”

            “Unnie, jomlah pergi klinik..” pujuk Jin Ah pula.

            Sekali lagi Seung Hwa menggeleng dan memberitahu yang dia okay sahaja. Tetapi dia terasa lain macam dengan dirinya pada hari itu malah beberapa hari sebelum itu juga.

            “Unnie asyik pening kepala dan muntah je….” Luah Jin Ah risau.

            Taekwoon memeluk bahu Jin Ah. “Kan Seung Hwa dah cakap yang dia salah makan,”

            “Tapi… entah-entah…” Jin Ah tersenyum meleret.

            “Aish. Sayang ni, ke situ pula..”

            Jin Ah hanya tersenyum sambil melentokkan tangannya di bahu Taekwoon. Tidak lama kemudian Hongbin dan Seung Hwa keluar dari bilik.

            “Saya nak bawa Seung Hwa pergi klinik kejap,” beritahu Hongbin.

            Jin Ah dan Taekwoon hanya mengangguk sambil menghantar pemergian mereka di muka pintu sahaja.



Satu jam kemudian,
            Seung Hwa dan Hongbin melangkah masuk ke dalam rumah. Jin Ah terus sahaja menyerbu kakaknya.

            “Unnie sakit apa?”

            Seung Hwa mengeluh sambil menjeling tidak puas hati kepada Hongbin. Hongbin pula hanya tersengih-sengih sambil mengusap bahu Seung Hwa.

            “Hmm.. Unnie pregnant. Dua bulan…” jawab Seung Hwa perlahan-lahan.

            “What?!!” Jin Ah menekup mulutnya. Betullah sangkaannya tadi.

            Seung Hwa pula yang membuat muka sambil menjeling Hongbin. “Ehemm..” Jin Ah tergelak sedikit. Seung Hwa pantas memulas peha Jin Ah sehingga dia menjerit sedikit.

            “Jadi bila nak daftar perkahwinan?” Tanya Taekwoon.

            “Minggu depan,” jawab Hongbin.

            Taekwoon hanya mengangguk. Jin Ah pula tersenyum-senyum melihat kakaknya yang sedang merebahkan kepala di sofa. Seketika kemudian Seung Hwa menoleh ke arah Jin Ah.

            “Dah. Pergi masuk biliklah. Unnie nak anak buah juga,” ucap Seung Hwa.

            Jin Ah tertunduk malu. “Aish unnie ni,”

            Seung Hwa hanya ketawa melihat reaksi Jin Ah yang malu-malu.




JIN Ah berbaring di atas lengan Taekwoon sementara Taekwoon membelai lembut rambutnya. Sesekali dia mencium ubun-ubun Jin Ah.

            “Gomawo jagiya,”

            Jin Ah mendongak sedikit. “For what?”

            “Sebab terima diri oppa walaupun tahu siapa oppa sebenarnya,”

            “Oppa.. perkara tu kan dah berlalu. Kan oppa dah cakap nak lupakan kisah silam tu,”

            Taekwoon mengangguk. Memang tidak silap dia jatuh cinta pada Jin Ah. Perempuan pertama yang membuka pintu hatinya, perempuan pertama juga yang berjaya membuat dia tersenyum semula setelah apa yang dia lalui selama lebih 15 tahun ini. Taekwoon mencapai tangan Jin Ah lalu dikucupnya lama.

            Jin Ah mendongak sambil tersenyum. Dia mengucup leher Taekwoon seketika. Taekwoon menundukkan wajahnya, muka mereka begitu hampir sehingga hidung Taekwoon dan Jin Ah berlaga. Taekwoon merenung ke dalam mata Jin Ah dengan agak lama sehingga Jin Ah tersipu malu.

            Perlahan-lahan Taekwoon mendekatkan bibirnya ke bibir Jin Ah sehingga bibir mereka bertemu. Jin Ah membalas ciuman itu dengan perasaan gembira. Taekwoon memeluk erat pinggang Jin Ah sehingga badan mereka begitu rapat. Jin Ah tahu apa kehendak Taekwoon jadi dia membiarkan sahaja Taekwoon meraba seluruh tubuhnya. Jin Ah melayan sahaja kehendak dan kerenah Taekwoon pada malam itu.

****************************************************************************

            Taekwoon dan Hongbin membawa Jin Ah dan Seung Hwa pergi ke taman permainan. Mereka mahu meluangkan masa bersama dengan gembira setelah memulakan hidup baru. Jin Ah masih bekerja sebagai prosecutor. Taekwoon membuah sebuah café berhampiran dengan balai polis tempat Jin Ah bekerja. Hongbin pula sebagai photographer dan menerima tempahan dari pelanggannya. Akhir sekali, Seung Hwa. Dia bekerja bersama Jin Ah di balai polis tetapi di bahagian yang lain. Kerja Seung Hwa melibatkan system-sistem maklumlah sebagai penggondam. Hari ini mereka semua sengaja mengambil cuti untuk meluang masa bersama.

            “Oppa, nak pergi kedai tu sekejap,” kata Jin Ah sambil menarik tangan Taekwoon.

            “Ais krim,” ucap Seung Hwa sambil merenung kedai ais krim Molly’s Pops.

            Jin Ah mengangguk sambil tersenyum. “Kajja unnie,”

            Seung Hwa menarik tangan Hongbin dan melangkah masuk ke dalam kedai tersebut. Mereka menunduk hormat kepada Kim Shin Hye yang masih setia menjaga kaunter ais krim tersebut. Dia tersenyum lebar melihat mereka berempat.

            “Shin Hye ahjumma,” panggil Jin Ah sambil tersenyum.

            Shin Hye tersenyum lebar lalu keluar dari kaunter dan berhadapan dengan mereka berempat. “Ini Jung Taekwoon, suami saya,” Jin Ah memandang Taekwoon.

            Taekwoon menunduk hormat kepada Kim Shin Hye. “Kamu dah berkahwin, nak? Tahniah,” ucap Kim Shin Hye sambil memeluk Jin Ah lama.

            “Ahjumma ingat tak ni siapa?” Tanya Jin Ah sambil menunduk ke arah Seung Hwa yang tersenyum manis.

            “Kamu…. Seung Hwa kan? Betulkan kamu Seung Hwa?” Kolam mata Shin Hye mula bergenang.

            Seung Hwa mengangguk sambil menunduk hormat. Shin Hye terus sahaja memeluk Seung Hwa dengan erat. Dia menangis kegembiraan melihat Seung Hwa yang masih hidup itu.

            “Ini Lee Hongbin oppa…. Erm.. Kekasih Seung Hwa unnie,”

            Hongbin menunduk hormat. Shin Hye tersenyum memandang Hongbin sambil tersenyum. Kim Shin Hye menepuk bahu Taekwoon dan Hongbin. “Kamu berdua kacak orangnya. Untungnya… Jaga Seung Hwa dan Jin Ah baik-baik ye nak,” pesan Shin Hye.

            Hongbin dan Taekwoon mengangguk sambil menggenggam tangan Shin Hye. “Eh, nak ais krim apa? Hari ni ahjumma belanja jadi pilihlah yang mana nak dan berapa banyak pun, ahjumma tak kisah,”

            Mereka berempat hanya mengangguk dan tersenyum. Setelah memilih perisa ais krim masing-masing, mereka beredar dari situ setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Kim Shin Hye. Mereka bergerak ke taman yang mereka ingin pergi tadi.

            Mereka berempat hanya melepak di situ sambil berbual kosong. Terbit kegembiraan di wajah masing-masing. Segala-galanya telah berakhir sekarang. Mereka memulakan hidup baru dan meninggalkan kisah silam yang pahit. Mata Taekwoon sudah pun dirawat setahun yang lalu, kini Taekwoon dapat menjalani kehidupannya seperti biasa dan tidak perlu untuk memakai cermin mata hitam setiap kali keluar rumah.


            Mereka berborak sambil berbual mesra. Kadang-kadang mereka ketawa kuat apabila ada yang mengusik. Begitulah persahabatan dan kasih sayang antara mereka.

No comments: