Alexander baru mendapat panggilan
daripada kliennya. Dia terpaksa ke Korea untuk melawat ke tapak pembinaan.
Jadi, pagi-pagi lagi Alexander sudah mengambil kapal terbang peribadi untuk ke
Korea. Sesampainya dia di Korea, dia menginap di sebuah hotel lima bintang.
Sebelum itu dia sempat menelefon Seung Hwa untuk memberitahu tentang
keberadaaannya di Korea. Dia masih tidak mengetahui hal Seung Hwa dan Hongbin.
Dia masih mempercayai mereka berdua.
“Seung Hwa yah,” panggil Alexander
dengan lembut.
“Alex appa,” jawa Seung Hwa yang
sengaja membuat nada gembira dengan panggilan Alexander itu. Tetapi tangannya
sedang ligat menaip sesuatu di papan kekunci dan matanya tertumpu pada skrin
computer buat beberapa kali.
“Alexa appa ada dekat Korea sekarang
ni. Appa tinggal di hotel yang berada dekat Seoul,” ucap Alexander tanpa
mengesyaki apa-apa.
“Oh! Kenapa tak bagitahu Seung Hwa
yang appa nak datang Korea? Boleh Seung Hwa dan Hongbin oppa jemput appa dekat
airport tadi,”
Sesekali Seung Hwa menjeling Hongbin
yang sedang memerhatikannya sejak tadi. Leo, Jin Ah dan Shin Dong Wook turut
berada di situ tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.
“Appa kena melawat site projek dekat
sini. Kalau nak jumpa appa, bolehlah datang dekat hotel ni,”
“Baiklah appa,”
“Okaylah. I got to go. Jumpa nanti
ya. Kirim salam dekat Hongbin,”
“Nae,” Selepas Alexander mematikan
talian, Seung Hwa tersenyum sinis.
“Macam kebetulan pula. Senang kerja
kita,”
Seung Hwa memandang mereka sambil
tersenyum sinis kemudian matanya tertumpu pula kepada skrin computer riba itu.
Setelah itu dia menolak sedikit computer riba itu supaya mereka yang lain dapat
lihat.
“Nampak tanda merah tu? Lepas ni dia
tak akan terlepas lagi,” ucap Seung Hwa.
Hongbin, Jin Ah dan Leo hanya
mengangguk faham. Seung Hwa telah mengesan kedudukan Alexander dengan
menggunakan alat GPS yang ada di dalam telefon Alexander. Mudah sahaja dia
mengesan menggunakan system computer itu. Shin Dong Wook pula memandang Seung
Hwa dengan tidak percaya. Tidak percaya kerana Seung Hwa sebijak itu. Tapi dia
harap Seung Hwa tidak menggunakan kebolehannya untuk membuat sesuatu yang tak
baik. Tapi dah berlaku dah pun sebelum itu.
“Jadi, apa kita nak buat sekarang?”
Tanya Hongbin.
“Ahjussi akan mita tolong kawan
ahjussi yang berada di bahagian unit khas. Kita minta anggota SWAT untuk
menyerbu Alexander nanti. Sebab apa kita perlu menggunakan SWAT, sebab ini…..”
Shin Dong Wook menunjuk ke arah
tanda biru yang berada di sekeliling dan sekita hotel tersebut. Seung Hwa
menerangkan, itulah orang-orang upahan Alexander untuk menjadi pegawai
keselamatannya. Mereka semua lengkap bersenjata.
“Tak payah nak guna SWAT semua tu,
bunuh je terus.” Ucap Leo.
“Jangan! Ahjussi perlu tahu sesuatu
daripada mereka. Sekurang-kurangnya ahjussi nak buktikan yang Jaehwan tak
bersalah walaupun dah terlambat,”
“Lagi sorang tu macam mana?” Tanya
Seung Hwa pula.
“James takkan datang ke Korea,” balas
Leo.
“Kita buat dia datang ke sini,” kata
Jin Ah pula.
Mereka semua
memandang ke arah Jin Ah tetapi Jin Ah sekadar menggeleng. “Kita selesaikan
satu-persatu,”
****************************************************************************
Sekumpulan anggota SWAT yang lengkap
bersenjata memulakan operasi untuk menangkan Alexander seperti yang diarahkan
oleh ketua mereka. Mereka memilih malam, setelah urusan Alexander di sini sudah
habis.
“Enam orang di setiap bahagian,”
kedengaran suara Seung Hwa di corong earphone yang dipakai masing-masing.
Seung Hwa telah menggondam semua
system CCTV dan itu memudahkan dia untuk mengesan di mana semua orang upahan
Alexander. Melalui skrin komputernya, Seung Hwa dapat lihat dengan jelas
sekumpulan SWAT yang sedang berpecah itu.
Mereka masuk ke setiap bahagian dan
bertemu dengan enam orang orang upahan tersebut. Belum sempat mereka semua
bertindak, anggota SWAT terlebih dahulu membelasah dan menembak mereka semua
sehingga tiada satu pun yang tertinggal. Mereka menggunakan senapang kalis
peluru jadi tiada yang sedar tentang bunyi tembakan itu.
Setelah selesai dengan enam orang di
setiap bahagian, mereka masuk lagi ke dalam. Mereka bertemu lagi dengan
beberapa orang yang sedang berjaga. Mereka juga tertewas dengan SWAT. Mereka
terus masuk, membelasah dan menembak semua orang upahan Alexander. Ramai betul
dia upah orang untuk berjaga. Takut betul.
Akhirnya anggota SWAT berada di
hadapan bilik Alexander. Dengan kiraan tiga, mereka merempuh bilik itu dan
mendapati Alexander sedang berbaring di atas katil. Terkejut beruk dia lantas
melompat turun dari katil tersebut memandang anggota SWAT yang mengacukan
pistol kepada dia.
******************************************************************************
Alexander ditempatkan di bilik soal
siasat. Shin Dong Wook melangkah masuk ke dalam bilik itu sementara Leo,
Hongbin, Seung Hwa dan Jin Ah hanya memerhati dari satu bilik di sebelah bilik
soal siasat itu. Dua bilik itu dipisahkan dengan sebuah cermin tebal gelap dan
hanya boleh dipandang melalui sebelah sahaja. Mereka berempat boleh
memerhatikan Shin Dong Wook dan Alexander tetapi Alexander tidak boleh melihat
mereka.
“Shin Dong Wook!” Alexander berdiri
sebaik sahaja melihat wajah Shin Dong Wook.
“Tak percaya aku masih hidup?” Tanya
Shin Dong Wook sambil tersenyum sinis. Dia mengambil tempat di hadapan
Alexander.
“Jadi kau yang tangkap aku? Tak
guna!!” Alexander mengetuk meja dengan kuat.
Shin Dong Wook langsung tidak
terkejut malah dia masih tersenyum sinis. Tidak lama kemudian Shin Dong Wook
mula sedikit serius.
“Pertama sekali, aku nak ucapkan
terima kasih dekat kau sebab dah jaga anak aku dengan baik selama ini,”
Alexander terkaku. Anak? “Anak
kau?!”
“Iya. Lee Seung Hwa, nama tu yang
kau bagi dekat dia kan? Nama sebenar dia Shin Seung Hwa. Terima kasih sebab
mengekalkan nama dia,”
“Seung Hwa?!!” Suara Alexander mula
meninggi.
“Mana dia?!!”
Shin Dong Wook hanya menjongket bahu
dan menjuih bibirnya. “Dia sedang memerhatikan kau sekarang…. Dengan Hongbin.
Tak sangka lelaki yang dia anggap ayah selama ini, mempergunakan dia dan orang
yang dia sayang untuk kepentingan kau sendiri. Lepas tu kau ugut dia pula.
Menyedihkan betul kau ni!”
“Tak guna!! Seung Hwa!! Hongbin!!
Berani kau belot pada aku!! Aku jumpa korang, aku bunuh!! Tak guna!!” Alexander
mula memekik-mekik.
Naik bingit telinga Leo
mendengarnya. Riak wajahnya mula berubah sedikit marah. Hongbin memeluk erat
bahu Seung Hwa yang hanya termenung kosong melihat Alexander mengamuk seperti
itu. Dia berasa lega sedikit kerana dia tidak perlu menyimpan rahsia itu lebih
lama lagi.
“Jangan nak memekiklah!” Marah Shin
Dong Wook. Dia turut berasa marah kerana suara Alexander yang memekik itu.
“Ergh!! Kalau aku tahu dari awal dia
anak kau, dah lama aku biarkan orang-orang tu ambil dia dan jual buah pinggang
dan mata dia dekat pasaran gelap!” Alexander meramas rambutnya.
Mereka yang mendengarnya sungguh
terkejut sekali. “Aku tak akan selamatkan budak tu kalau aku tahu dia anak
kau!”
“Apa kau cakap?! Jual buah pinggang
dan mata?!”
Alexander mengangkat wajahnya sambil
tersenyum sinis memandang Shin Dong Wook. “Orang-orang yang datang rumah kau
adalah rakan aku. Dia perlukan buah pinggang dan mata untuk dijual. Nak ambil
Hyuna tu, tak boleh pakai tapi anak perempuan kau boleh juga. Jadi, dia bunuh
je Hyuna tu dan ambil salah seorang anak kau. Tapi tak sangka aku yang
selamatkan anak kau! Aergh!!”
“Sebab itu aku ucapkan terima kasih
pada kau,” ucap Shin Dong Wook yang mula bermain psikologi dengan Alexander.
Alexander mendiamkan diri sahaja dan
tak habis-habis menyalahkan dirinya kerana terlalu bodoh sebab selamatkan Seung
Hwa.
“Aku nak tanya kau sesuatu. Aku rasa
lebih baik kau jawab!!”
Alexander tidak mengangkat wajahnya.
Shin Dong Wook menepuk meja itu sehingga Alexander mengangkat wajahnya
memandang Shin Dong Wook.
“Kenapa kau bunuh Yonghwa dan kau
fitnah Jaehwan? Jawab!!!” Tengking Shin Dong Wook.
“Bunuh Yonghwa? Heh! Aku dapat apa
kalau aku bunuh dia?” Tanya Alexander balik.
“Habis tu James?”
Alexander mengangkat bahu. “Mana aku
tahu,”
Shin Dong Wook mendiamkan diri.
Tidak lama kemudian dia bangun dan meninggalkan bilik itu.
“Woi! Lepaskan aku!”
Shin Dong Woo tidak menghiraukan
Laungan Alexander dan terus melangkah ke bilik sebelah. Dia hanya menyertai Jin
Ah, Leo, Hongbin dan Seung Hwa memerhatikan Alexander. “Antara mereka berdua
je,”
“Apa motif di appa?” Tanya Jin Ah.
“Balas dendam,” jawab Leo.
“Dan tengok ap-appa terseksa,”
sambung Seung Hwa.
Shin Dong Wook memandang Seung Hwa.
“Seung Hwa masih kekok untuk panggil appa, appa?”
“Mianhae,” ucap Seung Hwa sambil
menundukkan wajahnya.
“Tak apa. Apa tak kisah, sayang.
Ambil masa dulu,” ucap Shin Dong Wook lembut.
Seung Hwa hanya mengangguk sambil
tersenyum sedikit. Tidak lama kemudian, mereka beredar dari situ dan pulang ke
rumah.
****************************************************************************
Leo duduk terpunduk di birai katil
biliknya. Tingkap di buka luas. Cuaca hari itu terang sekali, jadi Leo terpaksa
memakai cermin mata hitamnya. Shin Dong Wook melangkah masuk ke dalam bilik itu
lalu berdiri di sebelah Leo.
“Aku ni Jung Taekwoon ke?” Tanya Leo
tanpa memandang Shin Dong Wook.
“Ya. Ahjussi yakin kamu adalah Jung
Taekwoon,”
“Macam mana aku nak ingat semuanya
semula? Tak. Lebih baik aku tak payah ingat kisah silam aku sebab pasti aku
akan sakit lagi,”
Shin Dong Wook menyentuh bahu Leo
sambil tersenyum. “Lupakan kisah silam yang pahit itu Leo. Mulakan hidup baru….
Bersama Jin Ah?”
Leo memandang Shin Dong Wook. Shin
Dong Wook sekali lagi tersenyum lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Leo.
“Dari pandangan mata kamu, ahjussi tahu kamu suka pada Jin Ah kan? Lagipun
ahjussi lebih yakin kamu ada perasaan terhadap Jin Ah kerana berbulan kamu
culik dia tapi kamu tak pernah apa-apakan dia. Terima kasih sebab jaga anak
ahjussi dengan baik,”
Leo menunduk merenung lantai. “Tapi
aku ada penyakit,”
“Apa gunanya doctor di Korea ni,
Leo? Ahjussi akan tanggung pembelanjaan untuk merawat penyakit kamu,”
“Tak perlu. Aku ada duit sendiri.
Duit yang James bagi, aku hanya gunakan sikit je,”
“Baiklah kalau macam tu. Nanti
jangan lupa rawat pula. Lagi satu permintaan ahjussi…. Kamu kahwin dengan Jin
Ah dan bahagiakan dia ye. Lindungi dia dan jangan sakiti dia,”
Leo hanya mengangguk. “Macam mana
ahjussi boleh terima aku sedangkan aku ni pembunuh. Dan sangat dikehendaki
polis. Ahjussi pun polis kan. Tak teringin nak sumbat aku dalam penjara atas
kesalahan aku ni?” Leo menduga.
Shin Dong Wook menggeleng. “Rasanya
tak perlu kot. Let’s make a secret a secret,”
Leo mengangkat keningnya. “Biarlah
rahsia. Kalau ahjussi sumbat kamu dalam penjara, kamu tak ada peluang untuk
hidup lagi. Jadi, ahjussi bagi kamu peluang kedua kerana ahjussi tahu kamu ni
orang baik dan sangat innocent,”
Leo hanya mengangguk sambil
memandang terus ke hadapan. Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berbunyi.
Panggilan daripada James. Leo pantas menjawabnya.
“James dah sampai ke Korea,” ucap
Leo sambil memandang Shin Dong Wook.
Shin Dong Wook mengangguk seraya
bangun. Leo turut bangun lalu menuju ke almari dan mengeluarkan beg galas
hitamnya. Dia memeriksa peluru di dalam pistolnya. Shin Dong Wook terkejut
melihat tindakan Leo lantas menghampiri Leo dan memegang tangannya.
“Jangan Leo,” ucap Shin Dong Wook
sambil menggeleng.
“Aku janji. Ini pembunuhan terakhir
aku. Aku perlu balas dendam atas pembunuhan keluarga aku,”
“Leo, ahjussi perlu soal siasat dia
dulu. Lepas tu ahjussi serahkan kepada kamu apa yang perlu kamu lakukan,” Shin
Dong Wook mengenyitkan sebelah matanya memandang Leo.
*****************************************************************************
“James,” Shin Dong Wook tersenyum
sinis.
James memandang geram ke arah Shin
Dong Wook. Hidup lagi orang tua ni. Kalau ikutkan, mahu sahaja dia membelasah
lelaki tua tu sekarang juga. Tapi dia berada di dalam bilik soal siasat balai
polis sekarang.
“Aku malas nak panjangkan cerita.
Aku tanya kau soalan, kau terus jawab je. Siapa antara kau dan Alexander yang
bunuh keluarga Yonghwa dan fitnah Jaehwan dan isterinya?”
James tersenyum sinis. “Chief Superintendant
General Shin Dong Wook… Kau polis kan, siasat sendirilah kalau nak tahu,” perli
James.
Walaupun marah, Shin Dong Wook hanya
menunjukkan reaksi biasa sahaja. Dia pandai dalam mengawal riak wajahnya.
“James… aku tanya kau betul-betul
jadi jawablah betul-betul,”
“Betullah aku jawab tu. Ada salah
kat mana-mana ke?” James tersenyum sumbing.
“Jadi, kau nak kami gunakan
kekerasan baru kau nak bagitahu hal sebenar?”
“Kalau aku ni budak-budak, aku pasti
takut dengan ugutan kau tu malangnya aku dah tua. Sikit pun tak gentar!” James
ketawa kuat dengan bunyi yang menjengkelkan.
James memang mencabar dirinya. Dia
sengaja mengertak James begitu walaupun dia tahu dia tidak lagi boleh
menggunakan cara kekerasan.
“Kenapa kau buat semua ni? Kau
berdendam dengan aku kan, jadi kenapa tak bunuh aku je terus? Kenapa kau bunuh
kawan-kawan aku yang tak ada kena-mengena dengan kita?”
“Kau nak tahu sebab apa? Sebab…. Aku
suka tengok kau terseksa perlahan-lahan. Tengok kawan-kawan kesayangan kau
terseksa, lagi kau terseksa. Tengok keluarga kau mati, lagi seronok kan?
Lagipun tak bestlah kalau aku terus bunuh kau. Tak seronok permainan ni,”
Kata-kata itu menyakitkan hati Shin
Dong Wook. Dia masih bersabar dengan James. Kalau dia hanya marah-marah pasti
James lebih galak mentertawakannya.
“Tak apalah kalau kau tak nak
bagitahu aku. Tak ada cara lain selain kau akan kena mati mandatory,”
“Kau tak ada bukti, Shin Dong Wook.
Aku tak bersalah selagi tak ada bukti menunjukkan aku yang lakukan semua itu,”
“Tak perlukan bukti kau tetap akan
dihukum,” Shin Dong Wook tersenyum sinis sambil berdiri.
Dia memalingkan kepalanya sedikit
memandang cermin pandang sebelah itu dan tersenyum sedikit memandang Leo. Jin
Ah, Seung Hwa dan Hongbin memandandang Leo dan Shin Dong Wook dengan pelik. Leo
tetap berlagak seperti biasa dengan muka expressionlessnya. Tidak lama kemudian
Shin Dong Wook keluar dari bilik soal siasat itu.
James termenung panjang dengan
tindakan Shin Dong Wook itu. Dia merenung terus
ke aarah dinding yang bertentangan dengannya tanpa tahu itulah cermin
pandang sebelah tersebut. Leo bertentang mata dengan James walaupun James tidak
menyedari kehadirannya.
*****************************************************************************
“Tahanan lari dari sel!” Lapor seorang
pegawai yang datang memeriksa sel khas yang menempatkan Alexander.
Shin Dong Wook, Hongbin, Seung Hwa,
Jin Ah dan Leo terkejut besar mendengar berita itu. Bagaimana Alexander boleh
terlepas sedangkan kawalan di penjara itu sangat ketat. Hongbin terus sahaja
keluar dari kawasan penjara itu diikuti dengan Seung Hwa. Shin Dong Wook cuba
menghalang tetapi mereka berdua tetap berkeras.
“Seung Hwa, dapat kesan dia dekat
mana?” Tanya Hongbin sambil berlari.
“Tak boleh. Telefon bimbit dia tak
berada dengan dia,”
“Oh. Oppa lupa,”
Seung Hwa dan Hongbin terus berlari
tanpa hala tuju. Beberapa kali juga mereka berhenti untuk bertanya kepada orang
ramai sama ada ternampak seorang lelaki kacukan inggeris atau tidak. Namun
tiada jawapan positif yang mereka terima.
Lebih 30 minit mereka berlari,
akhirnya mereka berhenti di hadapan sebuah kedai ais krim Molly’s Pops. Tanpa
berlengah, Seung Hwa terus masuk dan menanyakan soalan yang sama kepada Shin
Hye.
“Ada. Ahjumma nampak dia berlari
dengan beberapa orang berpakaian hitam. Dia ikut arah barat kemudian ada sebuah
kereta yang ambil mereka. Lepas tu ahjumma tak tahu mereka ke mana,” terang
Shin Hye.
“Gomawo ahjumma,” ucap mereka
berdua.
“Nanti! Kamu Seung Hwa kan?” Tegur
Shin Hye.
Seung Hwa tidak sempat untuk menjawab
soalan itu dan hanya mengangguk kemudian dia mengikut Hongbin keluar dari kedai
itu.
“Mereka mungkin berada tak jauh
lagi,”
Seung Hwa mengangguk dan terus
berlari mengikut ayunan langkah Hongbin. Mereka perlu cepat. Entah mengapa
kepala Hongbin asyik menyuruhnya membunuh Alexander sebaik sahaja mereka
menjumpai lelaki itu. Suara-suara itu sering berlegar di kepalanya.
MEREKA
tersenyum sinis apabila sudah dapat menjejaki Alexander. Dia sedang berehat
dengan beberapa orang upahannya. Mereka berada di jalan mati jadi senang Seung
Hwa dan Hongbin hendak bertindak. Seung Hwa dan Hongbin menstabilkan nafas
masing-masing sebelum mereka memulakan serangan.
Seung Hwa bergerak ke arah yang
bertentangan dan bersedia dengan pistol masing-masing. Mereka berpandangan,
sebaik sahaja Hongbin mengangguk, mereka berdua melepaskan beberapa tembakan.
Tepat ke kepala beberapa orang upahan Alexander. Mereka semua mula menggelabah
dan menembak secara rambang namun mereka masih tidak dapat mengesan keberadaan
Seung Hwa dan Hongbin yang cekap bersembunyi.
Tidak lama kemudian, Seung Hwa dan
Hongbin keluar dari tempat persembunyian mereka dan berhadapan dengan
Alexander. Mereka berdua mengacukan pistol kepada Alexander.
“Tak guna! Korang rupanya!” Marah
Alexander.
Dia mengarahkan orang-orang
upahannya supaya menembak Hongbin dan Seung Hwa. Namun pasangan itu lebih
pantas bertindak. Sekejap sahaja mereka tumpas dan hanya tinggal Alexander
seorang sahaja.
“Kita boleh bincang,”
“Bincang ye?” Hongbin berura-ura
hendak menekan picu pistol.
“Tak ada apa nak dibincangkan
lagilah Alexander!” Balas Seung Hwa.
Seketika kemudian Alexander
tersenyum sinis. Dia menghampiri Seung Hwa dan Hongbin dan terus menyerang
mereka. Hongbin dan Seung Hwa yang hendak menarik picu pistol terkejut kerana
pistol mereka sudah kehabisan peluru. Mereka tergamam. Tak sangka Alexander
cekap dalam mengira peluru mereka.
Akhirnya mereka terpaksa bertarung
dengan Alexander dengan tangan kosong. Sehinggalah Seung Hwa sedikit terleka,
Alexander pantas menarik Seung Hwa dan memeluk leher Seung Hwa dari belakang.
Tangan kanannya memegang pistol yang diacukan ke kepala Seung Hwa.
“Jangan kau berani, Alexander!”
Tengking Hongbin.
“Aku ajak bincang, tak nak. Jangan
risau, kau akan mati dulu lepas tu Seung Hwa. Aku bagi korang berdua bahagia
dekat neraka!” Pistol itu diacukan kepada Hongbin pula.
Semasa Alexander berbual dengan
Hongbin pada masa yang singkat itu, Seung Hwa mengeluarkan sebilah pisau kecil
dari celah bajunya. Dan ketika Alexander mengacukan pistol itu kepada Hongbin,
Seung hwa terus bertindak. Dia menggigit tangan Alexander yang memeluk lehernya
lalu menyepak tangan Alexander yang memegang pistol. Sebaik sahaja pistol itu
jatuh ke tanah, Hongbin pantas mencapainya dan menghalakan kepada Alexander.
Dia terus menusuk mata pisau itu
tepat ke jantung Alexander. Dia menekan lagi kuat pisau itu. Alexander ingin
menjerit tetapi nafasnya tersekat-sekat. Darah membuak keluar dari dada
Alexander dan membasahi muka dan baju Seung Hwa. Tidak lama kemudian, Alexander
menghembuskan nafas terakhir dengan mata yang terbeliak memandang ke atas.
Sebelum dia mati, dia ada membisikkan sesuatu yang kurang jelas tetapi dapat
difahami Seung Hwa.
“Aku akan balas dendam… Korang pun
patut mati…” Sejurus itu Alexander terkaku.
Perlahan-lahan Seung Hwa melepaskan pisau
yang masih tercacak di dada Alexander. Hongbin melempar pistol itu ke tanah. Dia
menapak ke belakang dan terus memeluk Hongbin dengan erat. Kali pertama dia
melakukan pembunuhan sepanjang hidupnya. Dia sedikit gementar lantas memeluk
Hongbin erat sambil mengalirkan air mata.
“Kenapa ni Seung Hwa?” Tanya Shin
Dong Wook cemas apabila Hongbin dan Seung Hwa pulang dengan berlumuran darah
terutamanya Seung Hwa.
“Appa….” Panggil Seung Hwa sambil
memeluk Shin Dong Wook erat.
Shin Dong Wook membalas pelukan
Seung Hwa sambil menggosok belakang Seung Hwa. Dia bersyukur kerana Seung Hwa
dan Hongbin selamat dan kali pertama Seung Hwa memanggilnya appa tanpa ragu.
Tidak lama kemudian, Jin Ah membawa
Seung Hwa ke bilik untuk membersihkan diri yang berlumuran darah itu. Hongbin
pula masuk ke biliknya sementara Shin Dong Wook dan Leo duduk di ruang tamu
sambil menghadap satu sama lain.
No comments:
Post a Comment