There Is No Tomorrow ~ CHAPTER 19




            Shin Dong Wook sungguh terkejut dengan kehadiran Seung Hwa, Hongbin, Jin Ah dan Leo ke rumah itu. Sekali lagi air matanya mengalir kerana kegembiraan. Tidak sangka yang Hongbin akan menjumpai mereka secepat itu. Jin Ah dan Shin Dong Wook berpelukan dengan Jin Ah sambil menangis. Sudah lama dia tidak menjumpai Jin Ah dan nasib baik dia sihat-sihat sahaja.

            Leo, Hongbin dan Seung Hwa hanya menjadi pemerhati kepada drama itu. Seung Hwa dan Leo langsung tidak mengetahui apa yang berlaku di hadapan mereka. Hanya Hongbin sahaja yang faham tetapi dia hanya mendiamkan diri.

Flashback,
            “Oppa, apa maksud keluhan tu?” Tanya Seung Hwa sambil menggoncang sedikit tangan Hongbin.

            Hongbin memandang Seung Hwa. “Sayang tak akan tinggal sini dan tak juga balik ke rumah oppa. Aku nak bawa korang semua pergi ke satu tempat,” dari memandang Seung Hwa, dia memandang Leo dan Jin Ah pula.

            “Tak nak,” jawab Leo.

            Hongbin merenung Leo dengan tajam. “Kalau kau nak tinggal sini, tak payah ikut. Aku nak bawa Seung Hwa dan Jin Ah je,”

            Leo pantas menarik tangan Jin Ah dekat kepadanya. “Kenapa kau nak bawa dia sekali? Kau dah jumpa Seung Hwa jadi bawa dia balik dan jangan datang sini lagi,”

            “Aku nak bawa dorang jumpa dengan ayah dorang,” balas Hongbin sambil menjongket sebelah keningnya.

            Seung Hwa dan Jin Ah memandang Hongbin dengan serentak dan terkejut. “Hongbin, awak jumpa ayah saya?”

            Hongbin mengangguk. “Dia nak jumpa korang berdua. Jadi nak ikut atau tak?”

            Jin Ah menarik tangannya dari genggaman Leo lalu memandang Leo. “Leo, please. Saya nak berjumpa dengan ayah saya. Kalau awak tak bagi dan halang macam mana pun saya tetap nak pergi,” ucap Jin Ah sambil berpaling dan memandang Seung Hwa.

            “Unnie.. Kita jumpa appa. Appa dah lama sangat tak jumpa dengan unnie,” ucap Jin Ah sambil tersenyum lebar.

            Seung Hwa hanya memandang Jin AH dengan pandangan kosong sahaja. Kemudian dia memandang Hongbin yang mengangguk memandangnya. Leo merengus lalu turut menapak dan berdiri di sebelah Jin Ah.

            “Aku ikut,”

            Jin Ah menyembunyikan senyumannya. Dia tahu pasti Leo akan ikut dia. Jadi, mereka berempat keluar dari rumah Leo dan mula berjalan mengikut Hongbin.



            “Appa… unnie… unnie dah balik…” ucap Jin Ah sambil menahan sebaknya. Air matanya masih mengalir lagi.

            Shin Dong Wook mengangguk kemudian memandang Seung Hwa yang masih memeluk lengan Hongbin. Sejak tadi dia memandang Shin Dong Wook dengan pandangan kosong. Shin Dong Wook menghulurkan tangannya kepada Seung Hwa sambil tersenyum. Seung Hwa menapak sedikit ke belakang sambil memegang lengan Hongbin erat.

            “Sunny sayang… appa ni… Shin Seung Hwa…” panggil Shin Dong Wook sambil tersenyum memandang Seung Hwa.

            Seung Hwa mendongak memandang Hongbin. Hongbin mengusap kepalanya. “Pergilah. Dia tu ayah kandung Seung Hwa,” ucap Hongbin sambil tersenyum.

            “Ap..pa…” ucap Seung Hwa.

            “Ye sayang… mari sini dekat appa…”

            Perlahan-lahan Seung Hwa melepaskan lengan Hongbin lalu menapak ke hadapan menghampiri Shn Dong Wook. Sebaik sahaja Seung Hwa mencapai tangannya, Shin Dong Wook terus menarik Seung Hwa ke dalam dakapannya. Dia memeluk Seung Hwa dengan erat sambil mengalirkan air mata.

            “Appa bersyukur sangat sebab Seung Hwa masih hidup dan appa masih berpeluang berjumpa dengan Sunny appa,” ucap Shin Dong Wook dengan esakan.

            “Sunny…??”

            Seung Hwa seperti teringat sesuatu. Ya. Dia pernah bermimpi tentang seorang budak perempuan yang dipanggil dengan nama Sunny sebelum ini. Masa itu dia dapat rasakan yang Sunny dan Seung Hwa itu sangat dekat. Perlahan-lahan Seung Hwa mengangkat tangannya dan turut memeluk Shin Dong Wook. Jin Ah tersenyum gembira melihat pertemuan ayah dan kakaknya semula. Dia mengesat air mata yang tidak habis mengalir di pipinya. Hongbin tersenyum melihat mereka berdua sementara Leo hanya menjadi pemerhati tanpa menunjukkan sebarang reaksi wajah.



JIN Ah duduk di sebelah Shin Dong Wook manakala Seung Hwa duduk di sebelah Hongbin dan di sebelah Hongbin adalah Leo. Shin Dong Wook baru selesai menceritakan bagaimana mereka berdua bertemu dan akhirnya Hongbin pergi ke rumah Leo dan membawa pulang Jin Ah dan Seung Hwa. Jin Ah dan Shin Dong Wook berterima kasih kepada Hongbin. Hongbin hanya tersenyum dan mengangguk.

            “Maaf. Seung Hwa tak ingat semuanya lagi,” ucap Seung Hwa sambil menunduk.

            Hongbin memeluk bahu Seung Hwa. “Tak apa sayang, perlahan-lahan nanti mesti ingat. Tapi jangan paksa tau,” pujuk Hongbin.

            Seung Hwa mendongak memandang Hongbin sambil mengangguk. Dia menggenggam tangan Hongbin erat. Melihat kemesraan Seng Hwa dan Hongbin membuatkan Shin Dong Wook bertanya sesuatu.

            “Maaf kalau ahjussi tanya. Kamu berdua ni….. dah berkahwin ke? Maaf kalau soalan ahjussi buat kamu berdua tersinggung. Ahjussi Cuma nak tahu,”

            Seung Hwa dan Hongbin berpandangan kemudian Seung Hwa menundukkan wajahnya. Mereka berdua menggeleng serentak.

            “Owh. Okay. Itu je appa nak tahu sayang. Appa tumpang bahagia jika Sunny memang bahagia dengan Hongbin,” Shin Dong Wook tersenyum. Seung Hwa dan Hongbin hanya mengangguk.

            Leo yang mendiamkan diri sejak tadi mula bersuara. “Ahjussi kenal dengan James?” Semua mata menumpukan ke arah Leo. Kemudian Hongbin memandang Shin Dong Wook.

            “Dan Alexander?”

            Perlahan-lahan diikuti dengan keluhan, Shin Dong Wook mengangguk. “40 tahun dahulu ahjussi pernah selesaikan kes mereka berdua. Biasalah ahli korporat kan. Kes tu melihatkan ratus juta won. Ahjussi dah siasat semua tu dan kes itu dibicarakan di mahkamah, akhirnya pihak mahkamah putuskan wang tu tidak akan diperolehi James mahupun Alexander dan mereka berdua dianggap muflis. Sejak itu, mereka berdua seperti berdendam dengan ahjussi,”

            “Lee Jaehwan dan Jung Yonghwa?” Soal Seung Hwa pula.

            “Mereka berdua kawan baik appa. 30 tahun dulu, Lee Jaehwan ditangkap kerana disyaki mengedar dadah bersama isterinya. Entah bagai mana 3kg dadah dijumpai di dalam rumah mereka. Ahjussi tak percaya itu kerja ayah kamu kerana ahjussi kenal sangat dengan dia. Lagipun dia tak ada sebarang rekod jenayah mahupun mencuri sekali pun,” Shin Dong Wook memandang Hongbin.

            Seung Hwa memandang Hongbin tidak percaya. “Kes tu…” Hongbin mengangguk. “Mereka berdua ibu bapa kandung oppa,”

            “Ahjussi tak nak kamu salahkan ayah kamu, Hongbin. Ahjussi tahu yang mereka sebenarnya difitnah. Tapi ahjussi tidak cukup bukti untuk kemukakan kes ini. Keadaan ayah kamu teruk sangat masa tu. Bermati-matian dia mengatakan mereka berdua tidak bersalah,”

            “Saya tak salahkan appa. Tapi saya selalu rasa terhina sebab saya lahir dekat dalam penjara. Hidup saya tak pernah dirahmati,” luah Hongbin.

            “Jangan cakap macam tu Hongbin. Kamu tak bersalah. Setiap bayi yang lahir dirahmati,”

            “Jung Yonghwa?” Soal Leo.

            Shin Dong Wook memandang Leo. “Dia dan keluarganya dibunuh di rumahnya sendiri. Dia, isterinya dan anak perempuannya semuanya mati ditembak. Tapi dia ada seorang anak lelaki. Mayat budak tu tak dijumpai dan ahjussi percaya dia masih hidup,”

            “Macam mana kejadian tu?”

            “Ahjussi tak pasti. Tapi menurut cerita daripada saksi, sekumpulan lelaki berpakaian hitam dengan pistol datang ke rumah mereka. Ketika itu mereka baru pulang dari membeli-belah dengan keluarga. Yonghwa membawa masuk anak lelakinya dahulu kemudian bila dia keluar, anak perempuan dan isterinya sudah pun ditembak. Belum sempat dia berbuat apa-apa, dia turut ditembak,” cerita Shin Dong Wook.

            Leo termenung panjang. Tiba-tiba kepalanya terasa sakit. Dia seperti sedang melihat gambar seperti reality semasa Shin Dong Wook bercerita. Melalui pandangan dan pendengarannya, dia seperti dengar dengan jelas sekali bunyi tembakan kemudian, dia seperti berjalan keluar dari rumah dan melihat ayah, kakak dan ibunya sudah terbaring kaku di lantai dengan berlumuran darah.

            “Argh!!” Leo memejam matanya dengan erat sambil meramas rambutnya. Empat pasang mata memandang Leo dengan pelik. Tiba-tiba sahaja lelaki itu berkelakukan seperti itu.

            Jin Ah bangun. Penyakit Leo menyerang lagi dia ingin membantu untuk menenangkan Leo, tiba-tiba Leo berhenti dan memandang Shin Dong Wook. “Jung Taekwoon. Siapa Jung Taekwoon?” Gesa Leo.

            Shin Dong Wook menelan air liurnya. “J-jung Taekwoon? Dialah anak lelaki Jung Yonghwa… Kamu kenal dengan dia?” Tanya Shin Dong Wook. Dia sudah merasa lain dengan Leo.

            “Aku tak tahu, tapi dia selalu datang dalam mimpi aku dan nama dia selalu macam terngiang-ngiang kat telinga aku,” ucap Leo yang sudah lebih tenang daripada tadi.

            Shin Dong Wook macam tersedar. Dia segera bangun dan menghampiri Leo. Tanpa amaran atau apa, dia terus menyelak baju Leo di bahagian atas sehingga menyerlahkan bahu dan dada Leo yang bidang itu. Jin Ah dan Seung Hwa segera mengalihkan pandangan mereka. Leo dan Hongbin turut terkejut dengan tindakan tiba-tiba Shin Dong Wook. Shin Dong Wook terkaku melihat tanda yang berada di bahu bahagian tengah Leo. Tanda lahir Leo. Agak sukar hendak nampak tanda itu kalau tidak dilihat secara dekat kerana tanda itu agak cerah dan dipadankan dengan kulit Leo yang cerah. Shin Dong Wook kemudian tersenyum lebar seraya memeluk Leo dengan erat.

            Tiga pasang mata terkejut melihat tindakan Shin Dong Wook. Leo menolak badan Shin Dong Wok dengan agak marah. Dia kemudian membetulkan semula bajunya. “Ahjussi ni kenapa?”

            “Jung Taekwoon. Kamu Jung Taekwoon, Leo..” ucap Shin Dong Wook sambil tersenyum.

            Leo terdiam. “Aku…. Jung Taekwoon?? Noona??” Leo tertunduk sambil merenung lantai.

            “Awak dah ingat ke Leo?” Tanya Jin Ah perlahan dengan teragak-agak.

            Leo tidak menunjukkan sebarang reaksi. Tidak lama kemudian, tiba-tiba sahaja Leo mengangkat wajahnya memandang Shin Dong Wook. “Siapa dalangnya? Siapa yang bunuh keluarga aku?!”

            Shin Dong Wook menggeleng sambil mengeluh. “Maafkan ahjussi. Ahjussi tak tahu. Tapi ahjussi syak…..”

            “James…” ucap Seung Hwa dan membuatkan empat pasang mata merenungnya.

            Jin Ah kemudian mengangguk. “Jin Ah pun rasa, James. Walaupun tak pernah bersua muka tapi cara dia layan dan didik Leo, Jin Ah tahu dia sebenarnya berniat jahat,”

            “Dia memang jahat!” Leo mengepal penumbuknya.

            “Mereka hanya mempergunakan kami!” Kata Seung Hwa pula.

Seung Hwa mengeluh perlahan. “Sebenarnya Seung Hwa tahu yang ap-appa siasat kes tentang mereka. Seung Hwa pun tahu siapa mereka. Seung Hwa pun tahu tentang kes tentang ayah Hongbin oppa dengan ayah Leo. Tapi Seung Hwa tak tahu apa kaitan antara mereka. Sebenarnya, Seung Hwa…..” Seung Hwa terhenti.

            Mereka memandang Seung Hwa supaya Seung Hwa meneruskan ayatnya. Seung Hwa memandang Hongbin. “Oppa… Alex hanya gunakan oppa untuk bunuh orang-orang yang dia suruh. Masa Seung Hwa datang ke pejabat Alex sebelum kita dihantar semula ke Korea, Seung Hwa ada terdengar Alex bercakap tentang oppa. Dia memang latih kita dan pergunakan kita untuk agenda mereka. Tapi Seung Hwa tertangkap. Alex ugut Seung Hwa supaya diamkan perkara tu, kalau tidak dia akan bunuh Seung Hwa dan Hongbin oppa. Seung Hwa minta maaf,”

            Mereka semua mengeluh. Tak sangka begitu. Hongbin mengusap kepala Seung Hwa lembut. “Tak apa. Oppa tak salahkan sayang. Sayang pun tersepitkan,”

            “Apa agenda dia?” Soal Leo yang nampak tidak sabar.

            Seung Hwa menggeleng. “Mungkin agenda untuk membalas dendam pada ahjussi,” ucap Shin Dong Wook lemah.

            “Tak boleh biarkan mereka tu,” ucap Hongbin sambil mengetap giginya.

            “Jadi, apa kita nak buat?” Tanya Jin Ah.

            Masing-masing hanya mendiamkan diri sahaja. Shin Dong Wook pula memandang Seung Hwa, Hongbin dan Leo secara bergilir-gilir. Tak sangka hidup mereka susah begitu. Leo terutamanya, hidup macam boneka, hanya menurut segala perintah tuannya. Shin Dong Wook lebih kasihan kerana Leo seperti tidak mempunyai perasaan lagi. Shin Dong Wook megeluh panjang. Kepalanya tergeleng-geleng beberapa kali.

            “Kenapa appa?” Tanya Jin Ah sambil mengusap bahu Shin Dong Wook.

            “Appa kasihan dengan apa yang telah dilalui Seung Hwa, Hongbin dan Leo. Tak sangka Alexander dan James sejahat dan pendendam seperti itu,”

            “Dia patut mampus!” Ucap Leo dan Hongbin serentak.

            “Mereka patut terima hukuman. Jin Ah akan buka kes ni dan heret dia ke penjara,”

            “Tak payah!” Ucap Leo, Hongbin dan Seung Hwa serentak sambil memandang Seung Hwa.

            “Kita tak ada bukti untuk dakwa mereka…..” Ucap Seung Hwa.

            “Jadi… satu jalan mudah je boleh pakai….” Kata Hongbin pula.

            “Bunuh! Mati mandatory!” Sambung Leo.

            Jin Ah dan Shin Dong Wook terkejut. “Jangan. Ahjussi tak benarkan kamu berdua melakukan pembunuhan lagi,”

            “Aku janji ini pembunuhan terakhir kami,” ucap Leo dan Hongbin serentak.

            Leo memandang Jin Ah. “Jin Ah, aku janji ini pembunuhan terakhir. Lepas ni aku akan keluar dari dunia pembunuhan ni,” ucap Leo.

            Jin Ah menjadi serba salah. Dia tida tahu hendak membenarkan atau tidak. Suasana di ruang tamu itu menjadi sunyi sepi buat seketika. Akhirnya dia keputusan akhir yang dibuat, Shin Dong Wook bangun.

            “Kita fikirkan esok. Malam ini kamu bertiga bermalam ni rumah ni. Please.. Ini je yang ahjussi mampu lakukan. Esok kita mulakan yang baru. Kita akan bincang tentang hal ini,” putus Shin Dong Wook.

            Leo dan Hongbin akhirnya terpaksa akur. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja mereka hapuskan Alexander dan James malam ini. Tapi mereka berada di Negara yang berlainan. Mereka juga perlukan rancangan yang bijak supaya mereka berdua tertangkap. Kemudian senanglah Leo dan Hongbin membunuh mereka. Itu sahaja yang difikirkan Leo dan Hongbin.

            ‘Bunuh James!’

            ‘Bunuh Alexander!’

            “Mari. Ahjussi tunjukkan bilik kami berdua. Seung Hwa tidur dengan Jin Ah ye,” ucap Shin Dong Wook.


            Pada mulanya dia hendak membantah kerana dia mahu tidur bersama Hongbin, tetapi akhirnya dia akur setelah Jin Ah menarik tangannya. Seung Hwa mengikut Jin Ah masuk ke biliknya. Manakala Shin Dong Wook menunjukkan bilik untuk Hongbin dan Leo. Setelah mereka masuk ke bilik, Shin Dong Wook turut masuk ke biliknya.

No comments: