There Is No Tomorrow ~ CHAPTER 18



            Hongbin seperti semakin hampir dengan dirinya yang sebenar. Sedikit sebanyak dia sudah mula ingat siapa dirinya. Lebih seminggu dia mencari dan cuba mengingati semuanya. Dia sudah dapat ingat kenangan dia semasa tinggal di rumah kebajikan. Dia selalu dikeji, dicaci dan dihina oleh penduduk di situ. Setiap hari pasti dia akan dibuli. Sehingga pada suatu hari, dia sudah tidak tahan dibuli, dia melarikan diri daripada rumah kebajikan tersebut. Dia berlari tanpa hala tuju dan main redah je semua jalan yang ada.

            Semasa dia hendak melintas jalan, tiba-tiba sebuah kereta hitam datang dari sebelah kanannya. Dia tidak sempat untuk lari lalu bertembung dengan kereta itu. Mujur pemandu kereta tersebut sempat membrek kalau tidak, pasti Hongbin akan melambung jauh dan akan mati. Dia hanya mengalami hentakan di kepala dan kakinya patah. Dia tidak ingat apa-apa selepas itu.

            Selepas dia sedar, dia sudah berada di hospital dengan kaki yang bersimen dan kepala yang berbalut. Setelah stabil, dia dibawa pulang oleh seorang lelaki berwajah Inggeris ke sebuah rumah agam yang agak besar. Sejak masuk ke rumah itulah dia berjumpa dengan Seung Hwa. Pada mulanya Hongbin bersikap dingin dengan Seung Hwa tetapi lama kelamaan, dia mula selesa dan bercakap dengan Seung Hwa. Seung Hwa kelihatan begitu gembira apabila Hongbin mula bercakap dengannya.

            “Nama saya Seung Hwa. Nama awak Hongbin, kan?” Sapaan mesra Seung Hwa masih terngiang-ngiang di telinga Hongbin. Wajah manis Seung Hwa ketika tersenyum masih teringat lagi.

            Daripada teringat tentang hidupnya dahulu, terus dia teringat pengalamannya bersama Seung Hwa. Ketika itu mereka sudah berumur 17 tahun. Mereka berehat di rumah setelah seharian berlatih menggunakan rifal dan pistol. Hongbin sudah mahir menggunakan senjata itu manakala Seung Hwa lebih mahir sebagai penggondam.

            Sebenarnya sudah lama Hongbin jatuh cinta kepada Seung Hwa tetapi dia tidak pernah meluahkannya kerana perasaan malu yang menebal. Tapi Seung Hwa pula menunjukkan reaksi yang positif, mungkin dia tahu perasaan lelaki itu terhadapnya. Malam itu, Alexander tidak ada di rumah kerana pergi outstation, jadi Hongbin menyediakan makan malam yang istimewa buat Seung Hwa.

            11 November 17 tahun dahulu ialah kali pertama dia bertemu dengan Seung Hwa. Malam ini dia bertekad untuk membuat sesuatu yang istimewa buat Seung Hwa. Tetapi dia masih belum sedia untuk meluahkan perasaannya terhadap gadis itu. Setelah segalanya selesai, Hongbin mengetuk pintu bilik Seung Hwa supaya dia keluar. Kemudian dia membawa gadis itu ke dapur.

            “Oppa…” Seung Hwa terkejut melihat hidangan yang ada di atas meja makan itu.

            “Untuk Seung Hwa,” ucap Hongbin sambil tersenyum lebar.

            “Gomawo oppa,” ucap Seung Hwa gembira sambil memeluk Hongbin erat.



SELEPAS makan, Hongbin mengajak Seung Hwa untuk duduk di taman rumah agam itu. Mereka duduk di atas kerusi batu sambil menyaksikan langit malam. Hongbin memeluk bahu Seung Hwa manakala gadis itu melentokkan kepalanya di bahu Hongbin.

            “Kenapa oppa buat semua ni?”

            “Erm… Oppa nak berterima kasih dekat Seung Hwa sebab datang dalam hidup oppa,”

            Seung Hwa hanya mengangguk perlahan. Dia sudah tersenyum lebar. Hongbin menolak perlahan badan Seung Hwa seraya menggenggam tangan Seung Hwa erat. Dia merenung mata Seung Hwa dengan lama.

            “Seung Hwa… Oppa nak Seung Hwa akan sentiasa bersama oppa selamanya. Janji?” Hongbin menghulurkan jari kelingkingnya.

            Dengan senyum lebar Seung Hwa menyambut jari kelingking Hongbin. Dia merapatkan wajahnya ke wajah Hongbin sehingga dahi mereka bersentuhan. Hongbin masih merenung sepasang mata bundar milik Seung Hwa. Mata itu yang membuatkan dia tergoda dan bahagia. Hongbin memeluk pinggang Seung Hwa manakala Seung Hwa memeluk leher Hongbin.

            “Seung Hwa janji tak akan tinggalkan oppa. Tempat Seung Hwa kat sisi oppa,” ucap Seung Hwa sambil tersenyum.

            Hongbin mengangguk. Dia tahu Seung Hwa memang bermaksud berkata demikian jadi dia memegang janji Seung Hwa. Perlahan-lahan dia merapatkan bibirnya ke bibir Seung Hwa sambil memejam mata. Seung Hwa turut memejamkan mata sehingga bibir mereka berdua bersentuhan. Pada malam itu, mereka berkongsi first kiss bersama. Masing-masing berasa begitu bahagia ketika itu.



HONGBIN mengeluh. “Seung Hwa tak tepati janji Seung Hwa,” ucap Hongbin sayu. Walaupun dia tahu bukan niat Seung Hwa meninggalkan dirinya. Seung Hwa diculik! Itu yang bermain difikirannya.

            Tiba-tiba dia menangkap susuk tubuh milik seorang lelaki yang tinggi lampai dan berkulit cerah. Dia kenal lelaki itu kerana sudah beberapa kali mereka terserempak. Hongbin lantas bangun dan menghampiri lelaki itu.

            “Hey!” Hongbin berdiri di hadapan lelaki itu.

            Lelaki yang berkaca mata itu mengangkat wajahnya memandang Hongbin. “Hongbin….” Bisik Leo tetapi masih boleh didengari oleh Hongbin.

            “Mana kau tahu nama aku?” Hongbin memandang lelaki itu dari atas ke bawah dan bawah ke atas.

            “Seung Hwa bagitahu aku,” ucap Leo jujur.

            Dia terkejut mendengar nama Seung Hwa dari mulut lelaki itu. Dia naik marah. “Jadi kau yang culik Seung Hwa?! Mana dia sekarang?!!” Tengking Hongbin sambil mencekak kolar baju Leo.

            Leo menepis tangan Hongbin dengan kuat sehingga Hongbin terpaling sedikit lalu dia pula yang mencekak kolar baju Hongbin. “Untuk apa aku culik dia, huh?! Daripada aku culik dia, lebih baik aku bunuh je dia. Senang kerja aku,”

            “Dwaeji!!” Hongbin menepis tangan Seung Hwa lalu menumbuk pipi Leo dengan kuat sehingga cermin mata hitam Leo terpelanting jauh. Leo mula menggelabah kerana matanya mula terasa sakit tetapi mujur dia sempat memejam erat dan menunduk daripada terkena sinaran matahari. Dia tambah pula dengan perit pipinya akibat ditumbuk oleh Hongbin.

            “Sekarang bawak aku jumpa Seung Hwa,”

            Hongbin mencekak kolar leher Leo lagi sambil menghadapkan muka Leo ke atas. Leo mengerang sedikit sambil sedaya upaya menuju matanya. Dengan hanya menutup mata, tak mampu menghalang dari mata dan kepalanya terasa sakit.

            Hongbin pelik dengan keadaan Leo ketika itu. Dia seperti tengah kesakitan dan langsung tidak terdaya untuk melawan serangannya. Kenapa pula dengan dia ni?

            “Weyh, bukak mata!” Ucap Hongbin sambil menepuk-nepuk pipi Leo.

            “Tak boleh. Arghh. Bawak aku ke tempat yang tak ada sinaran matahari. Tolong…” pinta Leo sambil menahan kesakitan.

            Hongbin lantas menarik Leo masuk ke sebuah bangunan kosong yang berada di belakang bangunan lain. Tempat itu sedikit gelap. Akhirnya Leo membuka matanya perlahan-lahan. Dia sudah mula tenang sedikit tetapi kakinya terasa longlai sejurus itu dia jatuh terduduk.

            Hongbin semakin pelik. “Kau ni kenapa sebenarnya?”

            “Kaulah bodoh!!” Tengking Leo.

            “Hoi! Kau ni tak reti bersyukur ke? Aku dah selamatkan kau, kau kata aku bodoh pula. Eii!! Nak ke aku bagi penyepak kat kau,”

            Leo menarik nafas perlahan-lahan. Dia menenangkan dirinya lagi. Dia malas hendak melayan Hongbin. Setelah lama dan rasa semakin stabil, dia mula bangun perlahan-lahan kemudian menapak meninggalkan Hongbin. Langkahnya terhenti apabila Hongbin menarik tangannya.

            “Jangan ingat senang je kau nak lari. Bawa aku jumpa Seung Hwa!”

            “Then, ikutlah aku…” balas Leo selamba sambil merentap tangannya daripada Hongbin.

            Hongbin terpaksa juga mengikut langkah Leo. Yang peliknya Leo mengambil jalan yang lebih gelap, atau terlindung daripada cahaya matahari. Tapi demi nak berjumpa dengan Seung Hwa, dia tetap mengekori langkah lelaki itu. Leo menjeling Hongbin yang masih setia mengekorinya.

            ‘Tengoklah sama ada perempuan tu nak ikut kau balik atau tak…..’ kata Leo di dalam hatinya sahaja. Dia teringat kejadian malam tadi. Penuh dengan kejutan dan perkara yang agak mustahil berlaku di rumahnya.

Flashback,
            Jin Ah masih berterusa memujuk Seung Hwa supaya jangan keluar. Hari sudah malam tambahan pula kesihatan Seung Hwa yang tidak mengizinkan itu. Akibatnya, Seung Hwa naik marah. Leo hendak masuk campur tapi nanti takut jadi lebih teruk pula akhirnya dia hanya menjadi pemerhati dan memastikan mereka berdua tidak bertindak di luar kawalan.

            “Jin Ah! Lepaskan aku! Aku nak jumpa Hongbin!”

            “Tak boleh Seung Hwa. Janganlah macam ni. Keadaan awak tak okay lagi. Please..” pujuk Jin Ah sambil memeluk badan Seung Hwa.

            Seung Hwa menolak badan Jin Ah sehingga Jin Ah terdorong ke belakang beberapa langkah.

            “Aku nak jumpa Hongbin… Tolonglah…” rayu Seung Hwa.

            “Belum boleh lagi Seung Hwa,”

            “Belum boleh! Belum boleh! Aku dah sihatlah!!” Seung Hwa meninggikan suara.

            Jin Ah mengeluh. “Seung Hwa tolonglah. Dengar cakap saya. Tak boleh ke?”

            Seung Hwa tidak menghiraukan Jin Ah lalu mula berjalan melepasi Jin Ah. Jin Ah menahan Seung Hwa dengan memeluk tangannya erat. Seung Hwa berpaling dan merentap tangannya dari Jin Ah lalu menampar pipi Jin Ah dengan kuat.

            Leo terpaku apabila melihat Seung Hwa menampar pipi Jin Ah. Melalui bunyi tamparan itu, memang kuat. Muka Jin Ah terpaling. Perlahan-lahan dia menyentuh pipinya yang terasa perit itu. Walaupun sepatutnya dia menangis atau marah tetapi sebaliknya kerana dia tersenyum sambil mengalirkan air mata.

            “Unnie… Unnie…” Jin Ah terus sahaja memeluk Seung Hwa dengan erat sambil menangis kegembiraan.

            Seung Hwa terkejut melihat tindakan Jin Ah yang dianggap pelik itu. Manakan tidak, sudah ditampar dia gembira pula. Ada masalah ke dengan otak dia ni? Seung Hwa menolak badan Jin Ah dan memegang kedua-dua bahunya.

            “Apa maksud kau?” Berkerut dahi Seung Hwa.

            Jin Ah tidak menjawab soalan itu tetapi terus memeluk Seung Hwa sekali lagi. “Unnie… Jadi awaklah unnie yang saya cari.. Unnie… Jin Ah rindu unnie sangat-sangat,” kata Jin Ah sambil memeluk Seung Hwa erat dan menangis di bahu perempuan itu.

            Leo hanya menjadi pemerhati sejak tadi. Baguslah kalau dua beradik itu sudah berjumpa semula. Dia turut gembira buat Jin Ah walaupun dia tidak menunjukkan sebarang reaksi muka. Tidak lama kemudian Seung Hwa meleraikan pelukan Jin Ah.

            “Mana kau tahu aku ni kakak kau?”

            Jin Ah menyentuh pipinya. “Tamparan unnie. Walaupun perit kat pipi ni tapi kali pertama unnie tampar Jin Ah dulu. Dan rasa tamparan itu masih sama. Lagipun, Jin Ah perasan tahi lalat yang ada dekat leher unnie. Tapi kemungkinan sesiapa pun boleh ada tahi lalat dekat tempat yang sama, Jin Ah diamkan je. Tapi sekejap je tadi unnie dah buktikan yang unnie adalah kakak Jin Ah,” cerita Jin Ah dengan gembira.

            Kemudian dia mencium kedua-dua pipi Seung Hwa. Seung Hwa hanya membiarkan sahaja Jin Ah berbuat demikian. Dia masih blur. Betul ke Jin Ah ni adik aku? Aku tak ingat.

            “Kalau betul kau adik aku, tolong aku ingat semula,” ucap Seung Hwa sambil merenung Jin Ah.

            Dengan gembiranya Jin Ah mengangguk seraya memeluk Seung Hwa lagi. “Unnie… unnie… unnie…” ucap Jin Ah banyak kali.

            Sekali lagi Seung Hwa meleraikan pelukan. Dia merenung dengan Jin Ah wajah tak percaya. “Jadi, suara yang aku dengar selama ni, suara kau?”

            Leo dan Jin Ah berpandangan kemudian Jin Ah memandang Seung Hwa semula. “Suara apa?”



SEBAIK sampai di rumah Leo, Seung Hwa dan Jin Ah masih berada di dalam bilik. Hongbin terus sahaja meredah masuk ke bilik mereka berdua. Dia membuka pintu lantas terkaku di muka pintu. Jin Ah turut terkejut memandang Hongbin yang tiba-tiba sahaja menerjah ke bilik itu. Kemudian perhatian Hongbin teralih pula ke arah Seung Hwa yang sedang terbaring kaku di katil. Nampak agak selesa apabila diselimutkan.

            Tidak lama kemudian Leo muncul di belakang Hongbin. Jin Ah terus bangun dan memandang Leo. “Siapa lelaki ni Leo?”

            “Seung Hwa….” Belum sempat Leo menjawab soalan Jin Ah, Hongbin terus sahaja melangkah masuk ke bilik itu dan terus duduk di katil merenung Seung Hwa.

            Jin Ah melangkah menjauhi Hongbin dan berdiri di sebelah Leo. Mereka memerhatikan sahaja Hongbin membelai pipi Seung Hwa sambil tersenyum. Seung Hwa mencelikkan matanya perlahan-lahan. Sebaik sahaja melihat Hongbin di hadapan mata, Seung Hwa terus bangkit dan memeluk Hongbin dengan erat. Dia menangis semahunya di bahu lelaki itu.

            “Oppa…”

            “Ye sayang… Oppa ni…” ucap Hongbin lembut sambil menggosok belakang Seung Hwa.

            Leo memegang tangan Jin Ah. “Bagi dorang ruang,” bisik Leo lalu menarik tangan Jin Ah menuju ke biliknya pula.

            “Oppa…. Seung Hwa dah jumpa adik Seung Hwa,” cerita Seung Hwa sambil memandang wajah Hongbin.

            Hongbin mengangguk sambil menyapu air mata Seung Hwa. “Siapa?”

            “Jin Ah. Perempuan tadi tu. Dia adik Seung Hwa,”

            Sekali lagi Hongbin mengangguk. “Sebenarnya oppa pun dah ingat siapa diri oppa sebenarnya,”

            “Siapa?”

            “Nanti kita cerita lebih panjang lagi ye. Sebelum tu, kita balik rumah kita dulu,” ajak Hongbin.

            Seung Hwa mengangguk. Dia mengikut langkah Hongbin yang memimpin tangannya. Semasa melalui ruang tamu, mereka terserempak dengan Jin Ah dan Leo. Jin Ah segera bangun dan memandang Seung Hwa.

            “Unnie nak pergi mana?”

            “Saya nak balik ke rumah Hongbin,” balas Seung Hwa. Dia belum biasa membahasakan dirinya unnie jadi dia membahasakan dirinya saya sahaja.

            “Jangan tinggalkan Jin Ah, unnie. Jin Ah baru je jumpa unnie,” pinta Jin Ah yang sudah menghampiri Seung Hwa.

            Seung Hwa mendongak memandang Hongbin. Jin Ah turut memandang Hongbin mengharapkan lelaki itu membenarkan Seung Hwa tinggal bersamanya. Hongbin pula memandang Seung Hwa dan Leo secara bergilir-gilir. Dia menggenggam erat tangan Seung Hwa. Leo seperti tidak mahu Seung Hwa tinggal bersama mereka. Kemudian dia memandang Jin Ah pula. Dia beria-ia mahu Seung Hwa tetap tinggal bersamanya. Akhirnya Hongbin mengeluh dan menjongket bahu.


            Jin Ah dan Seung Hwa berpandangan kemudian memandang Hongbin yang bersikap tenang sahaja. Mereka tidak dapat mentafsir apakah maksud keluhan dan bahu itu.

No comments: