“Mana Seung Hwa?” Terus sahaja Shin
Dong Wook bertanya kepada Hongbin sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di
kerusi.
Hongbin merenung lelaki tua itu agak
lama. Lelaki ini, daripada hari itu lagi. Kenapa dia ni tak habis-habis dengan
Seung Hwa aku ni?
“Kau kenal ke dengan Seung Hwa?”
Pertanyaan Shin Dong Wook dibalas dengan soalan juga.
“Mungkin. Sebab itu saya tanya, di
mana dia. Mungkin saya boleh tanya dia,”
“Kalau kau tanya pun, dia tak ingat
apa-apa. Dia pun tak ingat asal-usul dia sendiri,”
Kata-kata Hongbin membuatkan Shin
Dong Wook tercengang. “Apa maksud kamu?”
Hongbin masih merenung Shin Dong
Wook. Lelaki ini, boleh dipercayai atau tidak? Nampak macam lelaki tua biasa je
tapi dia masih curiga sebab mungkin lelaki itu hanya menyamar. Hongbin berhenti
merenung Shin Dong Wook apabila seorang pelayan datang meminta pesanan. Hongbin
menggeleng tanda dia tidak mahu minum atau makan. Begitu juga dengan Shin Dong
Wook. Akhirnya pelayan itu beredar.
“Sebelum tu, siapa nama kamu? Senang
saya nak panggil,”
“Hongbin,”
Shin Dong Wook tercengang lagi.
“Na..nama penuh kamu?”
“Lee Hongbin, wae?” Dahi Hongbin
berkerut.
Shin Dong Wook terdiam. Dia teringat
tentang kawan lamanya, Lee Jaehwan.
“Kami dah pergi scan tadi. Baby boy.
Ahhh.. Lagi lebih kurang dua bulan je dia nak keluar,” ucap Jaehwan gembira
sambil mengusap perut isterinya.
Shin Dong Wook tersenyum. Turut
berasa gembira dengan kegembiraan kawan baiknya itu. “Dah fikir nama untuk
dia?”
Jaehwan dan isterinya mengangguk
sambil tersenyum. “Kami dah lama fikir. Kalau baby boy, kami nak namakan dia
Lee Hongbin. Sedap tak nama tu?”
Shin Dong Wook merenung wajah
Hongbin dengan lama sehingga lelaki itu tidak selesa. Dia melarikan
pandangannya daripada Shin Dong Wook. Tiba-tiba sahaja Shin Dong Wook memegang
tangan Hongbin sambil tersenyum memandangnya.
“Kamu Lee Hongbin. Patutlah muka
kamu ada seiras Jaehwan dan Chanmi. Rupanya kamu anak mereka,” ucap Shin Dong
Wook gembira. Kolam matanya sudah bertakung.
Bertambah berkerut muka Hongbin
memandang Shin Dong Wook. Pada fikirannya, lelaki tua ni dah nyanyuk kot. Dia
menarik tangannya daripada Shin Dong Wook.
“Siapa Jaehwan dan Chanmi? Aku rasa
kau salah oranglah,” Hongbin berura-ura untuk bangun tetapi tangannya pandangan
digapai oleh Shin Dong Wook.
“Ikut ahjussi, nae?” Pinta Shin Dong
Wook.
Hongbin masih bersikap mendiamkan
diri. Dia perlu berfikir secara cepat sama ada mahu mengikut lelaki itu ataupun
meninggalkan sahaja lelaki tua itu di situ. Tetapi akhirnya dia membuat
keputusan untuk mengikut lelaki itu. Mungkin dia boleh mencari sesuatu mengenai
dirinya dan keluarganya. Lelaki tua itu mungkin tahu pasal diri dan keluarganya
memandangkan dari gaya percakapannya dia macam kenal dengan dirinya. Akhirnya
Hongbin mengikut langkah Shin Dong Wook dan menaiki kereta lelaki tua itu.
****************************************************************************
Jin Ah melangkah masuk ke dalam
bilik Leo tanpa perasaan takut. Dia tahu pasti lelaki itu tidak akan
mengapa-apakan dirinya. Walaupun begitu dia masih berhati-hati dengan segala
kemungkinan. Dia berdiri di muka pintu bilik dan melihat Leo yang sedang
mengemas beg sandang berwarna hitam miliknya. Dia pernah menyelongkar beg itu
dan dia tahu apa isi dalam beg tersebut.
“Awak nak pergi membunuh lagi ke Leo?”
Leo terkejut sedikit kerana dia
langsung tak perasan bila Jin Ah berada di situ namun dia hanya membuat muka
selamba dan expressionless menoleh ke arah Jin Ah.
“Haah. Kau jangan sibuk. Duduk je
rumah ni jaga perempuan tu,”
Leo sudah siap berkemas dan mula
melangkah hendak keluar dari bilik itu namun Jin Ah menghalang perjalanannya.
Dia merenung Leo.
“Leo, saya nak awak berhenti bunuh
orang. Walaupun awak berdendam dengan mereka, tapi fikirlah tentang keluarga
mereka. Lebih menyedihkan awak bunuh orang yang mengganggu kerja awak tanpa
perasaan. Mereka tak bersalah pun,”
Leo hanya mendiamkan diri sambil
merenung Jin Ah lama. Sekejap-sekejap perempuan itu melarikan bebola matanya
dari terus bertentangan dengan Leo.
“Please… Berhenti buat kerja ni. Sayakan
dah janji nak bantu awak ‘balas dendam’ tu. Awak tak ingat?” Jin Ah mencuba
lagi.
Leo masih bersikap mendiamkan diri.
“Leo…” Kali ini Jin Ah lebih berani untuk memegang tangan lelaki itu. Dua
tangannya mengenggam satu tangan Leo dengan erat. Matanya merenung Leo.
“Please…. Awak pun kena bantu saya
untuk selesaikan semua ini. Kejap. Awak tak rasa ditipu ke selama ni?” Jin Ah
mula memprovok.
“Ditipu?”
“Dan awak tak rasa dipergunakan ke
selama ni?”
Dahi Leo berkerut seribu mendengar
soalan dari Jin Ah. “Apa maksud kau?”
Jin Ah melepaskan tangan Leo dan
melangkah masuk ke dalam bilik itu menuju ke tingkap yang dia kira-kira Leo
tidak pernah menyelak langsir tersebut.
“Awak dilatih sejak kecil untuk
menjadi pembunuh upahan. Dendam dan bunuh dah sebati dengan diri awak. Tapi
awak tak pernah ingat siapa diri awak sebenarnya. Tak mungkin awak tak ingat
langsung melainkan awak hilang ingatan atau pun awak dah kena….. brainwash…”
perkataan brainwash ditekankan sedikit. Entah mengapa otaknya berfikir begitu.
Leo menghampiri Jin Ah lalu memegang
bahu perempuan itu. “Brainwash?”
“Leo..” Jin Ah berhadapan dengan
Leo. “Awak jahat… err.. sorry… dan saya pasti lelaki yang jaga dan didik awak
selama ini lebih jahat dari awak. Saya tahu mesti selama ini dia jaga awak
dengan baik, tatang awak bagai minyak yang penuh tapi awak tak fikir ke? Kenapa
dia buat semua itu kepada budak yang dia tak kenal, malah dia bantu awak untuk
balas dendam demi keluarga awak,”
Leo menelan air liurnya. Betul juga.
Dia langsung tidak pernah terfikir selama ini. “Mana kau tahu semua ni?”
“Leo.. saya kan prosecutor. Awak tak
lupa kan?” Jin Ah mengukirkan senyuman.
“Aku kena brainwash? Selama ni aku
ingat yang aku hilang ingatan,” suara Leo mendatar.
“Saya tak pasti lagi agenda sebenar
dia. Sebab tu awak kena bersama-sama dengan saya untuk menyiasat tentang hal
ini,”
“Kenapa kau nak bantu aku? Dan kena
harini kau macam lain macam je?” Soalan Leo membuatkan Jin Ah ketawa sedikit.
“Leo…” Jin Ah mencapai tangan Leo
lalu dibawanya ke pipinya. Kemudian Jin Ah merapatkan badannya ke dada Leo.
“Saya mula sayangkan awak sebab tu
saya tak nak awak terus hidup macam ni,” ucap Jin Ah perlahan. Dia memejamkan
mata sambil melentokkan kepalanya di dada Leo.
Leo terpana. Tak sangka kata-kata
itu akan keluar dari mulut Jin Ah. Dia dapat rasakan debaran di dadanya.
Jantungnya berdegup kencang ketika itu. Dia tidak mahu Jin Ah tahu rasa
gemuruhnya ketika itu dan terus meleraikan pelukan Jin Ah. Dia memegang
kedua-dua bahu Jin Ah dan merenung wajahnya.
“Kau jangan nak tipu aku. Aku tak
percaya,”
“Saya tak kisah awak nak percaya
atau tidak tapi inilah perasaan sebenar saya,”
Leo menundukkan pandangannya.
Tangannya sudah jatuh dari bahu Jin Ah. Jin Ah tersenyum lalu mengusap pipi Leo
dengan lembut.
“Leo.. satu soalan boleh tak?” Dia
tidak menjawab tapi Jin Ah tahu yang dia menyuruhnya menyambung.
“Sejak saya tinggal dengan awak. Tak
pernah sekali pun saya tengok awak tersenyum. Kenapa?”
Leo mengangkat wajahnya. “Tak ada
gunanya aku nak tersenyum lagi. Sejak aku hidup sebagai pelarian dekat Negara
orang, aku dah macam tak ada perasaan lagi. Kegembiraan, kebahagiaan,
kesedihan… semua tak ada. Yang ada Cuma rasa marah dan dendam. Tapi sejak aku
jumpa kau, aku dapat rasa satu perasaan aneh. Aku tak tahu perasaan apa sebab
aku tak pernah rasa sebelum ini,”
Wajah Jin Ah sudah merona merah. Dia
menundukkan wajahnya. “Perasaan itu terbit dari sini…” Jin Ah menyentuh dada
Leo. Terasa degupan jantung Leo yang laju ketika itu. Memang Leo berasa begitu
gemuruh ketika itu. Gemuruh yang lebih hebat dirasakan daripada pada pertama
kali dia memegang rifal dan membunuh.
“Perasaan apa?”
Jin Ah tersenyum malu. “Nanti awak
sendiri akan tau. Saya pergi dulu ye. Nak tengok Seung Hwa,” ucap Jin Ah sambil
terua melangkah laju, keluar dari bilik Leo. Sebenarnya dia juga berasa gemuruh
yang sangat ketika itu. Wajahnya terasa panas.
‘Lawaknya Jin Ah… Kau jatuh cinta
pada seorang pembunuh?’
‘Silap hari bulan dia yang bunuh
kau, tau.’
Mulalah perasaan jahat yang cuba
mengelirukan fikiran dan perasaannya. Dia tidak menghiraukan bisikan jahat
dalam dirinya. Dia tahu apa dia rasa dan dia tahu apa dia buat. Jin Ah
tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam bilik dia dan Seung Hwa.
******************************************************************************
Hongbin duduk di ruang tamu
sementara Shin Dong Wook masuk ke biliknya sebentar untuk mengambil sesuatu.
Lelaki tua itu begitu percaya kepada dirinya membuatkan dia turut percaya
kepada lelaki itu. Tidak lama kemudian, Shin Dong Wook keluar bersama dua buah
album gambar lalu duduk di sebelah Hongbin.
“Yang ini album gambar semasa
ahjussi belum kahwin dan awak perkahwinan. Ada gambar kawan-kawan baik ahjussi
sekali. Tengoklah,”
Hongbin mencapai album itu. Tidak
sampai 30 saat kemudian dia menyerahkan semula album itu kepada Dong Wook.
“Malaslah,”
Shin Dong Wook hanya tersenyum lalu
menyelak satu persatu album gambar tersebut. Hongbin hanya menjadi pemerhati
saya sehinggalah Shin Dong Wook berhenti di satu helaian. Album itu diserahkan
kepada Hongbin.
“Inilah Jaehwan dan sebelah dia
ialah Chanmi. Masa ni Chanmi tengah mengandung selama 6 bulan,” terang Shin
Dong Wook serba sedkit.
“Aku tak pernah kenal mereka,”
Hongbin menyerahkan semual album itu sambil menggeleng.
“Memang kamu tak kenal sebab kamu
lahir pun tak pernah tengok mereka kan,” Shin Dong Wook mengeluh.
“Cerita lagi,” pinta Hongbin. Dia
perlu tahu lebih lanjut tentang dirinya dan pasangan suami isteri tadi tu.
Shin Dong Wook tersenyum. “Maaf ya
kalau ahjussi cerita ni kepada kamu. Mungkin pahit untuk kamu telan,”
“Cerita dulu,”
Shin Dong Wook mengangguk. “Appa dan
omma kamu ditangkap sebab disyaki mengedar dadah. Tapi ahjussi tahu mereka
berdua tak buat semua tu. Malangnya kami taka da bukti dan akhirnya mereka
berdua dijatuhkan hukuman mati mandatory. Masa tu Chanmi sedang sarat
mengandung jadi hukumannya akan dijalankan selepas Chanmi melahirkan anak. Tapi
Chanmi mati semasa melahirkan. Anak yang dilahirkan Chanmi dihantar ke rumah
kebajikan. Ahjussi dah cuba untuk jadikan bayi itu sebagai anak angkat ahjussi
tapi dia orang kata tak boleh jadi tinggallah dia di rumah kebajikan itu.
Selalu juga ahjussi melawat dia sehinggalah ahjussi dapat berita yang dia
melarikan diri. Sejak itu dia tak dapat dikesan,” cerita Shin Dong Wook panjang
lebar.
“Jadi ahjussi percaya yang aku
adalah budak tu?”
Shin Dong Wook mengangguk. “Muka
kamu memang seiras dengan Jaehwan dan Chanmi. Mata dan hidung kamu pun ikut
Jaehwan. Wajah kamu mengingatkan ahjussi kepada Jaehwan,”
Hongbin hanya mendiamkan diri saat
Shin Dong Wook menyentuh pipinya. Kemudian dia memandang lelaki itu. “Seung
Hwa?”
Shin Dong Wook menarik tangannya dan
menyelak album gambar yang lagi satu. Dia mengeluarkan sekeping gambar seorang
budak perempuan yang memakai seluar jeans coklat dan t-shirt hitam yang sedang
tersenyum gembira. Hongbin mengambil kepingan gambar itu. Sebaik sahaja melihat
budak perempuan itu, dia terkejut bukan kepalang.
“Seung Hwa? Dia ni Seung Hwa. Aku
kenal!”
Shin Dong Wook turut terkejut.
“Betul ni Seung Hwa, perempuan yang selalu bersama kamu tu?”
Hongbin mengangguk laju. Mana
mungkin dia melupakan wajah Seung Hwa. Wajah itulah yang pertama kali dia lihat
sejak dia dibawa oleh Alexander.
“Gambar ni diambil sebulan sebelum
dia diculik. Jadi betul ni Seung Hwa? Anak perempuan ahjussi dan perempuan yang
selalu bersama kamu itu orang yang sama?” Terbit kegembiraan pada wajah tua
Shin Dong Wook yang sudah lama kusam.
“Aku pasti. Aku jumpa dia masa umur
dia macam ni. Jadi dia ni anak ahjussi?”
Shin Dong Wook mengangguk laju. Air
matanya sudah membasahi pipi. Dia berasa syukur sangat kerana anaknya itu masih
hidup. Tidak hairanlah setiap kali dia terserempak dengan perempuan itu,
semacam ada satu aura yang mengalir. Jadi betullah itu Seung Hwa? Sunny yang
dia cari selama ini? Betapa bersyukurnya dia ketika itu.
“Dekat mana dia sekarang? Ahjussi
nak jumpa dengan dia,”
Hongbin terdiam. “Seung Hwa hilang,”
Jawapan Hongbin membuatkan senyuman
Shin Dong Wook mati serta-merta. Matanya bergetar begitu juga dengan tangannya.
“Hilang?” Suara Shin Dong Wook
seakan tersekat di kerongkong.
Hongbin mengangguk. “Sebab tu aku
jumpa ahjussi. Mana tahu ahjuss tahu mana Seung Hwa. Dah lama aku cari dia tapi
masih tak jumpa,”
“Ahjussi tak tahu, nak.” Shin Dong
Wook mengeluh panjang.
“Tak apalah. Aku balik dulu,”
Hongbin mula mengangkat punggungnya dari sofa tersebut.
Shin Dong Wook turun bangun seraya
memeluk Hongbin dengan erat. Agak lama
dia memeluk Hongbin sambil menggosok-gosok belakang Hongbin. Air matanya mengalir
lagi kerana dia berasa gembira dipertemukan dengan Hongbin.
Hongbin membiarkan sahaja Shin Dong
Wook memeluknya. Pertama kali dia dipeluk begitu erat oleh seorang lelaki yang
berpangkat ayah kepadanya. Dia dapat rasa seperti sedang dipeluk oleh ayahnya
sendiri. Dia berasa selesa pula berada di dalam pelukan Shin Dong Wook jadia
dia membiarkan sahaja berapa lama lelaki itu mahu memeluknya.
Tidak lama kemudian, Shin Dong Wook
meleraikan pelukan dan menyapu air matanya. Matanya sudah pun bertukar merah
kerana banyak menangis. Dia menyentuh kedua-dua pipi Hongbin dengan lembut.
“Tolong ahjussi ye. Cari Seung Hwa
sampai dapat…..” belum habis ayatnya, Shin Dong Wook terbatuk keras. Hongbin
terkejut kerana tiba-tiba sahaja Shin Dong Wook begitu.
“Ahjussi nak jumpa Seung Hwa sebelum
ahjussi pergi nanti. Ahjussi gembira kerana dah berjumpa dengan kamu. Tapi
sebenarnya selain Seung Hwa dan kamu, ada seorang lagi yang ahjussi nak jumpa,”
Shin Dong Wook masih lagi berkeras untuk bercerita walaupun dia sering kali
batuk. Tekaknya terasa perit.
“Siapa?”
“Anak kawan baik ahjussi lagi
seorang. Nama kawan ahjussi tu Jung Yong Hwa,”
“Tolong ye, Hongbin. Ahjussi nak
berjumpa dengan Jin Ah, Seung Hwa dan seorang lagi anak kawan ahjussi sebelum
ahjussi pergi. Ahjussi nak minta maaf pasa dia dan kamu,” pinta Shin Dong Wook.
Perlahan-lahan Hongbin mengangguk. Dia tidak mahu tahu sekarang kenapa lelaki itu perlu minta maaf. Nanti pasti dia akan tahu. Berat juga dia nak tunaikan permintaan Shin Dong Wook. Tapi kenapa dia? Dia
sendiri masih berada di bawah arahan Alexander walaupun sekarang ni dia sudah
dikira telah belot kepada Alexander. Namun dia sendiri berjanji akan membantu
lelaki tua itu.
“Ahjussi, berehatlah…” Hongbin
memapah badan tua Shin Dong Wook.
Shin Dong Wook mengangguk. Dia
menunjukkan biliknya kepada Hongbin ketika Hongbin bertanya tadi. Hongbin
memapah badan Shin Dong Wook menuju ke biliknya lalu mebaringkan lelaki tua itu
di atas katil. Dia menemani lelaki tua itu sehingga dia sudah stabil semula.
Shin Dong Wook meminta Hongbin untuk mengambilkan ubatnya di dalam laci.
Hongbin hanya mematuhi arahan Shin Dong Wook. Lelaki itu sudah semakin tenang
selepas menelan beberapa biji ubat.
“Go…goma..gomawo…” ucap Shin Dong
Wook lemah.
Hongbin hanya mengangguk perlahan.
“Ahjussi berehat. Tidurlah,”
Shin Dong Wook mengangguk seraya
memejamkan matanya. Tidak lama kemudian dia tertidur. Setelah pasti Shin Dong
Wook sudah tidur lena, Hongbin beredar dari rumah tersebut.
No comments:
Post a Comment