Perlahan-lahan Seung Hwa membuka
matanya. Pandangannya masih kabur, tidak lama kemudian pandangannya jelas dan
melihat seorang perempuan sedang duduk di birai katil sambil merenungnya dan
seorang lelaki yang juga merenungnya dengan sepucuk pistol yang dihalakan
kepadanya. Dia tidak ingat dia berada di mana sekarang dan siapa dua orang ini?
“Leo, tolong jatuhkan pistol tu,”
pinta Jin Ah tanpa menoleh ke arah Leo. Perlahan-lahan Leo menjatuhkan
tangannya.
“Leo..?” Seung Hwa meraba perutnya
yang berbalut. Belakangnya terasa berdenyut-denyut lagi tetapi dia masih tidak
ingat dia di mana dan mengapa jadi begitu. Perkara pertama yang dia ingat ialah
Hongbin. Di mana Hongbin? Kenapa Hongbin tiada di sisinya? Dia mula
menggelabah.
Seung Hwa bangun dan menoleh ke kiri
dan ke kanan. Dia tidak menghiraukan belakangnya yang sedang berdenyut-denyut
itu. Melihat Seung Hwa mula bergerak, Leo mengangkat pistolnya semula.
“Kenapa, awak?” Tanya Jin Ah lembut.
“Hongbin oppa mana? Hongbin oppa!!”
Seung Hwa mahu turun dari katil itu, tetapi dihalang keras oleh Jin Ah.
“Awak tak boleh banyak bergerak.
Awak masih sakit. Baringlah,” kata Jin Ah sambil menolak badan Seung Hwa supaya
berbaring semula.
“Hongbin oppa mana?!”
Jin Ah mendiamkan diri. Dia tidak
tahu bagaimana mahu memberitahu gadis itu tentang lelaki yang dia sendiri tak
kenal.
“Jadi nama dia Hongbin…” ucap Leo.
Jin Ah dan Seung Hwa memandang
serentak ke arah Leo. “Kau kenal dia? Dia dekat mana? Panggil dia, aku nak
jumpa dia!” Pinta Seung Hwa.
“Kau ni sama macam Jin Ah. Tengah
sakit pun banyak soalan yang kau tanya,” Leo mencebik.
Jin Ah menjeling ke arah Leo. Seung
Hwa pula menundukkan pandangannya. “Mana Hongbin oppa? Kenapa dia tinggalkan
aku?” Seung Hwa mula menangis. Daripada setitik air matanya yang jatuh,
akhirnya air mata itu semakin deras membasahi pipinya.
Melihat Seung Hwa menangis, tanpa
teragak-agak Jin Ah terus memeluk Seung Hwa dengan erat. Seung Hwa masih
menangis, dia menjatuhkan dahinya di bahu Jin Ah dan menangis teresak-esak.
“Uljimayo.. Nanti kita cari Hongbin
awak ye,” pujuk Jin Ah.
Seung Hwa meleraikan pelukan. “Kau
tahu ke kat mana Hongbin? Kejap. Macam mana aku boleh ada dekat sini? Apa dah terjadi
dekat aku?” Tanya Seung Hwa bertubi-tubi. Pening juga kepala Jin Ah, nak jawab
soalan yang mana satu dulu?
Jin Ah menyapu air mata yang masih
mengalir di pipi Seung Hwa. “Awak tak ingat? Awak yang selamatkan nyawa saya
dari kena tembak tempoh hari. Awak kena tembak jadi saya bawa awak ke sini
untuk rawat awak. Terima kasih sebab selamatkan saya,” terang Jin Ah.
Agak lama Seung Hwa mendiamkan diri.
Lama-kelamaan barulah dia ingat peristiwa itu. Dia sedang menunggu Hongbin yang
pergi ke tandas. Tiba-tiba seseorang nak tempat Jin Ah jadi, dia cuba untuk
menolak sahaja tapi malangnya dia yang terkena peluru itu.
“Saya nak Hongbin… Hongbin dekat
mana?” Rengek Seung Hwa seperti anak kecil yang kehilangan ibunya.
“Saya tak tahu. Nanti kita sama-sama
cari Hongbin awak ye. Tapi lepas awak sembuhlah, okay?” Pujuk Jin Ah sambil
menguap rambut Seung Hwa ke belakang. Air matanya juga sudah disapu beberapa
kali sehingga Seung Hwa berhenti menangis.
Leo yang menjadi pemerhati sejak
tadi rasa terharu pula melihat layanan Jin Ah terhadap Seung Hwa. Melihat
keadaan Seung Hwa pun dia berasa simpati. Sayang betul dia dengan lelaki itu.
“Jin Ah, boleh keluar kejap? Aku nak
bercakap dengan Seung Hwa,” pinta Leo tiba-tiba.
Jin Ah dan Seung Hwa memandang Leo
serentak. “Leo, buat masa sekarang tak
sesuai lagi. Dia masih tak stabil. Bagi dia masa boleh?” Kata Jin Ah lembut.
Seung Hwa memandang Jin Ah dan Leo
bergilir-gilir. Dia orang cakap apa ni? Hmm.. “Apa yang awak nak cakap?” Tanya
Seung Hwa.
Jin Ah dan Leo pula memandang Seng
Hwa dengan serentak. Kemudian pandangan Leo teralih kepada Jin Ah.
Perlahan-lahan Jin Ah mengangguk dan melangkah keluar dari bilik itu. Setelah
Jin Ah keluar, Leo menghampiri Seung Hwa.
“Kau bekerja atas arahan siapa?”
Soal Leo.
Seung Hwa tercengang. Lelaki itu
tahu apa kerjanya selama ini? “Apa maksud kau?”
“Kau dengan lelaki yang bernama
Hongbin tu pun penembak tepat dan pembunuh upahankan? Jawab soalan aku sebelum
kau tanya soalan pula,”
Berkerut dahi Seung Hwa mendengar
soalan Leo. Namun perlahan-lahan dia mengangguk. “Kami bekerja di bawah arahan
Alexander,”
“Siapa Alexander?”
“Aku tak kenal dia sangat. Tapi yang
aku tahu dia ahli korporat dekat Amerika tu,”
“Jadi kau bukan orang suruhan
James?”
Seung Hwa mengangkat wajahnya.
“Siapa James?”
“Kau tak kenal?” Seung Hwa
menggeleng.
Leo mengangguk. Nampaknya perempuan
ini bukan musuh dan mereka berdua tidak ada kena-mengena dengan dirinya.
“Aku bukan penembak tepat tapi
Hongbin oppa je,”
“Aku tahu. Aku pernah nampak dia,”
Sekali lagi Seung Hwa mengangkat
wajahnya memandang Leo. “Jadi, kau lelaki yang aku nampak tempoh hari. Aku
ingat kau musuh kami,”
“Ha! Aku pun berfikir perkara yang
sama,”
“Jadi, mana Hongbin oppa?” Tanya
Seung Hwa yang lari dari topic.
“Mana aku tau dia dekat mana,”
“Kau tak sembunyikan dia?”
“Untuk apa?”
Seung Hwa mengangguk. Kemudian Leo
melangkah keluar dari bilik itu. Sekali lagi dia terserempak dengan Jin Ah. Dia
mencuri dengar lagi sekalilah tu. Tak mengapalah. Dia keluar dari rumah
tersebut meninggalkan Jin Ah dan Seung Hwa di rumah. Mungkin dia boleh berjumpa
dengan Hongbin. Mana tahu.
******************************************************************************
Peristiwa 40 tahun dahulu di mana
dia menyelesaikan satu kes yang berkaitan dengan seorang lelaki Inggeris dan
seorang lelaki kacukan Inggeris-Korea datang di dalam mimpinya. Dalam mimpi
itu, dua orang lelaki itu mengancam bunuh kepadanya. Kenapa mereka datang? Nak
balas dendam ke? Hah! Mungkin…
Shin Dong Wook turun dari katilnya
menuju ke telefon rumah seraya mendail balai polis tempat dia bekerja dahulu.
Agak lama dia berbual akhirnya dia mengatur temu janji dengan Chief
Superintendant General Kim Jae Joong. Dia terus bergerak menuju ke balai polis
tersebut dan masuk ke pejabat Kim Jae Joong.
“Kenapa tiba-tiba Chief Shin nak
tengok semua kes ni semula?”
“Lee Jae Hwan dan Jung Yong Hwa. Lee
Jae Hwan dan isterinya disyaki mengedar dadah dan dihukum gantung. Jung Yong
Hwa pula, dia dan keluarganya dibunuh di rumahnya sendiri,”
“So?” Kim Jae Joong mengangkat
kening.
“Aku rasa ada yang tak kena dengan
mereka da nada dalang disebalik kes ni, Jaejoong. Aku kenal sangat dengan dua
sahabat baik aku terutama sekali Jaehwan. Aku kenal dia dari sekolah rendah
lagi sampailah 40 tahun dahulu. Dia tak pernah buat kerja macam tu. Yonghwa
pula, dia dibunuh dan pembunuh keluarganya tidak berjaya dikesan. Aku kasihan
dengan mereka. Aku pasti akan menuntut bela atas kematian dia orang sebab
akulah punca semua ni. Isteri aku turut mati, sebab aku.” Bentak Shin Dong
Wook. Wajahnya berubah sayu dengan perasaan bersalah yang menebal.
“Sabar Shin. Jadi, apa yang kau nak
buat sekarang?”
“Aku tak buka semula kes ni tapi aku
akan buka kes baru. Dan kes itu akan membuka mata masyarakat tentang Jaehwan.
Dia dan isterinya tak seteruk tu. Aku pasti akan tangkap pembunuh sebenar
mereka berdua,”
“Kau ada syak sesiapa?”
“James dan Alexander,”
Kim Jae Joong terdiam. Dia juga
pernah dengar dua nama itu. Suatu ketika dulu Shin Dong Wook ada menyelesaikan
kes mereka berdua sehingga mereka dianggap muflis. Mungkin mereka berdua
berdendam dengan Shin Dong Wook.
“Kau nak mula dari mana?”
Agak lama Shin Dong Wook mendiamkan
diri. Beberapa minit kemudian dia mengangkat wajah dan merenung Jaejoong.
“Kau ingatkan yang isteri Jaehwan
mengandung dan dia meninggal masa melahirkan anak. Mana anak tu sekarang?”
Tanya Shin Dong Wook.
“Sekejap,”
Kim Jae Joong menyemak semua fail
yang ada di rak failnya. Dia menyelak satu-persatu fail itu sementara Shin Dong
Wook sabar menunggu. Tidak lama kemudian Jaejoong kembali kepada Shin Dong
Wook.
“Anak itu diserahkan kepada jabatan
kebajikan Korea. Kalau ikutkan sekarang umur budak tu dah 30 tahun,”
“Lelaki atau perempuan?”
“Lelaki,”
“Baiklah,”
Shin Dong Wook terus sahaja bangun
dari kerusi dan mula menapak menuju ke pintu pejabat itu. Langkah terhenti
apabila namanya dipanggil oleh Jaejoong.
“Kau nak cari dia dekat mana? Aku
rasa dia tak ada lagi dekat rumah kebajikan tu sebab mesti dia dah kerja dan
keluar dari situ,”
“Jadi, kat mana aku nak cari dia?”
Keluh Shin Dong Wook.
Kim Jae Joong hanya menggeleng. Shin
Dong Wook mengeluh kemudian melangkah keluar dari pejabat itu setelah
mengucapkan terima kasih.
HONGBIN
melangkah longlai sambil kepalanya kadang-kadang menoleh ke sekeliling. Saat
ini dia teringatkan Seung Hwa. Apabila teringatkan Seung Hwa, dia terus
melajukan langkahnya menuju ke kedai ais krim Molly’s Pops kegemaran Seung Hwa.
Dia melangkah masuk ke dalam kedai itu dengan riak muka yang kosong jadi dia
hanya mengambil tempat di sebuah meja kecil yang tersedia.
Tidak lama kemudian, masuk seorang
lelaki separuh umur juga dengan muka kusam. Hongbin tidak habis memerhatikan
lelaki itu dari dia masuk, sehinggalah dia memesan ais krim kepada wanita yang
bekerja di situ.
“Chief Shin Dong Wook?” Soal Shin
Hye.
“Tak payahlah panggil saya dengan
pangkat tu lagi. Saya dah letak jawatan pun. Panggil saya Dong Wook je,” ucap
Shin Dong Wook.
Shin Hye hanya mengangguk perlahan.
Kasihan dengan kawan lamanya itu. Pada pandangannya, Shin Dong Wook nampak
lebih tua dari umurnya. Mungkin disebabkan masalah keluarganya dia jadi begitu.
“Jadi, nak ais krim apa?”
“Apa perisa ais krim kegemaran Jin
Ah dan Sunny?” Tanya Shin Dong Wook tiba-tiba. Dia tahu yang dua puterinya
gemar makan ais krim di kedai tersebut sejak dahulu lagi.
Shin Hye tersenyum hambar. “Jin Ah
suka perisa strawberry wine dan Sunny pula chocolate mint,” terang Shin Hye.
Agak lama dia diam kemudian dia
mengangkat wajahnya. “Haritu, ada seorang perempuan yang suka ais krim perisa
yang sama dengan Sunny. Awak tahu, pandangan mata dan aura dia sama macam
Sunny. Dia datang dengan seorang lelaki…….” Tiba-tiba mata Shin Hye tertancap
kepada Hongbin yang sedang termenung jauh di satu sudut kedai itu. Shin Dong
Wook turut melarikan pandangannya kepada Hongbin.
“Dengan lelaki tulah perempuan tu
datang,”
Tanpa berkata apa-apa, Shin Dong
Wook melangkah menghampiri Hongbin yang tidak sedar akan kehadirannya.
Sebenarnya, sejak tadi Hongbin mencuri dengar perbualan mereka tetapi dia sengaja
buat-buat termenung jauh supaya tidak dikesan. Shin Dong Wook berdiri di
hadapan lelaki itu.
“Boleh kita berbual sebentar?”
Hongbin melarikan pandangannya
kepada Shin Dong Wook. Agak lama dia merenung lelaki itu kemudian dia berdiri
dan masih memandang Dong Wook. Mengikut ekor matanya, dia menyuruh Shin Dong
Wook mengikutnya. Mungkin ke tempat yang lebih privasi. Shin Dong Wook tidak
pula membantah dan hanya mengikut langkah Hongbin keluar dari kedai tersebut.
*****************************************************************************
Seung Hwa menepis mangkuk bubur yang
dihulurkan oleh Jin Ah. Jin Ah terkilan dengan perbuatan Seung Hwa tetapi dia
cuba untuk tersenyum. Sudah banyak kali dia memujuk Seung Hwa untuk makan
tetapi Seung Hwa tak makan dek pujuk. Oleh kerana didesak banyak kali, Seung
Hwa jadi marah lalu menepis sudu yang dihulurkan oleh Jin Ah tetapi tak sangka
pula tangannya turut terkena mangkuk bubur itu. Leo yang menjadi pemerhati
hanya mencebik melihat perempuan itu. Terbit rasa kasihan pula pada Jin Ah yang
terpaksa mengemas kaca yang berterabur di lantai.
“Biar aku kemas,” ucap Leo yang
sudah pun menyamai parasnya dengan Jin Ah.
“Tak apalah. Biar saya buat,”
Leo menjeling Jin Ah. Bukan untuk
marah tetapi supaya Jin Ah mendengar kata-katanya. Jin Ah agak gerun dengan
mata Leo yang tajam itu lalu dia mengangguk dan bangun. Dia duduk di atas katil
sebelah Seung Hwa.
“Seung Hwa, awak kena makan,”
“Tak nak. Aku nak Hongbin,”
Jin Ah mengeluh. “Nanti kita akan
cari Hongbin awak tu. Saya janji, tapi lepas awak betul-betul sembuh. Tapi
kalau awak tak makan, macam mana nak cepat sembuh?” Pujuk Jin Ah dalam nada
lembut.
Seung Hwa merenung Jin Ah lama.
“Kenapa kau risau pasal aku?”
“Sebab awak pernah selamatkan nyawa
saya. Dengan cara menjaga awak sampai sembuh je cara untuk saya berterima
kasih….” Jin Ah terhenti.
“Atau mungkin, awaklah orang yang
saya cari selama ni,” sambung Jin Ah.
“Kenapa kau cari aku pula?” Sesekali
dia menjeling ke arah Leo yang masih memandangnya dengan pandangan yang
berhati-hati. Mungkin lelaki itu masih menganggapnya ancaman atau musuh.
Lantaklah. Kisah pula aku.
“Entah. Sebenarnya, saya cari kakak
yang saya yang hilang 15 tahun dahulu. Walaupun tiada sesiapa yang bagitahu
sama ada dia masih hidup ataupun sebaliknya, saya tetap yakin yang dia masih
hidup sebab tu saya tak pernah putus asa untuk cari dia,” cerita Jin Ah.
Seung Hwa mengangguk perlahan. “Kau
sayang kakak kau?”
“Mestilah. Kami memang rapat masa
kecil. Walaupun umur kami beza setahun tapi kami dah macam kembar. Kami selalu
juga bergaduh, boleh kata kalau sehari tak bergaduh, tak sah hidup. Tiap-tiap
hari saya sakitkan hati dan tiap-tiap hari dia sakitkan hati saya tapi saya
sayang dia sangat. Sebab saya tahu dia pun sayang saya sangat. Lagipun dia je
satu-satunya adik beradik yang saya dan dia sangat memahami saya,” cerita Jin
Ah lagi. Matanya sudah bergenang. Tunggu masa untuk air matanya mengalir
sahaja.
Seung Hwa merenung Jin Ah dengan
pandangan kosong. “Aku pun rasa yang aku ada seorang adik. Tapi aku tak ingat
siapa dia. Mungkin perasaan aku je kot,”
Jin Ah mengangkat wajahnya. Dia
tersenyum. “Mungkin saya adalah adik awak?” Soalan cepumas yang tak masuk akal
dari Jin Ah. Memang itu sahaja yang difikirkan sekarang.
“Tak…” Seung Hwa menggeleng. “Aku
Cuma nak Hongbin oppa je sekarang…” Lain yang ditanya, lain yang dia jawab.
Jawapan Seung Hwa mengecewakan Jin
Ah. Walaupun begitu, dia masih cuba tersenyum walaupun hambar. Mungkin Seung
Hwa bukan kakak yang dia cari selama ini. Dia tak ada kena mengena dengan
dirinya. Jin Ah mengeluh. Seung Hwa termenung sambil memandang terus ke luar
melalui tingkap bilik itu. Fikirannya kosong dan yang hanya dia fikir ialah
Hongbin. Dekat mana lelaki itu sekarang?
No comments:
Post a Comment