There Is No Tomorrow ~ CHAPTER 15



            Shin Dong Wook berasa tidak sedap hati tiba-tiba. Gambar Jin Ah dan Sunny yang dibingkaikan terlepas dari peganganya dan kaca dari bingkai itu bersepah apabila terhempas. Serta-merta dia melihat gambar tersebut. Sama ada Sunny atau Jin Ah. Hatinya bertambah risau memikirkan apa yang terjadi pada kedua-dua anaknya.

            Baru sebentar tadi dia terserempak dengan seorang perempuan yang mirip benar dengan Sunny. Gaya percakapan dan pandangan matanya begitu mengingatkan dia kepada Sunny Cuma wajah mereka berbeza sahaja.

            Shin Dong Wook duduk di sofa tanpa mengemaskan kaca-kaca yang bersepah itu. Dia memejamkan mata dan berdoa supaya anaknya diselamatkan walau di mana dia berada. Dalam diam dia juga berdoa untuk perempuan yang dijumpainya tadi.

            “Hyuna, betul ke Seung Hwa tu anak kita, Sunny? Abang dapat rasa perasaan yang lain bila bertentangan mata dengan dia. Kalau betullah dia Sunny, abang gembira kerana dia masih hidup dan sihat. Tapia bang juga kecewa dengan diri abang sendiri sebab tak dapat nak jaga dan besarkan dia,” keluh Shin Dong Wook sambil merenung terus ke hadapan.

******************************************************************************

            Jin Ah merenung wajah Seung Hwa yang sedang menyenyak tidur. Wajah itu nampak tidak bersalah. Agak lama dia mengelamun sambil merenung wajah Seung Hwa sampai tidak sedar yang Leo memasuki bilik itu dan berdiri di belakangnya.

            “Macam mana dengan keadaan dia?” Tanya Leo.

            Jin Ah sedikit terkejut. “Okay. Peluru tu saya dah keluarkan. Nasib baik tak dalam sangat. Kalau dalam dan kena jantung dia mungkin dia tak dapat diselamatkan. Sekarang dia masih tak sedarkan diri. Mungkin koma untuk beberapa hari,” terang Jin Ah serba sedikit.

            “Kau ni prosecutor ke doctor?” Tanya Leo musykil.

            Jin Ah tergelak sedikit. “Prosecutor meliputi semua. Saya siasat dan tahu macam-macam benda. Selalu juga saya dapat tahu cerita dari kawan-kawan saya di bahagian forensic. Tapi ini kali pertama saya melakukan ‘pembedahan’. Nasib baik berjaya,”

            “Berani jugak kau ni. Kalau mati anak orang tu sebab kau, macam mana?” Leo sengaja memprovok Jin Ah.

            “Saya berani kerana saya percaya pada diri saya sendiri. Takut memandang ada tapi saya atasi perasaan takut tu dengan keberanian dan saya percaya dengan diri saya. Itu yang penting. Kalau dia mati, saya sendiri yang akan bertanggungjawab kepada keluarga dia,”

            “Suka hati kau lah,”

            Leo keluar dari bilik itu dan menuju ke biliknya. Di dalam bilik, dia memerhatikan peluru yang diberikan oleh Jin Ah atas permintaannya sebentar tadi. Agak lama dia membelek jenis peluru itu. Tidak lama kemudian dia menggenggam dengan kuat peluru tersebut.

            “James… Kau cuba nak bunuh Jin Ah?!” Bentak Leo. Suaranya ditekankan.

            Dia tahu tembakan itu disasarkan kepada Jin Ah tetapi Seung Hwa pula yang menjadi mangsa. Dia berterima kasih kepada Seung Hwa kerana telah menyelamatkan nyawa Jin Ah tetapi dia masih berhati-hati dengan perempuan itu. Mana tahu dia adalah musuh. Tapi kalau dia musuh, takkanlah dia nak menyelamatkan nyawa Jin Ah pula. Leo mengeluh.

Di dalam bilik Jin Ah,
            Jin Ah masih memerhatikan Seung Hwa yang tiada tanda-tanda mahu sedar. Dia tahu yang Seung Hwa akan sedar dalam masa beberapa hari lagi. Dia mengamati wajah polos Seung Hwa yang sedang tidur agak lama. Entah mengapa dia seperti kenal sangat dengan perempuan itu dan dia diserang perasaan rindu yang sangat mendalam.

            Dia menyentuh perut Seung Hwa telah berbalut itu. Dia terhutang nyawa dengan Seung Hwa. Nanti Seung Hwa bangun pasti dia akan berterima kasih kepada Seung Hwa. Jin Ah menguap. Dia menoleh ke arah jam yang sudah pun menunjukkan angka 12 tengah malam. Dia mula rasa mengantuk.

            Perlahan-lahan Jin Ah naik ke atas katil dan berbaring di sebelah Seung Hwa. Dia mengiring menghadap Seung Hwa. Baru hari ini dia tidak tidur keseorangan. Dia gembira dengan kehadiran Seung Hwa pada malam itu.

            Dia teringat kepada kakaknya. Mereka berdua berkongsi satu bilik dan satu katil. Setiap malam, pasti Sunny akan mendodoikan dia sehingga tertidur. Kadang-kadang Sunny akan menyanyi ataupun bacakan dia buku cerita sebelum tidur. Dia rindukan kakaknya. Perlahan-lahan Jin Ah memeluk pinggang Seung Hwa.

            Dia sudah terbiasa tidur sambil memeluk kakaknya. Mala mini dia terasa macam dia kembali ke suatu masa dulu. Memori dia bersama kakaknya masih terpahat kemas di dalam kotak ingatannya. Dia tidak akan pernah lupa walaupun kakaknya tiada di sisi.

            Lama-kelamaan Jin Ah memejam mata dan kemudian tertidur.

**************************************************************************

            Hongbin tidak dapat tidur semalaman sejak Seung Hwa hilang. Ini pertama kali dalam hidupnya Seung Hwa tidak berada di sisinya. Dia tidak habis-habis menyesal dan menyalahkan dirinya kerana meninggalkan Seung Hwa terlalu lama. Dia tidak sangka akan jadi begini.

            Hatinya bertambah risau dengan berita yang didengarinya semalam tentang seorang perempuan kena tembak. Tempat itu betul-betul berada dekat dengan Seung Hwa duduk. Hongbin menggosok rambutnya sehingga serabut.

            Tiba-tiba dia terpandangkan computer riba kepunyaan Seung Hwa. Perlahan-lahan dia menghampirinya lalu membuka computer riba tersebut. Dia memerhatikan satu persatu folder yang terdapat di dalam computer riba tersebut. Satu fail yang ada namanya menarik perhatiannya. Dia pantas memetik keyboard.

            Dahinya berkerut apabila kes 30 tahun dahulu mengisi folder yang diletakkan nama Hongbin. Apa kena-mengena dirinya dengan kes itu? Kenapa Seung Hwa menyiasat tanpa memberitahunya? Mungkin saja Seung Hwa tak mahu melihat dia marah lagi apabila kes itu dibangkitkan. Hongbin menggeleng.

            Dia tidak tertarik kepada isi dalam folder itu lantas menutup semula computer tersebut. Dia melirik kepada jam tangannya. Sudah pukul 9 pagi. Dia perlu bersarapan dan mencari Seung Hwa semula.



HONGBIN berjalan mengelilingi Bandar tanpa arah tuju. Dia tidak tahu di mana dia mahu mencari Seung Hwa. Langsung tidak terdapat sebarang klu ataupun jejak.

            “Lee Hongbin…”

            Hongbin berpaling apabila namanya dipanggil seseorang. Apabila dia menoleh, seorang lelaki yang berkulit gelap sedang tersenyum memandangnya. Dia tidak mengenali lelaki itu yang nampak mesra melambai tangan dan tersebut kepadanya.

            “Yah Lee Hongbin. Lama tak jumpa kau,” tegur lelaki itu.

            “Kau ni… siapa?”

            “Eh, takkan dah lupa kawan lama kot. Aku Hakyeon. Hyung kau masa dekat rumah kebajikan dulu. Dah lupa? Ish.. ish… ish…”

            Dahi Hongbin berkerut. Rumah kebajikan? Dia pernah tinggal di rumah kebajikan? Dia langsung tidak ingat tentang perkara itu. Hakyeon menepuk bahu Hongbin yang sedang termenung.

            “Kau cari siapa? Aku nampak kau dari tadi macam mencari seseorang,” kening Hakyeon terjongket.

            “Aku cari Seung Hwa,” senang sahaja Hongbin memberitahu lelaki itu walaupun dia pasti dia tidak mengenalinya tetapi menurut Hakyeon pula, dia kenal dengan Hongbin.

            “Seung Hwa? Wah. Teman wanita atau isteri kau?” Tanya Hakyeon sambil tersenyum lebar.

            Hongbin tidak menjawab soalan Hakyeon dan hanya mendiamkan diri. “Tak ke mana tu. Perempuan, kalau pergi shopping memanglah macam tu. Tak try call dia?” Kata Hakyeon ramah.

            Call? Telefon bimbit pun Seung Hwa tak ada macam mana nak telefon? Alexander hanya memberika telefon bimbit kepada dia seorang sahaja. Perlahan-lahan Hongbin menggeleng.

            “Dia tak ada telefon bimbit,”

            “Ha? Biar betul kau. Takkanlah….” Hakyeon terhenti apabila melihat muka Hongbin yang sudah mencerut itu.

            “Mianhae. Susah jugak ni,”

            “Tak apalah. Jumpa kau lain kali,” ucap Hongbin.

            “Eh, nanti dulu,”

            Hakyeon menyerahkan kad bisnesnya kepada Hongbin. “Apa-apa hal call aku. Kita borak lebih panjang lagi. Dah bertahun aku tak jumpa kau ni. Jangan lupa,” pesan Hakyeon sambil tersenyum.

            Hongbin mengangguk seraya memasukkan kad itu di dalam poket seluarnya. Kemudian dia terus beredar dari situ. Hakyeon hanya menghantar pemergian Hongbin dengan ekor matanya sahaja. Kemudian dia turut berlalu dari situ menuju ke pejabatnya. Sekarang dia ialah pemilik Syarikat Jellyfish Entertainment yang berjaya.

****************************************************************************

            “James?! What is this?!!” Bentak Leo.

            James terdiam. Dia tahu pasti Leo sudah tahu yang dia menghantar orang untuk membunuh Jin Ah. Dengan teragak-agak dia menjawab soalan Leo.

            “Perempuan tu akan bawa susah pada kau Leo. Jadi biarlah aku lenyapkan dia dari muka bumi ni,” jawab James tenang tetapi sangat menyakitkan hati Leo.

            “James, kau dengar sini! Lagi sekali kau cuba apa-apa kan Jin Ah, aku sendiri yang akan bunuh kau!!” Ugut Leo keras.

            “Leo?! Sebab perempuan tu kau nak bunuh aku? Kau baru berapa lama kenal dia tapi kau lagi kenal aku lebih lama. Kau memang tak kenang budi, Leo!” Marah James.

            “Selama ni aku dah ikut segala arahan kau. Tapi sekarang…. Please…. Ikut permintaan aku pula. Satu ni je permintaan aku, James. Jangan ganggu Jin Ah. Biar dia bersama aku…” Suara Leo sudah seakan-akan merayu.

            James mencebik. “Yelah Leo. Kau jagalah dia tu baik-baik. Aku tak akan kacau dia. Tapi ingat Leo, kalau kau belot pada aku, kau tahulah apa akibatnya,” James menyelitkan ugutan pada suaranya yang perlahan sahaja.

            “Hmm..” Kemudian Leo mematikan talian lalu menghempaskan punggungnya di atas katil. Dia menyebak rambutnya ke belakang.

            Tanpa disedari, Jin Ah telah mendengar segala perbualan Leo dan James. Dia terkedu mendengar permintaan Leo kepada James tadi. Leo benar-benar suka padanya? Tapi kenapa? Jin Ah bersandar di dinding. Memang selama ini Leo selalu melindungi dirinya. Sedikit pun Leo tidak mencubitnya apatah lagi mahu membuat sesuatu yang tak baik padanya. Leo memang bersikap melindungi.

            Tiba-tiba Leo keluar dari biliknya. Jin Ah tidak sempat melarikan diri lalu masing-masing kaku. Leo memandang Jin Ah degan pelik. Macam mana pula dia boleh keluar? Ah! Dia lupa kunci pintu tadi.

            “Kau buat apa kat sini? Pergi masuk bilik kau,” ucap Leo sedikit kasar sambil memegang bahu Jin Ah dan ditolaknya perlahan.

            “Leo, awak nak keluar?”

            Leo hanya merenung Jin Ah dengan wajah yang tidak beriak.

            “Boleh belikan saya makanan? Untuk Seung Hwa sekali,” pinta Jin Ah takut-takut tapi dia cuba tersenyum.

            “Selama ni aku tak pernah beli makanan untuk kau ke?”

            Jin Ah terdiam. Betul juga. Hehe. Perlahan-lahan Jin Ah menggeleng. “Dah, pergi masuk bilik kau. Aku nak keluar. Kalau kau cuba lari siap kau,” sekali lagi Leo menolak badan Jin Ah sehingga mereka berada di muka pintu bilik Jin Ah.

            “Saya tak akan lari. Saya akan sentiasa bersama awak dan saya janji akan tolong awak,” ucap Jin Ah.

            Kening Leo terangkat. “Kau cakap apa ni?”

            Jin Ah menggeleng kemudian masuk ke dalam biliknya dan terus menutup pintu rapat. Dia bersandar di pintu itu sambil merenung terus ke hadapan. Memang dia sudah berjanji pada dirinya sendiri yang dia akan siasat siapa sebenarnya Leo dan kenapa dia jadi macam itu. Mungkin ada dalang di sebalik ini semua. Entah. Firasatnya yang mengatakan begitu.

******************************************************************************

            Hongbin mencelikkan matanya perlahan-lahan. Dia terjaga dengan tenang tetapi apabila dia teringat mimpinya sebentar tadi, kepalanya kembali berserabut. Dia mimpi seorang budak lelaki dibuli oleh beberapa lagi budak lelaki lain.

            “Eiii, aku tak nak berkawan dengan anak pengedar dadah,”

            “Lahir dalam penjara. Hidup kau tak pernah dirahmati,”

            “Teruknya mak dengan ayah kau,”

            “Edar dadah untuk kepentingan sendiri,”

            “Kenapa kau duduk sini? Aku tak nak berkawan dengan orang jahat,”

            “Budak jahat!”

            “Keluar dari sini. Nanti kau pengaruh budak-budak lain pula,”

            Semua kata-kata hinaan dan cacian bermain di kepala otak Hongbin sehingga membuatkan dia berasa pening kepala. Dia meramas rambutnya beberapa kali sambil memejam mata dengan rapat. Kepalanya sakit dan suara-suara itu seperti tidak mahu hilang dari benaknya. Terus-menerus menghina dirinya.

            “Aku tak dirahmati!!”

            Kata-kata cacian tadi bertukar pula dengan ayat yang selalu menghantuinya. Ayat itu diulang banyak kali di dalam benaknya. Suara itu keras membentak dan menghentak otaknya. Kepalanya sakit lagi. Dia memejam mata dengan rapat sambil mengetap bibirnya. Dia cuba menghilangkan suara-suara yang bersilih ganti. Setengah jam kemudian, barulah suara-suara itu berhenti. Dia tercungap-cungap kepenatan kerana berlawan dengan diri sendiri. Peluh sudah membasahi badannya. Hongbin terbaring lemah di atas katil itu.

            “Pengedar dadah? Lahir dalam penjara? Mak dengan ayah?” Hongbin menyoal dirinya setelah dia berasa tenang.

            Tiba-tiba dia teringat tentang kes yang disiasat Seung Hwa tempoh hari. Dia segera bangun dari pembaringannya dan membuka computer riba yang terletak di atas katil itu. Hongbin membaca satu persatu keratan akhbar dan bait-bait kata yang terdapat di dalam folder itu.

            “Aku ke budak yang lahir tu?”

*****************************************************************************

            “Xander! Terus terang pada aku. Siapa aku sebenarnya?!”

            Dahi Alexander berkerut seribu dek soalan Hongbin itu. Macam mana pula Hongbin boleh tanya soalan itu tiba-tiba?

            “Err.. Kau.. Hongbinlah,” jawab Alexander tidak yakin.

            “Jangan buat lawak bodohlah Xander!!” Tengking Hongbin. Wajahnya sudah merona merah menahan marah.

            “Hmm.. Kau anak angkat aku, Hongbin. Aku ambil kau 15 tahun dulu dan aku didik kau selama 15 tahun ni kerana kau sendiri yang nak balas dendam,”

            “Aku nak balas dendam sebab apa?”

            “Orang-orang yang selalu hina kau? Selalu buli dan pukul kau,” jawab Alexander jujur.

            Agak lama Hongbin mendiamkan diri. Jadi, mimpi itu berkaitan dengan dirinya. Tapi kerana dia tidak pernah ingat tentang kejadian itu. Selama ini dia memang tahu dia ada berdendam tapi dia tidak ingat kepada siapa dan kenapa. Dia Cuma dilatih oleh Alexander untuk menjadi pembunuh upahan dan penembak tepat untuk membunuh orang. Terima arahan, tembak mangsa dan melarikan diri tanpa dikesan.

            “Kau ada lagi kat situ Hongbin?”


            Suara Alexander membuat dia tersedar dari lamunan. Namun dia tidak menjawab soalan Alexander dan terus mematikan talian. Dia tercatuk di bilik itu sambil termenung jauh. 

No comments: