There Is No Tomorrow ~ CHAPTER 14



            “Unnie!!!” Satu jeritan diikuti dengan esakan tangisan yang kuat.

            Seung Hwa dan Jin Ah terjaga serentak walaupun mereka berada di tempat yang berlainan. Nafas mereka tercungap-cungap sambil menyapu peluh yang merenek di dahi masing-masing.

            Seung Hwa menelan air liurnya beberapa kali sambil meraup wajahnya. Wajah seorang budak perempuan yang sedang menangis sambil menghulurkan tangan kepadanya sangat jelas. Tapi dia tidak ingat siapa budak tu. Dia seperti pernah mengalami keadaan itu suatu ketika dulu tapi ingatannya masih samar-samar. Betullah kata Hongbin yang dia hilang ingatan.

            Tetapi sejak dia berjumpa dengan Jin Ah tempoh hari, dirinya selalu diserang satu perasaan yang aneh. Dia sendiri tak tahu macam mana perasaan itu. Sedang dia cuba menenangkan diri dan menyingkirkan mimpi buruk itu, terdengar rengekan kecil dari Hongbin. Dia menoleh ke arah Hongbin yang seperti tidak senang tidur.

            Dahinya berkerut dengan wajah seperti marah. Kepalanya sesekali tergeleng ke kiri dan ke kanan. Seung Hwa pasti yang Hongbin juga bermimpi buruk. Tapi tidak pula diketahuinya apa yang sedang dialami oleh Hongbin. Dia tidak membiarkan lama. Perlahan-lahan Seung Hwa menggoncang bahu Hongbin beberapa kali.

            Agak lama, akhirnya Hongbin membuka mata dengan wajahnya yang masih marah. Tidak semena-mena Hongbin mencekik leher Seung Hwa sehingga dia terlentang di atas katil. Hongbin duduk di atas perut Seung Hwa dan masih mencekik leher Seung Hwa.

            “Lagi sekali kau cakap macam tu aku bunuh kau!” Keras amaran Hongbin sambil terus mencekik leher Seung Hwa.

            “Opp.. op.. pa.. oppa…” usap Seung Hwa tersekat-sekat kerana saluran pernafasannya sudah tersekat akibat Hongbin mencekik lehernya. Dia memegang tangan Hongbin dan cuba meleraikan tangan Hongbin.

            “Oppa… Hong….bin… op…pa…” Panggil Seung Hwa lagi. Dia semakin sesak nafas dan cuba meronta dengan kuat supaya Hongbin melepaskannya.

            Tiba-tiba Hongbin bagai baru tersedar dari pukauan. Serta-merta dia melepaskan leher Seung Hwa dengan perasaan terkejut. Seung Hwa terbatuk-batuk sambil memegang lehernya terasa perit. Mata Seung Hwa yang terpejam mula berair.

            “Seung Hwa??” Soal Hongbin masih terkejut.

            Hongbin turun dari perut Seung Hwa dan menarik Seung Hwa yang masih terbatuk itu supaya duduk. Seraya itu dia terus memeluk Seung Hwa dengan erat.

            “Oppa.. tak sengaja… maafkan oppa… maafkan oppa…” ucap Hongbin berkali-kali sambil sesekali meleraikan pelukan dan mengusap pipi dan telinga Seung Hwa.

            Dia mencium dahi Seung Hwa beberapa kali dan memeluknya lagi. Tidak lama kemudian, Seung Hwa menggeleng dan meleraikan pelukan Hongbin. Dia merenung mata Hongbin agak lama kemudian perlahan-lahan dia menyentuh pipi dan telinga Hongbin.

            “Oppa okay?”

            “Apa maksud Seung Hwa?”

            “Seung Hwa tahu oppa mengigau. Oppa okay ke?” Tanya Seung Hwa lagi sambil mengusap ubun-ubun dengan lembut.

            Hongbin terkelu. Dia melihat leher Seung Hwa yang terdapat kesan jarinya yang kemerah-merahan. Kemudian sekali lagi dia memeluk Seung Hwa dengan erat.

            “Oppa minta maaf. Oppa tak sedar…” Ucap Hongbin lagi sambil memeluk Seung Hwa dengan lebih erat.

            Dia sendiri tidak sedar yang budak lelaki yang dicekiknya dalam mimpi sebentar tadi adalah Seung Hwa di dunia reality. Mujur sahaja dia cepat tersedar. Kalau terlambat, mungkin Seung Hwa akan……..… Hongbin tidak sanggup membayangkannya. Argh! Kenapalah keadaan dirinya semakin teruk sejak kebelakangan ini?

            Seung Hwa menggosok perlahan belakang Hongbin untuk menenangkan lelaki itu. Dia dapat rasa degupan jantung Hongbin agak laju ketika itu. Dia memejamkan mata sambil menyembamkan wajahnya di bahu Hongbin. Nafasnya juga sudah semakin stabil sekarang.

            Tidak lama kemudian, Hongbin meleraikan pelukan. Dia memandang wajah Seung Hwa sambil mengusap rambut Seung Hwa beberapa kali.

            “Sayang okay?” Seung Hwa hanya mengangguk sambil tersenyum.

            “Oppa tidurlah balik,” ucap Seung Hwa sambil menarik tangan Hongbin.

            Hongbin menggeleng memandang Seung Hwa. “Oppa tak rasa nak tidur balik. Sayang tidur je lah. Oppa temankan,” ucap Hongbin.

            “Tak. Seung Hwa pun tak nak tidur balik. Sebenarnya Seung Hwa pun dapat mimpi buruk tadi. Takut nak tidur semula,”

            Hongbin mengeluh sedikit memandang wajah Seung Hwa yang nampak kusam. Dia bergerak dan menyandarkan separuh badannya di kepala katil lalu menarik Seung Hwa rapat ke badannya. Seung Hwa melentokkan kepalanya di bahu Hongbin sambil tangannya memeluk pinggang Hongbin. Mereka diselubungi kesunyian kerana tiada antara mereka berdua yang bersuara tetapi mereka tidak pula tertidur. Mereka masih memikirkan tentang mimpi buruk yang selalu menghantui mereka.

******************************************************************************

            Badan Shin Dong Wook sudah semakin susut benar sejak kehilangan Jin Ah. Tidak tidak ada selera makan apatah lagi mahu makan ubat. Selama ini Jin Ah yang sibuk menyediakan makanan untuknya. Sesekali Jin Ah yang akan masak sendiri masakan kegemarannya. Jin Ah juga selalu membebel jika dia lupa untuk makan ubat dan Jin Ah selalu memesan kepadanya bila tiba masa untuk makan ubat. Kini semuanya tidak ada lagi. Jin Ah hilang tanpa khabar berita.

            Sedang dia berjalan tanpa hala tuju, tiba-tiba dia terserempak dengan Seung Hwa dan Hongbin lagi. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya dan dan memandang wajah Seung Hwa yang nampak terkejut memandangnya.

            “Ahjussi? Ahjussi okay ke?” Tanya Seung Hwa apabila melihat keadaan Shin Dong Wook begitu.

            Shin Dong Wook masih diam. Dia tidak lepas dari memandang mata Seung Hwa. Satu perasaan halus mengalir dalam dirinya lagi. Agak lama dia merenung sepasang mata milik Seung Hwa dan seperti dia sangat kenal dengan mata itu. Pandangan itu dia tidak akan pernah lupa.

            “Hello? Ahjussi..” Tegur Hongbin sambil melambaikan tangannya di hadapan wajah Shin Dong Wook. Dia sedang memeluk bahu Seung Hwa yang sedang memandang dia dan lelaki tua itu secara bergilir-gilir.

            Tanpa disangka, Shin Dong Wook terus sahaja memegang tangan Seung Hwa. “Sunny? Kamu Sunny kan? Anak appa,” bibir tua Shin Dong Wook mengukirkan senyuman.

            Seung Hwa dan Hongbin terkejut dengan tindakan Shin Dong Wook. Tapi Seung Hwa tidak pula menarik tangannya dari genggaman Shin Dong Wook, dia hanya merenung wajah tua itu dengan pandangan kosong sahaja. Hongbin menolak bahu Shin Dong Wook dan merentap tangan Seung Hwa.

            “Apa ni ahjussi? Seung Hwa bukannya anak ahjussi. Ahjussi salah orang ni,”

            “Seung Hwa? Nama kamu Seung Hwa, nak?” Sekali lagi Shin Dong Wook mengukirkan senyuman lebar.

            Sekali lagi Hongbin memandang Seung Hwa nampak seperti tiada perasaan ketika itu dan Shin Dong Wook yang ternyata gembira apabila bertemu dengan Seung Hwa. Betul ke dia ni ayah Seung Hwa?

            “Ahjussi kenal dengan Seung Hwa ke?” Tanya Hongbin.

            “Ahjussi tak pasti tapi dari pandangan mata Seung Hwa, dia mengingatkan ahjussi pada anak ahjussi,” terang Shin Dong Wook yang masih merenung Seung Hwa.

            Seung Hwa ketika itu hanya mendiamkan diri dan berkeadaan expressionless. Langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi atau riak wajah.

            “Hmm.. Saya rasa ahjussi salah oranglah. Minta maaf ye. Kami pergi dulu,” Hongbin terus sahaja menarik tangan Seung Hwa dan mula menapak pergi dari situ.

            “Nanti. Saya tak tersilap,” Shin Dong Wook cuba mengejar tetapi Hongbin dan Seung Hwa sudah jauh, tambahan pula dengan kudratnya yang tidak berapa kuat sekarang.



HONGBIN merenung Seung Hwa yang masih mendiamkan diri. “Seung Hwa kenal ke dengan lelaki tadi?”

            Perlahan-lahan Seung Hwa menggeleng. “Langsung tak pernah jumpa,”

            Hongbin mengangguk. “Seung Hwa tunggu sini kejap. Oppa nak pergi toilet,” usap Hongbin.

            Baru sahaja Hongbin hendak melangkah, Seung Hwa mencapai tangannya. Dia berpaling dan memandang Seung Hwa. “Oppa… jangan lama sangat…”

            Hongbin tersenyum memandang Seung Hwa seraya menggosok kepalanya. Permintaan Seung Hwa nampak seperti budak kecil dan Hongbin hanya mengambil remeh tentang itu. Hongbin mengangguk sambil tersenyum. Dia menepuk perlahan pipi Seung Hwa sebelum beredar dari situ menuju ke tandas awam.

            Seung Hwa duduk menunggu di sebuah kerusi batu yang tersedia berhampiran di shopping complex itu sambil memerhati sekeliling. Tiba-tiba dia ternampak beberapa orang lelaki sedang mengejar seorang lelaki. Mereka laju sahaja melintasi Seung Hwa. Seung Hwa memeluk beg tangannya erat. Risau pula dia akan terlibat dengan lelaki-lelaki itu.

            Seung Hwa berasa gementar menunggu Hongbin yang masih tidak keluar dari tandas. Kepalanya tertoleh ke kiri dan ke kanan.

Pada masa yang sama,
            Jin Ah dan Leo berjalan beriringan di dalam shopping complex tersebut. Mereka ingin mencari baju untuk Jin Ah yang sudah lama tidak berganti baju dan hanya memakai baju Leo sahaja. Itu pun setelah dipaksa banyak kali.

            Tanpa disedari, seseorang sedang memerhatikan mereka berdua. Dia berada tidak jauh dari mereka dan tidak lepas walau sesaat pun dari memerhatikan Jin Ah. Mereka berdua tidak perasan akan kehadiran seseorang itu.

            Langkah Jin Ah terhenti apabila terlihat seorang perempuan yang sedang memeluk beg tangan sedang duduk di sebuah kerusi batu. Dia pernah nampak perempuan itu sebelum ini. Tanpa menghiraukan Leo, dia terus melangkah menghampiri Seung Hwa. Leo pantas mengekori Jin Ah kerana dia ingat Jin Ah hendak melarikan diri.

            Seung Hwa terpandang seseorang yang bersembunyi tidak jauh dari tempatnya. Lelaki itu nampak mencurigakan. Kemudian perhatiannya teralih kepada Jin Ah yang sedang berdiri di hadapannya. Dia memandang Jin Ah dengan wajah blur.

            “Awak yang haritu kan?” Tanya Jin Ah.

            Seung Hwa mengamati wajah Jin Ah. Barulah dia teringat akan wajah itu dan lelaki yang baru sampai di sebelahnya. Seung Hwa berpendapat bahawa lelaki itu adalah teman lelaki perempuan itu. Boleh tahan kacak juga lelaki itu. Untung perempuan tu. Tapi lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang tidak puas hati.

            “Ya?”

            “Oh hye,” Jin Ah ingin beramah mesra tetapi Leo seperti tidak mahu Jin Ah mendekati Seung Hwa dan terus menerus memandang Seung Hwa dengan pandangan yang mencurigakan.

            Tiba-tiba Seung Hwa dapat rasakan satu perasaan lain. Dia segera menoleh ke arah lelaki tadi. Dia terkejut kerana lelaki itu sudah mengeluarkan pistol dan menghalakannya kepada Jin Ah. Seung Hwa cepat-cepat bangun untuk menolak badan Jin Ah dan serentak itu juga lelaki itu melepaskan tembakan.

            Jin Ah terjerit sedikit apabila dia dan Seung Hwa rebah di lantai itu. Leo lagi terkejut kemudian memandang sekeliling mencari dari arah mana datangnya tembakan itu namun dia gagal. Seung Hwa terbaring di atas badan Jin Ah dengan berlumuran darah. Peluru itu telah mengenai belakangnya hampir dengan jantung.

            “Cik… Cik..” Jin Ah menggoncangkan badan Seung Hwa beberapa kali tetapi hanya erangan yang kedengaran dari Seung Hwa.

            Darah mula mengalir dengan banyak dan Seung Hwa tidak tahan lagi. Dia sudah tidak tahan dengan kesakitan yang mencucuk-cucuk itu dan akhirnya dia tidak sedarkan diri.

            Orang ramai mula mengerumuni kawasan itu. Leo rasa tidak selesa dengan keadaan itu. Dia menolak badan Seung Hwa supaya dapat melepaskan Jin Ah yang turut berlumuran dengan darah Seung Hwa. Dia terus menarik tangan Jin Ah hendak beredar dari situ dan meninggalkan sahaja Seung Hwa keseorangan di situ. Tetapi Jin Ah mengeraskan badannya.

            “Awak ni gila ke Leo? Dia kena tembak, awak nak tinggal dia macam tu je?!” Marah Jin AH. Dia merentap tangannya dari pegangan Leo dan kembali kepada Seung Hwa yang tidak sedarkan diri. Darah masih mengalir.

            Leo merengus kasar lalu turut menghampiri Seung Hwa. Dia terus mencempung badan Seung Hwa dan memandang Jin Ah. “Palli. Kita pergi dari sini,” ucap Leo.

            Jin Ah hanya mengangguk dan mengikut langkah Leo pergi dari situ. Orang ramai hanya memandang dan berfikiran yang Leo dan Jin Ah akan membawa Seung Hwa ke hospital. Perlahan-lahan masing-masing mula beredar dan tidak lama kemudian tukang cuci datang untuk membersihkan darah Seung Hwa.

            Tidak lama kemudian Hongbin keluar dari tandas dan mencari kelibat Seung Hwa namun tidak dijumpai. Lebih mengejutkan kerana dia ternampak tukang cuci itu sedang membersihkan darah yang banyak. Dia tidak menunggu lama lantas menyoal siasat tukang cuci itu.

            “Apa dah terjadi dekat sini?”

            “Seorang perempuan ditembak baru sekejap tadi,”

            Hongbin sudah diserang rasa tidak sedap hati. Dia serta-merta teringatkan Seung Hwa yang ditinggalkan beberapa minit lalu di kerusi di berhampiran dengannya.

            “Mana perempuan tu sekarang?”

            “Seorang lelaki dan seorang perempuan dah bawa dia pergi,”

            “Pergi mana?!”

            “Hospital lah kot. Mana lagi,” balasnya.

            Hongbin merengus dan terus meninggalkan tukang cuci itu. Dia melajukan langkahnya keluar dari pusat membeli belah itu. Mungkin mereka berada tidak jauh lagi. Dia mengikut kesan darah yang menitik di sepanjang jalan.

            Langkahnya terhenti apabila kesan darah itu tidak kelihatan lagi. Dia memandang sekeliling namun tidak nampak sesiapa pun di situ. Hongbin melangkah pergi dari situ dan berlari ke tempat lain pula.



SETELAH agak jauh berjalan, akhirnya mereka sampai juga di rumah Leo. Masuk sahaja rumah, Leo terus membaringkan Seung Hwa di atas lantai. Dia tidak mahu sofa rumahnya terkena darah Seung Hwa. Sementara itu Jin Ah pergi ke dapur dan mengambil segala alat kecemasan.

            “Yah Leo! Kenapa baringkan dia atas lantai?!” Jin Ah terkejut.

            “Aku tak nak sofa aku ada kesan darah dia pula,” jawab Leo selamba.

            Jin Ah merengus. “Boleh bawak dia masuk bilik saya tak? Saya nak rawat luka dia ni,” pinta Jin Ah.

            Leo pula merengus. Dia terpaksa lagi mengikut kata-kata Jin Ah. Dengan hati yang tidak rela, dia mencempung badan Seung Hwa masuk ke dalam bilik Jin Ah dan membaringkannya di lantai. Jin Ah menggeleng melihat layanan Leo terhadap Seung Hwa. Tapi betul juga, kalau kat lantai, mudah sikit nak cuci tapi kalau terkena kain, susah juga. Akhirnya Jin Ah mengalah sahaja.


            Dia memandang Leo supaya lelaki itu keluar sementara dia hendak merawat luka Seung Hwa. Leo terpaksa akur dengan permintaan Jin Ah lalu keluar dari bilik itu dan menutup pintu. Dia pergi ke dapur dan mengambil air dan kain untuk membersihkan kesan darah Seung Hwa tadi.

No comments: