There Is No Tomorrow ~ CHAPTER 13



            Jari runcing Seung Hwa menari-nari dengan pantas di atas papan kekunci computer ribanya. Pandangannya bergilir-gilir memandang papan kekunci dan skrin computer riba itu. Entah kenapa dia rasa hendak mencari sesuatu di internet. Dia hanya mengikut gerak hatinya sahaja. Dengan kebolehannya, dia telah menceroboh masuk ke dalam laman web pihak polis. Tidak susah baginya untuk masuk memandangkan dia adalah hacker yang handal.

            Tanpa sedar, dia telah membuka fail kes 30 tahun dahulu. Kes tentang sepasang suami isteri yang ditangkap kerana mengedar dadah. Mereka berdua ditahan untuk dijatuhkan hukuman mati mandatory. Tetapi si isteri masa itu telah sarat mengandung jadi tempohnya dilewatkan sedikit sehingga dia selesai bersalin.

            “Kesiannya…” ucap Seung Hwa tanpa disangka.

            “Kesian kenapa?” Tanya Hongbin yang telah pun mengambil tempat di sebelah Seung Hwa.

            Dia agak terkejut melihat kes polis yang dibuka oleh Seung Hwa itu. Penjara. Hongbin tergamam. Hendak menelan air liurnya, terasa sangat perit ketika ini.

            “Aku tak dirahmati!!”

            Suara itu bergema lagi. Hongbin tersentak sambil kepalanya melilau mencari suara itu tetapi malangnya di situ hanya ada dia dan Seung Hwa yang tengah memandangnya dengan pelik.

            “Oppa, kenapa?”

            Hongbin menggeleng sambil cuba tersenyum. “Kes apa pula yang Seung Hwa buka ni?”

            “Kes 30 tahun dahulu. Sepasang suami isteri ditangkap sebab menjadi pengedar dadah. Si isteri tu tengah mengandung. Kasihannya. Macam mana dengan anak yang dikandung tu ye?”

            Hongbin terdiam. Tiba-tiba sahaja dan entah mengapa rasa marahnya meluap-luap sehingga wajahnya merona merah. “Baguslah masuk penjara! Dah mampus kan?! Lelaki tu memang patut mati ditali gantung. Menyusahkan bini dia je!”

            Seung Hwa terkebil-kebil memandang Hongbin. Tidak pernah Hongbin semarah ini. Entah kenapa hari ini lelaki itu marah walaupun dia tahu yang Hongbin bukan memarahi dirinya. Seung Hwa laju sahaja menutup semula laman web itu setelah yakin yang dia tidak akan dikesan kerana menceroboh laman web peribadi itu. Kemudian dia menghampiri Hongbin dan memeluk lelaki itu.

            “Kenapa ni oppa?”

            Hongbin mengeluh berat sambil menguak rambutnya ke belakang. Entahlah. Dia tidak dapat mengawal marahnya sebentar tadi sehingga membuat Seung Hwa terkejut. Kemudian dia menjatuhkan tangannya di bahu Seung Hwa dan diusap lembut.

            “Mianhae. Oppa tak tahu kenapa tak boleh nak kawal marah tadi,”

            “Gwenchana. Tapi… kes tu ada kena-mengena dengan oppa ke?”

            Hongbin menggeleng. Dia sendiri tidak mengetahuinya. Entah kenapa apabila terdengar tentang sepasang suami isteri, dadah, si isteri mengandung dan anak yang dikandung itu, hatinya tiba-tiba marah. Dia rasa begitu marah dengan pasangan tersebut.

            “Oppa sendiri tak tahu….” Ucap Hongbin lemah.

            “Tak apalah. Oppa berehat, Seung Hwa teman, okay?”

            Seung Hwa terus sahaja menolak badan Hongbin berbaring di atas katil. Hongbin juga menarik badan Seung Hwa supaya baring di dalam dakapannya. Seung Hwa memeluk pinggang Hongbin sambil mengucup leher lelaki itu beberapa kali bertujuan untuk memadamkan api marah lelaki itu.

            ‘Kes tu…. Ada kena-mengena ke dengan oppa? Mungkin mereka tu keluarga sebenar oppa. Ah! Seung Hwa. Jauh sangat kau fikir ni. Tapi berkemungkinan juga. Tak apa. Aku akan siasat.’ Fikir Seung Hwa sambil mengusap dada Hongbin beberapa kali.

            Tidak lama kemudian kedengaran dengkuran halus dari Hongbin. Cepat betul lelaki itu terlena. Seung Hwa yang tidak rasa mengantuk hanya memejamkan mata sambil memeluk erat badan Hongbin. Dia tidak mahu langsung berpisah dengan lelaki itu walau sesaat pun. Dia ingin menemani Hongbin pada hari-hari esoknya.

            Tapi masihkah ada hari esok buat mereka? Seung Hwa terpana. Entah kenapa otaknya memikirkan hal itu. Dia menggeleng perlahan sambil kembali mengatup matanya. Tak mahu berfikir yang bukan-bukan kerana berfikiran negative hanya buat otak dan dirinya lemah sahaja. Dia haru selalu berfikiran positif dan optimis.

****************************************************

            “Shin Dong Wook!”

            Ucap Alexander dan James serentak walaupun mereka berdua berada di tempat yang berbeza dan Negara yang berbeza. Entah kenapa nama lelaki itu meniti di bibir mereka berdua. Berapi-api mata mereka apabila menyebut nama lelaki itu.

            Alexander menyemak senarai blacklistnya (iaitu senarai ahli korporat yang perlu dibunuh) nama Shin Dong Wook berada di bawah sekali dan dialah orang terakhir dalam senarai Alexander. Begitu juga dengan James. Dia orang ni macam kembar pun ada, macam robot pun ada. Apa yang Alexander buat, sama apa yang James buat walaupun mereka tak ada kuasa telepathy malah mereka berada di dua Negara yang berlainan.

            “Kat mana kau sekarang huh?” Tanya Alexander sambil memandang sinis ke arah keratan surat khabar 35 tahun lalu yang memuatkan gambar seorang lelaki muda. Seorang anggota polis yang kacak. Itu sahaja gambar Shin Dong Wook yang berada di dalam simpanannya.

            “Kau tunggu, masanya akan tiba, Chief Superintendant General Shin Dong Wook,” nama dan jawatan Shin Dong Wook tersemat kemas di dalam kepala otak James. Kemudian dia tersenyum sinis.

            “Alexander Lee Eusebio,” tiba-tiba nama Alexander pula yang meniti di bibir James. Kemudian dia tersenyum sinis.

            “James!” Suara Leo terus menerjah masuk ke gegendang telinga James sebaik sahaja dia mengangkat panggilan dari lelaki itu.

            “Ada apa?”

            “Kau ada pembunuh upahan lain selain dari aku ke?”

            James terdiam. Soalan cepu emas dari Leo membuatkan dia tidak terkata. “Pembunuh upahan lain? Maksud kau?”

            Leo merengus. “Aku tanya kau, kau tanya aku balik. Jawab soalan aku,”

            “Aku mana ada sesiapa selain kau. Kecuali orang-orang upahan aku yang lain tapi dia orang tu bukan penembak tepat macam kau. Sekarang jawab soalan aku pula,”

            “Hello… Hello? Hello?!!” James merengus kasar. Sedap-sedap je Leo matikan panggilan sebelum lelaki itu menjawab soalannya. Kadang-kadang dia rasa bengang juga dengan sikap Leo yang dingin dan kadang-kadang tahu nak marah sahaja. Tapi Leo masih berguna padanya.

            Biarlah Leo nak buat apa asalkan semua arahan yang diberikan Leo laksanakan dengan sempurna. Itu adalah satu kepujian besar buat Leo yang ternyata serius dan professional menjalankan tugasnya. Dia tidak banyak cakap dan sedia mengikut arahan. Itu memudahkan kerja James kerana dia tidak perlu pening nak jawab soalan dari Leo.

**************************************************

            “Jagiya…” panggil Hongbin lembut.

            “Ye oppa..” jawab Seung Hwa seraya memalingkan mukanya memandang Hongbin yang sedang melangkah menghampirinya.

            “Termenung je,”

            “Seung Hwa telah fikir pasal kes yang Seung Hwa tengok semalam,”

            Hongbin menjeling Seung Hwa. “Kenapa?” Suaranya sedikt berubah.

            “Oppa marah Seung Hwa?” Tanya Seung Hwa takut-takut sambil memandang Hongbin.

            Hongbin mengeluh perlahan lalu menarik tangan Seung Hwa ke dalam genggamannya. Dia memandang tepat ke mata Seung Hwa. Selama dia bersama dengan gadis ini, tidak pernah sekali pun dia memarahinya malah meninggikan suara pun dia tidak pernah. Mungkin sebab kejadian semalam, Seung Hwa terkesan dan berkecil hati kerana itulah pertama kali dia meninggikan suara pada Seung Hwa walaupun dia tidak memarahi gadis itu.

            “Tak. Maafkan oppa pasal semalam..” Ucap Hongbin lembut merenung sepasang mata milik Seung Hwa.

            Seung Hwa mengangguk. “Tapi kenapa sayang berminat dengan kes tu? Kan kes tu dah lama dan pihak polis pun dah tutup kes tu,”

            “Entahlah. Seung Hwa macam dapat rasa sesuatu yang tak kena dengan pasangan tu. Tengok muka dia orang macam baik je. Tapi orang cakap, don’t judge a book by it’s cover kan. Tapi Seung Hwa tetap rasa sesuatu yang tak kena, dan Seung Hwa fikir, kat mana baby yang perempuan tu lahirkan. Kalau ikutkan, baby tu sama umur dengan oppa sekarang tapi tak tahulah dia masih hidup atau tak,” terang Seung Hwa panjang lebar dengan jujur tentang perasaannya.

            Hongbin menarik bahu Seung Hwa dan dibawa ke dadanya. “Jadi, Seung Hwa nak siasat pasal pasangan tu dan nak cari baby tu?” Tanya Hongbin tanpa memandang wajah Seung Hwa.

            “Hikhik. Baby tu bukan baby lagilah oppa. Dah besar panjang macam oppa dan boleh kahwin dah pun,” gurau Seung Hwa sambil menepuk perlahan dada Hongbin.

            Gulp. Hongbin menelan air liurnya sendiri. Perlahan-lahan dia menjatuhkan pandangannya kepada Seung Hwa. Kahwin. Memang. Kalau ikut kan umur, dia dah sesuai sangat dah nak kahwin. Seung Hwa pun sama. Dia sebenarnya dah berjanji dengan dirinya yang dia akan mengahwini Seung Hwa suatu hari nanti tetapi dia tidak pasti bila. Itu pun kalau dia masih ada hari esok. Keluh Hongbin. Dia mengusap lembut rambut ikal Seung Hwa. Dia tahu dan sudah banyak kali diberitahu oleh Seung Hwa yang gadis itu bahagia bersamanya tetapi dia tetap nak berkahwin dengan Seung Hwa dan mulakan hidup baru bersama gadis itu.

            Keluar dari dunia pembunuhan ini. Bersihkan hati daripada dendam. Dia mahu membina sebuah rumah tangga yang bahagia di samping Seung Hwa dan anak-anak yang bakal mereka peroleh kelak. Dia memang tak nak anak-anak mereka tahu kerja ibu bapa mereka. Tapi entahlah bila angan-angan Hongbin itu akan tercapai.

            “Kenapa oppa?” Seung Hwa mendongak memandang wajah Hongbin setelah mendengar beberapa kali lelaki itu mengeluh.

            “Tak ada apa-apa. Tapi, daripada Seung Hwa menyiasat pasal keluarga yang Seung Hwa sendiri tak kenal, lebih baik Seung Hwa siasat pasal keluarga Seung Hwa,” sejurus itu Hongbin terdiam. Macam mana dia boleh tersebut tentang keluarga Seung Hwa pula?

            Seung Hwa menolak dada Hongbin seraya menjarakkan badannya dari badan Hongbin. Dia merenung wajah Hongbin agak lama sebelum bersuara.

            “Keluarga? Macam mana Seung Hwa nak siasat kalau Seung Hwa sendiri tak ingat apa-apa?” Tanya Seung Hwa perlahan.

            “Suara tu….” Hongbin memegang bahu Seung Hwa. Tiba-tiba je cerita yang Seung Hwa pernah bagitahunya tempoh hari menerjah otaknya. Bergeliga juga otaknya masa tu.

            Seung Hwa tidak bersuara. Dahinya berkerut memandang Hongbin. Hongbin tahu maksud pandangan Seung Hwa. Dia tak faham lah tu apa yang aku nak cakap ni. Kadang-kadang lembab juga kekasih hati dia ni. Aish.

            “Unnie… Mungkin dia seseorang yang Seung Hwa kenal. Atau orang yang terakhir Seung Hwa jumpa? Dia mungkin seseorang yang sangat rapat dengan Seung Hwa satu ketika dulu. Adik mungkin?” Hongbin membuat tekaan bertubi-tubi. Makin berkerut dahi Seung Hwa.

            “Seung Hwa ada adik ke?”

            “Itulah yang kena siasat!”

            “Macam mana?” Suara Seung Hwa meleret. Dia macam dah putus harapan dengan semua itu.

            “Err.. Oppa sendiri pun tak tahu…” Hongbin menggaru pipi dengan jari telunjuk.

            Seung Hwa merengus halus. Langsung tak boleh bantu. Lembap juga jejaka idaman dia ni. Haha. Dalam hati mereka saling mengutuk antara satu sama lain. Tapi tak lah teruk mana pun.

*******************************************************************

            “Unnie?!”

            Jin Ah mencelikkan matanya kemudian dia menongkat badannya seraya duduk dan bersandar di kepala katil. Dia meraup wajahnya beberapa kali. Dia mimpi buruk. Pertama kali dia bermimpi seperti itu sejak dia tinggal dengan Leo malah sudah lama dia tidak mengalami mimpi itu.

            Masih jelas kedengaran suaranya menjerit ketika dia terpisah dengan Sunny. Itu peristiwa paling sedih, sadis dan pahit dalam hidupnya. Dia masih ingat tentang peristiwa 13 tahun dahulu yang mengubah segalanya dalam hidupnya.

Flashback
            Jin Ah meraung sekuat hati saat seorang lelaki mendukung dan memeluknya erat. Dia menghulurkan tangannya ke arah Sunny yang turut sama menangis. Mereka sempat berpegangan tangan sebentar kemudian terlepas akibat dua orang lelaki itu menarik mereka dengan agak keras. Wajah dan baju Sunny sudah pun berlumuran darah setelah ibu mereka, Hyuna ditembak di hadapan mata mereka sendiri. Shin Dong Wook yang terbaring lemah, turut berlumuran darah kerana diketuk dengan kayu hanya memandang dua puterinya sambil menangis.

            Sunny dan Jin Ah terpisah setelah lelaki yang membawa Sunny keluar dari perkarangan rumah mereka. Jin Ah meraung lagi dengan kuat apabila melihat kakaknya juga menangis dan meronta supaya dilepaskan. Kemudian kelibat kakaknya hilang di dalam perut kereta hitam. Kemudian kereta itu meluncur laju meninggalkan kawasan rumah itu.

            Jin Ah menangis sambil meronta-ronta supaya dilepaskan. Lelaki yang memeluknya beberapa kali menyuruhnya diam dengan nada yang keras. Tidak lama kemudian lelaki itu mencekak leher Jin Ah dan mencari lubang angin di lehernya lalu dipicit dengan kuat. Jin Ah berasa sesak nafas kemudian perlahan-lahan pandangan Jin Ah mulai kabur.

            “Unnie…. Unnie….”

            Jin Ah menggeleng kepalanya beberapa kali apabila kenangan itu masih menggigit memorinya. Dia lemah setiap kali mengenangkannya. Itulah kali terakhir dia berjumpa dengan kakaknya. Dia juga tidak ingat macam mana dia boleh berada di hospital bersama ayahnya setelah dia pengsan setelah lelaki yang tidak dikenali itu membuatnya pengsan.

            “Memori dan kenangan silam yang menyakitkan datang semula?”

            Jin Ah sungguh terperanjat menyebabkan dia hampir tergolek dari katil itu. Dia memandang wajah Leo yang tidak berekspresi itu dengan geram. Nak je dia belasah lelaki itu dan-dan ni juga. Tiba-tiba je muncul dan buat jantungnya nak terkeluar dari tempatnya.

            Leo memandang Jin Ah yang terkejut memandangnya. Sudah lama dia berada di sebelah Jin Ah dan memerhatikan wajah gadis itu sedang termenung. Tanpa sedar, air mata Jin Ah mengalir di pipi membuatkan Leo sedikit terkejut. Tidak lama kemudian Jin Ah tergeleng-geleng sambil menutup telinganya.

            “Macam mana kau masuk.. Aku tak sedar…”

            “Macam mana kau tak sedar kalau jiwa kau dah dibawa pergi oleh kenangan silam tu,” balas Leo selamba tanpa menunjukkan sebarang riak muka.

            Jin Ah mengeluh perlahan. Memang, jiwanya seperti dibawa semula ke 13 tahun dahulu. Hatinya memang sakit. Jiwanya sakit! Entah kenapa dirinya terasa lemah. Tanpa disangka, Jin Ah menekup mukanya dan menangis teresak-esak. Sekali lagi Leo terkejut melihat Jin Ah menangis begitu.

            Perlahan-lahan Leo menarik Jin Ah dan dibawanya ke dadanya. Dia memeluk badan Jin Ah dan berusaha untuk menenangkan gadis itu. Diusap lembut belakang Jin Ah beberapa kali. Dia tahu dan dia faham sangat macam mana rasa kehilangan dan paling memeritkan memori itu kembali menghantuinya. Tetapi tiada guna untuk dia menangis seperti Jin Ah. Dia lelaki takkanlah nak menangis macam itu pula. Dia menabahkan hatinya dan memasukkan unsur-unsur dendam dalam hatinya supaya dia lebih bersemangat untuk balas dendam.

            Tidak lama kemudian Jin Ah berhenti menangis. Dia agak terkejut kerana wajahnya berada sangat dengan dengan dada bidang Leo. Tangan Leo juga melingkari bahunya dan terasa tangan kasar Leo mengusap lembut belakangnya. Tapia da satu perasaan yang mengalir dalam dirinya iaitu dia berasa sedikit tenang apabila Leo membuatnya seperti itu. Ya. Dia sendiri pelik kerana dia berasa sedikit tenang berada di dalam dakapan Leo.

            Mana perginya rasa ancamannya ketika berada bersama Leo? Mana perginya rasa marahnya pada Leo kerana menculiknya? Mana perginya semua perasaan negatifnya terhadap Leo? Semua perasaan itu menjadi terbalik kerana sekarang dia berasa sungguh selesa dan selamat berada di dalam dakapan Leo. Entahlah. Biarlah perasaan itu. Dia perlu menenangkan dirinya. Jadi perlahan-lahan Jin Ah menutup matanya.

            Akhirnya Jin Ah tertidur. Perlahan-lahan Leo merebahkan badan Jin Ah di atas katil dan menyelimutkan gadis itu. Agak lama dia merenung wajah polos Jin Ah yang seperti tidur lena macam bayi. Perlahan-lahan Leo mendekatkan wajahnya ke wajah Jin Ah. Bibirnya hampir dijatuhkan ke dahi Jin Ah tetapi tindakannya terbejat. Bibirnya berada satu sentimeter dari dahi Jin Ah. Tak mungkin dia akan mengambil kesempatan. Akhirnya dia mengangkat wajahnya dan bangun lalu melangkah keluar dari bilik Jin Ah. Dia mengunci pintu dan bersandar di pintu bilik itu.


            “Hmmm..” Dia mengeluh lagi.


No comments: