“Good morning sayang,” ucap Hongbin
sebaik sahaja Seung Hwa membuka mata.
Diusap lembut anak rambut Seung Hwa
dengan. Seung Hwa memandang sekilas wajah Hongbin kemudian menyembamkan mukanya
di dada lelaki itu. Tangannya memeluk erat pinggang Hongbin.
“Ireona,” kata Hongbin lembut.
Seung Hwa menggeleng perlahan. “Nak
tidur lagi,”
“Then, jaljayo..” Hongbin mengucup
lembut dahi Seung Hwa sambil mengulas bahunya.
Seung Hwa tersenyum dalam dakapan
Hongbin. Dia rasa begitu bahagia apabila Hongbin melayannya begitu. Memang
Hongbin selalu suka memanjakan dirinya. Kadang-kadang dimanjakan seperti adik
dan kadang-kadang seperti isteri. Seung Hwa tidak kisah asalkan dia dapat
selamanya berada di samping lelaki yang dicintainya sejak sekian lama.
Sebenarnya Hongbin telah pun meluahkan perasaan terhadapnya 6 tahun lalu tetapi
dia sendiri agak lupa. Kenapalah otaknya bengap sedikit.
Seung Hwa tergelak sedikit seraya
mengangkat mukanya memandang Hongbin yang mendodoikannya seperti bayi.
“Oppa, hari ini… hari apa?” Tanya
Seung Hwa sengaja, padahal dia sudah tahu hari istimewa ini.
“Aish. Lupa hari lagi,” rungut
Hongbin sambil mencuit hidung Seung Hwa.
“Kalau nak tahu, bangunlah. Kalau
tak nak, sambung tidur balik.”
“Okay. Nak bangunlah. Tapi oppa
peluk macam ni, macam mana nak bangun?” Sengaja dia mengusik lelaki itu.
Apabila Hongbin melepaskannya, terus
sahaja dia memukul Hongbin dengan bantal sambil ketawa kuat. Hongbin
terpinga-pinga menerima pukulan dari Seung Hwa tetapi dia tidak pula memarahi
perempuan yang sedang gelak dengan galak sekali. Dia hanya menggeleng kepala
melayan kerenah Seung Hwa. Satu-satunya wanita atau lebih tepat, satu-satunya
manusia di bumi ini yang selalu buat dia gembira dan sangat memahami dirinya. Tapi
oleh kerana dendam terhadap pembunuh keluarganya, perasaan itu diketepikan buat
sementara. Sebenarnya Seung Hwa sudah banyak kali memujuknya untuk melupakan
dendam tersebut dan mengajak Hongbin supaya mereka berdua keluar dari dunia
sebagai pembunuh upahan ini. Tetapi hatinya masih keras. Selagi dia tidak jumpa
siapa pembunuh itu, selagi itu dia tidak akan berhenti.
“Termenung je. Oppa teringatkan
kekasih ye?” Usik Seung Hwa sambil memeluk leher Hongbin dari belakang. Bau
harum dari sabun dan syampoo yang digunakan Seung Hwa, menusuk hidung Hongbin.
Dia tersenyum sambil mengusap perlahan tangan Seung Hwa. Dia langsung tidak
sedar bila masa Seung Hwa pergi mandi malah dia sudah habis mandi pun.
“Haah. Oppa teringatkan kekasih
oppa,”
“Siapa kekasih oppa tu? Untungnya!”
Hongbin perasan pasti riak wajah Seung Hwa berubah. Hehe. Cemburu ya?
“Dia seorang perempuanlah. Dia
cantik and she has a hot body. Lepas tu dia manja sangat dengan oppa. Oppa
sayang gila kat dia…” Sesekali dia menjeling Seung Hwa sambil tersenyum
sedikit.
“Nak tahu siapa? Mestilah perempuan
yang tengah peluk oppa sekarang ni…” kata Hongbin sambil tersenyum lebar.
Dia menarik tangan dan badan Seung
Hwa ke hadapan dan membaringkan badan Seung Hwa di ribanya. Dia memeluk
pinggang Seung Hwa sambil tersenyum memandang gadis itu.
“Yelah oppa.. Oppa, harini Seung Hwa
nak keluar,”
“Nak pergi mana?”
“Adalah. Kalau oppa tak nak ikut pun
takpe. Seung Hwa boleh pergi sorang,”
“Tak boleh! Mana boleh Seung Hwa
pergi sorang-sorang tanpa oppa. Kalau ada lelaki nak mengurat Seung Hwa macam
mana?” Gurauan Hongbin yang tulus itu disambut dengan ketawa.
“Yelah..”
******************************************************************************
“Macam mana ye aku nak keluar dari
sini? Tak boleh jadi. Aku kena buat sesuatu. Kenapa aku rasa macam berdebar
sikit? Perasaan aku berkobar-kobar nak siasat kes ni. Nampak macam Leo boleh
membantu. Tak macam tak boleh pula. Arh. Aku kena bekerjasama dengan dia, kalau
tak macam mana aku nak cari Sunny? Tapi… Seorang polis bekerjasama dengan
seorang pembunuh? Gila betul aku ni. Ini dah menyalahi undang-undang.
Sepatutnya aku pun dah kena masuk penjara sama ni. Aish.. Otteokkaji?” Jin Ah mundar-mandir
di dalam bilik itu. Langkahnya langsung tidak diam.
Sesekali dia menoleh ke arah pintu
tetapi tiada tanda-tanda yang Leo akan masuk. Dia mengeluh halu lalu terduduk
di birai katil. “Bertenang Jin Ah. Macam mana nak selesaikan masalah kalau kau gelabah
macam ni. Bertenang. Breath in breath out..” Jin Ah menarik nafas dan
menghembuskannya beberapa kali.
Setelah dirinya tenang, dia berfikir
semula. “Cerita aku dengan Leo lebih kurang sama. Tembak. Ya. Orang tu tembak
omma dan Leo cakap keluarganya juga kena tembak. Berkemungkinan kumpulan yang
sama? Kejap. Leo terselamat, sekarang dia jadi pembunuh upahan, ada pistol
dengan rifal malah ada rumah sebesar ni? Tak mungkin kalau dia hidup seorang
diri dia mampu nak buat semua ni. Mesti ada seseorang disebalik Leo,” fikir Jin
Ah.
“Aku kena dapatkan banyak info pasal
lelaki ni. Mana tahu ada kena-mengena dengan keluarga aku ke. Mana tahu Leo
tahu kat mana kakak aku ada sekarang. Ah! Leo! Aish. Kenapa aku tak tanya
awal-awal kat dia kalau dia kenal kakak aku ke,”
Tiba-tiba kedengaran pintu bilik
dibuka. Jin Ah tersenyum sedikit menoleh ke arah Leo yang masuk dengan
bungkusan makanan. Lelaki itu tidak pernah lupa untuk memberinya makan. Dah lah
makanan yang Leo beli tu boleh tahan juga sedapnya. Apabila Leo sudah berada di
meja kecil itu, Jin Ah bangun sambil memandang Leo.
“Leo, saya nak tolong awak. Saya nak
bekerjasama dengan awak,” ucap Jin Ah penuh yakin dan tekad.
Kening Leo terangkat mendengar
kata-kata Jin Ah sebentar tadi. Perempuan ni demam ke apa? Semakin lama dia
tinggal dengan Jin Ah, semakin dia rasa perempuan di hadapannya ini tidak
betul. Tak kan baru kena kurung 3 bulan dah jadi gila kut. Jin Ah masih
memandang Leo yang tidak menunjukkan sebarang reaksi. Terkejut tidak,
menggeleng tidak, mengangguk pun tidak. Betullah lelaki di hadapannya ini
cyborg. Tak ada perasaan langsung.
“Leo, boleh tak?” Tanya Jin Ah lagi.
“Kau nak jadi pembunuh upahan macam
aku ke?”
“Eh, tak. Saya Cuma nak tolong awak
cari siapa pembunuh sebenar keluarga awak tu,”
Sekali lagi kening Leo terjongket.
“Leo, awak tahukan siapa saya? Dah lebih 10 tahun pengalaman saya buat
kerja-kerja siasatan ni,”
Leo diam lagi. Aish. Jin Ah macam
nak goncang sahaja badan Leo supaya lelaki itu berekspresi sedikit tetapi dia
masih sabar. Sememangnya dia memang kena sabar pun dalam menangani kes ini.
Agak lama Leo berdiri akhirnya dia mula menapak menuju ke pintu. Jin Ah kecewa
dengan sikap Leo.
“Nanti aku fikir dulu,” usap Leo
seraya melangkah keluar dan mengunci pintu bilik itu dari luar.
Jin Ah meramas rambutnya. “Aish.
Susah betul nak cakap dengan dia ni,” rungut Jin Ah seraya menghempaskan
badannya di atas katil.
***************************************************************************
Jam menunjukkan ke angka 9.45 malam
barulah Hongbin dan Seung Hwa melangkah masuk ke rumah milik Hongbin. Rumah
yang mereka tinggal sekarang ialah rumah yang dibeli oleh Hongbin 2 tahun lalu.
Jadi, setiap kali mereka bebas dari arahan Alexander, mereka akan menghabiskan
masa di sini.
Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah,
Seung Hwa terus menghilangkan diri di dalam bilik dan mengunci pintu supaya
Hongbin tidak boleh masuk dan menganggunya. Sementara itu, Hongbin terus sahaja
ke dapur untuk menyediakan sesuatu yang istimewa untuk Seung Hwa. Sebelum itu,
dia menetapkan sesuatu di telefon bimbitnya.
10 minit kemudian, Seung Hwa keluar
dari bilik dengan berhati-hati dan melangkah ke dapur. Dia teruja melihat meja
makan sudah disediakan oleh Hongbin dengan dua set steak di atas meja itu. Beef
steak adalah kegemarannya.
Hongbin menarikkan kerusi untuknya.
Seung Hwa melangkah dengan senyum lebar lalu duduk di kerusi yang disediakan.
Kemudian Hongbin mengambil tempat bertentangan dengan Seung Hwa.
“Apa yang ditenung? Nak oppa suapkan
eh?” Usik Hongbin. Dia berura-ura hendak bangun tetapi ditegah oleh Seung Hwa.
Hongbin memandang Seung Hwa yang
tersenyum lebar. Dia tahu Seung Hwa suka dengan layanannya. 11 November setiap
tahu, pasti dia akan melakukan seperti itu dan buat Seung Hwa tersenyum lebar.
“Makanlah,”
Seung Hwa mengangguk sambil
tersenyum seraya memotong daging steaknya. Lembut, Seung Hwa terus sahaja
memasukkan daging itu ke dalam mulutnya dan mengunyah perlahan-lahan. Matanya
terpejam saat dia mengunyah daging itu. Begitu sedap dan perfect! Dia makan
lagi tanpa menghiraukan Hongbin.
11.10 malam,
Seung Hwa dan Hongbin hanya melepak
di atas katil. Seung Hwa berbaring di atas tangan Hongbin yang sedang bersandar
di kepala katil. Tangan mereka menggenggam antara satu sama lain. Seung Hwa
menjeling ke arah jam loceng yang berada di atas meja kecil. Ah. 1 minit lagi.
Dia terus bangun dari dakapan Hongbin dan menuju ke almari. Hongbin hanya
memerhati tindakan Seung Hwa yang membawa keluar sebuah kotak yang tidak berapa
besar. Sekali pandang dia sudah tahu apa isi di dalam kotak tersebut.
Jin Ah menjeling lagi ke arah jam
apabila dia sudah sampai di katil dan duduk berhadapan dengan Hongbin. Sudah
11.11 malam. Saat itulah dia menyerahkan kotak Pepero itu kepada Hongbin dengan
senyuman yang manis.
Hongbin tersenyum menyambut kotak
itu. Dia pula menjeling jam tangannya kemudian merapatkan wajahnya ke wajah
Seung Hwa. Seung Hwa menjadi malu sedikit apabila Hongbin bertindak sahaja
tanpa bercakap.
“O, sa, sam, I, il…”
Habis sahaja mengira, Hongbin terus
melabuhkan bibirnya ke bibir Seung Hwa. Seung Hwa tidak terkejut dengan
tindakan Hongbin malah dia membalas ciuman Hongbin itu. Dia menyentuh pipi
Hongbin sambil mereka masih bercium. Hongbin menarik badan Seung Hwa ke atas
katil dan membaringkan badannya sementara Hongbin hanya membongkokkan badannya,
mencium bibir Seung Hwa. Seung Hwa memeluk leher Hongbin erat.
Seung Hwa tidak berapa pasti kenapa
Hongbin memilih 11 haribulan 11 pada pukul 11.11 malam untuk dia mencium
bibirnya. Setiap tahun sejak 5 tahun lalu Hongbin selalu berbuat begitu.
Beberapa minit kemudian, Hongbin menjarakkan wajahnya dari wajah Seung Hwa
tetapi tidak terlalu jauh kerana dahi mereka masih bersentuhan. Hidung mancung
Hongbin bergesel dengan hidungnya.
“Oppa, kenapa 11/11, 11:11?” Tanya
Seung Hwa lembut. Tangannya masih melingkari leher Hongbin.
“Bukan 11 haribulan 11, pukul 11:11
minit malam tetapi, 11 haribulan 11, jam 11 malam, 11 minit dan 11 saat,” balas
Hongbin. Sesekali dia mengucup lagi bibir Seung Hwa.
“Owh. Kenapa?” Seung Hwa agak pelik
kerana banyak sangat nombor satu yang dipilih oleh Hongbin. Setahunya Hongbin
tiada nombor kegemaran pun.
Hongbin bangun dan membetulkan
posisi badannya. Dia menarik Seung Hwa ke dalam dakapannya lagi.
“Seung Hwa mesti tak ingat. Tak pelah.
Janji oppa ingat,” ucap Hongbin.
Sebak pula rasanya apabila Hongbin
cakap macam itu. Dia bukannya tidak ingat malah tarik 11 November itulah yang
paling dia ingat dalam hidupnya. Tetapi dia sengaja bertanyakan Hongbin kerana
ingin tahu sama ada fikirannya sama dengan Hongbin atau tidak.
“11 November, kali pertama Seung Hwa
muncul dalam hidup oppa,”
“Bukan. Tapi oppa yang muncul dalam
hidup Seung Hwa. Oppa yang datang dalam hidup Seung Hwa dan Seung Hwa rasa
gembira dan bahagia sangat. Terima kasih oppa,” sambung Seung Hwa.
Hongbin tersenyum gembira. Dia
menurunkan badannya menyamai paras Seung Hwa. Mukanya bertentangan dan dekat
sangat dengan wajah Seung Hwa. Sementara tangannya mencapai suis lampu dan
menutup lampu, membuatkan bilik itu gelap gelita.
“Oppa,” ucap Seung Hwa sambil
menggenggam tangan Hongbin erat. Badannya diarapatkan lagi ke badan Hongbin.
Dia berasa begitu takut berada di dalam keadaan gelap itu tetapi apabila
Hongbin memeluknya dengan erat, dia langsung tidak takut lagi malah rasa lebih
selamat.
“Oppa ada, sayang.” Bisik Hongbin
halus di telinga Seung Hwa.
Seung Hwa hanya mendiamkan diri.
Tangan Hongbin sudah menjalar di sekitar badannya. Dia tahu kehendak Hongbin
yang satu ini jadi dia merelakan sahaja. Mereka bukannya sekali melakukan
perkara itu malah berkali-kali. Dia tidak kisah pun Hongbin menginginkan
badannya. Dia membiarkan sahaja tangan Hongbin menjalar ke seluruh tubuhnya
sementara bibir mereka beberapa kali bersentuhan. Dia melayan sahaja kerenah
Hongbin pada malam itu.
*****************************************************************************
Jin Ah melangkah keluar bersama Leo.
Tangannya digenggam kemas oleh Leo seperti tidak mahu dilepaskan. Dia biarkan
sahaja asalkan dia dapat keluar dan membuat sesuatu daripada terpuruk sahaja
dalam bilik itu tanpa berbuat apa-apa. Leo melilaukan pandangannya memandang
sekeliling kemudian dibawa Jin Ah ke satu tempat. Matanya masih memerhatikan
sekeliling. Beberapa pasang mata setia mengekori mereka berdua.
Leo mengeluarkan telefon bimbitnya.
“James, aku tak nak orang-orang kau ikut aku lagi,”
“Kenapa?”
“Kau tak percayakan aku?”
“Bukan kau, tapi perempuan yang
bersama kau tu,”
“Pandai-pandailah aku nak buat dia
macam mana. Aku nak kau arahkan semua yang mengekori aku ni balik. Now!” Leo
pula yang mengarah James.
“Fine!” James terus sahaja mematikan
talian. Kalau ikutkan hati nak je dia suruh orang suruhan dia bunuh sahaja Leo
dengan Jin Ah. Tapi mengenangkan dia masih memerlukan khidmat Leo, dia ikut
sahaja apa kehendak lelaki itu.
“Kajja,”
Leo menarik tangan Jin Ah. “Kita nak
pergi mana sebenarnya?” Tanya Jin Ah tanpa ragu-ragu.
Langkah Leo terhenti. Entah. Dia
sendiri pun tak pasti ke mana dia hendak tuju. Jin Ah mengeluh perlahan. Nak
kata lelaki ini tak ada tujuan hidup, dia ni hidup untuk balas dendam. Itu je
tujuan dia hidup dalam dunia ni. Tapi entahlah. Cermin mata hitam kekal di
batang hidung Leo. Dia sedia maklum dengan penyakit yang dialami Leo tetapi
tidak mula dia tahu apa jenis penyakit tersebut.
“Kita pergi je lah mana-mana. Saya
dah lama tak keluar,” ucap Jin Ah sambil menarik-narik tangannya yang masih
digenggam oleh Leo. Kemudian Leo mengangguk dan mula menapak.
2 meter mereka berjalan, tiba-tiba
mereka dilanggar oleh seorang perempuan yang baru sahaja berpusing tanpa
menoleh ke kiri dan kanan. Leo sempat mengelak tetapi Jin Ah terlambat
menyebabkan kedua-dua perempuan itu jatuh terjelepok di lantai.
Hongbin dan Leo terkejut melihat
keadaan itu dan berpandangan sesama sendiri. Leo memandang Hongbin, begitu juga
sebaliknya. Agak lama mereka berpandangan dan melahirkan rasa curiga antara
satu sama lain.
“Awak okay?” Tanya Jin Ah kepada
Seung Hwa.
Seung Hwa hanya mengangguk sambil
memandang Jin Ah. Dia terpaku apabila mata mereka berdua terpaut. Semacam ada
satu perasaan halus mengalir di dalam urat nadinya apabila memandang tepat ke
mata Jin Ah. Begitu juga dengan Jin Ah. Apabila memandang Seung Hwa, terbit
rasa rindu di dalam hatinya. Entah kenapa, entah siapa dia rindukan.
Lamunan mereka berdua terhenti
apabila tangan mereka ditarik. Leo menarik tangan Jin Ah manakala Hongbin
menarik tangan Seung Hwa. Kedua-dua gadis itu berdiri di sebelah lelaki
masing-masing. Mereka masih lagi berpandangan tetapi Seung Hwa cepat-cepat
meminta maaf.
“Tak… a..apa.. a…awak…
ta..tak…se..ngaja…” ucap Jin Ah gagap tetapi sedaya upaya dia menyembunyikan
kegagapannya.
Hongbin menarik bahu Seung Hwa. Dia
dan Leo masih lagi berpandangan. “Baiklah. Saya pergi dulu,” ucap Seung Hwa
menunduk sedikit. Kemudian dia memeluk pinggang Hongbin dan menariknya pergi
dari situ.
“Awak kenal dia ke?” Serentak Leo
dan Jin Ah bertanya.
Tiba-tiba pula ada chemistry antara
mereka. Serentak itu mereka menggeleng serentak. Tengok tu, chemistry lagi. Leo
hanya merengus halus lalu menarik tangan Jin Ah beredar dari situ. Mereka lagi.
Ini kali pertama dia bertentangan dan bertemu secara dekat dengan Hongbin. Saat
dia merenung tepat ke mata Hongbin, dia tidak dapat merasakan apa-apa perasaan
pun melalui mata lelaki itu.
Musuhkan? Atau rakan subahat? James
tidak pernah pula memberitahunya tentang rakan subahat atau apa-apa. Arh.
Mungkin James merahsiakan daripadanya. Nanti dia tanya sendiri pada James.
No comments:
Post a Comment