There Is No Tomorrow ~ CHAPTER 11



            “Kau yang gila, kau cakap aku gila pulak. Huh,” Jin Ah sedaya upaya cuba menyembunyikan riak wajahnya dari Leo. Dia berlagak sombong di hadapan Leo tetapi di dalam hatinya terbit juga rasa takutnya pada Leo. Sebenarnya jiwanya tidak pernah tenteram sejak tinggal dengan Leo. Sebab itu kadang-kadang dia membahasakan dirinya aku-kau dan kadang-kadang saya-awak pula. Panggil itu berubah mengikut moodnya.

            “Kau tenung aku macam tu kau takkan kenyang,” perli Leo sambil melarikan pandangannya ke arah tingkap. Langsir yang agak tebal itu bercahaya sikit kerana sinar matahari yang agak kuat. Sakit juga kepalanya untuk keluar tadi tetapi mujur dia tidak lupa untuk memakai cermin mata hitam.

            Jin Ah tersipu malu sendirian. “Aku tak nak makan,” jawab Jin Ah. Dia sengaja buat-buat merajuk.

            “Suka hati kau lah. Kau jugak yang akan mati nanti kalau kau tak makan,”

            Jin Ah terus berdiri menghadap Leo. Geram juga dia dengan lelaki itu. Kalau ikutkan hati memang dihempuknya dengan rifal miliknya itu. Biar senjata yang makan tuan. Jin Ah mengepal penumbuk sambil merenung tajam ke arah Leo.

            “Jadi ini motif kau culik aku. Kau nak bunuh aku perlahan-lahan supaya aku terseksa. Macam tu?!” Nada suara Jin Ah juga sudah berubah.

            Leo mengeluh perlahan. “Sangkaan kau salah,” balas Leo perlahan. Dia bergerak ke tingkap dan hanya menundukkan kepala sahaja di situ.

            “Habis tu? Kalau kau nak bunuh aku, bunuh je lah cepat! Tak payah nak seksa aku macam ni,” Jin Ah masih lagi marah dengan lelaki itu.

            “Aku takkan bunuh kau. Aku nak kau jadi sumber kekuatan aku….” Luah Leo tanpa berpaling.

            “Sumber kekuatan? Sumber kekuatan apa? Kekuatan untuk kau terus membunuh?!”

            “Aku membunuh ada sebab!!” Leo mula marah. Ditenungnya wajah polos Jin Ah yang sudah kemerah-merahan menahan marah.

            “Sebab apa?”

            “Dendam!” Leo mengepal penumbuknya erat. Di matanya terpancar api kemarahan yang penuh dengan dendam.

            “Huhh.. Leo, kau tak boleh nak ambil nyawa orang sesuka hati kau je!”

            “Habis dia orang ambil nyawa keluarga aku sesuka hati boleh pulak? Jawab Jin Ah, jawab!!” Suara Leo semakin meninggi. Dia menganggam kedua-dua belah bahu Jin Ah erat sambil merenung wajah perempuan itu.

            “Negara kita ada undang-undang, Leo. Bagitahu aku siapa dia orang tu. Aku pasti akan tolong kau untuk balas dendam. Aku akan buka kes ni dalam mahkamah dan heret dia orang ke penjara.” Entah kenapa idea itu terbit di benaknya lalu keluar melalui mulutnya. Dia sendiri tak pasti kenapa dia harus membantu lelaki ini.

            “Kau ingat bila tengok dia orang masuk penjara je hati aku boleh puas? Dendam aku akan terlaksana? Jawapannya TAK!! Aku sendiri yang akan balas dendam dan bagi balasan yang setimpal dekat mereka. Mereka kena terima akibat sebab bunuh keluarga aku,”

            Jin Ah tidak berani untuk membalas kata-kata Leo. Dia cuba menenangkan dirinya. Api yang tengah marak tak elok kalau disimbah dengan minyak, lagi maraklah api itu. Leo menundukkan wajahnya sambil memejamkan matanya dengan rapat supaya permata jernih tidak akan mengalir. Gilalah kalau Jin Ah tengok dia menangis ketika itu. Tangannya masih menggenggam bahu kecil Jin Ah.

            “Leo… Aku faham macam mana kehilangan orang yang kita sayang. Aku faham benar macam mana kehilangan keluarga yang terlalu rapat dan sayang pada kita. Aku pun pernah rasa,” ucap Jin Ah perlahan.

            Leo mengangkat wajahnya memandang Jin Ah. “Apa yang kau tau? Keluarga aku kena tembak depan mata aku! Depan mata aku! Ayah aku, mak aku dan kakak aku! Dia orang kena tembak,” sekali lagi Leo terasa sebak apabila terkenangkan keluarganya.

            “Ya. Aku tahu perasaan tu. Mak aku pun kena tembak depan mata aku, Leo. Kakak aku dibawa lari orang yang bunuh mak aku. Mujur aku dan ayah aku masih selamat. Sampai sekarang aku tak tahu dekat mana kakak aku berada. Kau tahu, betapa susahnya aku nak bangkit setelah kehilangan dua orang yang paling aku sayang dalam dunia ni,”

            Leo tergamam mendengar cerita Jin Ah. Tidak sangka yang perempuan yang ada di hadapannya itu mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya. Tetapi Jin Ah nampak lebih kuat daripadanya. Dia hidup dengan penuh dendam dan rasa sakit hati yang menebal tetapi macam mana Jin Ah, seorang perempuan, lebih tabah darinya. Tiba-tiba dia terasa sedikit malu dengan Jin Ah.

            “Kau tahu kenapa aku jadi prosecutor? Aku nak cari kakak aku dan aku nak menuntut bela atas kematian mak aku. Aku tahu aku tak sekuat kau untuk menjadi pembunuh dan balas dendam sendiri atas perbuatan mereka. Tapi aku boleh buat dengan cara baik asalkan kematian mak aku terbela selepas pembunuh tu dihukum,” permata jernih mula mengalir di pipi Jin Ah. Entah kenapa dia menceritakan semua itu kepada Leo. Mungkin dia baru terjumpa orang yang senasib dengannya dan cukup memahami perasaannya.

            Leo masih merenung Jin Ah. ‘Kuatnya dia ni.’ Tiba-tiba tangan Leo seperti bergerak sendiri untuk menyapu permata yang jatuh di pipi gebu Jin Ah. Dia tersentuh melihat perempuan itu menangis. Dia pun begitu tetapi dia rasa taka da gunanya lagi untuk dia menangis. Jin Ah menundukkan wajahnya sambil terus menangis.

            “Aku rindu unnie. Dia dah macam separuh nyawa aku. Sejak dia hilang, aku rasa separuh nyawa aku turut melayang. Memang ada kemungkinan yang unnie dah mati, tapi aku tetap tak terima sebab aku yakin yang unnie masih hidup. Sebab tu aku tabahkan hati untuk cari unnie. Dia kekuatan aku,” cerita Jin Ah dalam sedu sedannya.

            Hati Leo semakin tersentuh. Dia terus menarik badan Jin Ah ke dalam dakapannya. Biarlah dia menenangkan gadis itu. Leo memeluk Jin Ah erat, biarlah gadis itu menangis di dalam dakapannya. Entah mengapa Leo berasa begitu. Selama ini dia langsung tidak mempunyai apa-apa perasaan pun pada perempuan. Perempuan cantik ke seksi ke menggoda ke langsung dia tidak pandang malah dia hanya memberikan pandangan yang menjijikkan kepada mereka.

            Tetapi dengan Jin Ah, dia berasa sangat lain. Dia berasa sungguh selesa dengan gadis itu. Terbit dalam hatinya untuk sentiasa bersama perempuan itu. Dia ingin melindungi perempuan yang berada dalam pelukannya itu sehingga akhir hayatnya. Leo menggosok sedikit bahu Jin Ah supaya tangisan gadis itu berkurangan.

            Tidak lama kemudian Jin Ah menolak badan Leo dengan kuat sehingga dia terjarak sedikit. Dia memandang Jin Ah dengan agak terkejut. Marahkah dia? Tetapi tidak lama kemudian Jin Ah mencapai kedua-dua tangannya.

            “Kau orang baik Leo. Tapi kenapa kau pilih jalan ni?” Tanya Jin Ah sambil merenung mata Leo.

            Leo melarikan pandangannya dari terus ditatap Jin Ah. “Aku tak ada pilihan lain,”

            Kemudian Leo berdehem. Dia menarik tangannya dari terus digenggam Jin Ah. “Sudahlah menangis. Kau tak akan kenyang kalau kau terus menangis. Lagi lapar adalah. Baik kau pergi makan. Aku nak keluar,” Leo mula menapak keluar dari bilik itu.

            Jin Ah membiarkan sahaja Leo keluar sementara dia duduk di birai katil sambil menyapu air matanya. Dia duduk di situ buat seketika kemudian bangun dan berdiri di tingkap. Dia mengeluh panjang di situ. Dia tidak menyalahkan Leo kenapa lelaki itu menjadi seperti itu. Dia tahu perasaannya.

*****************************************************************************

            Seung Hwa berjalan lalu duduk di taman permainan. Dia menggigit ais krim di tangannya tanpa menghiraukan Hongbin yang sedang merenungnya.

            “Sedap sangat ke ais krim tu?”

            Seung Hwa mengangguk sambil menggigit ais krim itu lagi. Hongbin mengeluh perlahan sambil mengembungkan pipinya. Sesekali dia menjeling ke arah Seung Hwa yang leka memakan ais krim. Tidak lama kemudian Seung Hwa habis makan ais krim. Dia menoleh ke arah Hongbin di sebelahnya. Dia tersenyum gembira kemudian mencucuk pipi Hongbin dengan jari telunjuknya. Hongbin tidak melayannya.

            “Alala, nak merajuk pula. Tapi comellah oppa merajuk,” ucap Seung Hwa sambil tersenyum. Dia mencubit kedua-dua pipi Hongin dengan agak kuat.

            “Aish. Sakitlah..” ucap Hongbin sambil memegang tangan Seung Hwa. Kemudian Seung Hwa membawa tangan tu melingkari pinggangnya. Dia melentokkan kepalanya di bahu Hongbin. Hongbin mengucup lembut ubun-ubun Seung Hwa.

            “Alahai sweetnya…” sapa seseorang.

            Hongbin dan Seung Hwa pantas mengangkat muka memandang seorang lelaki separuh botak yang sedang berdiri di hadapan mereka sambil tersenyum sinis. Seung Hwa memeluk pinggang Hongbin lebih erat tanpa memandang lelaki itu. Hongbin pula sebaliknya, dia hanya memandang lelaki itu dengan selamba.

            “Apa kau nak?” Tanya Hongbin.

            “Kalau aku cakap aku nak perempuan tu boleh?” Lelaki itu menuding jarinya ke arah Seung Hwa.

            Hongbin bangun berdiri sambil berhadapan dengan lelaki itu. Sedar diri dah tua, separuh botak, kulit gelap, perut buncit pula tu. Ada hati nak aku. Kutuk Seung Hwa dalam hati. Lelaki itu hanya ketawa sambil mengangkat kedua-dua tangannya.

            “Kau nak apa?” Sergah Hongbin.

            “Aku nak bagitahu kau yang polis dah kesan kau. Sekarang dorang dalam operasi buru korang berdua,” bisik lelaki itu.

            Hongbin tercengang. Begitu juga dengan Seung Hwa sehingga membuatkan Seung Hwa terbangun. Tetapi tiba-tiba Hongbin ketawa sambil menepuk-nepuk bahu lelaki itu.

            “Kami memang buruan polis, pabo.”

            Lelaki itu nampak bengang lalu dicekak tengkuk Hongbin dan dibawa kepala Hongbin dekat dengannya. “Pabo. Bukan polis je malah pembunuh upahan!” Perkataan pembunuh upahan itu ditekankan sedikit sambil menolak bahu Hongbin.

            “Siapa?”

            “Kalau aku tau aku dah bunuh dia awal-awal. Sebab tu kau kena berhati-hati. Dorang mungkin boleh menggugat kerja korang berdua. Ini amaran aku je, aku tak kisah sama ada kau nak amik peduli atau tidak. Okay,” lelaki itu menepuk-nepuk bahu Hongbin.

            Kemudian dia berpaling. Sebelum dia melangkah pergi, dia sempat mengeyitkan matanya kepada Seung Hwa. Seung Hwa mencebik sambil menunjukkan penumbuknya kepada lelaki itu.

            “Oppa.. oppa percaya ke apa dia cakap tu?”

            “Mungkin betul. Hey, Seung Hwa tak payahlah fikir. Biar oppa je yang fikir masalah ni,”

            Seung Hwa memeluk pinggang Hongbin sambil mendongak memandang lelaki itu. “Hey, Seung Hwa tak suka cara oppa berfikir. Masalah oppa, masalah Seung Hwa juga. Semua kita tanggung sama-samakan,”

            Hongbin tersenyum memandang gadis itu. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Seung Hwa lalu mengucup lembut bibir perempuan itu. Kemudian dia memeluk erat bahu Seung Hwa. Mereka berdua berjalan meninggalkan taman itu.

***************************************************************************

            Shin Dong Wook memerhatikan seorang perempuan dan seorang lelaki yang berada di arah bertentangan dengannya iaitu di seberang jalan. Entah kenapa dia dapat rasakan sesuatu apabila terpandangkan mereka berdua. Tanpa disedari, lampu isyarat untuk pejalan kaki bertukar hijau. Dengan teragak-agak dia mula melangkah menyerangi jalan.

            Saat dia berselisih dengan pasangan itu, dia dapat rasakan sesuatu yang lain dalam dirinya. Satu perasaan halus yang sangat lain. Dia menoleh dan melihat wanita yang hanya berlagak biasa itu. Selepas berada di seberang, dia masih memandang pasangan itu sehinggalah mereka menghilang dari pandangannya.

            “Kenapa aku rasa macam ni?” Shin Dong Wook memegang dadanya.

            Hatinya terasa ngilu saat berselisih dengan perempuan itu. Entah mengapa. Entah bagaimana dia boleh rasa begitu. Adakah perempuan itu yang dia cari selama ini? Adakah perempuan itu yang dia rindu selama ini? Argh. Banyak sangat persoalan untuk otaknya yang sudah semakin tua. Akhirnya dia berjalan sahaja menuju ke destinasinya.


            Hongbin menjeling seorang tua yang berselisih dengan mereka tadi. Dia agak curiga dengan lelaki tersebut. Tangannya tidak sekali-kali lepas dari memeluk bahu Seung Hwa. Selepas kelibat lelaki itu hilang, barulah Hongbin memandang Seung Hwa.

            “Kenapa oppa?”

            “Lelaki tua tu nampak mencurigakan. Dia asyik pandang kita je,”

            “Owh. Sebab oppa handsome kot. Dia nak jadikan oppa menantu dia. Hehe,” gurau Seung Hwa.

            “Haha. Lawak,” balas Hongbin sambil membuat muka pelik.

            “Okay tak lawak. Seung Hwa gurau je,” dia tersenyum sambil mengusap dada Hongbin.

            Sebenarnya dia pun perasan akan lelaki tua itu. Entah kenapa hatinya terasa lain saat mereka berselisih tadi. Dia juga ada menjeling wajah tua itu tetapi hampa kerana dia langsung tidak kenal siapa dia. Dia membiarkan sahaja perasaan itu seraya mengikut langkah Hongbin pergi dari situ.

************************************************************************

            “Omma… Omma!!!”

            Leo tersentak dari tidurnya. Dadanya turun naik dengan pantas. Jantungnya berdegup laju sementara peluh membasahi badannya. Dia menguak rambutnya ke belakang beberapa kali sambil cuba menenangkan diri.

            “Leo, awak okay?” Tanya Jin Ah.

            Leo menoleh kepalanya ke sebelah kiri dan mendapati Jin Ah sedang memandangnya dengan wajah yang risau. Adakah Jin Ah tengok dia mengigau macam tu? Sekali lagi Leo menguak rambutnya ke belakang.

            “Awak ada penyakit ke?”

            “Penyakit apa?” Tanya Leo lemah sambil memandang ke katil.

            Jin Ah hanya mengangkat bahu. Dia merenung wajah Leo dari tepi. Buruk sangatkah mimpi itu? Pasti kejadian yang menimpa keluarganya amat berat untuk dia terima sebab itulah dia sampai terbawa-bawa ke mimpi. Kasihan pula Jin Ah melihat lelaki itu. Dia hidup keseorangan. Dia kehilangan keluarganya tetapi dia tidak mempunyai sesiapa untuk bergantung lagi. Jin Ah agak beruntung kerana dia masih mempunyai ayahnya untuk dia bangkit semula. Tetapi Leo tidak mempunyai sesiapa.

            “Macam mana aku boleh ada kat sini?” Tanya Leo.

            Leo tidak berada di dalam biliknya tetapi di dalam bilik Jin Ah. Dia langsung tidak ingat macam mana dia boleh pengsan di sini. Dia juga malas untuk berfikir kerana kepalanya masih pening.

            “Awak masuk untuk bagi saya makanan, lepas tu saya selak langsir. Tiba-tiba je awak mengerang kesakitan sambil tutup muka awak dengan tapak tangan………”

            “Cukup!” Tingkah Leo.

            Jin Ah terpinga-pinga. Leo bangun dari katil itu secara mengejut. Tanpa disangka kepalanya terasa sakit sehingga dia hilang keseimbangan. Mujur Jin Ah cepat-cepat menyambut badannya walaupun akhirnya dua-dua terjatuh tetapi lebih baik daripada badan Leo terus mendarat ke lantai.

            “Awak okay ke tak ni, Leo?” Tanya Jin Ah yang masih memangku badan Leo. Jin Ah terduduk di lantai.

            Leo mengangguk seraya bangun dari pangkuan Jin Ah. Kemudian dia berjalan perlahan-lahan keluar dari bilik itu dan menguncinya ala kadar sahaja. Selepas itu dia bersandar di daun pintu bilik Jin Ah sambil memejam mata. Dia sedaya upaya menahan debaran di dadanya. Terasa ngilu apabila dia disambut oleh Jin Ah tadi. Wajah risau Jin Ah bermain di kotak pemikirannya.

            “Kenapa macam ni? Erh..”


            Leo gagahkan juga kakinya untuk melangkah masuk ke dalam biliknya. Di situ dia merebahkan badannya di atas katil. Dia memejamkan matanya rapat, berusaha menghilangkan kegalauan hatinya.


No comments: