There Is No Tomorrow ~ CHAPTER 10



            Jin Ah terjaga dari tidur. Dia terus bangun dan duduk tetapi kepalanya terasa sangat pening jadi dia terbaring semula. Dia memegang kepalanya. “Lama sangat tidurlah ni,”

            Jin Ah mencapai menggerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan mencari sesuatu kemudian dia mengeluh. Baru dia teringat yang dia bukan berada di rumahnya sekarang. Jin Ah mengeluh perlahan kemudian memejamkan matanya untuk menghilangkan pening kepalanya.

            “Panasnya… dah pukul berapa ni?” Kata Jin Ah perlahan.

            Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Jin Ah segera menoleh ke arah Leo yang masuk bersama bungkusan makanan. Leo menghampiri Jin Ah lalu meletakkan makanan itu di meja kecil sebelah katil.

            “Kau baru bangun ke?” Tanya Leo.

            Jin Ah tidak menjawab soalan Leo itu. Berkerut dahinya ketika bangun. Dia merenung Leo yang sedang berdiri memandangnya.

            “Pukul berapa?”

            “12.30,”

            Jin Ah terpana. 12.30 tengah hari? Bukan 12.30 pagi? Lamanya dia tidur. Jin Ah menoleh ke arah Leo yang sudah pun berada di muka pintu.

            “Leo,”

            Leo berhenti lalu menoleh ke arah Jin Ah.

            “Boleh saya keluar? Please… sekali je…”

            Leo tidak menghiraukan Jin Ah lalu terus melangkah keluar dari bilik itu. Jin Ah pantas turun dari katil lalu menuju ke pintu. Saat Leo hendak menutup pintu itu, Jin Ah menahannya dengan kuat. Leo merenung Jin Ah dengan tajam.

            “Please.. dah lebih sebulan saya terkurung di sini,”

            Leo menarik pintu itu tetapi Jin Ah tetap menahannya dengan sepenuh kekuatan. “Kau nak keluar buat apa? Duduk je lah dalam ni,” Leo mendaratkan tangan kirinya di pinggang. Jin Ah faham maksud itu.

            “Saya nak makan ais krim,”

            Leo tercengang. “Please… dah lama saya tak makan ais krim…” rayu Jin Ah sambil merenung Leo.

            Berkerut dahi Leo. “Kau ni…. Mengidam ke? Eh, macam mana pula boleh? Aku tak pernah buat apa-apa dekat kau pun,”

            Giliran Jin Ah pula tercengang. Pandai pula mamat cyborg ni buat lawak. Cyborg? Itu gelarannya kepada Leo sejak beberapa hari lalu. Dia berasa sakit hati dengan sikap dingin dan tak berperasaan seperti Leo itu. Jin Ah merenung Leo dengan dahi yang berkerut. Nak kata dia buat lawak muka dia serius je.

            “Bila masa pula aku mengidam! Hish. Aku cakap nak ais krim, aku naklah!” Bentak Jin Ah sambil melepaskan pintu bilik itu dan berjalan menuju ke katil.

            Dia duduk menghadap tingkap sambil memuncungkan mulutnya. Sebenarnya itulah sikap sebenarnya. Dia akan membentak jika permintaannya tidak ditunaikan. Tak kiralah dia meminta dari sesiapa pun, dia akan pastikan dia dapat juga. Leo mencebik kemudian menghilangkan diri dari situ. Tidak lama kemudian, dia kembali dan berjalan menghampiri Jin Ah.

            Leo menyarungkan kot coklatnya ke badan Jin Ah. Jin Ah sungguh terkejut apabila Leo seperti hendak memeluknya dari belakang. Tetapi kemudian Leo bergerak pula ke hadapannya. Dia hanya mengikut gerak badan Leo melalui bebola matanya sahaja. Kemudian Leo memakaikan Jin Ah cermin mata hitam. Setelah itu dia bangun menuju ke pintu.

            Jin Ah melihat dirinya. Kot labuh coklat dan cermin mata hitam. Dia menoleh ke arah Leo yang sudah berdiri di muka pintu seperti menunggunya.

            “Kau nak pergi ke tak nak?” Soal Leo.

            Mata Jin Ah membulat. “Betul ni?” Tiada jawapan dari Leo tapi dia tahu maksud Leo. Jin Ah bangun dari katil lalu mengikut langkah Leo.

****************************************************************************

            “Jin Ah!” Sapa Kim Shin Hye. Dia sangat mengenali Jin Ah walaupun dia berpakaian seperti itu.

            “Shhh.. Ahjumma jangan bising-bising,”

            “Waeyo?”

            Sesekali Jin Ah menjeling ke arah Leo yang duduk sambil tidak lepas dari merenungnya walau sesaat pun. Dia tahu Leo takut dia akan melarikan diri. Kalau dia melarikan diri, bermakna dia menempah maut pada hari itu.

            “Saya tengah melakukan penyamaran untuk kes yang saya siasat sekarang ni,” bisik Jin Ah.

            Shin Hye terangguk-angguk mempercayai kata-kata Jin Ah tanpa sebarang syak. Dia juga langsung tidak mensyaki Leo kerana dia berpendapat bahawa Leo adalah rakan setugasnya jadi dia hanya memberikan sedikit senyuman kepada Leo. Namun Leo sedikit pun tidak bergerak.

            “Ahjumma, nak perisa biasa. Nak dua tau,” order Jin Ah.

            Kim Shin Hye hanya mengangguk dan menyediakan ais krim yang dipesan oleh Jin Ah sebentar tadi. Tidak lama kemudian, dua batang ais krim dan duit berjumlah 6,000 won bertukar tangan. Setelah mengucapkan terima kasih, Jin Ah berlalu dari situ. Semasa dia berjalan menuju ke arah Leo, dia berselisih dengan seorang perempuan dan seorang lelaki. Dia menoleh tetapi dia tidak mengenali mereka.

            Dia membiarkan sahaja lalu memandang ke arah Leo yang sudah hilang perhatian terhadapnya. Perhatian Leo teralih kepada dua orang tadi.

            “Ahjumma, chocolate mint dengan dark chocolate.”

            Langkah Jin Ah terpaku. Chocolate mint? Gaya percakapan tu? Perlahan-lahan kepala Jin Ah menoleh ke arah dua orang tadi. Dia cuba memerhatikan wajah perempuan yang memakai kot berwarna krim itu. Tiba-tiba Leo merentap tangannya dan membawanya pergi dari situ.

            “Kenapa Leo?”

            “Kau sengaja nak lama-lama kat sini kan. Jom balik,”

            Jin Ah hanya mengangguk. Dia menyerahkan sebatang ais krim kepada Leo. Dia agak kecewa kerana Leo hanya memandang sepi sahaja ais krim itu. Leo tidak terfikir pula mahu makan ais krim yang nampak sedap tu. Dia lebih memikirkan tentang Jin Ah. Lelaki dan perempuan tadi, dia pernah nampak mereka. Rakan subahat atau musuh? Yang penting mereka tak boleh nampak Jin Ah.

            Kim Shin Hye yang sedang menunduk ketika menyimpan wang yang diberi oleh Jin Ah tadi terpana seraya mengangkat wajahnya dengan cepat. Dia terkejut melihat Seung Hwa.

            Seung Hwa memandang Shin Hye dengan pelik kemudian memandang Hongbin di sisinya. “Wae?” Tanya Seung Hwa.

            Shin Hye berdehem setelah sedar kesilapannya kerana merenung pelanggannya begitu. Tak mungkin pula dia. Lain pula wajahnya.

            “Cik nak ais krim perisa apa tadi?”

            “Chocolate mint dengan dark chocolate,” ucap Seung Hwa sekali lagi.

            Sekali lagi Shin Hye terdiam. Sama. Tapi tak mungkin. Dia mengangguk perlahan-lahan sambil menyediakan ais krim untuk Seung Hwa. Tidak lama kemudian duit 6,000 won dan dua batang ais krim itu bertukar tangan. Semasa Seung Hwa dan Hongbin melangkah keluar dari kedai itu, Shin Hye masih merenung perempuan yang memakai kot berwarna krim itu sehinggalah dia menghilang dari pandangannya.

            “Kau ni berkhayal je Shin Hye. Tak mungkin perempuan tu dia. Sesiapa pun boleh jadikan chocolate mint sebagai ais krim kegemarannya lagipun perempuan itu nampak lain dari dia. Tapi kan dah 15 tahun. Manusia boleh berubah,”

            “Ahjumma!”

            Lamunan Kim Shin Hye berkecai apabila dikejutkan oleh anak saudaranya yang tengah tersengih-sengih di sebelahnya. Shin Hye hanya menggeleng seraya menggosok kepala gadis itu lalu berjalan masuk ke dalam.

**************************************************************************

            Shin Dong Wook melangkah masuk ke dalam balai polis tempat dia bekerja dahulu. Sudah berbelas tahun dia tidak melangkah ke dalam itu. Tidak terlalu banyak perubahan yang dilakukan selain beberapa muka baru yang tidak dikenalinya.

            “Chief Superintendant Shin!” Tegur seseorang sambil memberi tabik kepada Dong Wook.

            Dong Wook menoleh ke sebelah kirinya dan terlihat No Min Woo yang sedang tersenyum memandangnya. “Kamu… Min Woo ye?”

            Min Woo mengangguk sambil tersenyum. Kemudian Shin Dong Wook pula tersenyum. “Tak payahlah tabik saya lagi. Jawatan tu dah tak ada pada saya. Saya hanyalah seorang tua yang menghabiskan sisa-sisa hidup dekat rumah je,” sempat juga Dong Wook bergurau dengan Min Woo. Dia bukannya tidak kenal dengan No Min Woo iaitu anak kepada No Seung Gi iaitu kawan baiknya sejak sekolah rendah dulu.

            Minwoo hanya tersengih-sengih sahaja. “Ada apa hal ahjussi datang sini?” Sememangnya Minwoo sudah biasa dengan panggilan ahjussi itu. Shin Dong Wook sendiri yang menyuruhnya memanggil panggilan itu sejak beberapa tahun dahulu selepas dia meletak jawatan. Walaupun dia seorang yang tegas namun dia juga seorang yang merendah diri. Lagipun No Minwoo itu anak kawan baiknya dan juga kawan baik kepada Jin Ah jadi tak salah pun nak panggil ahjussi.

            Shin Dong Wook melangkah menghampiri meja kerja Minwoo. “Ahjussi nak jumpa dengan Chief Park Hyo Shin,”

            Minwoo terangguk-angguk sambil senyum. Kemudian dia menunduk hormat kepada Dong Wook. Tidak lama kemudian Shin Dong Wook meminta diri untuk pergi ke pejabat Park Hyo Shin.



            SHIN Dong Wook memberhentikan keretanya di garaj rumahnya. Dia cepat-cepat mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menelefon Jin Ah. Hatinya berdebar-debar dan tidak sedap selepas dikhabarkan oleh Park Hyo Shin bahawa Jin Ah tidak ke pejabat sejak lebih sebulan yang lalu. Sebelum Jin Ah hilang, dia ada mengambil kes tentang pembunuhan bersiri tokoh korporat yang melanda Negara itu. Memang Dong Wook sedia maklum dengan kes Jin Ah itu tetapi Jin Ah mula hilang sejak dia pergi untuk menyiasat lagi.

            “Tak pula diangkatnya,” Shin Dong Wook mendail lagi sekali.

            Sudah 13 panggilan tetapi Jin Ah masih tidak menjawab panggilannya. Dia semakin risau dengan keadaan Jin Ah sekarang. Nak kata Jin Ah diculik, tidak pula penculik itu meminta apa-apa wang tebusan. Shin Dong Wook mengeluh lalu dengan langkah yang longlai, dia masuk ke dalam rumahnya.

*****************************************************************************

            Leo mencampakkan telefon bimbit milik Jin Ah ke atas katil. Sakit telinganya mendengar deringan telefon yang dibuat lebih dari 10 kali itu. Setelah membuat mode silent pada telefon itu, dia membiarkan sahaja telefon itu di atas katilnya. Tidak lama kemudian telefon bimbitnya pula berdering.

            “Hmmm..” Begitu sahaja Leo menjawab panggilan tersebut kerana panggilan itu datang dari James.

            “Macam mana dengan perempuan tu? Kau dah habiskan dia?” Tanya James sinis.

            “Pasal dia kau tak payah nak menyibuk. Aku tau lah apa aku nak buat dekat dia. Dia bukan urusan kau,”

            James ketawa di hujung talian. “Leo.. Leo.. yelah. Kau jagalah perempuan kau tu. Hmm.. Macam mana dengan dia? Best tak? Mesti bestkan, muda lagi cantik,” tanya James sambil makin galak ketawa.

            Kalau diikutkan hati mahu sahaja ditumbuk muka James itu. Leo berura-ura mahu meletakkan sahaja telefon itu tetapi segera ditegah oleh James.

            “Okay. Aku serius….”

            Leo mematikan talian dan terus mengemas beg hitamnya kemudian bergerak terus keluar dari rumah itu.

Sementara itu,
            Jin Ah terdengar Leo membuka pintu rumah, tidak lama kemudian dia nampak Leo berjalan meninggalkan kawasan rumah itu. Jin Ah bergerak menjauhi tingkap lalu duduk di atas katil. Dia sedikit kecewa kerana tidak dapat menghalang Leo dari melaksanakan tugasnya. Tadi dia terdengar perbualan antara Leo dengan seseorang yang dipanggil James. Dia tahu itu tugas Leo yang seterusnya.

            “Gila. Aku duduk satu bumbung dengan pembunuh bersiri yang aku cari selama ni. Tapi aku tak mampu nak buat apa-apa. Unnie….. Unnie kat mana?” Tiba-tiba sahaja perkataan ‘unnie’ terkeluar dari mulutnya.

            “Unnie? Kenapa aku teringat unnie masa ni?”

            “Kenapa aku rasa unnie masih ada lagi? Ceit! Bila masa unnie mati? Selagi aku tak jumpa mayat unnie selagi tu aku percaya unnie masih hidup walaupun dah lebih 15 tahun unnie hilang. Sekali pun unnie dah mati aku akan cari mayat unnie sampai dapat,” janji Jin Ah pada dirinya.

            Tapi bagaimana dia ingin mencari kekuatan itu? Kehilangan seseorang yang sangat dekat dengannya sangatlah perit. 2 tahun dia tidak dapat menerima kenyataan pemergian ibunya tercinta dan kehilangan kakaknya. Tetapi dia bersyukur kerana ayahnya masih ada untuk membantunya bangun semula. Selepas dua tahun, Jin Ah bangkit dan berlajar bersungguh-sungguh sehinggalah dia menamatkan pengajiannya di university dalam bidang undang-undang. Selepas itu dia bekerja sebagai anggota polis dan akhirnya dia berjaya menjadi peguam. Namun baginya, dia masih tidak berjaya kerana dia masih belum menjumpai kakaknya.

            “Unnie… unnie….” Jin Ah memejamkan matanya. Setiap kali teringat kakaknya, kenangan dia bersama kakaknya tidak pernah lupa untuk singgah di benaknya.

            “Jin Ah! Siapa izinkan kau makan ais krim tanpa aku?!” Marah kakak Jin Ah.

            “Jin Ah kejut tadi unnie yang tak nak bangun,”

            “Tak guna kau,”

            Terus sahaja Sunny melibas adiknya dengan bantal. “Unnie!!” Marah Jin Ah. Dia naik ke atas katil lalu mencapai bantal lagi satu dan membalas perbuatan kakaknya.

            “Jangan tiru aku!” Sunny merentap bantal itu dari Jin Ah.

            Kemudian dia menolak badan Jin Ah ke atas katil. Jin Ah menolak badan Sunny ke tepi dan menyepak punggung kakaknya. Sunny naik berang lalu menarik baju Jin Ah sehingga terlondeh.

            “Weyh, mahal baju ni! Kalau koyak kau ganti,” marah Jin Ah sambil melempang muka Sunny.

            “Tu omma yang beli bukan duit kau,” balas Sunny sambil mencekik leher Jin Ah dan mengunci pergerakannya.

            “Unnie! Ahh… lemas…” rayu Jin Ah.

            “Lakonan kau tak berjaya Jin Ah! Keke…” Sunny mengeratkan lagi rangkulan leher Jin Ah.

            Apabila terasa tak boleh nak bernafas, Jin Ah terus sahaja menggigit tangan Sunny. Menjeritlah Sunny kesakitan. Sebaik sahaja terlepas, Jin Ah terus menyerang Sunny. Dia menolak badan Sunny sehingga terlentang lalu duduk di atas perut kakaknya.

            “Kau kalah,” Jin Ah tersenyum sinis.

            “Belum lagi,”

            Sunny mencekak pinggang Jin Ah dan menolaknya ke tepi. Jin Ah pantas memegang telinga Sunny dengan kuat. Mereka bergelut di atas katil itu.

            “Jin Ah!!! Sunny!!!” Suara Shin Dong Wook bergema dari luar bilik mereka.

            Mereka berdua tidak menghiraukan panggilan ayah mereka dan masih bergelut antara satu sama lagi. Mendengar kedua-dua puterinya itu masih tidak diam, Dong Wook melangkah menuju ke bilik mereka.

            “Kenapa bising-bising ni?!” Soal Dong Wook sambil memulas tombol pintu bilik anak-anaknya.

            Shin Dong Wook tercengang di muka pintu melihat Jin Ah dan kakaknya yang elok sahaja berbaring di atas katil. Jin Ah sedang membaca novel manakala Sunny sedang menghadap computer ribanya – bermain game online. Mereka berdua memandang ayahnya yang nampak tercengang dengan muka hendak marah.

            “Kenapa appa?” Tanya mereka serentak.

            Kepala Dong Wook tergeleng-geleng memandang dua orang puterinya itu. Baru sebentar tadi kedengaran mereka berdua bergaduh. Bila tengok, diam pula. Pelik-pelik. Dong Wook menutup semula pintu bilik itu lalu beredar ke ruang tamu.

            Jin Ah dan Sunny berhigh-five setelah ayah mereka keluar. “Weyh, kau kena belanja aku 3 batang ais krim. Semua chocolate mint,”

            “Apahal pulak?”

            “Kau tak nak belanja aku tadi. Aku tak kira. Nak jugak 3 batang chocolate mint. Kalau tak, aku report appa kau keluar senyap-senyap tadi,” ugut Sunny.

            “Kau kakak yang kejam! Yelah-yelah,” Jin Ah memuncungkan bibirnya menjeling Sunny.

            Sunny gelak terkekeh-kekeh kerana dapat mengenakan Jin Ah. Dia terus bermain game online sambil gelak yang tersisa. Jin Ah berasa geram dengan kakaknya, terus membaling bantal kepada Sunny tetapi sempat dielak oleh Sunny.



JIN Ah tergelak sendiri mengenangkan peristiwa itu. Dia dan kakaknya sangat nakal ketika kecil. Tidak sah kau sehari tak bergaduh macam tu. Kadang-kadang mereka berdua ni macam lelaki pula nakalnya. Mungkin masa omma mereka mengandungkan mereka, dia hendak anak lelaki sekali keluar perempuan. Lepas kelahiran Jin Ah, tak ada rezeki nak anak lelaki lagi. Sebab tulah mereka berdua ganas kot. Beza umur pun setahun je sebab tu sekepala.

            “Kau gila eh?” Sergah Leo.


            Rasa nak tercampak keluar je jantung Jin Ah ketika itu. Segera dia berpaling dan memandang Leo yang tercegat dengan sebungkus nasi di tangannya. Bila masa pula cyborg ni masuk? Tak dengar pun dia bukak pintu. Wajah Jin Ah berubah serta-merta. Leo tidak menunjukkan sebarang reaksi semasa memandang Jin Ah yang tercengang itu.

No comments: