There Is No Tomorrow ~ CHAPTER 9



            “Kat mana Jin Ah ni? Dah hampir sebulan dia tak balik rumah. Kenapa sayang? Jin Ah larikan diri dari rumah ke?” Shin Dong Wook tercatuk di kerusi malasnya. Pipinya sudah mula nampak cengkung dek kerana hilang selera makan sejak Jin Ah menghilang. Ubat sakitnya juga sudah jarang diambil kerana dia lebih risaukan satu-satunya anak yang dia ada itu.

            Memikirkan kemungkinan yang Jin Ah melarikan diri dari rumah, dia berasa lagi risau. Jin Ah bukannya tidak pernah melarikan diri dari rumah. Sudah beberapa kali juga dia melakukan perangai seperti itu. Kalau merajuk atau kena marah je mulalah keluar dari rumah. Tapi mujur sahaja dia mahu mendengar kata-kata kakaknya. Setiap kali dia melarikan diri, kakaknyalah yang akan membawanya pulang semula.

Imbas kembali,
            “Kan Jin Ah dah cakap bukan Jin Ah yang pukul Minhyuk tu. Dorang fitnah Jin Ah!” Jin Ah membela dirinya. Terasa sangat geram apabila ayahnya tak habis-habis menyalahkan dirinya.

            “Terbukti ada saksi yang nampak Jin Ah. Bukti pun ada pada Jin Ah tempoh hari. Jin Ah yang pegang kayu tu,”

            “Appa lebih percaya orang lain dari Jin Ah?!” Dia merenung tajam ke arah ayahnya.

            Dong Wook menelan air liurnya. Terasa geram sungguh dengan anak keduanya ini. Berani betul melawan apatah lagi bertentangan mata dengannya ketika dia marah. Ikutkan hati mahu sahaja dia melibas Jin Ah dengan tali pinggang tetapi dari tadi isterinya membisikkan kata-kata supaya dia berlembut hati.

            “Appa memang! Percayakan orang lain dari anak sendiri! Appa tak sayangkan Jin Ah! Jin Ah benci appa!” Tengking Jin Ah seraya bangun dan berlari ke muka pintu dengan linangan air mata.

            “Jin Ah!!!” Shin Dong Wook sudah hilang sabar dengan sikap Jin Ah yang boleh dicop sebagai kurang ajar dengan ayahnya. Hyuna masih menenangkan suaminya yang sudah hilang sabar itu.

            Jin Ah tidak menghiraukan panggilan ayahnya dan terus sahaja berlari keluar dari rumah itu. Kakak Jin Ah bangun dari sofa sambil memandang ayahnya.

            “Kenapa appa tak percayakan Jin Ah? Dia cakap betullah! Ish!!” Seraya itu kakak Jin Ah terus sahaja keluar untuk mencari adiknya.

            Sebaik sahaja kedua-dua anaknya keluar dari rumah, Shin Dong Wook terduduk semula. “Dua-dua keras kepala! Degil!” Marah Shin Dong Wook lagi.

            “Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, yeobo. Abang pun sama je keras kepala mana tak anak-anak kita tak ikut perangai ayahnya,” ucap Hyuna sambil mengusap lengan Dong Wook.

            “Awak nak salahkan saya?”

            “Eh, tak..tak… Cuma abang ni Cuma kawal sikit. Berlembutlah sikit dengan anak-anak tu. Kalau selalu macam ni, abang marah diorang, Jin Ah larikan diri kan dah susah. Abang sayang kat sayang kan?”

            “Mestilah,”

            “Jadi ubahlah sikit perangai tu. Memanglah seorang polis kena tegas. Tak salah pun abang nak bertegas dengan anak-anak tapi ada hadnya. Anak-anak kita tak sama dengan anggota-anggota abang tu. Ye sayang..” Pujuk Hyuna seraya mengucup lembut pipi suaminya.


SHIN Dong Wook tersenyum sendirian. Dia mengusap pipi kirinya, masih terasa lagi seperti isterinya mengucup pipinya itu. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Dia merindui isterinya yang banyak memberinya kata-kata semangat. Hyuna jugalah yang menjadi penyeri hidupnya, sumber kebahagiaannya. Nak dibandingkan dengan sikapnya yang tegas, kadang-kadang dia berasa menyesal pula terlalu bertegas dengan anak-anak sehingga mereka selalu berasa kesal.

            Bukan dia tidak sayang akan anak-anaknya tetapi itulah cara dia mendidik dua orang puterinya itu. Jin Ah, cepat betul terasa dengan sikapnya sebab itu dia selalu merajuk dan melarikan diri. Kakaknya pula seperti tiada perasaan apabila dimarahi tetapi kadang-kadang dia pula dimarahi oleh anak sulungnya itu. Betul kata Hyuna, dua orang anaknya itu mengikut perangainya.

            Sayangnya, keluarganya berpecah belah sejak kejadian 15 tahun dahulu. Namun, kejadian itu juga mengeratkan lagi hubungannya dengan Jin Ah memandangkan hanya mereka berdua sahaja yang terselamat dari kejadian itu. Sejak kejadian itu jugalah dia meletak jawatan sebagai Chief Superintendant General.

            Tiba-tiba dia terkejut. Dia bangkit dan berdiri. Tak mungkin. Tak mungkin. Ucapnya banyak kali di dalam hati.

            “Takkanlah dia nak balas dendam lagi. Kalau betullah, tak guna betul binatang tu!” Sumpah Shin Dong Wook.

            “Sebab kau, isteri aku mati. Sebab kau anak sulung aku hilang. Sekarang kau nak ambil anak kedua aku pulak?!” Shin Dong Wook menuduh secara rawak.

            Sesungguhnya dia terasa begitu risau jika sangkaannya betul. Tak mungkin. Dia mesti cari anak perempuannya itu. Jin Ah tak boleh jadi mangsa. Dia yang bersalah dalam hal ini. Dia yang patut terima nasib itu, bukan keluarganya! Shin Dong Wook terduduk semula. Dia memegang dadanya sambil tercunga-cungap membetulkan saliran penafasannya semula. Dia memejam matanya dengan rapat.

            “Biar aku tebus kesalahan aku demi keluarga aku. Abanglah puncanya, Hyuna. Tapi….” Pandangan Dong Wook mulai kabur. Seketika kemudian dia tidak sedarkan diri tetapi dia masih bernafas seperti biasa. Biasalah, usia dah semakin lanjut jadi dia cepat berasa penat. AKhirnya dia tertidur di sofa itu.

******************************************************************************

            Hongbin sudah pun kebah dari demam panasnya. Seminggu dia diserang demam panas. Entah kenapalah dia demam pula padahal sebelum ini dia tidak pernah sakit. Mujurlah Alexander memahaminya kerana tidak diberikan tugas sepanjang dia demam itu. Mungkin dah tak ada lagi mangsa kot. Maklumlah dah hampir 10 tahun dia melakukan kerja itu. Ramai juga yang sudah dibunuhnya.

            “Dah sampai mana dah tu, oppa?”

Seung Hwa memeluk leher Hongbin dengan lembut. Dia mengucup lembut pipi lelaki itu. Hongbin yang pada mulanya sedikit terperanjat dengan kehadiran Seung Hwa itu hanya menyentuh lembut tangan Seung Hwa yang melingkari lehernya.

“Oppa terfikir… Siapa diri oppa sebenarnya? Oppa tahu hidup oppa untuk balas dendam sahaja tapi oppa langsung tak ingat kenangan sebelum oppa tinggal dengan Xander dan Seung Hwa,” luah Hongbin.

Rupanya itulah yang sedang difikirkan oleh kekasih hatinya. Seung Hwa meleraikan pelukannya lalu duduk di sebelah Hongbin. Dia turut memandang lurus ke hadapan.

“Seung Hwa pun langsung tak ingat kenangan Seung Hwa dengan keluarga dulu,”

Hongbin menoleh memandang Seung Hwa. “Tapi bukan Seung Hwa ni anak angkat Xander ke?”

Seung Hwa menggeleng. “Memanglah. Tapi tak kan Seung Hwa tak ada keluarga asal. Appa Alex Cuma bagitahu yang keluarga Seung Hwa dah mati dan sejak itu dia ambil dan jaga Seung Hwa seperti anak dia sendiri,”

Hongbin mengangguk. Perlahan-lahan dia menggenggam tangan Seung Hwa. “Mimpi Seung Hwa tu….”

Seung Hwa menggeleng. “Seung Hwa langsung tak  tahu. Siapa perempuan tu? Kenapa dia panggil Seung Hwa, unnie? Tapi Seung Hwa tak pernah nampak muka dia,”

“Mungkin mimpi tu ada kena mengena dengan keluarga asal Seung Hwa?”

Seung Hwa menoleh memandang Hongbin yang sedang merenungnya. “Mungkin ke?” Hongbin hanya menjongket bahu.

“Mungkin Seung Hwa dah hilang ingatan dan Alex appa tak nak Seung Hwa ingat pasal keluarga asal Seung Hwa sebab tak nak Seung Hwa bersedih atas kematian mereka,”

Hongbin merangkul bahu Seung Hwa. “Oppa pun rasa oppa hilang ingatan. Hmmm.. Entahlah,”

            Seung Hwa melentokkan kepalanya di bahu Hongbin. Dia menggenggam erat tangan kanan Hongbin. Hongbin menggosok perlahan bahu Seung Hwa sambil merenung terus ke hadapan walaupun di hadapannya hanyalah suasana bangunan yang berdiri megah mencakar langit. Fikirannya kosong.

            “Aku tidak dirahmati!”          

            Hongbin terkedu. Baru sebentar tadi dia terdengar suara seseorang seakan menjerit. Dia menoleh ke arah Seung Hwa yang sudah pun terlena di bahunya. Tak mungkin pula Seung Hwa yang mengigau tambahan pula suara itu seperti suara lelaki. Kepalanya melilau mencari mana tahu ada orang lain yang bersama mereka di bilik itu. Tak mungkin pula.

            Akhirnya dia mengabaikan sahaja suara itu. Mungkin perasaannya sahaja. Perlahan-lahan dia membetulkan badan Seung Hwa yang sudah tidur lena. Dia membaringkan Seung Hwa dan meletakkan kepala Seung Hwa di atas ribanya. Dia merenung lama wajah polos Seung Hwa yang sedang lena seperti bayi itu. Dia tahu gadis itu sangat mencintainya, dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan Seung Hwa. Tetapi disebabkan dendamnya, dia mengetepikan dahulu perasaan cinta itu walaupun mereka hidup seperti pasangan kekasih.

            “Maafkan oppa, sayang. Oppa janji lepas semua ni berakhir oppa akan bawa Seung Hwa lari dan kita akan hidup lebih bahagia,” ucap Hongbin sambil membelai pipi Seung Hwa dengan lembut.

*****************************************************************************

            Jin Ah dengan beraninya menyelongkar bilik Leo. Dia menyelongkar semuanya termasuk beg sandang Leo yang berwarna hitam itu. Dia mendapat tahu yang Leo diserang demam sejak dua hari lalu. Leo sendiri yang rebah di biliknya ketika dia menghantar makanan untuk dirinya. Saat itu dia rasa masa paling sesuai untuk dia melarikan diri daripada Leo.

            “Jaa…jangan… per…pergi…” Ucap Leo lemah sambil mengangkat tangannya.

            Jin Ah berpatah semula dan terkejut melihat Leo sedang mengacukan pistol kepadanya. “Kau lari, aku tembak kau.” Ugut Leo tetapi keadaannya lemah.

            Jin Ah bertekad hendak melarikan diri kerana dia tahu dalam keadaan lemah itu, Leo tidak mampu untuk melakukan tembakan. Jadi dia bertindak untuk lari sahaja. Tiba-tiba, satu tembakan dilepaskan dan peluru terbenam di dinding betul-betul berhampiran dengan leher Jin Ah. Dia menelan rengkungnya seraya menjeling peluru itu kemudian menoleh ke arah Leo yang sudah bergitu lemah.

            “Aku harap kau tak lupa siapa aku…..” ucap Leo lemah kemudian terus tidak sedarkan diri.

            Perlahan-lahan Jin Ah melangkah menghampiri Leo yang terbaring kaku itu. Dadanya masih berombak tetapi dengan kadar perlahan. Dia menyepak pistol yang tidak lagi digenggam oleh Leo. ‘Kenapa pula dengan dia ni?’ Dengan teragak-agak, Jin Ah merasa dahi Leo. Panas. Leo demam.


TIBA-tiba pintu bilik Leo dihempas dengan kuat. Bahu Jin Ah terjongket akibat terkejut. Dia tidak berani menoleh. Leo berdiri kaku di muka pintu dengan wajah yang bengis. Kemudian dia melangkah dengan laju menghampiri Jin Ah dan merampas beg galas hitamnya yang dipegang oleh Jin Ah.

            “Kau fikir kau buat apa ni? Kau memang cari nahas!” Tengking Leo.

            Jin Ah terdiam. Perlahan-lahan dia bangun dan memandang Leo yang masih bengis merenungnya. Pandangan Leo seperti mahu menelannya hidup-hidup ketika itu.

            “Leo… Kaulah penembak tu. Kaulah yang aku cari selama ni….” Ucap Jin Ah perlahan.

            “Huh?” Leo mencampakkan beg hitamnya di atas atas katil sambil merenung Jin Ah.

            “Kenapa kau cari aku?”

            “Kau…. Dikehendaki polis, Leo…”

            Leo duduk di atas katil sambil masih merenung Jin Ah yang berdiri menghadapnya. “Kau ni polis rupanya. So, kau nak buat apa sekarang? Tangkap aku dan heret aku masuk penjara?” Nada Leo seperti memerli Jin Ah.

            Jin Ah menggeleng. Macam mana Leo macam tahu je apa yang dia fikirkan? Lelaki ni ada kuasa psikik ke yang boleh baca fikiran orang? Jin Ah cuba membalas renungan Leo tetapi dia tidak mampu dan akhirnya dia tertunduk.

            “Ingat aku kesah kau ni polis. Kalau aku tembak jantung kau tu, kau akan mati jugak.” Leo sengaja mengugut Jin Ah.

            “Kau tak payah nak ugut aku Leo! Aku cadangkan supaya kau serah diri kat polis,”

            “Kalau aku tak nak?” Leo mengangkat kening.

            Jin Ah hanya mendiamkan diri. Ikutkan hati dia nak lari je dari situ lepas tu bagitahu dekat ketuanya supaya jalankan operasi mengepung Leo dan heret lelaki ini ke penjara dan dikenakan hukuman mati mandatory! Tetapi entah mengapa kakinya seperti terlekat di lantai bilik itu.

            “Ingat Jin Ah. Kau jangan cuba nak lari. Kau dah tahu siapa aku sebenarnya kan,”

            Sekali lagi Jin Ah menelan air liurnya. “Kalau kau tak kena bunuh dengan orang-orang James, aku sendiri yang akan ambil nyawa kau. Tapi aku rasa aku tak sanggup,”

            “Kenapa?”

            “Sebab aku sayang kau,” entah bagaimana ayat itu terluah dari bibir Leo. Tetapi dia tidak pula menunjukkan sebarang reaksi seperti memang dia ingin sangat meluahkan kata-kata itu.

            “Kau jangan mengarut Leo. Aku tak mungkin suka pada pembunuh macam kau. Langsung tak ada perasan!” Kata Jin Ah lalu melangkah keluar dari bilik Leo.

            Leo mendiamkan diri sambil merenung kedua-dua tapak tangannya. Tangan itulah yang selalu membuat bidikan. Kemudian dia memandang pula pada rifalnya yang terkeluar sedikit dari beg galas hitam itu. Rifal itulah yang diberikan oleh James untuk dia melakukan pembunuhan. Dia mengangkat pula wajahnya dan melihat imej wajahnya yang terpantul di cermin. Wajahnya memang langsung tak ada perasan. Setiap masa reaksi wajahnya adalah sama. Tidak ubah seperti robot.

            “Jin Ah….” Ucap Leo perlahan. Kemudian dia menghembuskan nafasnya agak kasar seraya merebahkan badannya di katil. Dibiarkan kakinya terjuntai ke bawah. Dia merenung siling.


            “Aku memang dah tak ada perasaan lagi. Aku memang tak tahu apa itu gembira, marah, suka, sedih. Semua perasaan tu dah lama mati dalam diri aku. Tapi sejak kau muncul aku dapat rasa satu perasaan yang aku tak pernah alami. Apa nama perasaan ni? Gembira? Tak mungkin sebab aku tak pernah senyum. Sedih? Tak pula aku rasa nak menangis. Hmm…” Leo lebih banyak mengeluh sahaja. Dia memejamkan matanya dengan rapat.


No comments: