Dua minggu telah berlalu tetapi Jin Ah masih dikurung oleh
Leo. Walaupun Jin Ah dikurung seperti itu, namun semua keperluannya seperti
makan dan minum disediakan oleh Leo. Dia tidak pernah kebuluran semasa diculik
itu kerana Leo akan memberinya makan tiga kali sehari. Cuma pakaiannya sahaja
tidak pernah berganti kerana di dalam bilik itu tidak ada almari pakaian apatah
lagi baju.
Luka dikakinya juga sudah semakin
sembuh kerana Leo rajin merawatnya. Jin Ah terfikir tentang lelaki yang
menculiknya itu. Dia diculik tetapi tidak pernah diapa-apakan malah dia dijaga
dengan baik. Apa muslihat lelaki itu? Jangan ingat dia buat baik, Jin Ah akan
percaya kepadanya 100%. Jin Ah tetap berhati-hati dengan lelaki misteri itu.
Sedang dia mengelamun, Leo masuk ke
dalam bilik dengan sebungkus nasi. Jin Ah hanya merenung lelaki itu meletakkan
makanan itu di atas sebuah meja kecil yang terletak di sebelah katil. Kemudian
Lei duduk di hujung katil sambil merenung kaki Jin Ah.
“Kau tengok apa?” Jin Ah menarik
kakinya.
“Kaki kau dah semakin baik. Mesti
lepas ni kau nak cuba larikan diri atau cederakan aku supaya kau dapat lepas,”
Jin Ah merenung wajah Leo agak lama
seperti tidak percaya apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Sebenarnya dia tidak
terniat pun nak berbuat sedemikian. Tiba-tiba Leo mengangkat wajahnya memandang
Jin Ah.
“Jawablah! Kau nak buat macam tu
kan?”
Jin Ah tertunduk. Dia memeluk
lututnya erat seraya menggeleng perlahan. “Saya… Cuma nak tahu siapa awak ni
je. Kenapa awak kurung saya lepas tu awak jaga saya dengan baik?”
“Kau ni pekak ke? Dah banyak kali
aku cakap nak selamatkan kau,”
Jin Ah mula berang. Asyik-asyik
soalan yang sama. Setiap kali dia tanya, itulah jawapan yang keluar dari mulut
lelaki itu. Kali ini dia sudah hilang sabar. Dia merenung lelaki itu dengan
tajam.
“Aku tahulah kau nak selamatkan aku.
Tapi dari siapa dan kenapa? Itu soalan aku!”
Leo mencebik. Dia bangun dan duduk
di sebelah Jin Ah seraya merapatkan wajahnya ke wajah Jin Ah. Jin Ah agak
terkejut dan berundur ke belakang. Tiada reaksi dari Leo.
“Kau mesti tertanya-tanya siapa aku
ni kan?” Entah mengapa Jin AH terasa seperti kepalanya terangguk dengan
sendiri.
“Aku ni….” Leo mengeluarkan sepucuk
pistol dari pinggangnya. Jin Ah tergamam. “Pembunuh upahan dan juga pembunuh
bersiri. Kau taukan maksud dua benda ni? Aku pembunuh!”
“Tapi… siapa yang upah kau? Boleh
tak cerita betul-betul. Aku tak faham. Kau buat aku pening. Serabut kepala
aku!” Oleh kerana perasan ingin tahu yang sangat mendalam, Jin Ah sudah tidak
ambil kesah tentang siapa lelaki di hadapannya sekarang ini.
“Mana satu kau nak tahu ni? Kau yang
buat kepala aku sesak! Utarakan satu soalan je boleh tak?” Leo membentak.
Jin Ah menarik nafas. “Okay. Aku nak
tahu kenapa kau culik aku. Itu je,”
“Aku pembunuh upahan. Aku jadi
membunuh untuk…… kau tak perlu tahu….. orang yang upah aku mengarahkan aku
untuk bunuh sesiapa sahaja yang menghalang kerja aku dan ramai yang dah jadi
mangsa dan kau hampir jadi mangsa aku…” Leo memandang Jin Ah.
“Tapi…. Aku rasa tak sanggup nak
bunuh kau jadi sebab tu aku Cuma cederakan sikit je kat kaki kau tu. Lelaki
yang berpakaian semua hitam tu adalah orang upahan dia juga. Kalau aku tak
bunuh kau, dia akan bunuh kau jadi aku selamatkan kau,”
“Tapi kenapa?”
“Tak tahu. Aku tak pernah rasa macam
ni dulu. Tapi sejak nampak kau aku rasa lain,”
Jin Ah menelan air liurnya. Dia
masih memandang Leo yang sudahpun berdiri menghadap tingkap tetapi dia tidak
pula menyelak langsir tingkap tersebut.
“Rasa macam mana?”
“Entah!” Kepala Leo tertoleh. Dia
bergerak lalu duduk pula di sebuah sofa kecil di sudut bilik itu. Di situ, dia
duduk dia seperti termenung.
“Boleh saya tahu? Kenapa awak jadi
pembunuh upahan?”
Leo menjeling Jin Ah. Kemudian dia
merenung lurus ke hadapan semula. “Balas dendam!” Dia mengepal penumbuknya.
Sekali lagi Jin Ah menelan air
liurnya. Lelaki yang bersamanya ini bukan lelaki biasa. Dia lelaki yang penuh
dengan dendam. Tapi kenapa?
Jin Ah hendak membuka mulut untuk
bertanya lagi tetapi tiba-tiba sahaja Leo bangun berdiri dan memandangnya.
“Sudah! Kau tak payah nak tanya aku macam-macam lagi. Kau duduk je sini dan
jangan cuba nak lari,”
Leo melangkah menuju ke pintu bilik.
“Ingat, kalau kau lari dari sini aku tak jamin kau akan selamat kat luar sebab
orang-orang dia akan bunuh kau,” pesan Leo sebelum melangkah keluar.
“Nanti! Bagitahu saya nama awak
sekurang-kurangnya saya tahu nak panggil awak apa,”
Leo tidak mengendahkan Jin Ah dan
terus sahaja menutup pintu bilik itu. Jin Ah mengeluh halus saat dia terdengar
pintu itu dikunci dari luar.
“Leo..”
Jin Ah mengangkat wajahnya. Dia
terdengar suara Leo di luar bilik itu kemudian dia mengangguk perlahan. “Leo
rupanya…”
**************************************************************************
Seung Hwa berdiri tegak di balkoni
rumah tumpangan mereka berdua. Pagi itu Seung Hwa bangun awal kerana dia tidak
dapat melelapkan mata, jadi mengambil keputusan untuk bangun dan berdiri sahaja
di balkoni rumah tumpangan itu. Hongbin yang masih nyenyak tidur dibiarkan
sahaja.
Imbas kembali…
Seung Hwa menangis sambil memeluk
lututnya erat. Sudah lama dia menangis di situ tanpa sesiapa pun di situ. Dia
dalam keadaan terbaring dengan kaki dan tangannya diikat serta mulutnya turut
diikat dengan sehelai kain. Dia hanya mampu menangis sepuas-puasnya. Dia sudah
terpisah jauh dari keluarganya. Dia diculik oleh lelaki yang tidak dikenalinya.
“Omma….” Tangisannya semakin kuat
apabila imej ibunya yang mati ditembak di depan mata terimbas di tubir matanya.
Dia sungguh tidak sangka yang ibunya akan mati begitu.
Badannya bergoyang-goyang sedikit.
Dia seperti berada di dalam satu tempat yang terkurung tapi dia tidak dapat
mengenalpasti di mana tempat itu kerana keadaan itu sungguh gelap gelita. Saat
bergelap itulah Seung Hwa terasa sangat takut. Bermacam-macam benda buruk yang
difikirkannya. Lebih menakutkannya ialah dia keseorangan di situ tanpa
keluargnya, tanpa sesiapa.
Tiba-tiba dia terasa ‘tempat’nya
berhenti. Dia diam sambil telinganya menangkap bunyi-bunyian yang terhasil di
luar. Kedengaran beberapa das tembakan bertubi-tubi. Dia semakin takut dengan
bunyi itu. Bunyi itulah yang telah mengambil ibunya. Dia memejam matanya dengan
rapat dan cuba menangkis bunyi itu dari pendengarannya.
Tidak lama kemudian, bunyi tembakan
sudah tidak kedengaran lagi. Debaran di dadanya sudah semakin berkurangan. Dia
masih diam di tempatnya.
“Mana budak tu?” Seung Hwa menangkap
suara seorang lelaki.
“Cari dan selongkar semua tempat
dalam kereta ni,”
Seung Hwa menarik nafas dengan
oksigen yang berbaki di dalam itu. Dia berada di dalam bonet kereta. Dia tidak
berani untuk berbuat apa-apa kerana dia takut lelaki-lelaki itu juga rakan
sekongkol lelaki yang menculiknya. Tiba-tiba bonet kereta terbuka. Cahay luar
masuk ke dalam bonet yang gelap itu membuatkan mata Seung Hwa sakit lalu dia
memejam dan mencelikkan mata beberapa kali.
Seorang lelaki memegang bahu Seung
Hwa dan mengangkatnya. Dia berasa takut dengan lelaki itu dan cuba meronta.
“Jangan takut. Kami nak selamatkan
kamu. Diam dan ikut kami. Kami takkan mengapa-apakan kau,” ucap lelaki yang
berkulit cerah itu.
Seung Hwa hanya merenung lelaki itu
dan dia mula mendiamkan diri. Dia didukung lalu dimasukkan di dalam sebuah
kereta lain yang berwarna biru gelap. Tiga orang lelaki berada di dalam kereta
itu termasuk pemandu dan lelaki yang mengambilnya tadi.
“Tolonglah….”
Seung Hwa merayu tetapi langsung
tidak didengari oleh mereka kerana mulutnya masih diikat. Dia tidak tahu ke
mana lelaki-lelaki itu akan membawanya tetapi dia rasa mungkin ke satu tempat
yang lebih selamatnya untuknya. Tidak! Tak ada tempat lain yang lebih selamat
selain di rumahnya. Dia mula menangis lagi.
“Kenapa kau menangis?” Seung Hwa
tidak menjawab soalan itu. Dia terus menerus menangis.
“Jangan risau. Kami bukannya
cederakan kau. Kami akan bawa kau berjumpa dengan bos kami,” ucap si pemandu.
Seung Hwa tidak mengendahkan
kata-kata lelaki itu. Dia menangis lagi. Bagaimana dengan keadaan keluarganya
selepas dia dibawa lari? Dia nak balik ke pangkuan keluarganya! Tetapi tidak
sesiapa pun yang dengar. Setelah puas menangis akhirnya dia tertidur kerana
kepenatan.
“Seung Hwa?”
Seung Hwa membuka mata apabila
namanya dipanggil berkali-kali dan pipinya turut ditampar perlahan. Sebaik
membuka mata, wajah Hongbin berada dekat dengan wajahnya. Kemudian Hongbin duduk
di hadapan Seung Hwa dan memandang gadis itu. Dia masih blur, Seung Hwa menoleh
ke kiri dan ke kanan dan barulah dia tersedar yang dia bersama Hongbin di
sebuah rumah tumpangan di Nami. Dia hanya bermimpi sebentar tadi.
“Kenapa tidur dekat sini? Tak nak
tidur dengan oppa ke?” Tanya Hongbin sambil membetulkan rambutnya.
Seung Hwa menggeleng. “Seung Hwa tak
boleh tidur semalam jadi Seung Hwa bangun dan berdiri kat sini tapi tak sedar
pula tertidur,”
Hongbin mengangguk seraya menguap.
Dia mengerling ke arah jam tangan Seung Hwa, pukul 10 pagi. Dia bangun dan
memandang Seung Hwa yang masih termenung.
“Berapa lama lagi nak termenung kat
situ? Hirup angin je takkan kenyang. Jom pergi cari sarapan,” ucap Hongbin
seraya melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.
Seung Hwa mengangguk seraya bangun
dan menuju ke almari pakaian untuk menyalin baju. Beberapa minit kemudian dia
selesai dan duduk di katil sementara Hongbin menyarungkan pakaiannya. Setelah
itu Hongbin menarik tangan Seung Hwa keluar dari bilik sewa tersebut.
************************************************************************
“What?!” Alexander menepuk meja
dengan keras. Tindakannya menyebabkan beberapa pekerja bawahannya yang berada
di bilik mesyuarat itu tersentak. Masing-masing menundukkan wajah.
“Macam mana boleh rugi sebanyak tu?
Kau orang ingat 80 US Dollar dari syarikat ……. Tu sikit?! Bodohlah kau orang
ni!” Bentak Alexander marah-marah.
“Kalau tak dapat share tu macam mana
dengan syarikat kita ni?! Argh!!” Alexander terduduk balik. Tiada sesiapa yang
berani bersuara di bilik itu apabila Alexander mula marah.
“Get out! Dismissed!” Tengking
James.
Semua pekerja bawahan Alexander terpusu-pusu
keluar dari bilik mesyuarat tersebut. Alexander masih tercatuk di tempatnya.
“Tak guna kau James. Kau tipu aku. Tahulah apa nasib kau!” Alexander mengepal
penumbuknya.
Sudahlah sejak akhir-akhir ini
keuntungan syarikatnya merudum. Barulah hendak naik semula dengan share dari
syarikat kepunyaan James itu tetapi dia tidak sangka yang James memberikan
tender tersebut kepada syarikat lain. Tak guna betul. Alexander menyumpah
seranah James di dalam hati.
****************************************************************************
“Tak ada habuan untuk kau untuk
arahan sebelum ni sebab kau tak berjaya,”
Leo hanya mendiamkan diri. Telefon
tetap terlekap di telinganya. Dia sudah agak yang James akan memarahinya kerana
tidak berjaya membunuh Bang Il Hyun tempoh hari.
“Siapa perempuan tu? Kenapa kau tak
bunuh je dia?”
“Tak boleh,”
“Kenapa? Kalau macam tu aku suruh
orang lain yang bunuh dia. Kat mana kau letak dia?”
“Jangan! Biar aku je yang bunuh dia.
Orang lain jangan masuk campur!” Tegah Leo.
James mengeluh mendengar jawapan
Leo. Dia dapat rasa perempuan itu nanti pasti akan menyusahkan kerja Leo atau
pun menyusahkan kerjanya.
“Bunuh dia secepat mungkin dan
jangan sampai dia menganggu kerja kau. Faham?”
Leo mengangguk. Tidak lama kemudian
dia mematikan talian lalu duduk di atas birai katil. Biliknya bersebelahan
dengan bilik dia menempatkan Jin Ah. Sebenarnya di rumah yang dibelinya itu,
terdapat dua buah bilik. Bilik utama iaitu bilik dia berada sekarang dan bilik
dia menempatkan Jin Ah itu bilik kedua yang bersaiz lebih kecil.
Sedang Leo termenung, dia tidak
sedar bilakah dia tertidur. Dalam kesejukan itu, dia meringkuk di atas katil
tanpa berselimut.
“Omma… omma….”
Seorang wanita separuh umur masuk ke
dalam bilik Taekwoon. Wanita it uterus menghampiri Taekwoon dan merasa dahi
budak lelaki itu.
“Hmm.. Demam panas ni,” ucap wanita
itu.
“Omma…” Taekwoon membuka mata
sedikit sambil memegang tangan ibunya.
“Ye sayang. Omma ambil ubat, makan
ubat ye sayang. Rehatlah,” kata wanita itu sambil mengusap lembut dahi dan
kepala Taekwoon.
Taekwoon hanya merengek kerana dia
berasa sangat tidak selesa dengan panas badannya ketika itu. Sesekali matanya
tercelik dan air mata mengalir. Kalih ke kanan tak kena, ke kiri tak kena.
Akhirnya dia terlentang dalam keadaan tidak selesa. Tidak lama kemudian
kakaknya masuk dan duduk di birai katil.
“Noona…” panggil Taekwoon lemah
sambil memandang kakaknya.
“Ye,” kakaknya memerah kain yang
direndam dengan air sejuk kemudian meletakkan kain itu di dahi Taekwoon.
Beberapa kali dia mengulangi perbuatan itu supaya panas badan Taekwoon surut.
Sedikit sebanyak dapat menyejukkan badan Taekwoon.
HONGBIN mencelikkan
matanya sedikit. Wajah Seung Hwa muncul di hadapannya. Seung Hwa sedang
meletakkan sehelai kain basah di dahi Hongbin. Dia tersenyum sedikit memandang
Seung Hwa sambil mengangkat tangannya perlahan-lahan. Seung Hwa lebih pantas
menyambut tangan Hongbin. Panas.
“Oppa rehatlah,” ucap Seung Hwa.
Hongbin mengangguk perlahan sambil
memejamkan matanya semula. Perlahan-lahan Seung Hwa meletakkan tangan Hongbin
di atas katil. Dia merenung wajah Hongbin yang kemerah-merahan itu. Hongbin
diserang demam panas malam tadi. Tiba-tiba sahaja Hongbin terjaga dalam keadaan
tidak selesa. Apabila Seung Hwa merasa dahi Hongbin, ternyata dahinya hangat.
Sekali lagi Hongbin mencelik matanya
memandang Seung Hwa. “Teman oppa,” ucapnya lemah.
Seung Hwa mengangguk. “Seung Hwa
simpan air ni kejap ye oppa,”
Seung Hwa bangun dari katil lalu
menuju ke dapur. Seketika kemudian dia kembali semula dan duduk di atas katil.
Dia membiarkan Hongbin tidur sementara dia membuka computer ribanya dan khusyuk
menaip sesuatu di computer riba tersebut. Sesekali Hongbin terjaga. Seung Hwa
merapatkan badannya ke badan Hongbin sambil memeluk pinggang lelaki itu.
Setelah Hongbin tertidur semula, Seung Hwa menyambung kerjanya.
No comments:
Post a Comment