“Appa...” Jin Ah tidak sempat untuk
bercakap dengan ayahnya, telefon bimbit itu telah dirampas dengan kasar oleh
Leo.
Jin Ah tergamam melihat Leo
mematikan talian dengan muka yang bengis. Kemudian lelaki itu merenung Jin Ah
sehingga dia tertunduk memandang lantai.
“Apa yang kau buat ni?!” Tanya Leo.
“Tolong…. Saya kena bagitahu ayah
saya supaya dia tidak risau. Saya rasa dia tengah risau tentang saya sekarang.
Tolonglah… ayah saya dah tua dan dia je satu-satunya ahli keluarga yang saya
ada,”
Leo terdiam. Ayah. Keluarga.
Untungnya perempuan itu masih mempunyai keluarga dan dia tahu pasti ayah
perempuan itu sangat menyayanginya. Tetapi dia tetap dengan egonya dan bersikap
berhati-hati.
“Kau ingat aku bodoh? Kau call ayah
kau lepas tu kau kata yang kau kena culik. Suruh polis cari kau dan aku akan
kena tangkap!”
Jin Ah menelan air liurnya. Dia
tidak berani mengangkat muka apatah lagi bertentangan dengan mata tajam Leo
itu. Kemudian Jin Ah menggeleng.
“Awak nak buat apa dengan saya ni?
Tolonglah lepaskan saya….”
Leo duduk di birai katil
bersebelahan dengan Jin Ah. Serentak itu, Jin Ah menjauhkan dirinya dari Leo
dan memandang lelaki itu dengan pandangan yang agak takut. Takut Leo akan
mengapa-apakan dirinya. Leo memandang Jin Ah.
“Apsal? Kau takut aku akan
apa-apakan kau?” Jin Ah tergamam. Leo macam tahu sahaja apa yang sedang
difikirkannya. Jadi Jin Ah hanya menggeleng perlahan.
“Aku takkan lepaskan kau sampai
bila-bila,”
Jin Ah mengangkat mukanya memandang
Leo dengan muka tidak percaya. “Awak nak buat apa dengan saya?”
“Selamatkan kau lah! Kau ni tak faham
bahasa ke?!” Suara Leo semakin tinggi.
“Selamatkan saya dari siapa? Dan
kenapa awak nak selamatkan saya?”
Leo menjeling Jin Ah kemudian dia
bangun dan berdiri di hadapan Jin Ah. “Aku malas nak layan orang yang banyak
tanya ni. Kau duduk dalam ni diam-diam. Kalau kau cuba nak larikan diri taulah
apa nasib kau…” Leo mengeluarkan sepucuk pistol yang tersisip di pinggangnya.
Jin Ah menelan air liur melihat
laras pistol tersebut. Perlahan-lahan dia mengangguk. Leo menyimpan semula
pistol itu lalu keluar dari bilik tersebut dan mengunci pintu dari luar.
Tingallah Jin Ah seorang diri di dalam bilik itu. Jin Ah mengeluh sambil
merenung pintu bilik itu.
‘Macam mana nak larikan diri? Kaki
pun berdenyut lagi,’ rungut Jin Ah seorang diri.
“Kenapa mamat psycho tu nak culik
aku? Selamatkan dari siapa dan kenapa dia nak selamatkan aku? Hish!” Jin Ah
meramas rambutnya berkali-kali. Langsung tak ada idea tentang masalah itu.
“Mungkinkah dia tu ada kena mengena
dengan kes yang aku tengah siasat sekarang? Adakah dia pembunuh upahan yang
dikehendaki selama ini? Dia ada pistol. Tapi…. Pistol tu nampak macam tak sama
dengan senjata yang digunakan oleh pembunuh tu..” Jin Ah berkira-kira sendiri.
Tiba-tiba kakinya berdenyut lagi.
Mukanya berkerut menahan sakit. Ketika itulah, pintu bilik itu dibuka semula.
Leo masuk dengan peti kecemasan di tangannya. Leo melangkah menghampiri Jin Ah
dan Jin Ah semakin menjauhkan diri apabila Leo semakin dekat.
“Kau nak lari mana? Kaki kau sakit.
Kalau tak rawat akan bertambah parah,” ucap Leo yang sedang melabuhkan
punggungnya di birai katil sambil membuka peti kecemasan.
Jin Ah menarik kakinya lalu memeluk
lutut memandang Leo. Leo mengangkat wajah dan memandang Jin Ah. “Aku bukan nak
makan kau pun. Aku ni vegetarian. Bak sini kaki,”
Jin Ah menggeleng sambil memeluk
lututnya dengan lebih erat. Dia masih tidak mempercayai Leo. Agak lama dia
merenung wajah Leo. Tiba-tiba Leo memegang kakinya yang luka itu. Jin Ah
tersentak seraya terjerit. Dia ingin menarik semula kakinya itu tetapi kaki itu
mula berdenyut semula. Leo terus melunjurkan kaki kiri Jin Ah kemudian dia
membuka balutan tersebut.
“Kan dah bernanah. Kau ni tak tahu
duduk diam eh?” Bebel Leo sambil mengesat cecair dan nanah yang ada di luka
kaki Jin Ah dengan penuh berhati-hati.
Jin Ah diam tak terkata. Dia hanya
melihat sahaja Leo merawat lukanya. Setelah meletak ubat dan membalut kaki Jin
Ah, Leo mengemas semula peralatan dan bangun dari katil tersebut. Jin Ah masih
merenung Leo dengan tidak percaya. Saat Leo hendak melangkah keluar dari bilik
itu, Jin Ah memanggilnya. Leo berhenti tetapi tidak memandang Jin Ah.
“Te…terima ka.. kasih…” ucap Jin Ah
perlahan-lahan.
Leo terus sahaja keluar dan mengunci
pintu dari dalam. Jin Ah tercatuk sendirian di situ kemudian dia merenung kakinya
yang sudah berbalut dengan kain putih yang baru. Dia teringat wajah Leo yang
khusyuk merawat lukanya. Dari sisi tepi Leo taklah nampak macam orang jahat.
Tapi dia ada pistol dan kadang-kadang mukanya berubah bengis.
“Tapi kenapa dia rawat aku?”
“Aish!!”
Jin Ah merebahkan badannya di atas
katil sambil merenung siling. Memang dia tidak dapat teka isi hati dan perangai
lelaki itu. Kenal pun tidak. Tiba-tiba je dia dipertemukan dengan lelaki
tersebut. Ah! Siapa nama dia? Lupa pula nak tanya tadi. Tak apalah. Nanti dia
masuk lagi aku tanya. Jin Ah mengiring pula ke sebelah kiri menghadap luar
melalui jendela.
*************************************************************************************************************************
Dari atas bangunan, Hongbin
tertiarap dengan rifal tergenggam kejap di tangannya. Dia
meletakkan mata kanannya di cincin skop supaya bidikan lagi tepat. Agak lama
dia memerhati sasarannya. Dia perlu berhati-hati dan sangat berhati-hati kerana
Seung Hwa ada bersama dengan mangsanya.
Seung Hwa sendiri yang ingin
menyamar untuk mendekati lelaki itu. Mangsanya kali ini bukannya separuh umur
tetapi lebih muda dari itu atau mungkin tua setahun dua darinya. Dia dapat
lihat Seung Hwa sedang berbual dengan orang itu.
Tidak lama kemudian Seung Hwa bangun
dan terus meninggalkan lelaki itu. Lelaki it uterus mengekori Seung Hwa. Saat
itulah Hongbin melepaskan tembakan. Serentak itu dia menarik rifalnya dan
baring terlentang di bumbung itu supaya tiada siapa yang perasan. Lelaki itu
mati serta-merta di tempat kejadian.
Seung Hwa tersenyum sinis sambil
melangkah meninggalkan tempat itu. Mangsa mereka sudah dibunuh. Orang ramai
mula berkerumun di tempat tersebut tetapi Seung Hwa terus sahaja berjalan dan
menghilangkan diri dari situ. Dia terus berjalan ke arah bangunan tempat
Hongbin melakukan bidikan tadi. Dia menunggu Hongbin di pintu bawah.
Pada masa
yang sama,
Leo tergamam kerana mangsanya mati
secara tiba-tiba kerana ditembak. Rifalnya diturunkan dan matanya melilau
mencari siapakah yang menembak itu. Dia masih bersembunyi di tempatnya sambil
melilau mencari sesiapa yang boleh disyaki. Oleh kerana kedudukannya yang
berada di atas, jadi dia boleh memerhatikan sekeliling di bawahnya.
Tiba-tiba dia ternampak seseorang
bangun dari bangunan yang bersudut 90 darjah dari bangunan di mana dia berada.
Dia cepat-cepat menyimpan rifalnya di dalam beg lalu di galas dan dia segera
turun dari bangunan tersebut. Dia melajukan langkah tetapi masih berhati-hati.
Hongbin keluar dari bangunan
tersebut dan berjumpa dengan Seung Hwa yang tersenyum memandangnya. Hongbin
terus sahaja mencapai bahu Seung Hwa lalu dirangkulnya mesra. Hongbin dapat
merasakan sesuatu yang sedang memerhatikan mereka. Dia segera menoleh tetapi
tidak terdapat sesiapa pun.
“Kenapa oppa?”
“Takde pape. Jom,”
Hongbin menarik bahu Seung Hwa.
Mereka berdua berjalan meninggalkan bangunan tersebut dengan selamba seperti
tiada apa-apa yang berlaku.
Leo mengeluarkan kepalanya dari
sebalik dinding batu itu. Dia masih menjeling pemergian Hongbin dan Seung Hwa.
“Bukan perempuan tu yang dengan
lelaki kena bunuh tadi tu ke?” Dahi Leo berkerut sendiri.
Dia mengepal penumbuknya. Siapa
lelaki itu? Siapa mereka? Leo membiarkan persoalan itu tanpa jawapan. Dia
kemudian beredar dari tempat itu. Dia tidak membunuh sesiapa pada hati itu
kerana mangsanya sudahpun dibunuh oleh orang lain. Rakan subahat atau musuh?
Leo terus berjalan sehinggalah dia sampai di sebuah restoran. Dia melangkah
masuk dan memesan dua bungkus nasi goreng dan dua bungkus air.
*************************************************************************************************************************
Lutut Shin Dong Wook terasa lemah
selepas dikhabarkan yang Jin Ah hilang. Sudah 24 jam sejak kehilangan Jin Ah
sejak petang semalam. Langsung tiada khabar berita daripada Jin Ah. Sedang dia
terenung sendirian, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dia segera menjawab
panggilan tersebut.
“Kamu kat mana nak? Kenapa tak balik
rumah lagi?” Tanya Shin Dong Wook sebaik sahaja menjawab panggilan tersebut.
“Appa… Jin Ah tak apa-apa. Appa
jangan risau ye. Jin Ah selamat dekat sini,”
“Jin Ah kat mana? Bagitahu appa..
Kenapa tiba-tiba hilang je?”
Jin Ah menggeleng. “Jin Ah tak boleh
bagitahu. Jin Ah selamat kat sini, appa jangan risau. Nanti Jin Ah baliklah,”
“Jin Ah….”
“Err.. appa… Jin Ah kena pergi dulu.
Nanti apa-apa Jin Ah call lagi ye. Appa tolong jaga kesihatan, jangan lupa
makan ubat. Jin Ah baik-baik sahaja. Annyeong appa….”
“Jin Ah… sayang… yoboseyo?”
Talian telah pun dimatikan. Shin
Dong Wook menggenggam telefon bimbitnya. Walaupun dia terasa sedikit lega
mendengar Jin AH tidak apa-apa, namun dia tetap berasa risau dengan keselamatan
anak perempuannya itu.
JIN Ah
menyerahkan semula telefon bimbitnya kepada Leo dengan teragak-agak. Setelah
menyambut telefon bimbit itu, Leo pun menurunkan pistolnya dari kepala Jin Ah.
Dia buat begitu supaya Jin Ah tidak berana bercakap yang bukan-bukan dengan
ayahnya.
“Te..terima kasih…” Ucap Jin Ah
sedikit gagap.
Leo menyisipkan semula pistol itu di
pinggangnya. “Kau pasti ayah kau takkan cari kau?” Leo memandang Jin Ah dengan
pandangan yang tajam. Perlahan-lahan Jin Ah mengangguk tanpa memandang wajah
Leo.
Leo mengangguk seraya melangkah
menuju ke pintu bilik. Di situ dia berhenti. “Kau nak makan apa? Aku nak pergi
beli makanan,”
Jin Ah terdiam seketika. Kemudian
dia menggeleng perlahan. Leo terus sahaja melangkah keluar dari bilik dan
mengunci pintu tersebut. Jin Ah masih mendiamkan diri di atas katil itu. Entah
kenapa setiap kali matanya tertaut pada mata tajam Leo, dia terkaku dan agak
lemah. Padahal sebelum ini matanya galak lagi tajam merenung suspek-suspek dan
penjenayahnya. Tetapi dengan Leo, dia tidak kuat sebab itu dia sering kali
melarikan pandangannya dari terus direnung oleh Leo.
*************************************************************************************************************************
“Unnie…….”
Seung Hwa tersentak dari tidurnya.
Dia terasa sesak nafas ketika itu. Dia memandang ke kiri dan ke kanan dan
mendapati Hongbin di sebelah kirinya sedang memandangnya dengan muka risau.
Seketika kemudian dia membetulkan duduknya sambil membetulkan nafasnya.
“Kenapa ni jagiya?” Tanya Hongbin
risau.
Sesekali kepala Hongbin memandang
terus ke hadapan kemudian memandang Seung Hwa sekilas. Dia harus menumpukan
perhatian terhadap pemanduannya ketika itu. Melihat Seung Hwa hanya mendiamkan
diri dan seringkali menyingkap rambutnya ke belakang, Hongbin bertanya lagi.
“Tell me,”
Seung Hwa menggeleng perlahan. Dia
menelan air liurnya lagi. “Seung Hwa mimpi…. Gelap…” Melihat Seung Hwa seperti
masih trauma, Hongbin segera membelok kereta ke bahu jalan. Apabila kereta
berhenti, Hongbin terus memegang bahu Seung Hwa dan merenungnya lama.
“Sayang mimpi yang sama lagi?”
Seung Hwa menggeleng. “Dah lama
Seung Hwa tak mimpi tu. Tapi sejak akhir-akhir ni Seung Hwa mimpi hitam
dan….dan…. suara… seorang perempuan…. Panggil unnie….”
Hongbin terus sahaja memeluk Seung
Hwa dengan erat untuk menenangkan gadis itu. Sedikit sebanyak Seung Hwa lebih
tenang di dalam pelukan Hongbin. Ketakutannya kian menghilang dan setiap kali
Hongbin memeluknya erat, dia berasa lebih selamat. Seperti tiada apa yang akan
mengapa-apakannya kerana Hongbin ada untuk melindunginya.
Seketika kemudian, Hongbin
meleraikan pelukan. “Dah tenang?” Seung Hwa mengangguk perlahan. “Kita sambung
perjalanan, okay. Lagi sikit je nak sampai,”
Sekali lagi Seung Hwa hanya
mengangguk. Hongbin memandu kereta masuk ke jalan raya semula dan terus
memandu. Sesekali dia menoleh sekilas ke arah Seung Hwa yang hanya menyepikan
diri sambil termenung jauh. Melihat keadaan Seung Hwa, dia teringat peristiwa
12 tahun dahulu.
SEUNG Hwa
dan Hongbin sedang duduk-duduk di ruang tamu sementara menunggu Alexander
pulang dari pejabat. Sedang mereka berdua leka menonton televisyen, tiba-tiba
keadaan menjadi gelap gelita, serentak itu Seung Hwa menjerit ketakutan.
“Hongbin…. Hongbin…” panggilnya
dengan suara yang bergetar.
Hongbin yang berada beberapa langkah
dari Seung Hwa terus sahaja melangkah menghampiri Seung Hwa dengan
berhati-hati. Dalam gelap itu, dia teraba-raba sehinggalah dia dapat memegang
tangan Seung Hwa. Sebaik sahaja tangannya disentuh, Seung Hwa menjerit lagi
sambil menepis tangan Hongbin.
“Ni oppalah… kenapa takut lagi?”
Ucap Hongbin separuh marah.
Seung Hwa mendiamkan diri. “Seung
Hwa takut…” Hongbin memegang lagi tangan Seung Hwa. Setelah pasti yang itu tangan
Hongbin, barulah Seung Hwa terasa sedikit lega. Dia merapatkan badannya ke
badan Hongbin. “Kenapa… gelap?”
Hongbin memeluk bahu Seung Hwa.
“Xander ahjussi tak bayar bil elektrik kot,” balas Hongbin acuh tak acuh. Seung
Hwa memeluk pinggang Hongbin lebih erat.
“Seung Hwa takut….”
“Tak ada apa yang nak ditakutkan.
Gelap je pun. Oppa ada kat sini,” kata Hongbin sambil mengeratkan lagi
pelukannya.
Seung Hwa mengangguk perlahan. Dia
melentokkan kepalanya di bahu Hongbin. Mereka berkeadaan begitu sehinggalah
bekalan elektrik ada semula. Hongbin mencelikkan matanya kemudian terpejam
semula beberapa kali. Dia menoleh ke arah Seung Hwa yang sudah pun tertidur.
Tidak lama kemudian Alexander
membuka pintu utama. Hongbin menoleh dan mata mereka berdua bertentangan.
Alexander melangkah menghampiri mereka berdua.
“Kenapa korang berdua tidur kat
sini?”
“Tadi blackout. Seung Hwa takut,”
“Pergi bawa dia masuk dalam bilik.
Lepas tu masuk bilik kau,” arah Alexander.
Hongbin mengangguk perlahan lalu
mendukung Seung Hwa dengan gaya bridal style. Dia membawa Seung Hwa masuk ke
biliknya. Setelah dia menyelimutkan Seung Hwa, dia melangkah keluar dari bilik
itu tanpa mematikan lampu. Kemudian dia melangkah masuk ke dalam biliknya
sendiri dan terus tidur.
SEJAK itu
dia tahu yang Seung Hwa ada Achluophobia iaitu takut kepada kegelapan. Tetapi
punca dia begitu tidak pula diketahui. Itu kali pertama dia melihat Seung Hwa
takut kepada gelap. Beberapa kali juga Seung Hwa berasa takut dan seakan trauma
iaitu ketika kereta memasuki terowong yang samar-samar, masuk ke dalam bilik
tanpa membuka lampu, dan berada di luar pada waktu malam. Sebab itu setiap
malam, dia tidak akan menutup lampu bilik Seung Hwa dan Seung Hwa juga tidak
dibawa keluar pada waktu malam.
Hongbin membiarkan sahaja Seung Hwa melayani fikirannya
sementara dia terus focus terhadap pemanduannya menuju ke Nami.
No comments:
Post a Comment