There Is No Tomorrow ~ CHAPTER 6


            Leo selesai mengisi peluru di dalam pistolnya. Dia yang berdiri di sebuah balkoni bangunan hanya diam di situ. Matanya ralit memerhati orang yang lalu lalang di kawasan tersebut. Bangun di mana dia berada sekarang ialah bertentangan dengan bangunan syarikat TS Company. CEO syarikat tersebut, Bang Il Hyun adalah sasarannya. Dia sabar menunggu saat di mana CEO itu akan keluar dan masa itu lah dia akan bertindak.

            “Manusia ini semuanya tamak! Kalau duit dah depan mana, berjuta-juta siapa pun takkan menolak. Aku boleh kata ramai ahli korporat yang main rasuah. Semua demi keuntungan dan sebab ketamakan orang itu. Dan sebab ketamakan itulah engkau, lelaki yang tidak bersalah terlibat, keluarga kau terlibat dengan ketamakan ahli-ahli syarikat ayah kau. Aku bukannya setakat sehari dua kenal ayah kau, malah dah lebih sepuluh tahun pun. Tapi aku tak sangka begitu jadinya kepada keluarga kau,”

            Kata-kata James terngiang-ngiang di telinganya ketika itu. Leo mengetap giginya. Tiba-tiba dia terperasan sesuatu iaitu sasarannya. Dia bersiap-siap dengan senjatanya dan menetapkan sasaran betul-betul di dada lelaki tersebut. Nampaknya Bang Il Hun langsung tidak mengetahui apa-apa.

            Beberapa minit menunggu, dia sudah bersedia untuk menembak sasarannya. Dia menutup sebelah matanya dan menyasarkan tepat-tepat. Jarinya juga sudah bersedia untuk menarik picu pistol tersebut. Secara tiba-tiba tindakannya terbejat. Dia menjauhkan sedikit mukanya dari pistol tersebut.

            Seorang perempuan melintasi di hadapan Bang Il Hyun. Dia tidak dapat untuk menembak Bang Il Hyun yang sudah pun beredar dari tempat sasarannya.

            “Sesiapa yang menganggu kerja kau, tembak je!” Kata-kata James sekali lagi terngiang-ngiang di telinganya.

            Jadi dengan hanya beberapa saat, dia mengambil keputusan untuk menembak sahaja perempuan yang telah menganggu kerjanya itu. Tiba-tiba perempuan itu mengangkat wajahnya. Mata Leo terpaku apabil melihat wajah perempuan itu. Hatinya berdegup laju. Sekala tindakannya terhenti. Perempuan itu memandang tepat ke arahnya namun dia tidak dapat melihat Leo kerana Leo berada di tempat yang tersembunyi.

            “Tembak!”

            Suara itu menerjah kepala Leo. Dia tau ada orang upahan James yang sentiasa memerhatikannya dalam melaksanakan tugas. Tetapi orang upahan tersebut tidak mampu membuat apa-apa terhadapnya selain hanya mengadu kepada James. Leo tidak pedulikan tentang orang upahan itu.

            Sebelum Jin Ah beredar, Leo pantas menarik picu. Peluru yang keluar dari pistol Leo terus terbenam ke dalam isi kaki Jin Ah. Jin Ah terduduk di situ sambil memegang kakinya yang sudah berdarah dengan banyak. Kepalanya tertoleh-toleh mencari siapakah gerangan yang menembaknya.

            Leo melajukan langkahnya apabila seorang lelaki yang berjaket dan bercermin mata hitam hampir menghampiri Jin Ah yang masih terduduk. Dia bukannya tidak tahu siapa lelaki tersebut. Tetapi lelaki itu terlebih dahulu menyentuh bahu Jin Ah.

            “Awak ni siapa?” Soal Jin Ah.

            Tiba-tiba lelaki itu ditolak kuat oleh Leo. Leo terus sahaja memegang pergelangan tangan Jin Ah sambil merenung tajam ke arah lelaki tersebut. Agak lama mereka bertentangan mata, akhirnya lelaki tadi  beredar dari situ. Jin Ah merenung pula Leo yang nampak sangat dingin itu.

            Tidak semena-mena, Leo mendukung Jin Ah gaya bridal style. Jin Ah sungguh terkejut dengan tindakan Leo itu, dia mula meronta tetapi Leo memegangnya dengan lebih kuat.

            “Awak ni siapa? Awak nak buat apa dengan saya?! Lepaskan saya!” Ronta Jin Ah.

            “Diam!”

            Jin Ah merenung wajah Leo. “Diam?! Hey! Turunkan saya!” Jin Ah meronta lagi. Leo tidak mengendahkan Jin Ah dan terus sahaja berjalan.

            “Ouch!” Jin Ah merenung kakinya yang masih berdarah itu. Terasa berdenyut-denyut. Peluru masih berada di dalam daging Jin Ah. Dia terasa sangat perit dengan luka itu dan terus sahaja menggenggam baju Leo dengan kuat. Dia mengetap gigi menahan sakit. Leo masih tidak menghiraukan Jin Ah dan terus membawanya ke satu tempat.

**************************************************************************************************************************

            Jin Ah mencelikkan matanya. Setelah sedar bahawa dia berada di tempat yang begitu asing dengannya, dia segera bangun. Tetapi tindakannya terbejat oleh kerana kakinya yang masih terasa berdenyut-denyut. Dia terbaring semula dan termenung seketika. Barulah dia teringat yang dia ditembak. Dia melihat kakinya, sudah berbalut dan diletakkan ubat.

            Leo datang bersama dulang yang diisi dengan bubur nasi dan air suam. Dia meletakkan dulang tersebut di meja kecil yang terletak di sebelah katil. Jin Ah merenung Leo dengan penuh curiga dan perasaan marah.

            “Kau ni siapa?” Tanya Jin Ah sambil tidak lepas merenung muka Leo.

            Leo mengangkat mukanya. “Makan,” ucapnya sepatah tanpa memandang muka Jin Ah.

            Jin Ah berasa sangat geram dengan reaksi dingin Leo. Dia memandang bubur nasi dan segelas air di tepinya. Dia menepis makanan itu sehingga berterabur di lantai. Leo agak terkejut dengan tindakan Jin Ah tetapi dia masih mengawal riak wajahnya.

            “Aku tak sakitlah! Kenapa bagi aku makan bubur? Entah-entah kau letak racun dalam makanan tu!” Tuduh Jin Ah melulu tanpa sebarang bukti yang sah. Wal hal sejak dulu lagi dia diajar supaya mendapatkan bukti yang sah sebelum membuat sebarang tuduhan.

            “Suka hati kau lah,” balas Leo.

            “Hoi! Kau nak buat apa dekat aku?!”

            “Aku nak selamatkan kau,”

            Jin Ah mencebik. “Selamatkan aku konon, tapi kaki ni. Kau yang tembak aku kan?!”

            Leo menjeling Jin Ah. “Haah. Kau kira bernasib baik sebab aku fikir nak tembak kaki je. Daripada aku tembak terus ke jantung kau!” Leo melangkah keluar dari bilik itu. Dia mengunci bilik itu dari luar. Jin Ah terkebil-kebil sendirian di atas katil. Dia ingin bangun tetapi kakinya mula berdenyut semula. Akhirnya dia hanya duduk diam di atas katil tersebut.

            Baru dia teringat. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan mencari sesuatu tetapi barulah dia sedar bahawa benda itu tidak ada bersamanya. Dia mengeluh halus. Macam mana dia nak telefon sesiapa sekurang-kurangnya keluarkan dia dari tempat ini. Dia memandang sekeliling bilik itu, hanya ada satu-satunya pintu keluar dan sepasang tingkap yang lengkap dengan jarring besi. Daun tingkap tertutup dan berkunci. Dia rasa terkurung di dalam bilik ini. Dekat mana ni?

*************************************************************************************************************************

            Seung Hwa berjalan beriringan dengan Hongbin. Dia memeluk erat tangan lelaki yang paling dicintainya itu. Sambil berjalan, mereka berbual kosong bercerita tentang pelbagai perkara. Semasa berjalan di sebuah jambatan, mereka terserempak dengan sepasang kekasih yang sedang berdating. Si lelaki tiba-tiba melutut dan menghulurkan baldu merah yang diisi dengan sebentuk cincin.

            Perempuan itu nampak terharu dan lelaki itu perlahan-lahan mengeluarkan cincin itu dari kotak lalu menyarungkannya ke jari manis gadis itu. Kemudian lelaki itu berdiri lalu perempuan itu terus memeluk lehernya dan mereka bercium.

            Seung Hwa tersenyum melihat kebahagiaan mereka berdua. Hongbin tahu apa yang sedang dilihat oleh Seung Hwa ketika itu. Dia berdehem untuk mengambil perhatian Seung Hwa.

            “Jom kita pergi kat hujung sana pula,” ucap Hongbin sambil menarik bahu Seung Hwa.

            Seung Hwa hanya mengangguk dan mengikut langkah Hongbin. Ketika berjalan, dia melentokkan kepalanya di bahu Hongbin sambil tersenyum sendirian. Hongbin mengeluh perlahan sambil memeluk erat bahu Seung Hwa. Dia berasa bersalah pula pada gadis itu. Sepanjang dia hidup bersama Seung Hwa, dia tidak pernah meluahkan perasaannya terhadap gadis itu tetapi dia tahu perasaannya terhadap Seung Hwa Cuma dia tidak terluah.

            “Oppa, wae?” Tanya Seung Hwa sambil memandang Hongbin. Dia perasan yang Hongbin mengeluh sebentar tadi.

            Hongbin cepat-cepat menggeleng. Mereka berdua berjalan lagi. Tiba-tiba Seung Hwa menghentikan langkahnya. “Kenapa, sayang?”

            “Ais krim…” ucap Seung Hwa sambil memandang kedai air krim yang berada di bahagian tepi mereka.
            “Sayang nak ais krim? Jom,”

            Seung Hwa mengangguk sambil kakinya terus sahaja melangkah masuk ke dalam kedai ais krim tersebut. Hongbin hanya mengikut langkah Seung Hwa tanpa banyak kata. Dia berdiri di sebelah Seung Hwa ketika gadis itu leka memerhatikan pelbagai jenis ais krim yang ada.

            “Selamat datang, cik nak ais krim perisa apa?” Sapa seorang pekerja kedai tersebut sambil tersenyum mesra melayan pelanggannya.

            “Er.. Mi…mint chocolate..” balas Seung Hwa.

            “Okay,” pelayan itu tersenyum seraya mengambil sebatang ais krim berperisa mint chocolate lalu diserahkan kepada Seung Hwa.

            “Saya nak dark chocolate,” kata Hongbin.

            Sekali lagi gadis itu mengangguk kemudian menyerahkan ais krim itu kepada Hongbin. Hongbin menyerahkan wang sebanyak 6,000 won kepada perempuan itu. Setelah perempuan itu mengucapkan terima kasih, Hongbin dan Seung Hwa beredar.

            “Macam mana dengan pelanggan pertama kamu?” Tanya Kim Shin Hye kepada anak buahnya yang pertama kali bekerja di situ.

            “Ada dua orang pelanggan, ahjuma. Nasib baik saya tak nervous tadi,” balas Si Kyung sambil tersenyum lebar.

            Shin Hye mengangguk sambil memandang ke luar kedainya. Hongbin dan Seung Hwa baru sahaja hendak melepasi kedai ais krimnya. Tiba-tiba dia terpandang Seung Hwa tetapi dari tepi. Dia terkaku. Diakah?

            “Ahjumma, waeyo?” Tanya Si Kyung sambil menggoncang bahu mak ciknya.

            Shin Hye menggeleng sambil tersenyum. Salah orang kot. Tak mungkinlah. Fikir Shin Hye. Kemudian dia tersenyum memandang anak buahnya. Seketika dia masuk semula ke dalam untuk membuat kerjanya di dalam.


SEUNG Hwa dan Hongbin berjalan-jalan di sekita daerah Hongdae. Tiada apa yang menarik pun di situ. Cuma berbezanya pada waktu malam lebih ramai orang yang berjalan-jalan di sekitar tersebut. Pelbagai warna dan corak lampu yang bergantungan mencantikkan lagi kawasan itu. Seung Hwa dan Hongbin menikmati ais krim masing-masing.

            “Mint chocolate….” Ucap Seung Hwa perlahan sambil memerhatikan ais krim yang berada di tangannya.

            Agak lama dia merenung ais krim itu sehinggalah mereka berdua sampai di sebuah taman rekreasi. Hongbin mengajak Seung Hwa duduk di situ.

            “Kenapa dengan ais krim tu?”

            “Mint chocolate… Molly’s Pops…” Hongbin diam sambil memerhatikan Seung Hwa.

            Seung Hwa makan lagi ais krim itu tanpa menghiraukan Hongbin yang sedang memandangnya. “Kali pertama Seung Hwa makan ais krim ni… mungkin…” Dahi Seung Hwa berkerut sedikit.

            “Apa maksud Seung Hwa?”

            Seung Hwa menggeleng. “Seung Hwa tak dapat nak ingat. Tapi ais krim ni macam biasa dengan Seung Hwa. Entahlah, mungkin pernah nampak orang makan dekat mana-mana kot sebab tu rasa biasa,” terang Seung Hwa. Hongbin hanya mengangguk.

            “Jadi, makanlah sampai habis. Kalau nak lagi oppa boleh belikan lagi,” kata Hongbin.

            Seung Hwa mengangguk sambil memakan ais krimnya sehingga habis. Selepas ais krim masing-masing habis, mereka hanya duduk di bangku itu sambil berpegangan tangan.

*************************************************************************************************************************

            Shin Dong Wook mundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Sesekali dia menoleh ke arah jam dinding yang tergantung di sudut ruang tamu itu. Dia semakin risau apabila jarum jam sudah menginjak ke angka 12 tengah malam namun Jin Ah masih belum pulang. Biasanya anak gadisnya itu akan pulang ke rumah pada pukul 10 malam atau paling lewat pukul 11 malam.

            Dong Wook menekan-nekan telefon bimbitnya mendail nombor telefon Jin Ah. Agak lama dia menekapkan telefon itu di telinganya namun tidak dijawab. Beberapa kali Dong Wook mencuba tetapi hasilnya tetap sama.

            Sudah pukul 1 pagi, Shin Dong Wook masih tidak dapat melelapkan mata. Dia duduk di ruang tamu sambil menunggu kepulangan Jin Ah.

            “Mana pula perginya Jin Ah ni? Kalau ada kerja lebih ke biasanya dia akan call. Ini call pun tida, aku call pun tak dijawabnya,” kata Dong Wook sendirian.

            “Tolonglah jangan jadi apa-apa dekat Jin Ah,”

            Shin Dong Wook duduk diam di atas sofa. Sesekali dia menoleh ke arah pintu utama tetapi tiada tanda-tanda Jin Ah akan pulang. Bunyi enjin keretanya pun tidak kedengaran. Dia semakin risau. Jin Ah dahlah perempuan, satu-satunya anak dan ahli keluarga yang dia ada. Dia sangat risau kalau terjadi apa-apa dekat Jin Ah.

            Oleh kerana terlalu lama menunggu, rasa mengantuk mula bersarang dalam diri Shin Dong Wook. Akhirnya dia tertidur di sofa di ruang tamu itu. Dia tertidur dalam keadaan terduduk dan tidurnya nampak tidak selesa.


SHIN Dong Wook terjaga dengan keadaan terkejut. Dia bermimpi buruk tentang anak perempuannya itu. Dia bangun seraya duduk sambil menundukkan wajahnya untuk menenangkan diri sebentar. Dia bermimpi yang Jin Ah diculik kemudian dia ditembak bertubi-tubi sehingga badan gadis itu terbaring lemah di tanah dengan berlumuran darah. Dia berada di situ tetapi dia tidak mampu untuk membuat apa-apa selain menjerit-jerit memanggil nama Jin Ah.

            “Jin Ah!”

            Baru dia teringat yang malam tadi Jin Ah masih belum pulang. Dia segera bangkit menuju ke tingkat atas. Sebaik sampai di hadapan bilik Jin Ah, Shin Dong Wook mengetuk pintu biliknya beberapa kali namun tiada jawapan.

            “Jin Ah ada kat dalam ke? Appa masuk ni,” ucap Shin Dong Wook.

            Setelah dia jawapan yang diperolehi, Shin Dong Wook terus sahaja membuka pintu bilik Jin Ah. Lebih mengejutkan Jin Ah tiada di dalam bilik itu dan tiada tanda-tanda yang Jin Ah sudah balik. Dong Wook mencari Jin Ah satu bilik tersebut namun tidak terdapat di mana-mana. Dong Wook terduduk di birai katil.

            “Mana pula dia ni pergi?” Hati Dong Wook bertambah risau apabila semalaman Jin Ah tidak pulang. Dia menoleh ke arah jam seraya mencapai telefon bimbitnya.

            “Tak ada? Hmm.. Tak apalah,”

            Setelah bercakap seketika dengan ketua Jin Ah, dia mematikan talian. Dong Wook mengeluh berat. Jin Ah tiada di pejabat. Rakan-rakan sekerja dan ketuanya turut mencari Jin Ah. Shin Dong Wook termenung sendirian di dalam bilik itu. Kemudian dia memandang ke arah meja solek Jin Ah. Dia bergerak ke situ dan mengambil sebuah bingkai gambar. Dia duduk di atas kerusi yang tersedia di situ sambil merenung sekeping gambar yang sudah dibingkaikan itu.

            Dia tersenyum sendirian melihat senyuman yang terukir di bibir dua orang anak gadis kesayangannya itu. Mereka nampak begitu mesra dan sangat gembira ketika itu. Tidak dinafikan bahawa hubungan Jin Ah dan kakaknya sangat rapat tambahan pula jarak umur mereka berdua hanya setahun sahaja sebab itu kadang-kadang mereka seperti kembar.

            Tiba-tiba air mata Shin Dong Wook menitis. “Hyun Ah, abang minta maaf sebab tak dapat jalankan tanggungjawab abang untuk jaga anak-anak sebaik mungkin. Dulu, kakak Jin Ah yang hilang, sekarang Jin Ah pula tak balik lagi. Kalau terjadi apa-apa dekat Jin Ah, abang takkan maafkan diri abang sendiri,”

            Dong Wook mengesat air mata yang mengalir di pipinya. Dia meletakkan semula bingkai gambar tersebut di tempatnya semula. Kemudian dia bangun lalu keluar dari bilik Jin Ah dan menuju ke bilik utama rumah itu. Bilik yang sudah lama didiami seorang diri tanpa kehadiran isteri yang tercinta.

            Sedang Dong Wook melangkah ke balkoni, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Sepantas kilat dia berpatah semula dan menjawab panggilan itu.

            “Jin Ah?”

Hati Dong Wook berdebar-debar menjawab panggilan dari Jin Ah itu.

No comments: