There Is No Tomorrow ~ CHAPTER 5


            Jin Ah melangkah masuk ke dalam bilik bacaan Shin Dong Wook. Ayahnya sedang duduk di meja kerja sambil memerhatikan sesuatu. Jin Ah melangkah perlahan-lahan menghampirinya ayahnya lalu memeluk leher ayahnya itu. Dong Wook agak terkejut dengan kehadiran Jin Ah. Dia langsung tidak sedar bila Jin Ah masuk.

            “Jin Ah. Bila masuk? Terkejut appa,” tanya Dong Wook sambil mengusap tangan anak gadisnya itu.

            “Dah appa khusyuk sangat tengok gambar tu mana nak perasaan Jin Ah masuk,”

            Dong Wook tersenyum sedikit tetapi matanya masih tertancap kepada sekeping gambar keluarganya yang diambil 18 tahun dahulu. Itulah satu-satunya gambar keluarga yang masih dijaganya dengan baik. Jin Ah mengeluh halus melihat gambar keluarga itu.

            “Appa rindukan omma?” Tanya Jin Ah perlahan.

            Dong Wook mengangguk perlahan. “Jin Ah pun,”

            “Kat manalah kakak kamu sekarang?” Satu keluhan terhembus lagi.

            “Jin Ah akan cari. Jin Ah percaya unnie masih hidup tak tahu dia berada kat mana sekarang. Appa percaya kat Jin Ah, suatu hari nanti Jin Ah akan bawa balik unnie,” janji Jin Ah.

            “Jangan terlalu berharap sayang. Kalau tinggi sangat harapan tu takut kita sendiri yang akan lebih tertekan kalau tak dicapai,” pesan Dong Wook.

            “Nae appa. Tapi Jin Ah tetap akan cari unnie,” Jin Ah menggenggam erat tangan ayahnya.

            Dong Wook mengangguk sambil tersenyum. Jin Ah meleraikan pelukan dan duduk di hadapan ayahnya. Dong Wook menyimpan semula gambar tersebut lalu menumpukan perhatian terhadap Jin Ah.

            “Macam mana dengan kes tu?”

            Jin Ah menceritakan segala maklumat dan hasil siasatannya. Tidak ada satu pun yang tertinggal. Dong Wook mendengar dengan teliti. Sesekali kepalanya terangguk-angguk. Muka mereka berdua nampak serius tatkala bercerita tentang kes yang dikendalikan oleh Jin Ah.


JIN Ah masih meneruskan siasatan tentang kes pembunuhan tokoh-tokoh korporat itu. Petang itu dia berjumpa dengan Minwoo untuk berbincang mengenai kes itu lagi.

            “Ada apa-apa maklumat baru?”

            “Tak ada. Dan sekarang pun dah dekat seminggu tak ada dah perbunuhan itu lagi. Saya dah berjumpa dengan keluarga mangsa. Tak ada pula sesiapa datang dan apa-apakan keluarga mangsa. Menurut keluarga mangsa juga, mangsa taka da berdendam dan mereka tidak mensyaki sesiapa pun,” terang Minwoo.

            Jin Ah terangguk-angguk mendengar penjelasan Minwoo. “Tak mungkin pembunuh tu nak bunuh sesuka hati je. Mesti ada motifnya. Tak apalah. Kita siasat lagi,”

            Minwoo mengangguk. Tidak lama kemudian Minwoo bangun dan beredar dari meja kerja Jin Ah. Selepas Minwoo beredar, Jin Ah turut keluar dari biliknya. Semasa dia melangkah menuju ke pintu keluar dari balai polis itu, dia disapa oleh beberapa orang pegawai polis yang ada di situ. Dia hanya menjawab ala kadar dan menghadiahkan senyuman.

            Jin Ah berjalan seorang diri ke parking lot dan membawa keretanya tanpa hala tuju. Petang itu dia mahu merehatkan mindanya kerana penat berfikir tentang kes yang dikendalikan dan mana tahu ketika otaknya dalam keadaan relaks itu dia mendapat sebarang idea untuk menyelesaikan kes tersebut.

            Jin Ah berhenti di lampu merah. Ketika dia berhenti itu, dia terlihat seorang kanak-kanak sedang menjilat ais krim kon sambil dipimpin oleh ibunya. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Sebaik sahaja lampu bertukar hijau, dia memecut keretanya menuju ke satu tempat.

            Dia sampai di sebuah kedai Molly’s Pops. Dia meletakkan keretanya betul-betul di hadapan kedai tersebut. Setelah itu dia melangkah masuk dan disapa oleh seorang wanita pertengahan umur yang ramah dan tersenyum menyambut kedatangan Jin Ah.

            “Selamat datang. Jin Ah ssi?” Ucap wanita itu.

            “Ya saya. Ahjumma masih ingat dekat saya?” Tanya Jin Ah sebelum menunduk hormat kepada wanita itu.

            “Mestilah. Muka kamu dari kecil sampai sekarang tak pernah berubah. Eh, ada perubahannya… kamu bertambah cantik dan matang tetapi tetap comel macam dulu,” puji wanita yang bernama Kim Shin Hye itu.

            Jin Ah tersipu malu. “Ada-ada je lah ahjumma ni. Segan saya,”

            “Apa yang nak disegankan? Dah memang betul. Ha, nak perisa macam biasa ke?”

            Jin Ah mengangkat mukanya merenung wajah tua Kim Shin Hye. “Ahjumma ingat lagi ke perisa kegemaran saya? Wah.. Daebak..” ucap Jin Ah tidak percaya.

            “Mestilah. Strawberry wine kan? Kamu dan kakak kamu kan pelanggan tetap ahjumma dulu,”

            Tiba-tiba hati Jin Ah menjadi sayu. Wajahnya berubah apabila Kim Shin Hye menyebut perisa kegemaran dan tentang kakaknya. Shin Hye perasan akan perubahan riak wajah Jin Ah yang tiba-tiba itu.

            “Maaf kalau ahjumma buat kamu kesal. Tapi kalau kamu tak kisah apa sebabnya kamu kesal, sweet heart?” Tanya Kim Shin Hye lembut.


Shin Hye merenung wajah suci Jin Ah yang sudah memerah itu. Perlahan-lahan dia menyentuh bahu Jin Ah.

            “Ahjumma bersimpati terhadap kamu, nak. Hmmm.. Jadi, itulah sebabnya kamu jadi prosecutor?”

            Jin Ah mengangguk sambil menggenggam tangan Shin Hye. Wanita itu mengangguk sambil merenung muka Jin Ah. Walaupun dia bukan darah daging gadis itu namun Jin Ah dan kakaknya adalah pelanggan tetap kedai ais krimnya sejak berbelas tahun dahulu malah ibu mereka juga merupakan kawan baiknya. Jadi dia sudah menganggap dua orang anak Park Hyun Ah seperti anak-anaknya juga.

            Tetapi hubungan mereka terputus sejak kejadian 13 tahun dahulu. Sejak itu Jin Ah dan kakaknya tidak pernah mengunjungi kedai ais krimnya. Dia mendapat berita bahawa Hyun Ah telah mati ditembak dan anak sulungnya iaitu kakak kepada Jin Ah telah hilang dan sampai sekarang masih tidak diketahui sama ada masih hidup ataupun sebaliknya.

            “Ahjumma, ais krim satu. Macam biasa. Dah lama sangat saya tak merasa ais krim ahjumma. Rindu gila ni,” ucap Jin Ah sambil tersenyum.

            “Tunggu sekejap ye. Ahjumma pergi ambilkan,” ucap Shin Hye sambil tersenyum seraya mengangkat punggungnya masuk ke dalam kedai untuk mengambil ais krim.

            Seketika kemudian dia keluar bersama dua batang ais krim Molly berperisa Strawberry Wine kegemaran Jin Ah. Jin Ah tersenyum lebar dan terus memakan ais krim tersebut. Habis satu batang dia mengambil batang yang kedua. Berselera sungguh dia makan ais krim. Malumlah sudah 13 tahun dia tidak merasa ais krim tersebut. Shin Hye tersenyum melihat Jin Ah makan ais krim tersebut.

************************************************************************************************************************
            Seung Hwa khusyuk menaip dan bebola matanya sesekali tertancap pada skrin laptop dan papan kekunci. Seketika kemudian dia tersenyum sinis seraya melekapkan headphone yang tergantung di lehernya ke telinga.

            “Seung Hwa dah berjaya kawal CCTV. Oppa kena cepat sebelum ada orang perasan,” ucapnya.

            Hongbin mengangguk. Dia mengeluarkan kaca mata hitamnya dari poket seluar. Setelah memastikan bahawa dirinya tidak akan disyaki melalui cermin yang berada di sebelahnya, dia mula melangkah dengan selamba memasuki pejabat SM Company itu.

            “Saya nak jumpa dengan Datuk Yook Hyun Jin,” ucap Hongbin selamba kepada seorang pekerja di situ.

            “Encik ada appointment dengan Datuk ke?” Tanya pengurus tersebut.

            “Tak perlu appointment saya ada kecemasan nak berjumpa dengan dia,”

            “Tapi….”

            “Cakap dengan dia saya nak jumpa dengan dia sekarang. Palli!” Hongbin mula meninggikan suara.

            Perempuan itu terketar-ketar menekan telefon yang menghubungkan talian ke pejabat Yook Hyun Jin. Hongbin sabar menunggu. Seketika kemudian perempuan itu mengangkat muka seraya menunjukkan jalan menuju ke pejabat Yook Hyun Jin. Tanpa mengucapkan terima kasih, Hongbin terus sahaja melangkah mengikut jalan yang ditunjuk tadi.

            Hongbin melangkah masuk ke dalam pejabat Yook Hyun Jin yang agak besar itu. Hyun Jin bangun dan memandang Hongbin dengan kaget.

            “Awak ni siapa?”

            “Aku…. Malaikat maut yang akan menjemput kau….” Balas Hongbin sinis sambil mundar-mandir di pejabat itu.

            Dia memerhatikan seluruh ruang pejabat tersebut dan terpandang sebuah CCTV yang terletak di penjuru belakang belah kanan pejabat tersebut. Dia tersenyum kepada CCTV itu. Seung Hwa hanya merenung Hongbin. Apabila mata mereka bertaut seketika, Seung Hwa berdehem beberapa kali. Hongbin tersenyum sedikit kemudian menumpukan perhatian kepada Yook Hyun Jin.

            “Kau ni gila ke? Macam mana kau boleh masuk ke sini?”

            “PA kau yang benarkan aku masuk,”

            “Kau nak apa sebenarnya?!” Yook Hyun Jin menghentak meja. Bengan dengan Hongbin yang nampak seperti acuh tak acuh sikapnya.

            “Kan aku dah cakap aku ni malaikat maut,”

            Hongbin mengeluarkan sepucuk pistol dari poket jaketnya. Yook Hyun Jin kaget melihat sepucuk pistol yang dihalakan tepat ke dahinya. Dia semakin terketar-ketar melihat wajah serius Hongbin. Bila-bila masa je Hongbin boleh melepaskan tembakan. Dengan tangan yang terketar-ketar, Yook Hyun Jin menekan telefon yang berada di sebelahnya. Dia menghubungi pembantu peribadinya tanpa disedari oleh Hongbin.

            “Kenapa kau nak tembak aku?”

            “Entah. Aku Cuma terima arahan bunuh kau je,”

            “Dari siapa?”

            Hongbin hanya menjongket bahu sambil membuat muka mengejek. Tiba-tiba pintu pejabatnya diketuk dari luar. Hongbin dan Hyun Jin menoleh serentak ke arah pintu.

            “Bantuan datang?” Hongbin mengangkat keningnya.

            Yook Hyun Jin tidak menjawab. Dalam hatinya dia berharap sangat pembantu peribadinya menelefon polis dan menangkap orang gila ini. Dia sedang berada di antara hidup dan mati sekarang ini.

            Tidak semena-mena, Hongbin melepaskan tembakan. Hanya bunyi angina yang kedengaran kerana bunyi tembakan sudahkpun diserap oleh silencer. Serta-merta Yook Hyun Jin rebah di situ dengan kepalanya berlumuran darah.

            “Datuk!” Pembantu peribadi Yook Hyun Jin membuka pintu pejabat.

            Dia kelihatan cemas kerana tidak mendapati Yoo Hyun Jin di mana-mana. Matanya meliar mencari kelibat datuk itu sambil memanggil-manggil namanya. Dia bergerak ke meja kerja Hyun Jin dan mendapati Hyuk Jin sudah terbaring kaku dengan berlumuran darah. Perempuan itu menjerit ketakutan. Dia cepat-cepat bangun dan keluar dari pejabat itu.

            Sebaik sahaja perempuan itu keluar, Hongbin yang bersembunyi di sebalik langsir keluar dan keluar mengikut tingkap. Perlahan-lahan dia memijak dan memaut pada apa-apa yang timbul di dinding luar bangunan tersebut. Setelah bersusah payah dan berhati-hati, barulah dia sampai ke bawah dan terus menghilangkan diri di sebalik orang ramai di jalan tersebut.

Sementara itu,
            Leo melarikan diri setelah melakukan pembunuhan. Dia berlari kerana dia hampir ditangkap oleh orang-orang yang berhampiran, mujur dia selamat setelah berusaha menyembunyikan dirinya namun beberapa orang telah mati ditangannya sendiri. Itulah yang telah diterapkan dalam dirinya. Bunuh. Sesiapa yang mengacau tugasnya sama ada bersalah atau tidak, bunuh!

            Sedang Leo berlari, kepalanya terasa pening yang berdenyut-denyut. Langkahnya juga semakin perlahan dan badannya menjadi lemah kerana sakit kepala yang sangat berdenyut-denyut itu. Dia menjadi terhuyung haying ketika berjalan. Penglihatannya menjadi kabur dan menjadi bergandar. Dia bersandar di dinding sebuah premis. Di situ dia mengetuk kepalanya beberapa kali untuk menghilangkan pening.

            “Hey! Are you okay?” Tanya seseorang.

            Leo mengangkat wajahnya namun dia tidak dapat melihat rupa sebenar orang yang menyapanya kerana pandangannya sungguh teruk. Leo menggeleng. Hongbin ingin menyentuh bahu Leo tetapi Leo pantas menepis tangannya dan dia mula bergerak menjauhi Hongbin. Leo berjalan pergi dari situ.

            “Hoi!” Panggil Hongbin.

            Tetapi tidak diendahkan oleh Leo yang sudahpun berjalan jauh tetapi masih terhuyung haying. Hongbin hanya mampu melihat Leo sehingga dia hilang dari pandangan.

            “Siapa, oppa?” Tanya Seung Hwa.

            “Tak tahu. Dia macam sakit tapi oppa nak tolong dia, dia tak nak pula. Lantaklah,”

            Seung Hwa hanya terangguk-angguk. Hongbin melangkah pergi dari situ menuju ke hotel penginapan dia dan Seung Hwa. Setelah sampai di pintu biliknya, dia menanggalkan Bluetooth di telinganya seraya melangkah masuk ke dalam bilik setelah Seung Hwa membuka pintu.

************************************************************************************************************************

            Leo terbaring di atas katil rumahnya. Matanya terpejam rapat menahan kesakitan. Agak lama dia berkeadaan begitu. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia begitu. Seketika kemudian sakit kepala itu beransur hilang perlahan-lahan. Keadaan Leo semaik baik tetapi dia masih lemah. Leo membuka mata perlahan-lahan dan merenung kipas siling yang ligat berputar. Angina dari kipas itu sedikit sebanyak dapat menyejukkan badannya.

            Nafasnya sudah semakin stabil. Tiba-tiba banyangan seorang budak lelaki bermain di tubir matanya.

            “Taekwoon?” bisiknya.

            “Siapa kau ni? Kenapa selalu datang dalam mimpi aku? Arghh!!” Leo menggenggam cadara sambil memejamkan matanya.


            Dia tidak dapat berfikir. Biarlah siapa pun Taekwoon tu, bukan ada kena-mengena dengan dirinya! Fikir Leo. Seketika kemudian dia tertidur. Entah macam mana, tidurnya lena persis seorang bayi. Dengkuran halus kedengaran. Sudah lama Leo tidak tidur lena seperti itu sejak berbelas tahun dahulu.

No comments: