There Is No Tomorrow ~ CHAPTER 4



            “Hahahaha!!!” James ketawa besar melihat seorang lagi musuhnya tumbang di tangan Leo. Tidak sia-sia dia melatih dan melakukan brainwash terhadap Leo selama ini. Kerjanya menjadi mudah dengan adanya Leo. Tidak lupa dia untuk memberi ganjaran kepada Leo setiap kali dia selesai melaksanakan tugasnya. Itulah agendanya, bunuh semua musuhnya supaya dia dapat menguasai politik dan semua harta syarikat.

            Dia mencapai telefon bimbitnya. “Buat masa ni aku bagi kau berehat dulu. Tentu kau rasa penat kan. Habuan kau seperti biasalah. Kau guna je duit tu untuk berhibur. Cari perempuan mungkin, sebab dah lama kau kesepiankan. Okay, nanti ada lagi aku call kau. Selamat bercuti.”

            Leo mencampakkan telefon bimbitnya di atas katil. Dia mencebik seraya menghempaskan badannya di atas katil dan memandang siling. Tidak lama kemudian kedengaran loceng pintu dibunyikan. Leo bingkas bangun dan menuju ke pintu. Dia melihat melalui cermin kecil di pintu dan apabila mendapati tiada sesiapa, Leo membuka pintu dan terlihat bungkusan coklat di kakinya.

            Dia menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum mengambil bungkusan itu dan cepat-cepat menutup semula pintu biliknya. Dia membuka bungkusan itu dan mengeluarkan beberapa ikat wang yang banyak kemudian dia memasukkan semula wang itu ke dalam bungkusan. Dia memasukkan bungkusan itu di dalam beg galasnya sebelum merebahkan semula badannya di atas katil.

**************************************************************************************************************************
            “Macam mana dengan kes pembunuhan tu?” Tanya Shin Dong Wook.

            “Masih dalam siasatan, appa. Pembunuh di licik dan cekap. Dorang… tak… mungkin dia… hmmm… tak membunuh secara dekat. Melalui laporan bedah siasat, tembakan dilakukan beberapa meter dari mangsa berdasarkan kedalaman peluru itu,”

            “Diaorang? Dia? Berapa orang pembunuhnya?”

            “Itulah yang kami tak pasti, appa. Berkemungkinan seorang dan kemungkinan lain lebih dari seorang,”

            “Hmm.. Dia penembak tepat tak,”

            “Itulah yang kami fikir,”

            Shin Dong Wook terdiam. Dia mengurut dagunya sambil berfikir. Jin Ah memandang ayahnya yang sedang berfikir.

            “Appa…” Dia memeluk tangan ayahnya itu.

            “Appa buat apa? Appa tak perlu fikir pasal kes ni. Biar Jin Ah yang selesaikan. Lagipun kan appa dah bersara,”

            Shin Dong Wook ketawa sambil menepuk-nepuk bahu Jin Ah perlahan. “Itulah. Dah tua kan. Kadang-kadang appa lupa yang appa ni dah bersara. Mungkin sebab dah biasa dengan kerja lama dan anak appa pun sama macam appa sebab tu appa masih terbawa-bawa,”

            “Appa berehatlah. Jin Ah pun nak naik tidur ni. Good night appa,” ucap Jin Ah seraya mengucup pipi tua Shin Dong Wook.

            Shin Dong Wook mengangguk sambil melihat Jin Ah melangkah menaiki tangga. Kemudian pandangannya teralih kepada sebuah potret gambar keluarga. “Jagiya, awak mesti bangga dengan anak kita ni. Dia dah besar sekarang dan kerja macam appa dia juga. Kan bagus kalau awak masih bersama. Hmmm…” Dia merenung wajah seorang perempuan yang sedang mendukung seorang bayi. Isterinya, Kim Eun Mi yang sedang mendukung Jin Ah yang masih kecil ketika gambar itu diambil.

            Kemudian matanya teralih kepada seorang budak perempuan yang berdiri di sebelahnya. “Kau mana kau sekarang, nak? Appa harap kau masih hidup dan tak apa-apa,” ucap Shin Dong Wook sambil merenung wajah comel budak perempuan itu.

*************************************************************************************************************************

            Seung Hwa menggeliat di atas katil dan membuka matanya sedikit. Dia menoleh ke sebelahnya dan mendapati Hongbin tiada di situ. Dia tidak kisah dan terus sahaja memejamkan matanya semula. Tiba-tiba satu tangan kasar menarik selimutnya dengan agak kuat.

            “Yah!!”

            Mulutnya ditekup dengan kasar itu. Dia terkejut besar dan membuka matanya luas. Hongbin duduk disebelahnya sambil menyuruhnya diam. Perlahan-lahan Hongbin menjatuhkan tangannya dari mulut Seung Hwa.

            “Oppa, wae?” Tanya Seung Hwa dalam keadaan berbisik.

            “Polis. Diaorang cari kita. Cepat salin baju, kita pergi dari sini,” balas Hongbin.

            Seung Hwa mengangguk dan terus sahaja mengambil pakaiannya dan masuk ke dalam bilik air. Tidak lama kemudian dia keluar dan mendapati Hongbin telah pun mengemas semua barang dan mencampakkan beg galas kepadanya. Mujur dia sempat menangkapnya. Hongbin memegang tangan Seung Hwa erat dan membuka pintu bilik perlahan-lahan. Setelah memastikan tiada sesiapa yang nampak mereka, mereka melangkah keluar dengan pantas tanpa mengeluarkan bunyi.

            “Oppa, kenapa polis dekat sini?” Tanya Seung Hwa berbisik.

            Mereka berjalan beriringan dengan muka selamba untuk mengelakkan disyaki sesiapa. “Seseorang dah nampak oppa masuk hotel ni semalam. Jadi pihak polis dan buat siasatan kat sini. Ini berdasarkan apa yang oppa dengar dari pekerja hotel tu,” terang Hongbin.

            Seung Hwa mengangguk faham. Dia memegang erat tangan Hongbin dan berjalan menuruni tangga. Semasa dalam perjalanan menghampiri lobi, mereka terserempak dengan beberapa orang anggota polis. Hongbin menggenggam erat tangan Seung Hwa dan membuat selamba. Anggota polis itu merenung mereka dengan agak lama. Tetapi Seung Hwa dan Hongbin masih dengan riak wajah selamba.

            Sehinggalah mereka berselisihan dengan anggota polis itu, tetapi mereka tidak mensyaki apa-apa dan terus sahaja melepasi Hongbin dan Seung Hwa. Mereka berjalan menuju ke tingkat-tingkat seterusnya di dalam hotel tersebut. Hongbin dan Seung Hwa terus sahaja ke kaunter dan mendaftar keluar.

            Mereka berdua sudah jauh meninggalkan hotel tersebut. Barulah Seung Hwa menarik nafas lega. Hongbin membawa Seung Hwa sehinggalah mereka sampai di sebuah kedai runcit.

            “Seung Hwa, tunggu sini kejap. Oppa nak beli air. Nak apa-apa tak?” Tanya Hongbin.

            “Macam oppa,”

            “Okay,”

            Hongbin melangkah masuk ke dalam kedai runcit sementara Seung Hwa tunggu di luar kedai itu. Sementara menunggu Hongbin, Seung Hwa disapa oleh seorang lelaki. Lelaki itu tersenyum memandangnya tetapi dia tidak membalas senyuman lelaki itu.

            “Cik, boleh tunjukkan saya kat mana panggung wayang tak?” Tanya lelaki itu.

            “Maaflah. Saya bukan orang ni,” balas Seung Hwa jujur.

            “Oh. Takpelah. Terima kasih ye,” ucap lelaki itu sambil menunduk sedikit kemudian beredar pergi.

            Hongbin keluar dari kedai runcit dengan dua buang beg plastic. Dia ternampak Seung Hwa berbual dengan lelaki tadi. Matanya mengekori langkah lelaki itu dengan tajam kemudian beralih semula kepada Seung Hwa.

            “Siapa lelaki tu?”

            Seung Hwa berkalih dan memandang Hongbin. “Dia minta tunjuk panggung wayang tapi Seung Hwa tak tahu,”

            Hongbin mengangguk kemudian dia memeluk bahu Seung Hwa. Seung Hwa pula memeluk pinggang Hongbin. Mereka berdua berjalan meninggalkan kedai runcit tersebut.

**************************************************************************************************************************

            Leo memeriksa kelonsong peluru pistolnya. Hari itu, dia tidak diberikan sebarang arahan bunuh oleh James jadi dia hanya berehat sepanjang hari di dalam bilik hotel yang disewanya. Dia berdiri di balkoni biliknya sambil termenung jauh. Dia mengenakan cermin mata hitam untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku memandangkan hari masih siang. Dia membiarkan angina petang itu menampar badannya. Fikirannya jauh merewang ke peristiwa 14 tahun lalu.

            Dia yang pengsan dibawa masuk ke dalam sebuah bilik oleh seorang lelaki yang berumur hampir mencecah 30 tahun. Di situ dia dibaringkan di atas katil. Badan kecilnya dibaringkan dan diselimutkan. Dia tidur nyenyak di atas katil.

            Sejam selepas itu, dia terjaga dari tidurnya. Suasana di tempat dia berada sekarang sangat berbeza. Dia terpinga-pinga cuba mengingati sesuatu namun tidak boleh. Dia menjadi blur. Tidak lama kemudian masuk seorang lelaki berumur hampir mencecah 30 tahun dengan dulang di tangannya. Lelaki itu menghadiahkan dia sebuah senyuman seraya menghampirinya.

            “Pak cik ni siapa? Saya dekat mana? Mana mak dengan ayah saya? Kakak saya? Apa dah jadi dekat saya?” Bertubi-tubi soalan keluar dari mulutnya.

            “Sabar, sabar. Satu persatu,” ucap lelaki itu sambil meletakkan dulang makanan di atas kaki budak lelaki itu.

            Budak lelaki itu merenung lelaki itu tanpa bersuara.

            “Nama uncle James. Kau tak ingat apa yang terjadi dekat kau?” Tanya lelaki yang dikenali sebagai James.

            Budak lelaki itu menggeleng. James mengeluh halus. Wajahnya berubah sayu kemudian dia mengangkat muka dan merenung wajah polos budak lelaki di hadapannya. Tanya ringan sahaja menyentuh pipi budak lelaki itu tetapi budak itu mengelak. James hanya tersenyum sedikit.

            “Keluarga kau dibunuh…. Depan mata kau sendiri. Kau tak ingat?” Terluah juga kata-kata itu dari mulut James. Sesuatu yang sangat perit dan berkemungkinan tidak dapat ditermia oleh budak lelaki itu.

            Seperti yang dijangka, budak lelaki itu bertindak di luar kawalan. Dia bergerak dengan kasar sehingga berterabur bubur dan air dari dulang tersebut. James tidak terkejut dengan reaksi yang diterimanya. Budak lelaki itu meluru ke arah James dan menggenggam bahunya.

            “Aku kat mana?! Aku nak jumpa keluarga aku!” Suara budak lelaki itu meninggi. Mukanya sudah memerah termasuk matanya yang sudah bergenang.

            “”Sabar… Kau bukan dekat Korea lagi. Dan kalau kau balik sana pun kau bukannya dapat berjumpa dengan mereka. Mereka dah mati. Sekarang kau dekat rumah aku. Dekat America,” jelas James tenang.

            Air mata budak itu gugur juga. “Macam mana aku boleh sampai sini? Aku nak balik!” Dia melepaskan bahu James dan meluru turun dari katil ingin melangkah keluar. James sempat mencekak pergelangan tangan budak itu.

            “Kau duduk sini. Jangan nak pergi mana-mana,” James menoleh badan budak lelaki itu ke katil semula.

            Budak lelaki itu tertap berdegil. Buat seketika James dan budak itu bergelut dan akhirnya secara tiba-tiba budak lelaki itu semakin lemah dan seketika kemudian dia tidak sedarkan diri. James memangku badan budak lelaki itu dan dibaringkan di atas katil. Dia memandang picagari yang berada di tangannya. Itulah yang akan dilakukan jika budak itu bertindak di luar kawalan. Suntik ubat penenang. Setelah memastikan budak itu tertidur, James keluar dari bilik itu.

**************************************************************************************************************************

            Alexander duduk diam di pejabatnya. Dia menompang dagu dengan kedua-dua tangannya dan hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba pintu pejabatnya diketuk seseorang. Setelah diberi arahan untuk masuk, orang itu masuk.

            “Newspaper, sir,” ucap seorang perempuan muda yang memakai blouse merah dipadankan dengan skirt merah jambu paras lutut.

            Dia menyerahkan surat khabar tersebut kepada Alexander. Setelah itu dia beredar dan menutup semula pintu pejabat tersebut. Alexander mengambil surat khabar itu dan membaca tajuk utama berita yang disiarkan. Dia membaca satu-persatu tulisan hangul yang tertaip di situ. Dia memang sengaja menyuruh stafnya untuk membeli surat khabar Korea malah dia juga fasih berbahasa Korea dan membaca hangul. Setelah membaca berita utama itu dia tersenyum sinis.

            “Tak sia-sia aku latih dan ajar korang selama ini. Korang memang boleh dipercayai. Just a perfect crime. Yeah. Prefect crime! Hahahaha!!” Alexander ketawa besar dan semakin galak.

            Ketawanya terhenti apabila pintu pejabatnya diketuk sekali lagi. Terjegul wajah perempuan muda tadi dari sebalik pintu.

            “You have an appointment with Mr. David this afternoon sir,” lapor setiausaha Alexander yang bernama Maria.

            “Thank you,” ucap Alexander.

            Tidak lama selepas itu, Maria beredar. Alexander mencapai telefon bimbitnya. Dia menelefon seseorang dan mengarahkannya untuk bank in duit ke akaun Hongbin sebanyak 3,266,666 won. Dia mengangguk kemudian mematikan talian. Dia kembali ke mejanya dan mula melakukan kerjanya semula.

**********************************************************************************************************************

            “Unnie…. Unnie…. Unnie….” Kedengaran sayup-sayup suara seorang perempuan memanggil seseorang.

            Tetapi suara itu terasa begitu dekat dengannya. Seung Hwa membuka mata dan mendapati suasana gelap gelita. Serta-merta nafasnya tercungap-cungap. Jantungnya berdegup laju.

            “Oppa… Hongbin oppa…” Panggilnya berkali-kali. Dia berasa begitu takut dengan suasana yang gelap gelita itu. Langsung tak boleh nampak apa-apa hatta tapak tangannya pun dia tidak nampak.

            Dia berasa semakin takut apabila Hongbin tidak menyahut panggilannya. Dia mula menitiskan air mata sambil memeluk kedua-dua lututnya. Dia bersandar di kepala katil sambil menangis teresak-esak.

            “Hong…bin… op….pa…” Panggilnya lagi sambil teresak-esak.

            “Ta…kut….” Dia menyembamkan mukanya di lutut dan menangis lagi teresak-esak.

            Agak lama dia berkeadaan begitu dengan esak tangis yang semakin kuat. Tiba-tiba satu tangan menyentuh bahunya. Dia yang begitu terkejut menjerit sekuat hati dan menangis lagi. Dia menangis dengan kuat sambil terketa-ketar.

            Tiba-tiba lampu dinyalakan. Bilik itu menjadi terang benderang. Hongbin menghampirinya yang masih menangis teresak-esak. Hongbin terus memeluk tubuhnya dengan erat.

            “Kenapa ni sayang?” Tanya Hongbin dengan lembut sambil membelai rambut Seung Hwa.

            Seung Hwa tidak menjawab kerana dia masih berada dalam ketakutan. Sedu sedannya masih kedengaran. Dia memeluk erat badan Hongbin dan menangis di dada lelaki itu. Hongbin membiarkan Seung Hwa bertenang dahulu.

            “Ke…na…pa… gelap?” Soal Seung Hwa.

            Barulah Hongbin tahu kenapa Seung Hwa menangis begitu. Tiba-tiba rasa bersalah menebal dalam dirinya. Hongbin mengusap rambut dan belakang Seung Hwa.

            “Oppa minta maaf,” ucapnya perlahan.

            Seung Hwa berhenti menangis dan mendongak memandang Hongbin. Hongbin mengesat sisa air mata di pipi Seung Hwa. Dia merenung mata Seung Hwa yang hampir bengkak kerana menangis.

            “Oppa tak boleh tidur malam tadi. Sebab tu oppa tutup lampu bagi gelap. Oppa tengok Seung Hwa dah tidur nyenyak jadi oppa tutup je lah lampu. Tak tahu pula Seung Hwa akan terjaga. Mianhae,” terang Hongbin sambil membelai pipi Seung Hwa.

            Seung Hwa terangguk-angguk. “Seung Hwa mimpi….” Hongbin merenung wajah Seung Hwa dan menunggu dia menyambung semula.

            “Ada orang panggil Seung Hwa….”

            “Siapa?” Seung Hwa menggeleng. “Dia tak panggil nama tapi dia panggil ‘unnie’ dan Seung Hwa dapat rasa yang dia panggil Seung Hwa,” cerita Seung Hwa.


            “Ohh.. Mimpi je tu. Dah. Sambung tidur balik. Oppa tak tutup lampu lagi,” ucap Hongbin sambil menolak perlahan badan Seung Hwa supaya baring. Dia menyelimutkan badan Seung Hwa dan turut berbaring di sebelah Seung Hwa. Seung Hwa memeluk pinggang Hongbin dan terus memejam mata. Dia tertidur semula. Begitu juga dengan Hongbin.

No comments: