There Is No Tomorrow ~ CHAPTER 3


            Leo mengekori langkah Kwon Hyuk Myeon dengan berhati-hati tanpa mengeluarkan bunyi dan langsung tidak disedari oleh lelaki separuh umur itu. Belum masanya lagi untuk dia bertindak. Buat masa itu dia hanya memerhatikan gerak langkah lelaki itu sehinggalah mereka berdua sampai di rumah seseorang. Leo bersembunyi di sebalik pokok yang berdekatan. Masa inilah dia bersedia untuk bertindak.

            Lelaki itu berbual seketika dengan seorang perempuan muda yang berpakaian seksi. Leo tidak ambil peduli siapa perempuan itu. Dia hanya focus kepada Kwon Hyuk Myeon. Sebelum mereka berdua masuk, lebih baik Leo selesaikan tugasnya.

            Leo menetapkan sasarannya, iaitu tepat di jantung lelaki itu. Setelah tetap sasaran, Leo menarik picu pistolnya.

            Zupp!!

            Desir angin sahaja yang kedengaran apabila butir peluru itu membelas udara. Peluru itu terbenam masuk melalui jantung Kwon Hyuk Myeon. Serta-merta lelaki itu rebah ke tanah sambil memegang dadanya. Dia muntah darah. Perempuan yang bersamanya menjerit ketakutan. Tetapi tidak lama, satu lagi peluru menujah dada perempuan itu tepat di jantung. Perempuan itu rebah ke tanah bersebelahan Kwon Hyuk Myeon.

            Leo membalut pistolnya dengan tuala sebelum memasukkannya di dalam poket jaket. Tugasnya untuk malam ini sudah selesai. Dia beredar dari situ tanpa perasaan.

*********************************************************************************************************************************************
            Pihak polis mengerumuni kawasan kediaman di sekitar jalan Changdomyeon. Seorang lelaki dan seorang perempuan ditembak mati pada malam semalam. Mayat mereka dijumpai oleh jirannya yang keluar dari rumah untuk menyidai kain. Orang ramai berada di situ termasuklah Shin Jin Ah dan Puan Yoon Min Kyung. Wanita itu menangis teresak-esak sambil dipujuk oleh Jin Ah. Tidak lama kemudian Jin Ah berjumpa dengan seorang anggota polis yang bertugas di situ.

            “Prosecutor Shin,” ucap anggota polis itu sambil tabik hormat kepada Jin Ah.

            Jin Ah hanya mengangguk. Kemudian dia memandang ke arah dua mayat yang dibawa pergi. Pegawai itu faham dengan pandangan Jin Ah.

            “Mayat mereka ditemui pagi tadi oleh salah seorang jiran perempuan itu. Punca kematiannya seperti yang dapat dilihat, mereka ditembak tepat di jantung dan kedua-dua mangsa mati serta-merta,” lapor pegawai itu.

            Jin Ah mengangguk faham. “Kami akan jalankan bedah siasat,”

            “Dapatkan jenis peluru yang digunakan supaya kita dapat kesan pistol jenis apa yang pembunuh gunakan,”

            “Baik!”

            Jin Ah beredar dari pegawai itu membiarkan dia menjalankan tugasnya. Jin Ah menghampiri Puan Yoon yang masih lagi meratapi pemergian suaminya. Di sebalik tangisannya, dia menyembunyikan senyuman yang tiada siapa yang nampak.


PUAN Yoon duduk berhadapan dengan seorang anggota polis yang berpangkat Inspektor iaitu Inspektor Junsu. Dia serius mengambil keterangan daripada Puan Yoon tentang suaminya.

            “Tolong tangkap pembunuh suami saya tu tuan!” Rayu Puan Yoon sambil menangis teresak-esak.

            “Anggota saya cuba sedaya upaya puan. Buat masa ni puan bersabar dulu,” pujuk Inspektor Junsu.

            Puan Yoon mengangguk sambil mengesat air matanya. Tidak lama kemudian dia beredar dari balai polis dan pulang ke rumah. Inspektor Junsu pula mengarahkan beberapa orang anak buahnya untuk menjalankan siasatan. Jin Ah berdiri di hadapan Inspektor Junsu. 

            “Oh Prosecutor Shin! Terkejut saya,” ucap Inspektor Junsu sambil mengurut dada.

            “Maaf,” ucap Jin Ah sambil tersenyum manis.

********************************************************************************************************************************************
           Seung Hwa terdiam melihat berita yang baru sahaja disiarkan pembaca berita sebentar tadi. Dahinya berkerut sambil tangannya sendiri digenggam erat. Hongbin yang baru keluar dari bilik air ternampak wajah Seung Hwa berkerut seraya melabuhkan punggung di sebelah Seung Hwa. Hongbin memeluk bahu Seung Hwa.

            “Wae?”

            “Siapa lagi pembunuh upahan yang ada?” Tanya Seung Hwa.

            Hongbin mengangkat kening sambil memandang Seung Hwa. Seung Hwa mengeluh lantas menceritakan tentang kes pembunuhan yang berlaku ke atas seorang tokoh korporat yang agak terkenal itu.

            “Jadi apa yang merisaukan sayang?”

            “Pembunuh tu buat kerja macam kita tapi yang berbeza, orang tu tembak dekat jantung tapi oppa dekat kepala,”

            “So?”

            “Aish!”

            Seung Hwa menolak tangan Hongbin seraya bangun menuju ke balkoni. Di situ dia berdiri menghadap ke luar hotel penginapan mereka. Angin pagi yang segar menampar lembut pipi Seung Hwa. Hongbin tersenyum seraya bangun dan mengekori Seung Hwa. Dia memeluk pinggang Seung Hwa dari belakang dan menongkat dagunya di bahu Seung Hwa.

            “Kenapa sayang?”

            “Sampai bila kita nak buat kerja ni?”

            Hongbin mengeluh perlahan. Matanya menjadi sayu mendengar soalan Seung Hwa. Seung Hwa menoleh sedikit, tetapi disebabkan muka mereka yang sangat dekat, pipinya berlaga dengan hidung Hongbin. Dia mengusap lembut tangan Hongbin menunggu jawapan dari Hongbin.

            “Sampai semua dendam oppa terhapus,” balas Hongbin penuh dendam.

            “Tapi oppa, balas dendam takkan dapat hidupkan keluarga oppa semula,”

            Hongbin memandang Seung Hwa melalui ekor matanya. “Sekurang-kurangnya oppa dapat balas apa yang dorang dah buat kat keluarga oppa,”

            Seung Hwa hanya mengeluh perlahan. Hongbin mengalihkan wajahnya memandang Seung Hwa. “Sayang akan sentiasa bersama oppa kan?”

            “Mestilah,” Seung Hwa tersenyum sedikit seraya mengucup lama pipi Hongbin.

            Hongbin tersenyum lebar. Dia sangat menyayangi wanita itu. 15 tahun dia tinggal bersama Seung Hwa di rumah Alexander. Seung Hwa selalu menjadi temannya ketika dia sedih gembira ataupun marah. Seung Hwa setia bersamanya walau ke mana sahaja dan dialah yang selalu menyenangkan dan memadamkan kemarahannya. Selalu dia bersyukur kerana dipertemukan dengan Seung Hwa. Hongbin membelai rambut Seung Hwa dengan penuh kasih sayang.

************************************************************************************************************************************************
            Tiga das tembakan kedengaran kuat. Dia berlari laju ke luar rumah. Dia terpaku di muka pintu apabila melihat ibu, bapa dan kakaknya sudah terbaring kaku berlumuran darah.

            “O…mmaa… app…ppaa… noo…na….”

            Dia jatuh melutut di situ sambil melihat mayat keluarganya. Air matanya deras mengalir tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi. “Omma!!! Appa!!! Noona!!!”

            “Andwae!!!”

            Leo terjaga dari tidurnya. Jantungnya berdegup laju dan badannya dibasahi peluh. Dia mengesat air matanya yang mengalir sebentar tadi. Mimpi itu dirasakan seperti betul-betul berlaku. Leo menarik nafas panjang kemudian dihembuskan dengan kasar. Mimpi itu sering kali mendatanginya. Hatinya sakit apabila terkenangkan peristiwa pahit itu. Perkara itu menguatkan lagi niatnya mahu membalas dendam demi keluarganya.

            Dia berjalan menghampiri balkoni dan membuka langsir yang menutupi tingkap. Dia terlupa sesuatu iaitu cermin mata hitamnya. Sebaik sahaja langsir diselak, cahaya matahari terus menerjah masuk ke dalam biliknya dan mencucuk matanya. Dia menjerit kesakitan sambil menutup matanya dengan tangan dan terundur-undur ke belakang sehinggalah dia terlanggar katil dan jatuh terlentang di atas katil. Dia tidak sedarkan diri.

            “Taekwoon ah,”

            Seorang budak lelaki yang dipanggil Taekwoon menoleh dan tersenyum kepada perempuan yang 3 tahun lebih tua daripadanya. Dia berjalan mendapatkan perempuan itu. Tiba-tiba perhatiannya teralih kepada sesuatu, dia tersenyum lebar. Dia lantas menarik tangan perempuan itu.

            “Noona, palli. Kita pergi sana. Palli palli,” kata Taekwoon dengan teruja.

            Perempuan itu tersenyum sambil mengikut langkah Taekwoon yang menarik tangannya. Seketika kemudian mereka sampai di tempat itu. Taekwoon terus sahaja mencangkung dan mengusap bulu beberapa ekor anak kucing yang sedang bermain. Dia tersenyum lebar apabila anak-anak kucing itu bermanja dengannya.

            “Taekwoon ah, kucing ni suka dengan Taekwoon. Untungnya,” ucap perempuan itu sambil menyamakan parasnya dengan Taekwoon.

            “Nae. Noona, Taekwoon nak bawa kucing-kucing ni balik rumah. Dapat main-main lagi,”

            Noonanya menggeleng. “Taekwoon, mereka masih kecil lagi. Mereka perlukan ibu mereka. Kalau sebesar ni mereka masih menyusu lagi. Kalau Taek pisahkan mereka dengan ibu mereka tentu mereka sedih. Saya macam Taek, kalau Taek kena bawa dengan orang lain jauh dari omma, apa Taek rasa?”

            “Sedih,” jawab Taekwoon sepatah sambil matanya masih bersinar-sinar melihat kucing itu.

            “Macam tu lah dengan mereka. Kucing pun ada perasan tau Taekwoon,” katanya lagi sambil memandang wajah suci adiknya. Satu-satunya adik yang dia ada dalam dunia ni.


DIA membuka mata. Sinar mentari itu sudah berkurangan tidak diendahkan. Dia masih dalam keadaan berbaring menghadap siling. Dia meletakkan tangannya di dahi.

            “Siapa?”

            Tiba-tiba kepala Leo terasa amat sakit. Dia meramas rambutnya sambil meringkuk di atas katil. Beberapa minit kemudian barulah dia kembali pulih dari sakit yang sangat itu. Nafasnya tercungap-cungap. Kemudian dia menjerit kuat dengan mukanya ditekupkan ke bantal jadi suara jeritannya tidak kedengaran kuat sangat.

***********************************************************************************************************************************************
            Jin Ah merenung wajah Puan Yoon. Kesedihan dan air mata wanita itu sudah tiada lagi. Wajahnya lain dan tidak berperasaan. Puan Yoon datang berjumpa dengannya untuk berbincang mengenai sesuatu.

            “Suami saya dah mati sebelum awak sempat siasat pasal dia. Jadi sekarang awak tak perlu siasat lagi,” katanya sambil tersenyum sedikit.

            “Saya tahu yang dia ada anak dengan perempuan simpanan dia tu. Jadi, harta dia akan dapat juga dekat anak dia. Jadi, saya nak minta bantuan awak supaya saya menang kes pembahagian harta itu supaya saya dapat semua harta suami saya,”

            Jin Ah terdiam. Geram pun ada. “Puan, saya ni pendakwa raya bukannya peguam bela puan. Jadi, saya minta puan cari seorang peguam bela untuk handle kes puan ni. Saya tak terlibat lagi kerana tugas saya untuk menyiasat kes jenayah je dan sebenarnya itu tugas penyiasat polis puan. Tolong faham kerja saya,” luah Jin Ah.

            Puan Yoon terdiam. Menelan air liurnya sendiri. Betul juga kata Jin Ah. Dia mengeluh. “Tak apalah. Terima kasih,” ucapnya seraya bangun dan beredar dari situ.

            Jin Ah menggeleng kepala melihat perangai Puan Yoon. Suami baru sahaja mati dah fikir pasal harta semua. Nampak sangat mata duitan. Nasiblah.

            Ketua pendakwa Jaejoong memanggil Jin Ah supaya ke biliknya sekarang. Jin Ah segera bangun dan menuju ke pejabat Chief Prosecutor Kim Jae Joong. Dia mengetuk pintu beberapa kali sebelum masuk dan berdiri di hadapan Jaejoong. Jaejoong menjemputnya duduk. Sebaik sahaja Jin Ah melabuhkan punggungnya, Jaejoong menyerahkan sekeping gambar – mangsa pembunuhan.

            “Lagi seorang,” keluh Jin Ah.

            Jaejoong mengangguk. Jin Ah memerhatikan betul-betul pada badan mangsa. Matanya membulat apabila terpandang sesuatu. Dia mengangkat wajahnya memandang Jaejoong.

            “Dahi. Kes sebelum ni dada,” ulas Jin Ah.

            “Saya pun terfikir pembunuh itu tembak secara rawak tapi ada beberapa kes yang macam ni dan beberapa lagi kes dekat dada tu. Dan mangsanya semua ahli korporat yang agak berjaya. Persamaannya ialah siapa mangsa itu tapi perbezaannya ialah sasaran tembakan. Tepat ke jantung dan tepat ke otak,” terang Jaejoong.

            “Saya fikir mungkin dua orang yang berbeza,”

            Jaejoong merenung Jin Ah meminta supaya diteruskan. “Seorang akan target jantung dan seorang lagi kepala. Cuma pendapat saya je. Mungkin juga pembunuh tu seorang je dan dia cuba mengelirukan pihak polis,”

            Jaejoong mengangguk. “Tak apa. Kita akan teruskan siasatan kes ni. Prosecutor Shin, awak ambil kes. Prosecutor No akan bantu awak. Kalau ada kes lain saya akan serah kepada orang lain. Awak dan Prosecutor No tumpukan pada kes ini je,”

            Jin Ah berdiri dan menabik. “Baik, Chief!” Jaejoong mengangguk. Kemudian Jin Ah beredar dari pejabat Jaejoong.


No comments: