There Is No Tomorrow ~ CHAPTER 2


            Leo mencelikkan matanya kemudian dia cepat-cepat menutup mukanya dengan selimut tebal. “Argh!” Leo menyerang kesakitan. Biji matanya sakit akibat terkena sinaran mentari yang terasa mencucuk-cucuk sehingga ke otak. Beberapa saat menahan sakit, akhirnya kesakitan itu mula menghilang. Dengan keadaan yang masih berlubung dengan selimut, Leo meraba-raba mencari cermin mata hitam yang diletakkan di meja kecil sebelah katil.

            Leo membuka selubung selimutnya dan berjalan ke tingkap seraya menarik langsir tingkap dengan agak kasar. Setelah itu dia terduduk semula di birai katil. Dia menanggalkan cermin matanya setelah keadaan bilik itu kembali gelap. Dia memicit-micit keningnya yang terasa pening.

            Leo merengus kasar memandang langsir tebal tersebut. Malam tadi dia tidak menutup langsir tersebut kerana berasa agak panas jadi dia hanya menutup tingkap dengan lapisan langsir yang agak nipis sahaja. Sebab itulah tadi sinaran mentari masuk ke dalam bilik.

            Tiba-tiba telefon bimbit Leo berdering. Tanpa melihat ID pemanggil Leo terus sahaja menjawab panggilan tersebut. Hanya kedengaran rengus halus Leo sahaja apabila dia menjawab panggilan tersebut.

            “Tidur nyenyak?”

            Leo merengus.

            Tidak lama kemudian dia mematikan talian seraya bangun dari katil. Dia mengambil sepucuk pistol lalu dimasukkan ke dalam poket kot. Setelah memastikan tiada apa yang tertinggal di dalam bilik hotel itu, Leo melangkah keluar dengan selamba.

            Dia turun dari hotel dan berjalan kaki sahaja menuju ke stesen bas untuk mencari teksi. Semasa dia berjalan, tiba-tiba seseorang merempuhnya dengan agak kuat. Terdengar suara rintihan orang itu yang sudah pun jatuh terjelopok di lantai. Leo menoleh sekilas ke arah orang itu. Seorang perempuan.

            “Mianhae. Saya tak sengaja. Saya nak cepat tadi,” ucap perempuan itu sambil menyapu debu yang melekat di skirtnya.

            Apabila mata mereka bertentangan, Leo terpaku namun cepat-cepat dia melarikan matanya dari terus ditatap oleh perempuan itu walaupun dia mengenakan cermin mata hitam. Tanpa bersuara, Leo terus sahaja berlalu pergi tanpa menghiraukan perempuan itu.

            Dia melihat Leo pergi tanpa berkata apa-apa. Dia mengeluh sambil mengutip semula fail yang terjatuh akibat perlanggaran tadi.

            “Bukan nak minta maaf ke apa ke. Main blah macam tu je,” rungutnya.

            “Jin Ah yah..”

            Minwoo berlari mendapatkan Jin Ah yang masih belum bangkit. Dia cepat-cepat membantu Jin Ah mengutip semula fail dan kertas yang berterabur tadi.

            “Macam mana awak boleh jatuh ni?”

            “Saya terlanggar seorang lelaki tadi. Lelaki pelik.. aish…” balas Jin Ah seraya bangun dan mengibas-ngibas skirtnya.

            “Lelaki pelik?” Minwoo menyerahkan fail itu kepada Jin Ah semula.

            “Pakai semua hitam termasuk kaca mata hitam. Lepas tu main blah macam tu je bukan nak minta maaf ke apa,”

            “Owh. Dah tak payah fikir fasal dia lagi. Jom masuk pejabat sekarang,”

            Jin Ah mengangguk seraya mula melangkah. Dia berjalan beriringan dengan Minwoo masuk ke dalam pejabat mereka.

**********************************************************************************
            Hongbin merangkak perlahan-lahan di dalam saluran udara di dalam hotel tersebut. Berbekalkan lampu suluh kecil, dia bergerak sehingga ke hujung.

            “Ada dua jalan ni. Nak ikut yang mana?” Tanya Hongbin sambil melekapkan earphone di telinganya.

            “Kanan,” balas Seung Hwa melalui alat perhubungan tersebut.

            Hongbin mengikut arahan Seung Hwa dan memilih lorong di sebelah kanan. Dia terus merangkak lagi mengikut alur ruang angin tersebut sehinggalah dia terjumpa satu jarring besi. Dia memerhati melalui jarring tersebut. Melilau matanya memerhatikan segenap bilik hotel itu mencari mangsanya.

            “Mana dia?”

            “Kat luar. Dalam masa 3 minit dia akan masuk,” balas Seung Hwa yang focus memerhatikan seorang lelaki yang berjalan hendak masuk ke dalam biliknya. Dia memerhatikannya melalui CCTV.

            Hongbin menunggu di ruang udara itu sambil memeriksa kelonsong peluru pistolnya. Silencer dipasang siap-siap. Setelah berpuas hati, dia bersiap siaga hendak meletupkan kepala lelaki itu.

            “Dia dah nak masuk….. dengan seorang perempuan…” lapor Seung Hwa.

            Hongbin diam. Dia menyembunyikan badannya dan hanya mengintai sedikit sahaja supaya kehadirannya tidak dikesan.

            Pintu dibuka. Lelaki tersebut masuk bersama seorang perempuan muda lagi seksi yang seringkali melentukkan kepalanya di bahu lelaki itu. Lelaki itu membawa perempuan itu ke katil. Beberapa kali perempuan muda itu mencium bibir lelaki separuh umur itu begitu juga dengannya.

            “Oppa! Tembak sekarang,” ucap Seung Hwa yang sudah hilang sabar. Meluat melihat aksi mereka berdua.

            Hongbin mengangguk perlahan. Dia menetapkan sasarannya iaitu kepala lelaki itu. Dia menutup sebelah matanya dan focus tepat pada kepala lelaki itu.

            Zupp!

            Hanya desis angin sahaja yang kedengaran apabila peluru dilepaskan. Serta-merta lelaki itu rebah dengan mukanya berlumuran darah yang mengalir dari dahinya. Dia menggelepur sejenak sebelum mati dengan keadaan mata terbuntang. Perempuan yang bersamanya menjerit ketakutan. Matanya melilau mencari-cari siapakah yang menembak lelaki tadi.

            Hongbin melarikan diri dari situ. Tetapi perempuan itu ternampak kelibat Hongbin dan segera berlari keluar sambil terjerit-jerit. Sementara Hongbin merangkak dengan cepat meninggalkan tempat itu.

            Tidak lama kemudian orang ramai mula berkerumun di bilik itu termasuk pemilik hotel tersebut. Pihak polis sudahpun di hubungi.

            “Saya nampak ada seseorang dalam ruang udara tu tadi,” kata perempuan itu sambil menunjuk ke arah ruang udara itu.

            “Arahkan pihak hotel tutup semula laluan ruang udara tu sekarang!” Arah pemilik hotel tersebut.

            “Oppa kena cepat. Dorang nak tutup setiap pintu ruang udara,” lapor Seung Hwa.

            Hongbin melajukan langkahnya lagi. Masuk laluan mengikut arahan Seung Hwa. Dia hanya fikir untuk menyelamatkan dirinya sahaja sebelum tertangkap.

            “Oppa, tingkat 2 dorang tak sampai lagi. Ikut kiri,”

            Hongbin mengikut sahaja arahan Seung Hwa tanpa berkata apa-apa. Berdentang-dentung bunyi besi ruang udara itu apabila dipijak Hongbin. Dia akhirnya sampai ke tingkat dua. Dengan pantas dia menanggalkan jarring itu dan masuk ke dalam bilik hotel tersebut. Kosong. Dengan pantas Hongbin menuju ke tingkap dan membukanya.

            “Berhenti!”

            Tanpa menoleh, Hongbin terus sahaja melompat keluar dari tingkap tersebut. Lelaki itu tidak sempat menghalang Hongbin yang telahpun melarikan diri. Hongbin berlari sepantas kilat menyusup di sebalik semak samun yang ada.

            Setelah pasti dia berada agak jauh dari hotel itu, barulah dia memperlahankan kayuhan langkahnya. Pantas sahaja dia menyelinap ke sana sini tanpa dikesan oleh sesiapa. Dia terus sahaja masuk ke hotel penginapannya dengan muka selamba seperti tiada apa yang berlaku. Ketika berjalan menuju ke bilik hotel, dia membetulkan semula system pernafasannya.

            “Nasib baik oppa okay,” ucap Seung Hwa seraya memeluk erat tubuh Hongbin.

            Hongbin mengusap lembut kepala Seung Hwa. “Ada orang perasan oppa tak?” Hongbin menggeleng. Dia menarik Seung Hwa duduk di atas katil. Hongbin terus sahaja merebahkan badannya di atas tilam yang empuk. Seung Hwa mula mengemas semula peralatannya sebentar tadi dan diletakkan di atas sofa.

            Seung Hwa membiarkan Hongbin terlelap sementara dia pergi ke dapur untuk membuat air. Tekaknya terasa haus sejak tadi. Kemudian dia duduk di sofa yang menghadap tingkap.

***********************************************************************************
            Leo terjaga dari tidur dalam keadaan tersentak. Peluh membasahi muka dan bajunya. Tercungap-cungap dia mendapatkan nafasnya semula. Sekali lagi dia mengalami mimpi buruk. Kenangan pahit kira-kira 16 tahun lalu menerjah otaknya lagi. Sudah banyak kali dia mengalami mimpi seperti itu. Leo meramas rambutnya beberapa kali.

            “Nightmare?”

            Leo mendongak dan mendapati seorang lelaki yang separuh umur berdiri di hadapannya dengan senyuman sinis. Leo terundur ke belakang sedikit sambil kepalanya tertoleh ke kiri dan ke kanan.

            “James?”

            “Mimpi ngeri tu datang lagi? Sebab tu kau kena balas dendam Leo. Balas dendam atas perbuatan mereka yang tak berperikemanusiaan tu. Hapuskan semua!” Kata lelaki yang dikenali sebagai James itu.

            Leo mengepal penumbuknya. Memang benar. Dia harus membalas dendam atas perbuatan mereka. Tiba-tiba loceng pintu dibunyikan. Leo agak terkejut dan cepat menoleh ke arah pintu.

            “Room service,” ucap pekerja hotel dari luar pintu.

            Leo hanya melemparkan keluhan halus. Kemudian dia berkalih semula ke arah James. Dia agak terkejut kerana James sudah tidak ada di situ lagi. Matanya melilau mencari kelibat James namun tidak kelihatan di segenap ruang bilik tersebut. Dia menghempaskan keluhan kasar sambil meraup mukanya. Leo berkhayal lagi.

            Leo tidak menunggu lama. Dia mencapai tuala dan masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Selepas itu dia terus keluar dari hotel tersebut. Selangkah sahaja dia keluar dari biliknya, telefonnya berdering.

            “Kwon Hyuk Myeon,”

            Leo mengangguk perlahan seraya mematikan talian. Leo melangkah dengan selamba menuju ke lobi hotel untuk membuat pendaftaran keluar hotel.

            “Cik, saya nak jumpa dengan Puan Yoon Min Kyung. Dia ada buat tempahan di ruang makan hotel ni tempoh hari,” kata Jin Ah kepada pekerja di kaunter itu.

            “Oh awak ni Cik Shin Jin Ah ye? Sebentar saya check,”

            Jin Ah mengangguk sambil menghadiahkan senyuman kepada pekerja itu. Leo yang berada di sebelah Jin Ah hanya mendiamkan diri. Jin Ah perasan akan Leo dan terus menoleh memandangnya. Dia agak terkejut.

            “Awak lelaki haritu,” kata Jin Ah sambil menuding jari ke arah Leo.

            Leo menoleh ke arah Jin Ah. Dia terpaku tetapi dia masih mengawal riak mukanya. Kemudian tanpa berkata apa-apa dia terus pergi dari situ setelah urusannya selesai. Jin Ah terpinga-pinga melihat Leo berjalan keluar dari hotel itu. Sekejap sahaja kelibatnya hilang di celah-celah orang ramai.

            “Cik,” panggil pekerja tersebut.

            Jin Ah memandang pekerja itu sambil tersenyum. Pekerja itu memberitahu di mana ruang makan yang ditempah oleh Jin Ah tempoh hari. Jin Ah mengangguk sambil mengucapkan terima kasih sebelum beredar ke ruang makan tersebut. Dia ada perjumpaan yang telah diatur beberapa hari lalu dengan Puan Yoon. Barulah hari ini Puan Yoon dan Jin Ah ada kelapangan untuk berjumpa.

            “Puan Yoon,” sapa Jin Ah ramah.

            Seorang wanita mendongak memandang Jin Ah kemudian dia bangun dan mempersilakan Jin Ah duduk. Jin Ah mengucap terima kasih sebelum duduk bertentangan dengan Puan Yoon. Puan Yoon tersenyum memandang Jin Ah.

            “Saya nak awak siasat tentang suami saya!” Ucap Puan Yoon tegas.

            Jin Ah tercengang. Dia memandang wajah Puan Yoon tanpa mengelipkan mata. Siasat tentang suami dia?

            “Ma… maaf.. Puan cakap apa tadi?”

            “Saya cakap saya nak awak siasat tentang suami saya. Saya tahu dia ada simpan perempuan dengan dia,”

            Betullah apa yang didengarinya tadi.

            “Tapi… saya…”

            “Awak kan penyiasat dan pendakwa raya. Saya nak awak siasat tentang suami saya dan dakwa dia dekat mahkamah,”

            Jin Ah mengeluh. Nampaknya Puan sorang ni dah salah gunakan kerjanya sebagai penyiasat dan pendakwa raya. Dia memandang muka Puan Yoon yang nampak berapi-api dan betul-betul ingin mendakwa suaminya. Jin Ah menghempaskan keluhan kasar lagi.

            “Baiklah. Siapa nak suami puan? Ada gambar dia?”

            Puan Yoon mengangguk sambil menyeluk tas tangannya dan mengeluarkan sekeping gambar lalu diserahkan kepada Jin Ah.

            “Nama dia Kwon Hyuk Myeon. Itu gambar dia,”

            Jin Ah mengangguk sambil menatap gambar yang diberikan. Kemudian dia memasukkan gambar tersebut di dalam tas tangannya.

            “Saya akan bayar awak berapa je asalkan awak jalankan tugas awak dengan baik,”

            Puan Yoon mengeluarkan sejumlah wang lalu diberikan kepada Jin Ah tetapi Jin Ah menghalangnya seraya menggeleng.

            “Puan boleh bagi upah saya selepas saya selesai lakukan tugas saya,” ucap Jin Ah.

            Puan Yoon mengangguk sambil memandang Jin Ah. Dia menyimpan semula wang itu di dalam tas tangannya. Kemudian dia mempelawa Jin Ah minum air yang telah dipesan tadi. Sebagai alas perut sahaja.

No comments: