Alunan muzik rancak dan suasana di
dalam kelab malam yang bingit. Setiap malam kelab malam itu tidak pernah sunyi
daripada pengunjung yang mahukan hiburan. Di tengah-tengah kelab malam itu
beberapa orang pengunjung yang begitu asyik menari mengikut rentak muzik yang
rancak, tidak kiralah yang tua, muda, perempuan ataupun lelaki. Masing-masing
bagaikan hanyut dalam alunan muzik tersebut.
Di celah-celah orang ramai itu,
seseorang yang berpakaian serba hitam duduk sambil memerhatikan di satu arah.
Suasana yang bingit itu langsung tidak mengganggunya. Air arak yang disediakan
di hadapannya langsung tidak disentuh. Tidak lama kemudian, seorang lelaki muda
menghampirinya dan menyentuh bahunya. Dengan senyuman yang terukir di bibir
lelaki itu, dia menyerahkan sekeping nota kepada orang itu. Kemudian dia terus
menghilangkan diri di sebalik orang ramai itu.
“Now!”
Dia merenyukkan nota tersebut lalu
membuangnya di dalam tong sampah seraya bangun dan mengemaskan kot labuhnya. Dengan
pandangan mata yang tajam berbinar, bebola mata hitamnya tertumpu ke arah
seorang lelaki separuh umur yang sedang rancak menari. Tidak lama kemudian
lelaki itu berhenti dan menghampiri bar. Apabila dia lalu di sebelah seseorang
itu, matanya terbuntang luas tiba-tiba. Terasa sesuatu yang menembusi perutnya.
Dia terus sahaja memegang perutnya
yang terasa perit dan mula mengalirkan cecair merah pekat. Dia merenung orang itu
dengan nafas yang tercungap-cungap. Sepucuk pistol kemas di dalam genggamannya
dan dihalakan ke perut lelaki itu. Orang itu terus mencabut semula pisau dari
perut lelaki itu dan terus sahaja beredar dari situ.
Sekejap sahaja suasana kelab malam
itu berubah riuh dengan pembunuhan lelaki tadi. Orang itu menghilang di sebalik
keriuhan pengunjung kelab malam tersebut.
************************************************************************
Dia memeriksa kelonsong peluru
pistolnya. Kemudian dia meletakkannya di atas meja kaca dan melihat pula
silencer yang sudah tersedia. Dia benda inilah rakan baiknya sejak 13 tahun
lalu. Dia bangun dari sofa dan menuju ke balkoni seraya menyelak langsir. Dia
merenung suasana di luar hotel itu.
“Tidak ada apa yang kau perlu takut.
Hidup ini memang terlalu kejam buat kau Hongbin, tapi kau masih diberi peluang
untuk hidup. Untuk membalas dendam!!”
Suara itu terngiang-ngiang di
telinga Hongbin. Dia mengepal penumbuk lalu menutup semula langsir tingkat
tersebut. Dia kembali ke sofa dan mencapai pistol dan silencer lalu di masukkan
di dalam poket jaketnya. Dia melangkah ke katil dan mengusap kepala seorang
perempuan yang tidur lena seperti bayi sebelum mengucup dahinya lembut.
“Oppa?” Perempuan itu mencelikkan matanya sedikit merenung
Hongbin.
“Oppa akan balik dalam masa 4 jam. Seung Hwa jangan pergi
mana-mana,” ucap Hongbin.
Seung Hwa hanya mengangguk perlahan dan menyambung tidur
semula. Hongbin menyelimuti badan Seung Hwa sebelum keluar dari hotel tersebut
dan menuju ke satu tempat.
“Cari orang ni dan hantar dia ke
neraka!”
Suara tuannya masih kedengaran di
cuping telinganya. Tuan yang telah dianggap sebagai ayah walaupun lelaki itu
adalah seorang yang jahat. Tetapi Hongbin masih setia dengan Alexander kerana
dialah orang yang telah menyelamatkannya. Dia akan patuh atas segala arahan dan
suruhan Alexander termasuk membunuh.
Hongbin hanya berjalan kaki menuju
ke sebuah restoran yang telah diberitahu. Dia lebih selesa melakukan tugas
dengan berjalan kaki sahaja. Sekejap sahaja dia sudah nampak sasarannya.
Seorang lelaki separuh umur yang kepalanya hampir botak dan dipenuhi uban. Dia
sedang enak menjamu selera bersama beberapa orang bawahannya. Dia laju sahaja
menuju ke arah mereka.
Sedang lelaki itu mengangkat gelas, Hongbin
terus melanggar tangannya sehingga air itu tertumpah mengenai bajunya.
“Aish!! Jinja!! Yahh!!!” Marah Ho
Dong sambil memandang Hongbin.
Hongbin telah pun menghilangkan diri
dari situ. Ho Dong dan beberapa orang bawahannya memaki hamun Hongbin yang
sengaja melanggarnya tadi. Ho Dong melangkah ke tandas untuk membasuh kesan air
manis di jaketnya.
“Aish jinja. Dia memang cari nahas
betullah. Mahal kot aku beli baju ni dia senang-senang je nak tumpahkan air,”
rungut Ho Dong sambil mencuci bajunya.
Sedang Ho Dong khusyuk membersihkan
bajunya, tiba-tiba pintu bilik air yang betul-betul berada di belakangnya
terbuka dan muncullah Hongbin yang berdiri kaku sambil merenungnya tanpa
perasaan melalui pantulan cermin. Ho Dong terperanjat melihat Hongbin melalui
pantulan cermin itu tetapi setelah kenal Hongbin lah yang sengaja menumpahkan
air ke bajunya, dia naik berang.
“Yah! Berani kau!”
Langkah Ho Dong terhenti apabila Hongbin
mengangkat tangan kirinya yang memegang sepucuk pistol. Kecut perutnya melihat
laras pistol yang diacukan tepat ke dahinya.
“K…kau.. si…siapa?” Tanya Ho Dong
gagap.
Hongbin tidak bersuara, dan terus
sahaja menarik picu pistolnya. Peluru terbenam ke dalam kepala Ho Dong tepat di
dahinya dan tembus ke belakang. Darah memberuak keluar dari kepala Ho Dong yang
perlahan-lahan rebah di situ. Selepas selesai melaksanakan tugasnya, Hongbin terus
sahaja keluar dari tandas tersebut.
***********************************************************
“Kejamnya manusia zaman sekarang ni.
Bunuh orang sesuka hati je,” ulas Jin Ah sambil menoleh ke arah ayahnya.
“Dorang tak fikir pasal belas
kasihan atau apa lagi. Duit dan nyawa jadi permainan dorang, sayang.” Balas
Shin Dong Wook.
“Hmm.. Appa… appa pun kena
berhati-hati tau. Dah lama kes ni jadi dan mangsanya semua orang ternama macam
appa,” ucap Jin Ah menzahirkan kerisauannya.
Shin Dong Wook menggenggam tangan Jin
Ah dan menatap matanya. Dia tersenyum melihat wajah anak gadisnya yang
membimbangkan tentang dirinya. Shin Jin Ah adalah satu-satunya harta paling
berharga yang ditinggalkan oleh mendiang isterinya. Dia menjaga Jin Ah seperti
nyawanya sendiri.
“Appa takkan apa-apa sayang. Appa
kan orang baik,” balas Shin Dong Wook berseloroh.
“Memanglah appa orang baik. Tapi
orang tu bunuh tak kira baik atau jahat. Jin Ah tetap risaukan appa,” kata Jin
Ah seraya memeluk tubuh ayahnya erat.
Shin Dong Wook hanya mampu tersenyum
sambil membelai lembut rambut anaknya dengan penuh kasih sayang.
“Tak kerja ke harini?”
Jin Ah cepat-cepat meleraikan
pelukan dan mengerling ke arah jam dinding. Dia bangkit dan mencapai beg
galasnya.
“Jin Ah pergi dulu appa,”
Shin Dong Wook bangun seraya
memegang bahu anaknya, dia mencium lembut dahi Jin Ah. Selepas itu Jin Ah terus
keluar dari rumah dengan memandu sendiri ke tempat kerja.
***********************************************
Seung Hwa mencelikkan mata setelah
tidurnya diganggu dengan bunyi bising yang datang dari dalam bilik air. Dia
bingkas bangun dan memandang tepat ke arah pintu bilik air. Dia harus
berwaspada kerana mungkin itu adalah musuh. Perlahan-lahan Seung Hwa bangun dan
mencapai laras pistol yang terletak di tepi katil. Dia bangun perlahan-lahan
menghampiri bilik air. Tiba-tiba terdengar tombol pintu dipulas. Seung Hwa
sudah bersedia mengangkat laras pistolnya mengacukan ke arah pintu.
Pintu bilik air terbuka dan muncul
Hongbin yang hanya bertuala sahaja. Rambutnya basaha menandakan dia baru sahaja
lepas mandi. Dia agak terkejut melihat Seung Hwa sedang mengacukan pistol ke
arahnya.
“Oppa!” Seung Hwa sungguh terkejut
dan segera menjatuhkan pistolnya.
“Itulah padahnya bangun lambat,”
ucap Hongbin selamba dan berjalan menuju ke almari pakaian.
Seung Hwa menarik nafas lega dan
meletak semula pistol tersebut di tepi katil. Dia duduk di birai katil sambil
menstabilkan otaknya yang terasa pening. Selepas menyalin pakaian Hongbin
menghampiri Seung Hwa.
“Pergi mandi kemudian sarapan. Oppa
dah belikan makanan tadi,” ucap Hongbin.
Seung Hwa menurut sahaja kata-kata
Hongbin. Dia keluar dari bilik mandi setelah selesai dan duduk di ruang tamu
kecil sambil menghadap makanan yang sedang dihidangkan Hongbin.
“Makanlah. Lepas ni kita nak
keluar,” ucap Hongbin sambil memandang Seung Hwa.
“Nak pergi mana?”
“Pergi dari sinilah. Oppa dah
selesaikan tugas kat sini,”
Seung Hwa mengangguk dan mula
menjamah sarapan paginya dengan agak gelojoh. Sejak malam tadi dia memang tidak
menjamah apa-apa pun dan sebab itulah perutnya terasa sangat lapar. Hongbin
melihat Seung Hwa makan dengan berselera sambil tersenyum.
SEUNG Hwa mengekori Hongbin ke mana
sahaja lelaki itu pergi. Dia setia berada di sisi Hongbin. Orang ramai yang
lalu lalang di kawasan itu langsung tidak mengendahkan mereka berdua yang
berlagak biasa. Tidak ada yang pelik apabila Hongbin dan Seung Hwa berjalan
beriringan seperti sepasang kekasih di situ. Dan mereka juga tidak tahu siapa
sebenarnya mereka berdua. Hongbin memegang kejap tangan Seung Hwa ketika
melintasi jalan raya. Seung Hwa tidak ubah seperti seorang kanak-kanak
perempuan yang memimpin tangan abangnya ketika melintas jalan.
“Kenapalah oppa layan Seung Hwa
macam kanak-kanak lagi?” Rungut Seung Hwa.
“Habis nak oppa layan Seung Hwa
macam baby?” Tanya Hongbin bergurau.
Seung Hwa merentap tangannya dari
Hongbin dan berjalan laju mendahului Hongbin. Hongbin tersenyum seraya
menyaingi langkah Seung Hwa dan terus memeluk erat pinggang Seung Hwa.
“Oppa gurau je lah, sayang. Itu pun
nak merajuk. Oppa tinggal nanti baru tau,” pujuk Hongbin.
“Janganlah…” balas Seung Hwa sambil
memegang baju Hongbin.
Hongbin hanya ketawa melihat gelagat
Seung Hwa. Mereka berdua terus berjalan sehingga sampai di sebuah bank. Hongbin
mengeluarkan kad banknya lalu dicucuk ke mesen ATM. Dia tersenyum melihat
sejumlah wang yang telah bertambah di dalam akaunnya.
“Sayang nak pergi mana-mana? Atau
nak beli apa-apa? Oppa belanja,” ucap Hongbin sambil mengusap bahu Seung Hwa.
“Makan!” Balas Seung Hwa sambil
tersenyum lebar memandang Hongbin.
Hongbin tersenyum memandang Seung
Hwa seraya mengucup pipinya. Setelah mengeluarkan sejumlah wang, Hongbin
merangkul bahu Seung Hwa berjalan pergi dari situ. Mencari restoran untuk
mengisi perut masing-masing.
********************************************************
Leo terjaga dari tidurnya. Di
tangannya terpegang kejap sepucuk pistol. Dia mengeluh kemudian memandang
siling sambil mengambil nafas yang stabil. Bayangan lelaki yang ditembak malam
tadi masih terbayang-bayang di tubir matanya. Sekali lagi dia melakukan
pembunuhan. Leo tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Segera
dia bangun dan menjawab panggilan.
“Tugas yang bagus Leo,” ucap suara
garau yang membuat panggilan tadi.
Leo merengus halus. “Mana habuan
aku?”
Jelas ketawa di hujung talian.
“Jangan risau. Aku kan sentiasa menepati janji. Tengok je kat pintu,”
Leo bingkas bangun dan melangkah ke
arah pintu. Memang benar. Terdapat satu bungkusan yang dibalut dengan kertas
berwarna coklat. Leo sudah tahu apa isi dalam sampul tersebut.
“Ada kan? Kau bolehlah buat apa je
dengan duit tu. Tunggu tugas seterusnya dari aku nanti. Bye,”
Lelaki itu terus mematikan talian.
Tiada reaksi dari Leo. Dia memasukkan telefon bimbit di dalam kocek seluar dari
tunduk mengambil sampul tersebut dan mengeluarkan beberapa ikat wang. Leo
meletakkan wang itu di dalam beg galasnya dan melangkah masuk ke dalam bilik
air untuk membersihkan diri. Setelah itu dia mengemas barang-barangnya dan
keluar dari hotel tersebut.
**********************************************
Seung Hwa mematikan talian. Hongbin
menghampirinya dan merenungnya. “Siapa?”
“Appa.. Ada tugas lagi,” balas Seung
Hwa.
Hongbin mengangguk. Tidak lama
kemudian mereka dikejutkan dengan bunyi nada telefon Seung Hwa yang menandakan
ada mesej masuk. Seung Hwa menyerahkan telefon bimbitnya kepada Hongbin setelah
tahu siapa pengirimnya. Hongbin membaca alamat serta siapa sasarannya. Hongbin
menyerahkan semula telefon itu kepada Seung Hwa seraya bangun.
“Seung Hwa nak ikut sekali boleh?”
“Tak boleh!”
Seung Hwa tersentak. Terkelip-kelip
matanya memandang Hongbin yang sedang menyediakan pistolnya. Hongbin memandang
Seung Hwa terkejut itu lalu menghampirinya.
“Mianhae. Seung Hwa duduk je sini
dan buat macam biasa. Oppa tak benarkan Seung Hwa terdedah kat sana,” ucap
Hongbin sambil mengusap rambut Seung Hwa.
“Hmm.. nae oppa..” Seung Hwa mula
memunggah beg galasnya dan mengeluarkan beberapa peralatan yang berteknologi.
Hongbin tersenyum memandang Seung Hwa
mudah sahaja mendengar kata-katanya. Itulah yang membuatkan Hongbin semakin
sayang akan Seung Hwa. Hongbin hanya melihat sahaja Seung Hwa melakukan
kerjanya. Tidak lama kemudian Seung Hwa menyerahkan sesuatu yang bersaiz kecil
kepada Hongbin. Seperti biasa dia akan memasangkan benda tersebut di telinga
Hongbin.
“Dengar?”
Hongbin mengangguk sambil mencapai
pistolnya lalu dimasukkan di dalam kocek jaket labuhnya. Dia mengenakan kaca
mata hitam. Setelah bersedia, Hongbin menghampiri Seung Hwa dan memegang bahunya.
“Hati-hati oppa,” ucap Seung Hwa.
Hongbin hanya mengangguk sambil
merenung mata Seung Hwa di sebalik kaca mata hitam itu. Seung Hwa merangkul
leher Hongbin dan mengucup bibir lelaki itu agak lama. Beberapa saat kemudian
Hongbin melangkah keluar dari hotel tersebut. Seung Hwa kembali ke katil dan
memeriksa sebuah computer riba yang lengkap dengan pelbagai alatan dan
wayar-wayar.
No comments:
Post a Comment