There is No Tomorrow ~ COMING SOON


"Dendam.. Aku buat semua ni sebab dendam!" - Leo

"Awak tak boleh ambil nyawa orang sesuka hati awak je!" - Jin Ah

"Aku hanya laksanakan tugas. Bunuh kemudian hilangkan diri dan tunggu habuan aku." - Hongbin

"Tiada esok lagi untuk kita. Kalaulah aku boleh undur semula masa.... Tapi aku akan tetap bersama kau Hongbin." - Seung Hwa


Dendam, duit, pembunuhan tanpa belas kasihan. Itu semua adalah permainan mereka berdua. Mereka hanya mengikut apa sahaja arahan bunuh yang diberikan dan tunggu sahaja habuan yang akan mereka dapat.
Setelah bertahun tinggal di negara orang, akhirnya dia kembali ke tanah air untuk membalas dendam. Kembali sebagai pembunuh upahan untuk melangsaikan hutang nyawa. Tapi di tanah air sendiri ketika hendak melaksanakan tugas yang diberikan, dia terjumpa dengan seorang gadis yang ayu, lagi baik hati - Shin Jin Ah. Hatinya tertaut pada gadis itu. Tetapi Jin Ah akan menghalang Leo dari terus melakukan tugas gilanya!
15 tahun dia tinggal bersama Alexander, 15 tahun dia dibrainwash oleh tuannya. 15 tahun juga dia hidup bersama pendampingnya, Lee Seung Hwa. Hidupnya penuh dengan dendam kesumat dan pembunuhan serta wang.
Ditakdirkan mereka berdua ditemukan. Jung Taek Woon dan Lee Hong Bin masing-masing ingin menghapuskan antara satu sama lain. Juga ada rahsia yang tidak diketahui oleh Shin Jin Ah dan Lee Seung Hwa tentang mereka berdua. Sesuatu yang tidak disangkakan berlaku kepada mereka berempat dan semestinya sesuatu yang mengejutkan.

Pembunuhan dilakukan disebabkan dendam dan wang. Mereka perlukan wang untuk hidup dan mereka hidup untuk membalas dendam. Tapi adakah mereka akan terus melakukan pembunuhan dan membalas dendam sehingga titisan darah terakhir mereka? Dan adakah masih ada hari esok untuk mereka?

No comments: