DOLL... [One Shot]


            Adlee berjalan sepantas yang mungkin kerana dia sudah sangat lewat untuk ke kelas. Kelasnya bermula pukul 8.30 pagi dan sekarang sudah 9.00 pagi. Kalau bukan gara-gara dia melayan cerita IRIS 2 sampai lewat pagi sudah tentu dia tidak bangun lewat. Dia menyumpah seranah dirinya kerana terlajak tidur.

            “Suwei betullah. Mampuslah aku kena bebel dengan Puan Tan tu nanti,” rungut Adlee.

Ketika dia sedang berjalan laju itu, dia bertembung dengan seorang perempuan. Mereka berdua berlanggar dan menyebabkan perempuan itu jatuh terduduk.

            “Masa ni pulaklah nak berlanggar-langgar ni. Aku dah lambat ni. Ergh!!” Rungut Adlee sambil memandang perempuan yang masih duduk itu.

            “Kau okay ke ni? Kalau tak okay kau pergi klinik sendirilah ye. Aku dah lambat gila ni,” ucap Adlee sambil memandang perempuan itu.

            “Saya okay. Sorry sebab tak nampak awak tadi,” balas perempuan itu sambil mengibas-ngibaskan bajunya sambil bangun perlahan-lahan.

            Perempuan itu bangun dan memandang Adlee. Mata mereka berdua bertembung buat seketika. Tidak lama kemudian Adlee tersedar dari lamunan.

            “Kau ke Soyeon?” Tanya Adlee.

Perempuan itu menelan air liur sebelum mengangguk. Ketawa Adlee berderai. “Kau hidup lagi rupanya,”

            “Umur saya masih panjang,” balas Soyeon perlahan.

Adlee memandang pelik ke arah Soyeon. Seperti ada sesuatu yang pelik pada gadis di hadapannya itu. Tiba-tiba dia teringat tentang kelasnya, serta-merta dia menepuk dahi selepas membelek jam tangannya.

            “Soyeon, aku blah dulu. Ada masa lagi kita jumpa ye. Bye!” Ucap Adlee dan terus blah dari situ tanpa sempat Soyeon membalas kata-katanya.

*****

            Soyeon mengacau airnya menggunakan straw. Sesekali dia merenung Adlee yang sedang enak menjamu selera di hadapannya. Adlee berhenti makan lalu memandang Soyeon.

            “Lama gila aku tak jumpa kau kan. Dan kau….. dah lain sikit sekarang,” komen Adlee sambil menghirup jusnya.

            “Kenapa saya dah gemuk atau semakin kurus?” Tanya Soyeon sambil memegang pipinya.

            Ketawa Adlee terburai lagi kemudian dia berhenti dan merenung Soyeon dengan pandangan yang pelik. “Kau memang dah berubahlah. Kenapa kau macam ni? Soyeon yang aku kenal dulu agak brutallah tapi sekarang ni….” Adlee tidak menghabiskan kata-katanya dan dibiarkan tergantung sambil mengangkat bahunya.

            “Tak boleh ke saya berubah jadi baik?”

            “Aku tak cakap kau jahat pun,”

Soyeon mengeluh. “Awak suka saya yang dulu ke yang sekarang?”

            Persoalan Soyeon membuatkan Adlee tersedak. “Soalan apakah?”

Soalan itu dibiarkan sepi. Soyeon terus makan tanpa mengeluarkan kata-kata. Adlee turut mengikut rentak Soyeon untuk mendiamkan diri.

*****

            Sejak berjumpa dengan Soyeon tempoh hari, Adlee sering keluar bersama Soyeon. Masing-masing melepaskan rindu setelah sudah agak lama mereka tidak berjumpa. Mereka merupakan kawan baik sejak kecil lagi kerana mereka duduk berjiran. Tetapi mereka terpaksa berpisah kerana keluarga Soyeon berpindah ke tempat lain.

            “Kenapa kau ubah perwatakan kau dari brutal dan heartless kepada ayu dan lemah lembut ni? Ceritalah dekat aku,” pinta Adlee.

            Buat seketika, Soyeon mendiamkan diri. Setelah menarik nafas dan melepaskannya, barulah Soyeon membuka mulut.

            “Saya bukan sengaja nak ubah perwatakan saya. Saya ada sebab kenapa,” jelas Soyeon.

Adlee memandang Soyeon supaya dia meneruskannnya. “Lelakikan suka perempuan yang lemah lembut, ayu, bukannya brutal dan macam lelaki macam aku dulu tu,”

            Adlee ketawa kuat. “Kau berubah sebab lelaki?! Biar betul ni? Siapalah lelaki bertuah tu? Untunglah dia,” kata Adlee dengan sisa ketawanya.

Soyeon memandang geram ke arah Adlee. “Lelaki tu kau lah bodoh,” amik sebijik.

            Adlee berhenti ketawa dan memandang Soyeon tidak percaya. Beberapa kali dia cuba menelan air liurnya. “Apa kau cakap tadi?”

            Soyeon berdehem beberapa kali hendak membetulkan suaranya. “Awaklah,” balas Soyeon kemudian tertunduk.

            Adlee merenung Soyeon agak lama kerana masih tidak mempercayai kata-kata Soyeon sebentar tadi. Dia berubah sebab aku? Tapi kenapa pulak? Dia suka aku ke? Mestilah kalau tak, tak adalah dia berubah.

******

            Adlee berjalan berpimpinan tangan dengan Soyeon. Mereka membuat keputusan untuk berjalan-jalan. Pada hari itu mereka tiada kelas jadi, mereka boleh meluangkan masa bersama sepanjang hari.

            “Kau ni walaupun dah berubah tapi sikap terus terang kau tetap ada,” puji Adlee sambil menggenggam tangan Soyeon.

            “Itu memang diri saya. Saya tak boleh nak ubah,” balas Soyeon.

Adlee tersenyum. Dia gembira kerana cintanya tidak bertepuk sebelah tangan. Walaupun dia nampak cool tetapi masa Soyeon berpindah dulu dialah orang yang paling sedih. Sebenarnya dia sudah lama menyukai gadis itu. Tidak sangka pula yang mereka akan bertemu dan Soyeon turut mengaku yang dia menyukai dirinya.

Malam itu,

            “Kita pergi funfair nak? Aku dengar ada funfair yang baru bukak dekat sini,” ucap Adlee sambil menoleh sekilas ke arah Soyeon.

            “Lama saya tak pergi funfair. Apa salahnya,” balas Soyeon.

Jadi mereka berdua pun berjalan dan menuju ke funfair yang dimaksudkan oleh Adlee. Tidak berapa ramai orang yang mengunjungi funfair tersebut. Mungkin sebab funfair itu masih baru jadi ramai yang tidak tahu kewujudannya. Adlee dan Soyeon meluangkan masa di situ dengan mencuba pelbagai jenis permainan di situ.

            Tiba-tiba Soyeon tertarik kepada sesuatu dan terus menarik tangan Adlee supaya mengekorinya. Adlee hanya menurut langkah Soyeon yang membawanya ke sebuah gerai yang menempatkan pelbagai jenis anak patung yang comel-comel dan cantik.

            “Saya nak try,” ucap Soyeon sambil terus menyerahkan beberapa keping kupon kepada penjaga kedai itu. Adlee hanya tersenyum dan mengangguk.

            Beberapa kali Soyeon mencuba tetapi dia tetap tidak mendapat apa-apa. Dia sedikit kecewa. Adlee yang perasan akan riak wajah Soyeon yang berubah cepat-cepat menarik tangan Soyeon.

            “Kau nak patung yang mana? Aku cuba dapatkan,” ucap Adlee sambil tersenyum.

Barulah Soyeon tersenyum lebar sambil menunjuk ke arah sebuah anak patung yang sederhana besar, baju dan topi anak patung tersebut berwarna biru muda . Adlee mengangguk kemudian menyerahkan beberapa keping kupon kepada penjaga kedai itu. Adlee mula bermain permainan itu dengan bersungguh-sungguh demi mendapatkan patung yang Soyeon hendaki.

Sejam kemudian,
            Soyeon tersenyum lebar sambil membelek-belek anak patung yang diingini itu. Adlee berjaya mendapatkan patung itu setelah beberapa kali mencuba.

            “Suka?”

            “Mestilah suka. Thank you oppa,” balas Soyeon sambil memeluk lengan Adlee dan melentukkan kepalanya di lengan Adlee.

            Adlee agak kekok tetapi kemudian dia tersenyum sambil membelai tangan Soyeon. Mereka berjalan pulang memandangkan hari sudah pun malam.

Malam itu,

            Soyeon membawa anak patung itu ke katilnya. Sebelum dia tertidur, dia membelek-belek anak patung itu.

            “Comellah awak ni. Memang tak sia-sia saya terpikat dekat awak tadi,” kata Soyeon kepada patung itu. Dia merenung patung itu sambil tersenyum. Kemudian dia membawa patung itu ke dadanya dan memeluk erat.

            “Ha! Mulai hari ini nama awak Tiara tau,” ucap Soyeon lagi sambil tersenyum. Dia membelai-belai rambut Tiara.

            Soyeon mula mengantuk, dia merebahkan kepalanya di atas bantal dan meletakkan Tiara di sebelahnya. Dia menjaga Tiara seperti adiknya sendiri. Akhirnya dia tertidur.

Pukul 1.30 pagi,

            “Mana Tiara?” Soalnya apabila Tiara yang diletakkan di sebelahnya sebelum tidur tadi sudah tiada.

            “Tiara? Mana awak?” Soal Soyeon sambil memandang sekeliling. Dia turut menjengah ke bawah katil, mana tahu Tiara terjatuh, tetapi masih tiada.

            “Mana pulak ni?” Soyeon menggaru kepalanya.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu biliknya dibuka seseorang. Sepantas kilat Soyeon mengalihkan pandangannya ke arah pintu itu. Badan Soyeon mula menggigil kerana ternampak satu bayang-bayang di sebalik pintu biliknya.

“Love me or hate me?” Satu suara bergema dengan nada yang cukup halus dan lembut. Seketika kemudian, Soyeon tidak menyedarkan diri kerana terlalu takut.

Pagi esok,

            Soyeon tersentak dari tidur. Nafasnya tercungap-cungap. Serta-merta dia menoleh ke arah pintu setelah mengingati apa yang terjadi. Tidak ada apa-apa yang pelik pada pintu itu. Kemudian, dia beralih pula ke sebelahnya. Dia menarik nafas lega apabila mendapati Tiara masih sama dengan kedudukan asalnya. Soyeon mengambil Tiara dan memeluknya.

            “Nasib baik tu mimpi je,” Soyeon menarik nafas lega.

Kemudian dia bangun dari katil dan meletakkan Tiara di atas katil semula. Dia perlu bersiap kerana lagi jam kelasnya akan bermula. Soyeon melangkah masuk ke dalam bilik air dengan tualanya. Tiara dibiarkan di atas katil.

*****

            Adlee dan Soyeon berbual mesra di café university mereka. Mereka tidak mempunyai kelas waktu itu jadi mereka meluangkan masa bersama.

            Adlee berhenti menghirup airnya dan merenung Soyeon dengan agak lama. Soyeon yang perasan akan renungan Adlee tersipu malu. “Kenapa awak pandang saya macam tu?”

            “Kau ni comellah,” puji Adlee.

Soyeon bertambah blushing. “Buat lawak ke?”

            “Lawak ke? Kau tak gelak pun. Aku pun tak gelak,” balas Adlee.

Soyeon menundukkan wajahnya tatkala Adlee masih tersenyum memandang Soyeon. Seketika kemudian mereka sambung semula perbualan mereka.

Malam itu,

            Sebaik sahaja pulang dari university, Soyeon terus mencari Tiara dan mendakapnya. Dia sangat menyukai patung tersebut. Dibelainya rambut Tiara dengan perlahan.

            Beberapa jam kemudian, Soyeon telah pun tertidur. Tiba-tiba, Tiara yang turut berbaring di sebelahnya mengelipkan mata. Patung itu mengelipkan matanya beberapa kali. Kemudian kepalanya perlahan-lahan bergerak dan memandang Soyeon yang sedang menyenyak tidur.

            Soyeon mengalihkan badannya dan berhadapan dengan Tiara yang sedang merenungnya. Tiba-tiba Soyeon mencelikkan matanya tetapi masih mamai. Jantungnya bagai terhenti seketika apabila Tiara yang berada di hadapan matanya sedang mengelipkan matanya beberapa kali. Dia terus menjerit sekuat hati namun seketika kemudian dia tidak menyedarkan diri.

Pagi itu,

            Soyeon mencelikkan matanya tetapi kepalanya terasa sangat berat sehingga dia tidak boleh mengangkat kepalanya. Dia hanya berbaring di situ kemudian menoleh ke arah Tiara yang masih berada di tempatnya iaitu di sebelah Soyeon. Dia merenung patung itu agak lama.

            Tetapi patung itu tetap diam dan tidak menunjukkan sebarang reaksi. Soyeon memejamkan matanya sambil menepuk perlahan dahinya.

            “Memang aku bermimpi lagi,” keluh Soyeon.

Perlahan-lahan Soyeon menggagahkan dirinya untuk bangun dari katil dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Tiara yang terbaring kaku di atas katil itu mengelipkan matanya dua kali.

Malam esoknya,

            Pada malam itu, Soyeon tidak dapat melelapkan matanya entah sebab apa. Mengiring salah, terlentang salah, tertiarap lagi salah. Semua serba tidak kena. Dia mengambil Tiara lalu dipeluknya erat.

            “Kenapa aku tak boleh tidur ni? Esok kelas dah lah mula pagi,” rungut Soyeon.

Soyeon cuba untuk melelapkan matanya. Walaupun tidak tidur, tetapi dia hanya memejamkan matanya. Tanpa disedari, Soyeon sudah pun terlelap betul.

            Tepat jam 1.30 pagi, tiba-tiba mata Tiara bergerak-gerak. Dia mengelipkan matanya beberapa kali. Perlahan-lahan tangannya turut bergerak dan menolak perlahan tangan Soyeon yang sedang memeluknya. Dia kemudian duduk di atas katil sambil merenung Soyeon yang sudah terlena.

            Tidak semena-mena Tiara mengukirkan senyuman. Senyuman itu amat sinis dan menyeramkan. Beberapa kali dia mengelipkan mata sambil merenung wajah Soyeon. Perlahan-lahan dia mengusap wajah mulus Soyeon sambil tersenyum sinis. Dia kemudian berbaring semula di dalam dakapan Soyeon dan memejamkan matanya. “Love me or hate me?” Suara halus itu kedengaran lagi.

*****

            “Kenapa lambat harini? Muka pun serabai ni,” kata Adlee sambil memandang Soyeon dengan pelik.

            Soyeon meraup wajahnya. “Saya terlewat bangun pagi tadi. Malam tadi saya tak boleh nak lelapkan mata sampailah saya sendiri tak sedar bila saya tidur. Bangun-bangun je jam dah pukul 9 pagi,” cerita Soyeon.

            “Kau ada masalah ke?” Tanya Adlee.

            “Saya pun tak tahu apa masalah saya,” luah Soyeon.

Suasana sepi seketika. Tiada bicara terluah. Adlee membiarkan Soyeon menenangkan dirinya sementara dia memandang sahaja kekasih hatinya itu.

*****

            Soyeon terjaga dari tidur apabila dia terdengar sesuatu yang agak bising dari luar rumah. Dia bangun dari katil dan menyelak langsirnya. Dia dapat lihat di hadapan rumahnya atau lebih tepat di tengah jalan raya yang terdapat di hadapan rumahnya, Tiara sedang berdiri kaku di situ. ‘Tiara?’ Dia memandang katilnya dan mendapati Tiara tiada di tempatnya. Dia beralih semula ke tengah jalan raya. Tiara sudah tiada di situ. Soyeon melilaukan pandangannya.

            Tiba-tiba dia menangkap satu susuk tubuh kecil yang berjalan ke tengah jalan. Soyeon memicingkan matanya memandang kanak-kanak itu. Soyeon yakin itu adalah kanak-kanak perempuan kerana dari pakaian dan panjang rambutnya. Kanak-kanak tersebut sedang memegang sesuatu yang seperti anak patung.

Tidak lama kemudian, sebuah kereta meluncur datang dari hadapan kanak-kanak itu tetapi budak itu langsung tidak berganjak. Soyeon risau kalau kereta itu melanggar kanak-kanak itu. Soyeon cepat-cepat keluar dari rumahnya dan berlari menuju ke arah budak itu.

“Adik, tepi! Ada kereta!” Jerit Soyeon.

Budak itu memusingkan kepalanya memandang Soyeon kemudian dia memandang ke hadapan semula. Soyeon ingin berlari hendak menyelamatkan budak tersebut tetapi dia tidak sempat kereta kereta itu terlebih dahulu bertembung dengan kanak-kanak perempuan itu. Soyeon menjerit sekuat hati. Langkahnya kaku, kakinya menjadi longlai tiba-tiba.

            Badan budak itu tercampak ke beberapa meter. Darah yang memancut keluar dari badan kanak-kanak itu dilihat dengan ngeri. Tiba-tiba satu objek melayang dan terjatuh di hadapannya. Ia merupakan patung yang dipegang oleh kanak-kanak tersebut. Soyeon memandang patung itu.

            “Argh!!” Soyeon terjerit apabila mendapati  patung itu sangat mirip dengan Tiara.

Dia menggeleng tidak percaya. Tiba-tiba sahaja patung yang tidak bernyawa lagi kaku itu menggerakkan bola matanya. Dia mengelipkan mata beberapa kali dan merenung Soyeon dengan pandangan yang tajam. “Love me or hate me?” Soyeon menjerit sekuat hati dan dia terus tidak sedarkan diri.

*****

            Soyeon terjaga apabila mukanya direnjis dengan air. Dia membuka mata dan mendapati Adlee yang sedang merenjiskan air ke mukanya.

            “Kau kenapa?” Tanya Adlee sambil meletakkan gelas air di meja kecil Soyeon.

Soyeon bangun dari baringnya. “Apa yang jadi dekat saya?” Tanya Soyeon kembali.

            “Aku terjumpa kau terbaring dekat depan rumah kau. Kenapa tidur kat luar?”

Soyeon mendiamkan diri. Dia memegang kepalanya kemudian serta-merta menoleh ke arah Tiara. Tiara masih seperti biasa iaitu terbaring kaku di tempat yang Soyeon letakkan.

            “Kenapa?”

Soyeon tersentak apabila Adlee memegang bahunya kemudian dia menarik nafas lega. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali sambil menunduk.

            “Cuma mimpi buruk,” balas Soyeon.

Adlee memandang Soyeon. “Kau mimpi apa? Cuba bagitahu aku. Ceritalah kalau kau ada masalah,” Adlee mengelus lembut bahu Soyeon sambil merenung mukanya.

            “Entahlah. Hidup saya sekarang ni pelik. Saya sering diganggu,” jelas Soyeon lambat-lambat.

            “Ha? Kau diganggu? Siapa yang berani kacau awek aku? Meh sini aku karate dia,” kata Adlee semangat sambil menunjukkan skill karatenya.

            Soyeon tergelak kecil. “Awak ni mengarutlah. Bukan itu maksud saya.” Intonasi Soyeon mula berubah dan mukanya menjadi masam.

            “Apa yang jadi?”

Soyeon mengangkat mukanya hendak bercerita kepada Adlee tetapi tiba-tiba dia terasa seperti ada sepasang mata yang sedang merenungnya dengan tajam. Soyeon mula berasa seram sejuk. Akhirnya dia hanya mendiamkan diri sahaja.

            “Tak apalah kalau kau tak nak cerita. Take your time,” putus Adlee akhirnya.

            “Thanks,” ucap Soyeon sambil menggenggam tangan Adlee.

*****

            Sekali lagi tidur Soyeon diganggu dengan bunyi yang pelik. Malam ini dia terdengar namanya dipanggil oleh seseorang dengan suara yang sangat halus.

            “Siapa?” Tanya Soyeon sambil melilaukan pandangannya ke seluruh biliknya.

Sekali lagi namanya dipanggil tetapi tiada siapa yang berada di situ. Dia menoleh ke arah Tiara yang masih kaku di sebelahnya. Perlahan-lahan dia menolak selimutnya dan bangun dari katil.

            “Nak pergi mana?!”

Soyeon tersentak apabila dia ditegur begitu ditambah pula dia dapat rasa yang tangannya digenggam erat oleh satu tangan yang kecil. Perlahan-lahan Soyeon mengalihkan wajahnya memandang ke belakang.

            Soyeon bagaikan tidak dapat bernafas apabila mendapati Tiara yang sedang memegang kejap tangannya. Tiara yang tadinya terbaring kini sudah terduduk sambil memegang tangannya. Mata Tiara yang sepatutnya tidak bergerak kini bergerak dan mengelip beberapa kali.

            Soyeon menjerit sekuat hati apabila berhadapan dengan keadaan itu. Dia meronta-ronta supaya Tiara melepaskan tangannya tetapi semakin kuat dia meronta semakin kuat juga Tiara mencengkam tangannya.

            “Unnie nak pergi mana?!” Tanya tiada. Hanya gema suara sahaja yang kedengaran tetapi mulut Tiara langsung tidak kedengaran.

            “Pergi!! Pergi!!” Soyeon diserang hysteria. Dia menjerit-jerit bagaikan orang gila ketika itu tetapi Tiara masih merenungnya dan langsung tidak mahu melepaskannya.

            Soyeon mula menangis. “Tolong lepaskan saya Tiara. Saya merayu pada awak! Tolonglahhh…” Soyeon akhirnya menangis teresak-esak di situ.

            Tidak lama kemudian, Soyeon dapat rasakan yang tangannya dilepaskan perlahan-lahan. Tiada lagi rasa tenungan tajam yang dirasainya selalu. Soyeon berhenti menangis dan mengangkat wajahnya perlahan-lahan. Dia sungguh terkejut apabila melihat di hadapannya merupakan tempat longgokan sampah.

            “Aku kat mana ni?” Tanya Soyeon sambil memandang sekeliling. Dia bukan berada di dalam biliknya lagi.

            “Kat sini tempat aku dibuang,” gema satu suara.

Soyeon tersentak. Dia cepat-cepat menoleh ke arah punca suara dan mendapati Tiara sedang berdiri di belakangnya. Soyeon berundur beberapa tapak ke belakang.

            “Tiara awak boleh bercakap? Awak hidup?” Tanya Soyeon takut-takut berani.

Tiara mendiamkan diri dan merenung Soyeon. Soyeon tidak berani nak bertentangan mata dengan Tiara dan menundukkan wajahnya. Dia memejamkan matanya. “Love me or hate me?” Suara halus itu kedengaran lagi. Soyeon tersentak.

            “Soyeon bangun!!” Satu suara memanggilnya dengan agak kuat.

Soyeon membuka matanya dengan pantas dan mendapati Adlee yang berada di hadapannya sedang merenungnya dengan pelik. Soyeon memandang sekeliling. Dia masih berada di biliknya. Bukankah tadi dia berada di tempat longgokan sampah?

            “Tolong saya Adlee!” Rayu Soyeon sambil memeluk Adlee seerat mungkin.

Adlee agak terkejut kemudian mengusap belakang Soyeon berlahan-lahan untuk menenangkannya. “Cerita dekat aku apa yang jadi,” pinta Adlee.

            Soyeon meleraikan pelukannya dan menoleh perlahan-lahan ke arah Tiara, patung yang kaku. Dia dapat rasakan yang Tiara sedang merenungnya dengan tajam ketika itu. Jadi dia hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa.

*****

            “Mesti ada sesuatu dengan patung tu. Kalau tak, kenapa Soyeon macam takut-takut je dengan patung tu,” fikir Adlee sendirian.

            “Kena siasat ni,” kata Adlee lalu duduk dan mengepal penumbuknya.

Petang itu, Adlee membawa Soyeon berjalan-jalan. Kali ni Adlee meminta supaya Soyeon membawa sekali Tiara bersama mereka. Soyeon tidak membantah atau banyak soal, dia menurut sahaja permintaan Adlee.

            Semasa mereka berdua sedang rancak berbual, Adlee dapat rasakan seperti sepasang mata sedang merenungnya dengan tajam. Dia mengabaikan sahaja renungan tersebut dan terus berbual dengan Soyeon.

***

            “Aku yakin! Patung tu macam…. Hidup.. Walaupun mata dia tak bergerak tapi aku dapat rasa yang dia sedang tenung aku dengan tajam sekali,” bisik Adlee sendirian.

            Dia bercadang hendak pergi ke rumah Soyeon pada malam itu. Dia hendak mengambil patung itu untuk menjalankan siasatan.

            Sekejap sahaja Soyeon sudah terpacul di muka pintu. Tetapi dia pelik kerana wajah Soyeon begitu pucat. Soyeon juga tersahaja memeluk Adlee dengan erat sekali.

            “Kenapa ni Soyeon?”

            “Pa..pat..patung tu… Tiara…” ucap Soyeon tersekat-sekat.

Adlee meliarkan pandangannya ke seluruh rumah Soyeon. Sah! Patung tu buat hal dekat Soyeon. Adlee mengusap belakang Soyeon beberapa kali untuk menenangkannya.

            “Berhenti menangis. Mana patung tu sekarang?” Tanya Adlee.

Soyeon masih tidak melepaskan pelukannya. Dia hanya menggeleng tanda dia tidak tahu di mana patung itu sekarang.

            “Aku dekat sini,” gema satu suara.

Adlee cepat-cepat berkalih dan memandang ke hadapannya. Dia dapat lihat Tiara sedang berdiri sambil merenungnya dengan pandangan yang amat tajam. Adlee menguatkan semangatnya.

            “Kau nak apa?” Tanya Adlee memberanikan diri.

            “Aku nak Soyeon!!” Bentak patung itu. Tetapi mulutnya langsung tidak bergerak.

Adlee menelan air liurnya. Dia memeluk Soyeon dengan lebih erat. “Aku tak benarkan!” Balas Adlee.

            Tiara memandang Adlee dengan tajam kemudian dia mula melangkah menghampiri mereka. “Aku Soyeon pada aku!” Pinta Tiara.

            “Tak boleh! Kau pergi!!” Bentak Adlee lalu dengan pantas mencapai satu pasu bunga yang agak kecil dan membalingnya ke arah Tiara.

            Serta-merta Tiara ghaib dan pasu itu hanya berderai di lantai. Suara ketawa yang kuat bergema di segenap ruang rumah itu. Tiara berlegar-legar di udara.

            “Kau tak boleh cederakan aku,” kata Tiara.

Adlee tanpa berlengah lagi terus membawa Soyeon lari dari situ. Tetapi beberapa langkah hendak keluar, Tiara sudahpun terpacak di hadapan mereka. Adlee menghentikan langkahnya.

            “Kau tak boleh pergi sebelum Soyeon belum jadi milik aku,” ucap Tiara. Dia masih merenung tajam ke arah mereka berdua.

            Soyeon semakin takut mendengar kata-kata Tiara. Dia semakin mengeratkan pelukannya sambil menangis teresak-esak. Tiba-tiba sahaja suara tangisan bergema. Adlee dan Soyeon terdiam. Patung tu menangis ke?

            “I just wanna find someone who can love me like my late friend,” suara itu bergema dengan nada seperti menangis.

            Soyeon meleraikan pelukannya dan memandang ke arah Tiara. Dia dapat lihat wajah sayu Tiara di hadapannya.

            “Someone who can love me… or hate me!” ucap Tiara lagi.

Soyeon dan Adlee terpaku. Perlahan-lahan Soyeon meleraikan tangan Adlee dan melangkah menghampiri Tiara. Adlee cuba menghalang tetapi Soyeon tetap berkeras.

            “Are you alone?” Tanya Soyeon.

Dia merenung Tiara dengan perasaan simpati. Tiara turut merenungnya dengan pandangan mata yang sedih. Adlee yang menjadi pemerhati naik berang. Dia melangkah dengan pantas ke arah mereka dan terus merentap Tiara dengan kasar.

            “Adlee awak nak buat apa?” Tanya Soyeon.

Adlee hanya mendiamkan diri dan terus berjalan sambil memegang kejap Tiara. Tiara cuba meronta tetapi tenaga Adlee lebih kuat darinya.

            “Adlee!” Soyeon masih mengejar Adlee.

            “Kau diam,” kata Adlee.

Dia terus berjalan sehingga sampai di tempat pembakaran. Adlee mengeluarkan mancis dari poket seluarnya. Soyeon semakin cemas. Tiara pula meronta-ronta dan meminta supaya Adlee melepaskannya.

            “Adlee awak nak buat apa?!” Soyeon menarik tangan Adlee.

            “Aku nak bakar patung ni! Patung ni buat kau terus hanyut dalam khayalan kau!” Kata Adlee sambil mula menyalakan mancis.

            “Tolong lepaskan aku,” pinta Tiara denga suara halus.

Adlee tidak mempedulikan Tiara dan terus membakarnya tanpa perasaan. Hampir separuh badan Tiara sudah terbakar, Adlee mencampakkan Tiara ke tempat pembakaran itu dan hanya melihat api menyambar badan Tiara.

            “Jom balik,” ajak Adlee sambil menarik tangan Soyeon.

Soyeon hanya mengikut Adlee tetapi dia sempat melihat Tiara yang sedang terbakar itu. Sedkit rasa simpati terdetik di hatinya tetapi dia tidak dapat menghalang kerana sudah terlambat.

*****

            Adlee memeluk erat badan Soyeon dengan penuh kasih sayang. Soyeon turut membalas pelukan Adlee.

            “Aku sayangkan kau dan aku tak nak kau disakiti,” ucap Adlee perlahan.

            “Saya tahu tapi…..”

            “Lupakan pasal patung tu! Dia dah mati,” balas Adlee terlebih dahulu.

Mereka sendiri nampak yang patung itu sudah dijilat api. Soyeon mengangguk perlahan. Kemudian mereka berjalan menuju ke tempat lain pula. Tiba-tiba langkah mereka terhenti apabila melihat seorang lelaki pertengahan umur sedang bertafakur dan memandang potret seseorang. Entah mengapa mereka tertarik untuk mendekati lelaki tua itu.

            Tidak lama kemudian, lelaki itu mula bergerak dan perasan yang Soyeon dan Adlee sedang merenungnya. “Boleh pakcik bantu?” Tanya lelaki itu.

            “Budak ni siapa pak cik?” Tanya Soyeon sambil menunjuk ke arah potret seorang budak perempuan.

            “Itu anak pak cik. Dia dah meninggal 5 tahun lepas sebab kemalangan. Hari ini ulang tahun kematian dia. Kenapa nak?” Pak cik itu memandang Soyeon dan Adlee.

            Jantung Soyeon dan Adlee seakan terhenti seketika apabila terlihat patung yang dipegang oleh budak perempuan itu. Pak cik itu seakan faham pandangan mereka terhadap patung itu.

            “Patung tu kawan baik EunKyung sejak kecil lagi. Dia anak tunggal jadi dia tak ada kawan selain patung tu je. Tapi patung tu lah yang menyebabkan kematian dia!” Pak cik itu menggenggam penumbuk tanpa di sedari.

            “Apa yang terjadi?”

            “Lima tahun lepas, anak pak cik ni mati sebab kena langgar kereta. Semua gara-gara dia nak ambil patung yang tercampak ke tengah jalan. Semasa dia mengutip patung ini, tanpa disedari sebuah kereta datang dan terus melanggar EunKyung,” cerita pak cik itu dengan tenang.

            “Sejak dia meninggal, pak cik dah buang patung tu. Tapi yang peliknya, setiap kali pak cik buang patung tu, dia pasti akan kembali semula ke tempat dia iaitu tempat yang selalu EunKyung letakkan dia. Tak kiralah berapa kali pak cik buang dia, dia tetap kembali. Patung tu macam bernyawa dan tahu jalan balik ke rumah. Satu hari pak cik buang dua kat tempat longgokan sampai dan kami terus pindah dari rumah itu. Lepas tu pak cik dah tak pernah nampak pun patung tu lagi. Agaknya dia merajuk kot,” cerita pak cik itu.

            “Betul ke… Patung tu….. bernyawa pak cik?” Tanya Adlee.

            “Aish! Mengarut! Itu semua karutlah,” pintas pak cik itu.

            “Kamu berdua ni nampak berminat sangat dengan patung tu kenapa?” Tanya pak cik itu.

Soyeon dan Adlee berpandangan sesama sendiri kemudian menggeleng memandang pak cik itu. “Tak ada apa-apa pak cik. Kami pergi dulu ye,” mereka meminta diri dan terus beredar dari situ. Soyeon mula termenung panjang.

*****

            Soyeon yang merasakan badannya terlalu letih terus sahaja berbaring di atas katilnya. Sebaik sahaja kepalanya mencecah bantal, dia terus terlelap. Tanpa disedari, ada sesuatu yang sedang memerhatikannya dari tingkap. Seperti sebuah anak patung yang manis mukanya. Patung itu merenung Soyeon yang sedang lena. Perlahan-lahan patung itu bergerak dan menghampiri Soyeon.

            “Love me or hate me?”

Serta-merta Soyeon membuka matanya dan mendapati Tiara sedang berdiri sambil merenung tajam ke arahnya. “Tiara?!”

            Tiara tersenyum sinis memandang Soyeon yang begitu terkejut melihat dirinya. Tiada suara yang dapat diluahkan oleh Soyeon ketika itu kerana dia sungguh terkejut melihat kehadiran Tiara.

The End!

No comments: