Because of You PART 4



Soeys masih lagi menangis teresak-esak.


Tiba-tiba DooJoon membuka sebelah matanya dan memandang Soeys. Dia tersenyum melihat Soeys.

                “Sayang jugak kau kat aku ye.” Kata DooJoon.


Serta merta Soeys mengangkat mukanya dan mengesat air matanya.


                “DooJoon ah!” kata Soeys.


DooJoon mengukir senyuman. Lama kelamaan bertukar menjadi gelak ketawa yang sangat kuat.


Yoseob dan Junhyung juga turut ketawa.
 

               “Apa semua ni?”tanya Soeys yang terpinga-pinga.


DooJoon bangun dan membuka kain yang melilit tangan dan kakinya.


                “Lembab betullah dia ni. Masih tak sedar ke yang kau dah kena tipu. Mudah sangat percaya. haahaha” DooJoon menyambung gelaknya.

“Tak guna kau!!!” jerit Soeys lalu mengambil bantal dan memukul badan DooJoon dengan kuat berkali-kali.


                “Tolong berhenti Soeys. Tolong tolong tolong.” Rayu DooJoon.


“Aku tak nak!” jerit Soeys.


Yoseob dan Junhyung cuba meredakan Soeys.


                “Soeys sabar. Dia betul-betul cedera lah.” Kata Yoseob.


“Jangan nak tipu!” kata Soeys dan terus menerus memukul DooJoon.

Tiba-tiba DooJoon menahan bantal yang hampir kena mukanya.


                “Dengar lah dulu aku nak cakap. Ok ok. Aku minta maaf sebab mempermainkan kau.” Kata DooJoon dengan lembut.

                “Sebenarnya macam ni. Tadi memang aku jatuh. Kaki aku luka sikit je.” Kat DooJoon.

DooJoon merungut sambil berjalan dengan pantas. Sebenarnya dia sungguh malu dengan Soeys tadi kerana telah melatah depannya.


                “Aigoo~ sakitnya punggung aku. Nasib baik tak patah tulang punggung ni. Soeys ni memang nak kena. Aku mesti balas dendam. Erm.. apa aku nak buat dengan dia ha? Aku mesti buat sesuatu yang boleh tinggalkan kenangan yang tak boleh dia lupakan. Apa ya?” DooJoon merancang-rancang mahu mengenakan Soeys balik.

                “Aaaarrgghh!!”


DooJoon telah terjatuh di dalam longkang besar. Habis baju dan seluarnya kotor.


                “Oi! Apa kau buat kat dalam tu ha?” sapa seorang lelaki tua yang kebetulan lalu di situ.


                “Tak ada apa pak cik. Saja je nak amik feel masuk dalam longkang ni. Dapat idea banyak sikit.” Dalih DooJoon dan cuba untuk keluar dari longkang. Tetapi dia tergelincir dan jatuh ke dalam longkang itu balik. Habis basah seluar dan bajunya. Badannya juga berbau busuk.

                “Hahahahahahaha!!!” ketawa Soeys dengan kuat apabila mendengar cerita DooJoon.


“Oi oi. Sudah lah tu. Kau tau tak busuk.” Kata DooJoon.
 

               “Oi! Dah lah!” jerit DooJoon lalu memukul Soeys dengan bantal. Soeys masih lagi tidak berhenti gelak.

Xiao dan Dongwoon berjalan beriringan. Mereka mengambil tempat kosong untuk duduk.

“Oppa.” Kata Xiao sambil memandang Dongwoon.


“Ya.”

Mata mereka bertentangan. Lama.


Lama-kelamaan muka mereka semakin rapat. Dan rapat. Dongwoon memejamkan matanya. Mereka hampir hendak bercium. Tetapi….

                “Oppa. Nak aiskrim.” Kata Xiao. Itu membuatkan muka Dongwoon berubah.


“Er. Kenapa oppa? Tak nak belikan ke?” Tanya Xiao keanehan.


Muka Dongwoon bertukar menjadi merah padam.

                “Yelah. Jom pergi beli aiskrim.” Kata Dongwoon lalu bangun dan terus berjalan.


Xiao bangun dan mengekori Dongwoon dari belakang. Dia tergelak sendirian. Perlahan.


                “Kenapa ketawa?” soal Dongwoon.


“Er.. tak ada apa-apa.” Dalih Xiao dan terus tersenyum.


                “Oppa. Jom keluar. Bosanlah duduk rumah je.” Kata Soeys kepada Hyunseung.


“Pergilah ajak DooJoon. Hyung sibuk ni.” Kata Hyunseung tanpa mengalihkan pandangannya daripada laptop. Dia pantas menaip sesuatu.

                “Keluar sorang je la.” Kata Soeys lalu mencapai sweater nya.

Soeys berjalan keseorangan pada malam itu. Suasana sungguh sunyi.    


                “Aigoo~ mana semua orang pergi ni? Tak kan dah tidur awalnya.” Rungut Soeys.


Angin malam yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menambah kedinginan malam. Bunyi-bunyi daripada buluh runcing apabila ditiup angin membuatkan suasana menjadi seram.

Tiba-tiba Soeys terdengar derap kaki seseorang. Makin lama makin dekat di belakangnya.
Soeys menoleh ke belakang. Tetapi tiada sesiapa pun di belakangnya.


                Rupanya DooJoon yang mengekori Soeys dari belakang. Dia terhendap-hendap disebalik pokok besar yang ada di situ.

Soeys~ Soeys~ Soeys~ kedengaran sayup-sayup suara seseorang memanggil namanya.


                “Aduh. Jangan main-main lah. Aku terajang nanti baru tau.” Kata Soeys yang dalam ketakutan.

Tiba-tiba seekor kucing hitam melompat ke arah Soeys. Apalagi, Soeys terus langkah seribu. Tunggang langgang lariannya kerana terlalu ketakutan.

                “Hahahahahahaha!!! Penakut jugak si monyet ni. Ingatkan berani sangat tadi.” Kata DooJoon sambil tidak berhenti ketawa.

Tiba-tiba tong sampah di sebelah DooJoon tergolek dan berbunyi dengan kuat. DooJoon sangat terkejut dan melompat. Lalu tanpa menoleh ke belakang DooJoon terus melarikan diri. Sambil terjerit-jerit macam orang gila.

Keesokan harinya Soeys mengalami demam dan tidak dapat ke mana-mana. Hal ini disebabkan hal malam tadi. Dia sungguh terkejut dengan semua itu. DooJoon juga mengalami perkara yang sama. Dia juga turut demam.     

                “Baguslah. Dua-dua demam. Aman kejap dunia ni.” Kata Yoseob dan Dongwoon.


“Tak baik lah awak ni Yoseob. Kesian kat diaorang.” Kata Alia.

Tweett Tweett~ (bunyi burung)


                “Mula lah tu buat bunyi pelik. Menyampah betul.” Kata Alia.

“Apa kata kita buat sesuatu supaya Soeys dengan DooJoon tu bersatu.” Xiao memberi idea.


                “Nak buat apa unnie? Bagus jugak.” Alia bersemangat.

“Macam ni. Mari dekat sikit.” Kata Xiao.


Mereka berempat kusyuk mendengar rancangan Xiao unnie.

                “Ha. Amacam? Ok?” Tanya Xiao selepas dia memberitahu rancangannya.


“ok! Set. Daebaklah unnie.” Kata Alia.


                Dongwoon dan Yoseob pun bersetuju dengan rancangan itu.

Esok mereka akan memulakan rancangan itu. Dan mereka mahu melaksanakan misi itu..
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                To be continued….
Written by : Soeys Solehah


-----> Go to Part 5