Soeys masih lagi terduduk di tepi jalan. Xiao dan Dongwoon masih lagi tercegat di sebrang jalan. Seakan tidak percaya apa yang berlaku.
“Aigoo~ sakitnya. Tak guna punya lori. Tak nampak ke orang nak melintas.” Kedengaran suara DooJoon bising-bising di sebarang jalan.
Soeys mengangkat mukanya dan terpandang DooJoon sedang membelek-belek tangannya. Soeys berlari mendapatkan DooJoon.
“Kau ok ke?” Tanya Soeys.
“Kau buta ke? Tangan aku dah berdarah ni kau boleh tanya ok ke tak.” Marah DooJoon.
Soeys tidak menghiraukan amarah DooJoon. Dia terus mencapai sehelai sapu tangan di dalam kocek seluarnya lalu membalut tangan DooJoon yang luka itu.
Xiao cuba berjalan menghampiri DooJoon dan Soeys tetapi dihalang oleh Dongwoon.
“Biar je lah diaorang tu. Kita jadi penonton je..hihi.” kata Dongwoon.
“Ye lah kan..hehe” kata Xiao sambil memeluk erat tangan Dongwoon.
Soeys dan Alia menatang dulang makanan mereka menuju ke arah sebuah meja yang kosong. Mereka mengambil tempat duduk masing-masing.
Tadi Alia menelefon Soeys mengajaknya makan di sebuah restoran. Hari ini Alia mahu membelanja Soeys makan.
Itu sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Kalau hendak makan di luar pasti mereka bergilir-gilir belanja. Mereka merupakan kawan baik sejak dari sekolah rendah.
“So, apa cerita kau dengan DooJoon? Dia dah balik sini kan.” Alia memulakan bicara.
“Cerita apa? Tak ada cerita apa pun. Sama je. Dia suka cari pasal dengan aku. Menyampah ada lah.” Rungut Soeys.
“Ala.. Tak kan tak ada kot. Sepasang kekasih yang telah lama berpisah bertemu kembali.” Kata Alia.
“Banyaklah kau punya sepasang kekasih. Kau nampak garfu ni. Aku cucuk mata kau baru tau.” Marah Soeys. Alia hanya ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Kau tu. Dengan Yoseob apa cerita?” Tanya Soeys pula.
“Aduyai.. kau tanya aku pasal budak pelik tu? Asal marah je mulalah buat bunyi pelik.” Sindir Alia.
“Ala. Pelik pun boyfriend kau jugak. Jangan nak mengata sangatlah. Untunglah kau ada boyfriend.” Kata Soeys.
“Yela. Untunglah aku. Kau tu ha yang tak untung. Bila kau nak couple dengan si DooJoon tu ha? Asyik bergaduh je memandang.” Kata Alia.
“Jangan sebut nama dia boleh tak. Boleh hilang selera aku nak makan tau.” Marah Soeys.
“Boleh jalanlah. Menyampah konon. Padahal kau tu suka kat dia. Macam aku tak tau pulak. Kau ingat kau tengah cakap dengan siapa sekarang ni. Ni Alia lah. Tak payah lah kau nak tipu aku bulat-bulat.” Kata Alia membangga diri.
“Yela Alia. Aku bangga ada kawan macam kau. Tapi tak payah lah kait kan aku dengan mamat tu. Menyampah tau tak. Tak abis-abis cari pasal dengan aku. Aku ni jadi bahan buli dia je.” Adu Soeys.
“Kau pun apa kurangnye. Kalau budak tu diam kau yang mulakan dulu.” Kata Alia lalu ketawa.
“Kau ni kan.” Kata Soeys seraya mencubit lengan Alia lalu menggeleteknya.
“Jangan lebih..hahaha.. berhenti..hahaha..” rayu Alia sambil tidak dapat menahan gelaknya.
“Nak makan tu makan je lah. Ni bukannya tempat untuk bermain.”
Mereka berdua terhenti dan memandang empunya suara itu. Rupa-rupanya Yoseob dan DooJoon.
“Eleh. Suka hati kami lah. Yang kau sebuk tu pasal apa.” Kata Soeys.
Tanpa diminta, Yoseob terus melabuhkan punggungnya di kerusi di sebelah Alia.
“Jemputlah duduk Encik DooJoon. Kerusi sebelah Soeys tu kosong.” Pelawa Yoseob sambil tersenyum kambing.
“Eh, jemput duduk ye Encik DooJoon. Jangan malu-malu. Kerusi ni memang khas untuk Encik DooJoon pun.” Kata Soeys lalu bangun dan menarik kerusi di sebelahnya untuk memberi ruang kepada DooJoon.
DooJoon tanpa ragu-ragu terus duduk dan membuat muka poyonya. Tetapi hampir sahaja DooJoon hendak melabuhkan punggungnya di kerusi, Soeys cepat-cepat menarik kerusi itu kebelakang. Apa lagi,
“Omma!!!”DooJoon jatuh terduduk di lantai. Hampir sahaja dia terlentang.
“Hahahahahahaha!!” berderai ketawa Soeys.
Alia dan Yoseob hanya memandang DooJoon dan tidak tahu apa yang hendak dibuat.
DooJoon hanya sabar menahan malu. Mukanya sudah merah padam menahan malu. DooJoon bangun dan berdiri setentang dengan Soeys dan memandang muka Soeys dengan tajam.
“Aku akan balas dendam!” kata DooJoon lalu terus berlalu.
Soeys memandang Alia dan Yoseob untuk meminta pendapat.
“Lalala.. kami tak masuk campur.” Kata Yoseob lalu memegang tangan Alia dan terus berlalu.
Tinggallah Soeys seorang diri dengan keadaan terpinga-pinga.
Petang itu Soeys hanya duduk di dalam biliknya seorang diri. Tiba-tiba telefonnya bordering.
“Aigoo. Nombor dirahsiakan pula.” Keluh Soeys lalu menekan punat answer.
“Yoboseyo.” Sapa Soeys.
“Aigoo. Nombor dirahsiakan pula.” Keluh Soeys lalu menekan punat answer.
“Yoboseyo.” Sapa Soeys.
“Ini Cik Soeys kah?” tanya seseorang di bahagian sana.
“Ya. Saya bercakap. Ada apa?”
“Saya Jiyeon dari Hospital Besar Seoul. Saya nak bagitahu Encik DooJoon telah mengalami kemalangan dan keaadannya sekarang amat teruk. Saya harap Cik Soeys dapat datang ke hospital sekarang.” Selesai mengucapkan itu. Talian terus termati.
Mendengar akan hal itu. Tidak semena-mena air mata Soeys menitik.
“DooJoon. Apa dah jadi?”
Dia cepat-cepat mencapai beg galasnya dan terus keluar. Dia menahan teksi yang kebetulan lalu di hadapannya.
“Cik. Kat mana wad pesakit yang bernama Yoon Doo Joon?” tanya Soeys sebaik sahaja dia sampai ke hospital yang disebutkan tadi.
“Yoon Doo Joon berada di wad 3 di tingkat 2. Tapi…”
Belum sempat jururawat itu habis cakap Soeys terus berlari mendapatkan lif.
“Yoon Doo Joon berada di wad 3 di tingkat 2. Tapi…”
Belum sempat jururawat itu habis cakap Soeys terus berlari mendapatkan lif.
Apabila sampai di tingkat 2, Soeys melihat Yoseob dan Junhyung sedang menunggu di luar wad dengan wajah yang sugul.
”Macam mana dengan DooJoon?” tanya Soeys.
“Er.. erm..” Yoseob teragak-agak hendak memberitahu Soeys.
“Kau masuklah sendiri tengok keadaan dia.” Kata Junhyung.
Soeys membuka pintu wad DooJoon. Dia melihat DooJoon sedang terlantar tak sedarkan diri. Keadaannya sungguh teruk. Kaki DooJoon patah dan tangan dan kepalanya berbalut.
Soeys menghampiri DooJoon. Dia duduk di sebuah kerusi yang ada di sebelah katil DooJoon. Dia merenung muka DooJoon. Lama. Air matanya perlahan-lahan jatuh ke pipi.
“DooJoon. Apa dah jadi dengan kau? Kau jadi macam ni sebab aku ke?” kata Soeys.
Di luar, Yoseob dan Junhyung sedang mengintai mereka berdua melalui celah pintu.
“DooJoon. Maafkan aku. Janganlah tinggalkan aku.” Kata Soeys sambil menangis. Lalu dia menyembamkan mukanya di katil DooJoon dan menangis tersesak-esak.
To be continued…