Because of You PART 2



“DooJoon!!” Yoseob, Junhyung, Gikwang dan Hyunseung menerpa ke arah DooJoon.
Gikwang merangkul DooJoon dari belakang.

“Wo wo. Gikwang. Body kau makin besar nampak. Jangan peluk aku kuat sangat.” Kata DooJoon.


Mereka berlima ketawa riang. Jelas keakraban mereka dilihat.



Soeys tidak mempedulikan mereka. Dia meneruskan kerjanya menghafal step tarian. Dongwoon berjalan menuju ke arah Soeys.

                “Buat apa dekat sini?” Tanya Dongwoon.


“Ceh! Apa mamat tu buat dekat sini ha? Dah lah bila dia masuk je semua orang berkerumun dekat dia. Macam lah famous sangat.” Soeys menjuihkan bibirnya.


                “Eleh. Tak payah berpura-pura lah. Hyung tahu kamu suka bila nampak dia.” Usik Dongwoon.


“Er.. apa yang hyung cakap ni? Dia tu yang tiba-tiba je muncul. Entah dari mana datang.”


                “Eh, buat-buat tak tahu pula. Dia kan baru balik dari Army. Lama tau dia dekat sana. Takkan tak rindu? Hahaha.” Sakat Dongwoon dan terus beredar.

Soeys bangun untuk beredar. Tetapi dihalang oleh DooJoon.


                “Eh, aku kan baru balik ni. Kau tak rindu dekat aku ke?” kata DooJoon sambil mendepakan tangannya.


                “Oi! Ingat aku teringin ke nak peluk kau?! Beruk!!” ejek Soeys.


“Cari pasal betul monyet ni. Kau ingat aku nak sangat ke kau peluk aku? Dah lah pendek.” Ejek DooJoon.


                “Siapa yang pendek ha? Kau ingat kau tu tinggi sangat? Untunglah aku pendek, tak payah nak terhantuk kat merata-rata tempat macam kau. Hahahaha.” Balas Soeys.

                “Haish. Dah mula dah. Pantang jumpa mesti bergaduh. Tak selesai lagi ke kes diaorang ni?” kata Gikwang sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.


                “Biar je lah dorang tu. Meriah sikit studio ni kalau dorang bergaduh.haha.” kata Junhyung.


“Jom sambung latihan.” Sambung Junhyung lagi sambil menepuk-nepuk bahu Gikwang.

                “Argh! Malang betul hari ni. Terserempak dengan si beruk tu pulak. Kenapa la dia ada dekat situ juga?” rungut Soeys.

Tiba-tiba..
Ireohke nan ddo..(fiction in fiction)… Itji mothago..(fiction in fiction).. Telefon bimbit Soeys berbunyi nyaring.


Soeys melihat di skrin telefon bimbitnya. Nombor yang tidak tikenali terpapar di skrin telefonnya.


                “Aigoo~ tak suka la nombor yang tak kenal. ” rungut Soeys.


Nak tak nak Soeys terpaksa juga mengangkat panggilan telefon itu.

                “Hello..” sapa Soeys.


“Aaaarrrrggghhh!!!” terdengar suara perempuan menjerit nyaring di talian sebelah sana. Selepas itu terdengar pula hilai tawa yang menyeramkan.


                “Oi! Siapa tu? Jangan main-main. Oi! Jawablah!!” kata Soeys cemas.


Tiba-tiba talian itu termati. Serta-merta perasaan seram menyelubungi dirinya.

“Hahahahaha!! Mesti dia takut gila dengan panggilan tu. Mesti dia tak dapat tidur malam ni. Padan muka dia.” Kata DooJoon sambil tidak berhenti ketawa.

Keesokan harinya..
Soeys mengikut Hyunseung ke studio semalam lagi. Dia sangat suka menari dengan kawan-kawan oppanya.


Tetapi kali ini dia pergi seorang diri kerana Hyunseung terpaksa keluar cepat.Soeys berjalan sambil mendengar mp3 kesayangannya.Tiba-tiba dia dirempuh seseorang dengan kuat. 

                “Aigoo~ sakitnya.” Soeys cuba untuk bangun tetapi tidak boleh. Kakinya terseliuh.


“Awak ok? Saya benar-benar minta maaf. Saya tak nampak awak tadi.” Kata lelaki yang melanggarnya tadi.


                “Oi! Kecil sangat ke….” Soeys terhenti apabila terpandang lelaki itu.


“Laa.. Kau rupanya.” Kata DooJoon.


                “Kenapa?! Kau ni memang suka cari pasal dengan aku lah!” jerit Soeys.

Orang yang lalu lalang di situ memandang mereka dengan reaksi yang pelik.


                “Er.. tak ada apa-apa. Dia memang macam ni. Jangan risau.” Kata DooJoon cuba menjelaskan keadaan.


Soeys daripada tadi asyik mengeluh kesakitan.

                “Sudahlah. Bising je. Mari!” kata DooJoon lalu mengangkat Soeys.


“Oi oi ! kau buat apa ni ha? Cepat turunkan aku!” Soeys meronta.


                ”Kaki dah cacat macam tu ada hati nak berjalan sendiri lagi. Jangan buat lawak.” DooJoon terus saja berjalan.


                “Cacat kau cakap. Nah amik ni. Kepala kau pulak yang cacat.” Kata Soeys lalu mengetuk kepala DooJoon.


                “Argh!! Sakit lah.” Jerit DooJoon.


Soeys ketawa dengan kuat. Puas hatinya kerana dapat mengenakan DooJoon.
Tetapi DooJoon hanya tersenyum dengan penuh makna.


Soeys mengurut kakinya menggunakan minyak angin. Dia teringat lagi semasa DooJoon menyapu minyak angin pada kakinya. Tetapi tercetus juga pergaduhan antara mereka.

“Ouch! Sakitlah! Buat perlahan-lahan tak boleh ke? Ke kau memang saje nak sakitkan aku?”marah Soeys.

“Eih! Tak sedar dek untung. Kira syukur lah aku dah baik hati nak sapukan ubat dekat kaki kau ni. Kalau tak aku biar je kau sorang sorang kat jalan tu.” Balas DooJoon sambil terus mengurut kaki Soeys.

“Kau yang langgar aku tadi kan.”


“Eh, kau yang tak tengok jalan. Siapa suruh rambut depan tu panjang sangat. Sampai orang lain pun tak nampak.” Balas DooJoon balik lalu menepis rambut hadapan Soeys.

Pakk!!


Soeys memukul DooJoon dengan segulung kertas surat khabar.

“Sakitlah!” kata DooJoon sambil mengusap-usap bahunya.

Soeys tersenyum sendirian mengenangkan kisah tadi. Tiba-tiba Soeys tersentak.


                “Oih! Kenapa aku suka bila teringatkan hal tadi? Apa kena dengan aku ni?” kata Soeys sambil menampar-nampar pipinya sendiri. ‘Pabo pabo pabo!’ jerit Soeys dalam hati.
Soeys mengambil telefon bimbitnya di atas meja solek. Jarinya pantas menaip nombor telefon seseorang.


                “Yoboseyo. Unnie, Soeys nak jumpa unnie sekarang. Free tak?” Tanya Soeys.


“Nae~” jawab orang di talian sana.


Soeys menghirup kuah kimchi .


                “Sedapnya.” Kata Soeys.


“Erm. Ada apa nak jumpa unnie ni? Macam ada perkara penting je.” Tanya Xiao.


                “Macam ni. DooJoon dah balik sini lah unnie. Menyampah betul.” Adu Soeys.


“Laa.. ingat apa tadi. Kamu suka lah tu DooJoon dah balik. Boleh jumpa dia tiap-tiap hari kan.” Usik Xiao.

                “Ehem.. ada apa sebut nama saya ni? Nasib baik tak tersedak masa minum air tadi.” Tiba-tiba DooJoon muncul.


Hampir-hampir sahaja Soeys tercekik ayam yang diratahnya.

“Haiya! Kenapa kau ada kat sini ha?!” soal Soeys.


Dia bangun dan berjalan laju menghampiri DooJoon. Tetapi dia tergelincir. DooJoon menyambut Soeys daripada tergelincir. Mereka berdua terjatuh. Soeys tersembam di atas DooJoon.

Xiao hanya memandang mereka dengan senyuman. Dongwoon yang baru sampai turut terkejut dengan apa yang berlaku.

                “Apa kau buat ni? Kau nak apa-apa kan aku ke? Tak guna betul.” Marah Soeys lalu bangun dengan mukanya yang merah padam.


                “Nasib baik aku ada. Kalau tak tadi dah kemek muka kau yang tak cantik tu. Dah lah tak nak berterima kasih.” Balas DooJoon kembali.


                “Malas aku nak layan minah senget ni.” Kata DooJoon lalu terus berlalu. Dia cuba melintasi jalan yang sesak dengan puluhan kereta.


Soeys hanya memandang sahaja pemergian DooJoon. Lalu mengalih pandangannya.
Tiba-tiba bunyi hon lori kuat kedengaran. Soeys, Xiao dan Dongwoon memandang ke arah datangnya bunyi itu. Mereka nampak sebuah lori laju hendak melanggar DooJoon.


                “DooJoon bahaya!!” tak diduga Soeys menjerit nyaring dan berlari menuju ke arah DooJoon.


Tetapi apabila Soeys sampai di tepi jalan tersebut DooJoon sudah tiada dan lori tersebut berada betul-betul di hadapan matanya. Dia tergamam. Serta-merta Soeys terduduk sampai merenung kosong lori dihadapannya.



To be continued….
Written by : Soeys Solehah


-----> Go to Part 3