Because of You PART 1



“DooJoon ahh!!”


         Gedebukk!!  Satu bunyi kuat kedengaran..



“Aiggooo!!! Sakitnya..” kata Soeys sambil cuba membuka matanya..


                “Aaahhh… kat dalam bilik lagi rupanya.. Ingat betul-betul  la tadi..” keluh Soeys lalu merebahkan badannya. Dia kembali tidur..

Tuk tuk tuk.. kedengaran tiga kali ketukan pintu bilik Soeys.


                “Saeng!! Bangun lah! Nak ikut oppa ke tak ni?” jerit Hyunseung dari luar bilik Soeys.


  “Emmm… pergi mana ni? Pagi-pagi lagi dah nak merayau.” Sayup-sayup kedengaran suara Soeys dari bilik.

                “Cepat lah!!” jerit Hyunseung.. terdengar derap kaki beredar. Tiada lagi kedengaran suara Hyunseung.


“Aigoo~ dah lah panas. Kena jalan kaki. Beg berat pula tu. Arrhh!! Rehat kejap la.” DooJoon menghempas beg sandangnya lalu duduk di kaki lima sebuah bangunan.

                Tiba-tiba sebuah tin kosong bergolek mengenai kakinya.

“Eh, tin apa pula ni?” kata DooJoon sambil membelek-belek tin tersebut.

KTINGG!!


Bunyi lantunan duit syiling. Seseorang telah membaling sekeping duit syiling ke dalam tin yang dipegang DooJoon.

                “Oi! Saya bukan pengemis lah. Ambil balik duit awak ni!” jerit DooJoon,mengambil begnya dan cuba mengejar orang yang memberinya duit tadi.

                “Oi!!” DooJoon memegang bahu lelaki yang berada di depannya.

Dan apabila lelaki itu menoleh ke belakang…


“Ahh!! DooJoon!!” jerit lelaki itu.


“Dongwoon ke ni?” Tanya DooJoon.


“Aku Dongwoon lah.. tak kan tak kenal lagi kawan baik kau ni!”


Mereka saling berpelukan. Lama benar Dongwoon dan DooJoon tidak berjumpa sejak DooJoon terpaksa masuk Army.


                “Aigoo~ Oppa, nak pergi mana ni? Penatlah jalan. Kenapa tak naik motor oppa tu. Harap je motor besar. Tapi tak nak guna. Rugi je omma belikan motor tu kat oppa.” Bebel Soeys.


Hyunseung membiarkan Soeys membebel seorang diri. Kalau dia membantah, pasti Soeys akan lebih bising.

“Ok! Kita dah sampai. Jom kita masuk.” Kata Hyunseung.


Soeys memandang bangunan tinggi yang berada di hadapannya.

“Cube Entertaiment?” soal Soeys di dalam hati.


Dia terus melangkah masuk ke dalam bangunan itu tanpa mengetahui tujuan sebenar Hyunseung membawanya ke sini.

Hyunseung membawa Soeys masuk ke dalam sebuah bilik khas. Dia membuka pintu bilik itu dan…

                “Sampai pun. Ingatkan kau dah sesat dekat tengah jalan tu. Kenapa lambat?” marah Gayoon.


“Siapa pula perempuan yang dekat belakang kau tu? Tak pernah nampak pun sebelum ni.” Soal JunHyung pula.

“Memperkenalkan…. Ini Soeys. Satu-satunya adik perempuan aku. Dan juga satu-satunya adik aku yang paling aku sayang.” Hyunseung memperkenalkan Soeys kepada rakan-rakannya.
Soeys hanya tunduk memberi hormat kepada mereka.

                “Oppa. Buat apa kat sini? Kenapa kawan-kawan hyung ramai sangat ni? Seganlah.” Bisik Soeys kepada Hyunseung.

                “Laa.. Kata nak berlatih menari. Diaorang ni hebat dalam tarian tau. Hyung pun belajar menari daripada diaorang la. Dah dah.. pergi berkenalan dengan mereka semua. Jangan risau. Diaorang semua baik-baik.” Hyunseung menolak Soeys. Soeys terlajak ke hadapan. Hampir-hampir saja dia tersungkur.

“Annyeonghaseyo” Soeys memberikan senyuman seraya tunduk hormat kepada mereka.

“OI! Nak pergi mana?” soal DooJoon

                “Pergi mana lagi. Kau tak nak jumpa mereka ke? Tak rindu?” Tanya Dongwoon


“Aigoo~ ye lah. Lepas pergi sana, kita makan ye. Aku dah lapar ni. Tak kesian ke tengok aku?” kata DooJoon sambil buat aegyo.

                “Yela..” Dongwoon hanya menjeling ke arah  DooJoon dan buat muka menyampah.
DooJoon ketawa lalu terus merangkul leher Dongwoon.

Di dalam studio Soeys sedang tekun belajar menari dari Jihyun, Gayoon dan Hyuna. Sekali sekala terdengar gelak ketawa dari mereka. Mereka cepat sahaja mesra kerana Soeys seorang yang gila-gila dan senang bergaul.


         Yoseob dan Juhyung pula sedang berlatih untuk persembahan mereka minggu hadapan.

                “Mana G.NA unnie? Tak nampak pun dari tadi.” Tanya Hyunseung kepada Gikwang.


“Mana lagi. Lusa kan dia hendak bertunang. Tengah prepare la tu.” Jawab Gikwang sambil sibuk menulis sesuatu.

                “Ahh.. penat juga ye oppa. Tak sangka sampai penat macam ni.” Kata Soeys lalu mengambil tempat disebelah oppanya. Hyunseung menghulurkan sebotol air mineral kepada Soeys.

                “wahh. Gikwang. Makin berotot la body kau!” tegur Soeys sambil memicit-micit tangan Gikwang


“Hai. Mestilah aku tak pernah miss gym tau x.” kata Gikwang sambil membuat tangannya seperti ahli bina badan.

                “Hai cik adik.. tak sampai satu jam menari dah letih? Hahaha..” sakat Yoseob.


                “Diamlah!” kata Soeys sambil menjulurkan lidahnya. Yoseob hanya ketawa sahaja.


Yoseob memang suka menyakat Soeys sejak dari Soeys sekolah rendah lagi. Ya. Sejak dari sekolah rendah lagi Yoseob dan DooJoon suka menyakat Soeys. Dongwoon lah yang selalu meredakan keadaan. Tetapi orang yang paling dia benci ialah DooJoon.

                “Wei Yoseob. Mana kawan baik kau ha?” Tanya Soeys kepada Yoseob.


“Siapa?” Tanya Yoseob balik.


                “Ala.. siapa lagi yang dia cari. Mestilah buah hati dia tu.” Sampuk Junhyung.


“Kau ni kan..” belum sempat Soeys menghabiskan kata-katanya tiba-tiba pintu studio itu terbuka.

Dongwoon muncul di sebalik pintu itu. Di belakangnya muncul pula DooJoon dengan senyumannya.


“Annyeonghaseyo!” sapa DooJoon.

Apabila melihat kemunculan DooJoon secara tidak terduga itu membuatkan Soeys terpaku dan tidak dapat berkata-kata.


DooJoon juga terpaku apabila melihat Soeys berada di situ.


To be continued…..

Written by : Soeys Solehah

-----> Go to Part 2