8 bulan kemudian…
Dara berlari-lari anak menuju ke arah kereta Joon. Apabila sampai dia terus membuka pintu kereta dan terus masuk ke dalam kereta.
“Mian saya lambat.” Kata Dara.
“Tak apa. Jom.. Awak nak makan dekat mana? Saya ikut awak saja.” Kata Joon lantas menghidupkan enjin keretanya.
Kini Joon dan Dara menjadi sepasang kekasih. Ini pun atas permintaan Minzy. Walaupun pada mulanya Dara dan Joon tidak dapat menerima diri masing-masing, tapi akhirnya mereka dapat menerimanya. Mereka menganggap itu adalah permintaan terakhir Minzy.
Hyunseung pula sudah berubah dan tidak lagi menjadi kaki perempuan. Dia kini sedang bercinta dengan Soyeon. Dia dapat menerima diri Soyeon walaupun pada mulanya dia memang tidak suka dengan sifat Soyeon yang dianggap pelik oleh masyarakat. Kini dia sangat menyayangi Soyeon dan berjanji tidak akan mensia-siakan Soyeon. Dia juga tahu yang dia adalah lelaki pertama buat Soyeon.
“Erm.. oppa, saya nak ziarah kubur Minzy dulu boleh?” pinta Dara.
“Baiklah.” Kata Joon sambil memandu ke arah tempat Minzy bersemadi.
“Minzy.. Unnie harap donsaeng akan tenang di sana. Unnie juga telah menurut permintaan terakhir Minzy.” Kata Dara kemudian memandang ke arah Joon sambil tersenyum. Joon membals senyuman Minzy. Lalu mencangkung sambil memegang bahu Dara.
“Kasahamnida, Minzy.” Kata Joon sambil memegang batu nisan Minzy. Batu itu mereka yang letak selepas tahu itu adalah kubur Minzy.
Walaupun Minzy tidak wujud di reality, namun Minzy tetap wujud di dalam ingat Dara dan Joon.
Dara dan Joon bangun lalu meninggalkan kubur Minzy. Dara memeluk tangan Joon.
Di pokok besar di situ, Minzy berdiri sambil tersenyum memandang ke arah Joon dan Minzy. Dia gembira melihat kegembiraan Dara dan Joon. Lama-kelamaan kelibat Minzy pun hilang.
No comments:
Post a Comment