Destiny Behind The Meet PART 7



“Sudah! Sudah!” jerit Joon sambil menolak Minzy. Joon bagaikan trauma setelah melihat kejadian itu.


“Kenapa awak tak bagitahu awal-awal yang awak dah mati?!” Tanya Joon. Air matanya mengalir dengan deras. Dia tidak sangka bahawa Minzy sudah mati pada 5 tahun yang lalu. Dan yang paling dia tidak sangka ialah selama ini dia berkawan dan telah jatuh cinta pada roh yang tidak tenteram.

“Mian Joon. Memang selama ini saya mahu memberitahu semuanya pada awak. Tujuan saya berkawan dengan awak supaya saya dapat mencari pembunuh saya. Saya hendak balas dendam pada dia.” Kata Minzy sambil mengepal penumbuknya.


“Joon. Apa yang terjadi? Tolong bagitahu saya Joon. Apa yang Minzy beritahu awak?” pinta TOP.


“Dia cerita semuanya tentang pembunuhan dia pada 5 tahun yang lalu. Kenapa awak suruh orang suruhan awak bunuh dia?!” tengking Joon.


“Bu..bukan saya yang suruh. Rain yang tikam dia. Aku tak bersalah. Aku tak bersalah.” Kata TOP sambil memegang kepalanya.


“Tolong bagitahu saya apa salah Minzy dekat awak semua?” Tanya Joon. Minzy hanya memerhatikan Joon menyoal siasat TOP.


“Dia dah tipu kami. Dia dah kaut wang sebanyak RM 100,000 kemudian larikan diri. Dan hari yang kami jumpa dia, dia tak nak mengaku yang dia buat semuanya. Aku suruh orang suruhan aku gertak dia je. Aku tak suruh dia bunuh Minzy.” Terang TOP.

“Bukan Minzy yang buat semua tu. Tapi aku. Aku yang tipu kau orang.” Dara muncul membuat pengakuan.


“Kau ni siapa? Bukan kau dah mati ke?” soal TOP yang sungguh terkejut dengan kemunculan Dara.


“Aku Sandara. Kakak kembar Minzy. Selama ni akulah yang tipu kau orang. Aku menyamar sebagai adik aku supaya aku dapat lepaskan diri daripada kau orang. Lepas aku ambil semua duit tu, aku pergi ke luar Negara. Di situ aku habiskan duit tu bersama teman lelaki aku. Tapi setelah duit aku habis, teman lelaki aku tinggalkan aku dan aku ambil keputusan balik semula ke sini. Tetapi apabila aku balik sini, aku dapat berita yang sungguh mengejutkan. Minzy mati dibunuh oleh orang suruhan kau. Setelah aku tahu yang Minzy telah dibunuh, aku rasa lega sebab mungkin kau orang tak akan cari aku lagi sebab kau ingat aku adalah Minzy. Jadi aku datang ke sini untuk bersembunyi. Akhirnya aku jumpa kau kat sini. Asyik mengekori Joon. Hati aku tak sedap. Aku pula yang mengekori kau. Dan sampai lah ke hari ini dan semua cerita terbongkar. ” terang Dara panjang lebar sambil menangis.

Mereka yang mendengar cerita Dara sungguh terkejut, termasuklah Minzy yang berada di situ. Dia tak sangka bahawa kakak yang dia sayangi telah mengkhianatinya dan membawa kepada pembunuhannya.


“Minzy, unnie tahu kau ada dekat sini. Unnie nak minta maaf sangat-sangat pada kau kerana telah membuat kau mati dibunuh. Unnie sungguh menyesal. Setiap malam unnie tak dapat tidur kerana asyik terkenangkan peristiwa itu. Harap kau maafkan unnie.” Rayu Dara sambil menangis teresak-esak.

“Tak apa unnie, donsaeng sudah memaafkan unnie. Lagipun ini bukan salah unnie. Tapi salah Rain yang bunuh donsaeng tanpa usul periksa. Tapi donsaeng sungguh tak sangka unnie akan buat macam itu pada donsaeng. Apa salah donsaeng unnie?” kata-kata Minzy bagaikan suara yang berlegar di mindanya. Dia tidak dapat mendengar suara Minzy secara reality.


“Donsaeng. Unnie betul-betul rasa bersalah pada donsaeng. Unnie buat begitu kerana tamakkan duit.” Kata Dara sambil teresak-esak.


Minzy memeluk Dara dengan penuh kasih sayang. Dara bagaikan dapat merasa pelukan Minzy. Dia berasa sungguh selesa dengan pelukan itu.


Dari tadi Joon hanya memerhatikan saja Minzy dan Dara. Kali ini giliran dia pula untuk bercakap.


“Minzy, awak betul-betul ingin membalas dendam kepada Rain?” Tanya Joon teragak-agak.


“Saya akan buat macam mana dia buat dekat saya.” Kata Minzy penuh dendam.

“Tapi, Rain dah mati.” Tiba-tiba TOP mencelah.


“Mwo?!” kata Minzy, Dara dan Joon serentak.


“Seminggu lepas dia bunuh Minzy. Dia ada mengadu dekat aku yang hidup dia tak aman. Setiap malam dia dihantui bayangan Minzy. Setiap malam dia tak dapat tidur. Tapi 3 tahun lepas tu, aku dapat berita yang dia mati bunuh diri sebab tak tahan dengan tekanan yang dia alami.” Jelas TOP.

“Dia dah terima balasannya.” Kata Minzy.


“Minzy, tadi saya nampak dia orang tanam awak dekat dengan satu pokok. Pokok mana?” soal Joon.


“Pokok ini lah. Sebab itu saya selalu berada di pokok ini. Saya tak boleh pergi jauh. Dan saya hanya boleh muncul ketika waktu senja sehingga waktu subuh.” Jelas Minzy.


“Pokok ini? Jadi kubur awak betul-betul berada di hadapan saya.” Kata Joon.

“TOP. Tolong saya ambil cangkul. Saya nak gali balik kubur Minzy dan tanam dia secara elok.” Kata Joon.


“Tak perlu Joon. Biarlah tempat ini menjadi kubur saya. Lagipun saya rasa selesa berada di sini. Walaupun ada peristiwa berdarah berlaku pada pokok ini.” Kata Minzy sambil memegang pokok besar yang berada di sebelahnya. Joon terangguk-angguk mendengar penjelasan Minzy.


Soyeon menangis teresak-esak melihat apa yang berlaku di hadapan matanya. Begitu juga dengan Hyunseung yang bersama-sama memerhatikan mereka dari sebalik pokok yang berhampiran di situ.

“Sudah lah Soyeon. Jangan menangis lagi.” Pujuk Hyunseung sambil memegang bahu Soyeon.


Soyeon terus memeluk Hyunseung dengan erat sekali. Dia sangat sedih atas apa yang berlaku ke atas abangnya.


-----> Go to Part 8

No comments: