Destiny Behind The Meet PART 6



“Nanti dulu.” Joon dan Minzy terdengar suara seorang lelaki.


Mereka berpaling. Seorang lelaki bertubuh sasa datang menghampiri mereka.


“Awak ni siapa?” soal Joon apabila lelaki itu berada di hadapannya.


“Saya Seung Hyun. Panggil saya TOP je.” Lelaki itu memperkenalkan diri.


“Awak bercakap dengan Minzy kah?” Tanya TOP sambil memandang-mandang di tepi Joon.


“Awak kenal Minzy? Minzy berada di sebelah ini.” Kata Joon sambil menunjuk ke arah Minzy.


TOP memandang ke arah yang ditunjukkan Joon, tetapi dia tidak nampak sesiapa pun melalinkan hanya pokok di belakang. Tapi dia tahu yang Minzy berada di situ. Dia dapat merasakan sesuatu sedang merenung tajam ke arahnya.


“Minzy, awak kenalkah lelaki ini?” Tanya Joon kepada Minzy yang berada di sebelahnya.


Tapi pada penglihatan TOP, Joon hanya bercakap seorang diri. Minzy tiada di situ.
Manakala pada penglihatan Joon, Minzy sedang berdiri sebelahnya sambil merenung tajam ke arah TOP.

Di sebalik pokok tidak jauh daripada mereka bertiga, tiga pasang mata sedang memerhatikan mereka. Pada pandangan mereka juga hanya kelihatan TOP dan Joon sahaja.

“Minzy.. Saya tahu awak ada di situ. Tolonglah dengar apa yang saya nak cakap ni. Saya nak minta maaf apa yang telah terjadi lima tahun dulu. Saya tak sangka awak akan jadi bergini.. Tolonglah jangan berdendam dengan saya. Saya merayu pada awak. Awak percayalah, itu semua bukan salah saya.” Rayu TOP sambil melutut.


Tiba-tiba Minzy menjerit dan menarik baju TOP. Dia menarik TOP supaya berdiri dan terus menolaknya ke pokok.


Joon sungguh terkejut dengan kejadian itu. Lantas dia menenangkan Minzy.


“Minzy. Apa awak buat ni? Janganlah jadi begini. Awak buat saya risau. Er.. Sebenarnya saya tidak faham apa yang telah terjadi. Tolong terangkan pada saya. Dan apa hubungan awak dengan lelaki ini?” kata Joon menginginkan jawapan.


TOP juga terkejut kerana secara tiba-tiba dia terasa ada seseorang menarik dan menolaknya ke pokok. Padahal dia tidak nampak sesiapa pun yang membuatnya begitu. Tenaga itu sungguh kuat. Dan setelah Joon berkata begitu, seseorang yang memegang erat bajunya melepaskan cengkaman itu. Dia berasa lega sedikit.


Minzy berkalih kepada Joon. Pandangannya sungguh sayu. Perlahan-lahan Minzy memeluk Joon. Joon bagai terkena kejutan elektrik. “Awak akan tahu segala-galanya.” Kata Minzy. Dia mengeratkan lagi pelukannya.

5 tahun lalu…


“Cepat sembunyi Minzy. Diaorang dah sampai.” Arah Puan Lim kepada Minzy.
Minzy cepat-cepat mencari tempat sembunyi.


“Mana dia!” sergah seorang lelaki sambil berdiri dengan bengis di muka pintu rumah Puan Lim.


“Kan aku dah kata. Dia tak ada kat sini. Kau cari lagi buat apa?” dalih Puan Lim.


“Kau jangan nak tipu aku. Cepat masuk rumah. Geledah semua tempat dalam rumah dia !” arah lelaki itu kepada anak buahnya. Tanpa berlengah lagi mereka masuk ke dalam rumah Puan Lim dan mula menggeledah rumah Puan Lim.


“Oh Tuhan. Tolonglah selamatkan anak aku.” Doa Puan Lim di dalam hati.


Selepas beberapa minit mereka menggeledah, namun mereka tetap tidak menjumpai Minzy.


“Dia tak ada bos.” Kata salah seorang daripada orang suruhan lelaki itu.


“Bodoh!” kata lelaki itu sambil menolak keras kepala orang suruhannya.


“Aku akan datang lagi.” Lelaki itu terus berlalu pergi.


Dibelakang rumah, Minzy bersama TOP. TOP sedang menutup mulutnya. Setelah sudah yakin lelaki itu sudah pergi, TOP melepaskan Minzy.


“Kenapa awak tolong saya?” Tanya Minzy.


“Ssshh~” TOP meletakkan jari telunjuknya di bibir lalu dia bangun dan terus berlalu.

Gambaran seterusnya menunjukkan Minzy sedang dilarikan oleh lelaki yang mencarinya tadi. Minzy dipegang erat oleh dua orang lelaki.


“Lepas lah !” minta Minzy sambil meronta-ronta.


“Kau diam !!” tengking salah seorang lelaki yang memegangnya.


“Ikat dia dekat pokok tu.” Arah lelaki yang bengis itu.


“Apa kau nak buat ni? Kenapa ikat aku dekat sini?” jerit Minzy.


Mereka tidak mempedulikan Minzy. Mereka terus mengikat Minzy di pokok tersebut.


“Apa salah aku dekat kau orang hah?” Tanya Minzy.


“Kau dah buat salah, kau Tanya kami lagi apa salah kau?” jerit lelaki tadi.


“Kau lari dari kami setelah kau ambil semua duit kami. Kau dah tipu kami. Kau fikir kau akan lepas macam tu je hah?” tengking lelaki itu.


“Duit? Duit apa ni? Aku tak pernah kenal kau orang pun.” Tanya Minzy.


“Baik kau cakap mana kau sorokkan duit tu.”kata lelaki itu.


“Aku tak tahu apa-apa pasal duit tu.” Jelas Minzy.


Tetapi bukan simpati yang di berikan. Lelaki itu malah menumbuk dan menampar muka Minzy dengan kasar. Darah mengalir dari hidung dan mulut Minzy. Keadaan Minzy sudah lemah.


“Aku bagi kau peluang terakhir untuk kau mengaku kat mana kau sorokkan duit tu.”


“Aku tak tahu. Bukan aku yang ambil duit tu. Lagipun aku tak kenal kau orang.” Kata Minzy dengan lemah.


“Sudah! Kau jangan nak berdalih lagi. Hari ni hidup kau akan berakhir.” Kata lelaki itu sambil mngeluarkan sebilah pisau jenis Rambo dari poket bajunya. Tanpa banyak bicara lagi, lelaki it uterus menikam perut Minzy. “Arrgghh!!!” jerit Minzy buat kali terakhir. Minzy sudah tidak bernyawa lagi.


“Rain! Apa kau buat? Aku suruh gertak dia je. Yang kau bunuh dia kenapa hah?” marah TOP. Entah dari mana Rain datang pun tidak pasti.


“Sekarang dia dah mati. Apa kita nak buat ni?” kata Rain.


“Ah! Kita tanam je dia dekat sini. Cepat ambil cangkul dalam kereta.” Arah Rain kepada orang suruhannya.


Setelah proses menggali selesai, mereka membalut tubuh Minzy dengan kain yang tersedia di dalam kereta Rain. Balutan merek tidak kemas, tapi itu sudah cukup untuk menanam Minzy. Kemudian, perlahan-lahan mereka meletak Minzy ke dalam lubang yang telah digali. Mereka pun menimbus pasir. Kemudian, mereka terus beredar tanpa rasa bersalah.


-----> Go to Part 7

No comments: