Destiny Behind The Meet PART 5


“Aku nak kau jauhkan diri daripada adik aku.” Joon memberi amaran kepada Hyunseung.


“Kenapa pula? Apa yang aku dah buat dekat adik kau?” soal Hyunseung


“Adik aku suka dekat kau.”


“Mwo? Perempuan macam dia suka dekat aku? Haha..”


“Kau jangan nak menghina adik aku.” Kata Joon sambil mencekak leher baju Hyunseung.


“Ok ok.. Aku minta maaf. Aku tak ada niat nak kecil-kecilkan adik kau. Tolong lepaskan baju aku ni. Lemaslah.” Kata Hyunseung lalu menolak Joon. Joon melepaskan baju Hyunseung.


“Ok. Sekarang ni kau nak aku buat apa?” Tanya Hyunseung sambil tersenyum.


“Kau buatlah apa-apa asalkan adik aku benci dekat kau. Lagipun aku tahu. Adik aku bukan taste kau kan.”


“Betul. Dia bukan tasta aku pun. Ai~ macam manalah adik kau boleh suka dekat aku.” Hyunseung sambil tersenyum dan menggelengkan kepala.


“Kau boleh buat ke tak ni?” Tanya Joon mahu kepastian.


“Yelah. Sebab kau kawan aku, aku tolong kau.” Kata Hyunseung ketawa dan menepuk-nepuk bahu Joon lalu beredar.


Joon sangat mengenali Hyunseung yang suka berfoya-foya dan kaki perempuan. Dia takut adiknya kecewa apabila mendapat tahu perangai sebenar Hyunseung dan yang lebih penting lagi Joon tidak mahu adiknya dipermainkan oleh Hyunseung.

Tiba-tiba Minzy muncul di hadapannya. Minzy memberikan senyuman manis kepada Joon.


“Minzy?” kata Joon dan terus bangun lalu memegang tangan Minzy. Sejuk.


“Jom ikut saya.” Kata Minzy lalu menarik tangan Joon.


“Kita nak pergi mana ni Minzy?” Tanya Joon setelah jauh mereka berjalan.


Minzy tidak menjawab soalan Joon. Dia terus berjalan tanpa melepaskan tangan Joon.
Mereka sampai di satu kawasan yang agak semak. Tiba-tiba Minzy berhenti dan melepaskan tangan Joon. Minzy terus memandang ke hadapan. Dia langsung tidak menoleh ke belakang. Joon yang pelik melihat keadaan Minzy lantas memegang bahu Minzy dan memusingkan badan Minzy bagi menghadapnya.


Apabila Minzy berada betul-betul dihadapannya, Joon sungguh terperanjat sampai tidak dapat mengeluarkan kata-kata. Satu badannya menggigil ketakutan.


Minzy yang berada di hadapannya kini bukan lagi Minzy yang selalu bersama dia. Keadaan Minzy sekarang amat menakutkan.


Muka Minzy pucat. Di mukanya juga ada kebiru-biruan seperti kesan dipukul. Di tepi bibirnya darah pekat meleleh. Apabila dipandang ke bawah. Minzy sedang memegang perutnya yang keluar darah yang banyak sekali. T-shirt dan seluar jeans yang dipakainya tadi sudah berlumuran darah dan tanah serta lumpur.


“Argh!!” Joon menjerit ketakutan lantas terus terduduk. Dia berpeluh-peluh. Joon memandang diseselilingnya. Dia menarik nafas lega apabila mendapati dirinya berada di dalam biliknya sendiri. Joon terduduk di birai katilnya. Dia meraup mukanya dan terus ke rambutnya.


Baru dia teringat, setelah berjumpa dengan Hyunseung, dia menunggu Minzy di tempat biasa mereka bertemu. Setelah lama menuggu tetapi Minzy tidak juga muncul, Joon mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Dia masuk ke rumah dan terus merebahkan diri di atas katil lau tertidur.


Joon bangun menuju ke bilik air.


Joon membasuh mukanya dan dia termenung sendirian di hadapan cermin bilik air. Tiba-tiba dia ternampak seorang wanita berlumuran darah berada di belakangnya melalui cermin. Joon cepat-cepat pusing kebelakang. Tetapi wanita itu sudah tiada apabila Joon menoleh ke belakang. Joon terus keluar dari bilik air dan mencapai telefon bimbitnya. Setelah lama menunggu, akhirnya pihak di sebelah sana menjawab telefon.


“Saya nak berjumpa awak di restoran biasa. Sekarang.” Kata Joon lalu mematikan telefon bimbitnya.

“Awak tahu tak siapa dia tu? Selalu dia ganggu saya.” Kata Joon sambil memandang tepat ke muka Dara.


“I have no idea. Mungkin dia nak minta tolong awak kot. Ataupun nak berkawan dengan awak.” Kata Dara selamba.


“Kalau nak minta tolong ke berkawan ke.. jangan lah datang dengan keadaan macam tu. Buat saya takut tau tak.” Kata Joon sambil memeluk tubuhnya.


“Maaflah.. Saya bukannya arif tentang hal-hal macam ni. Lagipun awak cerita dekat saya buat apa. Saya pula yang takut ni.” Kata Dara.


“Mian. Saya Cuma nak kongsi masalah saya je. Lagipun Minzy dah lama tak jumpa saya.”


“Boleh tak jangan cakap pasal Minzy. Minzy tak ada dekat sini.” Dara mula meninggikan suaranya sambil mengetuk meja makan.


Joon sungguh terkejut. Dia tidak sangka Dara akan marah sampai begitu sekali.
Melihat keadaan Joon. Dara duduk kembali dan merenung Joon.


“Mianhe. Saya tak berniat nak marah awak.” Kata Dara.


“Tak. Tak apa.” Joon terus bangun dan meninggalkan Dara keseorangan.

Joon pergi ke tempat yang selalu dia dan Minzy berjumpa. Dia bersandar di pokok yang selalu Minzy duduk. Tiba-tiba Minzy muncul dan merenung Joon.


“Minzy.” Joon terus berdiri.


“Joon. Awak cakap nak tolong saya kan? Saya akan cerita semuanya dekat awak.” Kata Minzy sambil merenung tepat mata Joon.


“Baiklah Minzy. Awak ceritlah. Lepas tu saya nak cerita pada awak tentang masalah saya pula.” Kata Joon.


-----> Go to Part 6

No comments: