Destiny Behind The Meet PART 4



Sejak Minzy meminta tolong dari Joon dan Joon bersetuju, Minzy tidak muncul selama seminggu. Dalam masa itu, Joon berasa sungguh gelisah dan risau akan keadaan Minzy.
Ketika Joon sedang berjalan pulang dari latihan tariannya, tiba-tiba Joon terlanggar seorang perempuan yang sangat dikenalinya.


“Minzy? Mana awak pergi selama ni? Merata tempat saya pergi, tapi tetap tak jumpa awak. Saya sungguh risaukan awak. Aigoo~” kata Joon dengan teruja dan memegang tangan Minzy. Tetapi kali ini tangan Minzy tidak sejuk seperti hari itu.


“Apa awak buat ni? Minzy? Awak ni chingu dia kah? Macam mana awak boleh kenal dia?” soal ‘Minzy’ sambil melepaskan tangannya daripada genggaman Joon.


“Ha?? Awak ni Minzy kan?” soal Joon kekeliruan.


“Saya bukan Minzy. Minzy dah tak ada! Kenapa awak ingatkan saya pada dia?” marah perempuan itu.


“Awak bukan Minzy? Habis tu awak ni siapa? Kenapa muka awak sama dengan Minzy?”


“Saya Sandara. Kakak kembar Minzy. Mungkin awak dah tersilap orang.”


“Noona. Mana Minzy? Kenapa dia dah lama tak keluar?” soal Joon.


“Minzy dah lama tak keluar? Sebelum ni awak pernah jumpa Minzy?” soal Dara. Kakinya sudah menggeletar.


“Ya. Minggu lepas saya jumpa dia. Dia ada minta tolong saya. Tapi lepas hari tu, dia tak muncul-muncul dah sampai sekarang. Wae noona?”


“Minggu lepas? Awak ni biar betul. Tak mungkin. Tak mungkin.” Kata Dara seperti kerasukan dan terus melarikan diri dari Joon.


“Haih~ Kenapa dengan dia?” Joon diserang keanehan.


“Joon~” Joon terjaga dari tidur. “Minzy?”


“Kenapa awak tak datang ke Tasik Nami? Lama saya tunggu awak. Awak tak nak tolong saya kan? KAANN??!!” marah Minzy. Mukanya yang putih melepak bertukar warna merah kerana menahan marah.


“Tak. Tak. Sehari selepas awak minta tolong saya, awak langsung tak muncul. Saya tunggu awak tiap-tiap hari tapi awak tak muncul juga.” Joon membela dirinya.


“Joon?” pintu bilik Joon terbuka. Muncul ommanya dengan muka cemas.


“Joon bercakap dengan siapa? Tadi omma dengar suara perempuan menjerit.”


“Dengan Min…” Joon terkejut apabila mendapati Minzy sudah tiada di sebelahnya.


“Siapa Min? Omma tak nampak sesiapa pun kat dalam bilik ni kecuali Joon.”


“Er..Tak..Tak ada sesiapa omma. Joon cakap dengan telefon tadi. Pasal suara perempuan tadi tu mungkin suara televisyen jiran sebelah kot.” Dalih Joon. Selepas Joon berkata demikian, ommanya terus pergi.


“Fuh~” Joon menarik nafas lega. “Minzy? Awak dekat mana? Keluarlah. Omma saya dah keluar.” Tiada jawapan.


“Minzy? Awak dekat mana?” Minzy tetap tidak muncul..

“Dara, boleh tak awak ceritakan dekat saya tentang Minzy?” Tanya Joon sewaktu dia berjumpa dengan Dara di restoran kegemaran Joon.


“Mian. Saya tak boleh cerita apa-apa tentang Minzy.” Jawab Dara.


“Wae? Diakan adik kembar awak?” soal Joon mengharapkan jawapan daripada Dara.


“Tolong jangan paksa saya Joon.” Kata Dara.


“Mian. Saya tak Tanya dah. Mianhae.” Joon meminta maaf.


Sejak dari pertemuan yang tidak terduga Joon dan Dara, Joon selalu berjumpa dengan Dara untu bertanyakan tentang Minzy. Tetapi setiap kali Joon bertanya tentang Minzy, dia selalu memberi alasan dan tidak mahu menceritakan tentang Minzy. Lagipun Joon agak senang bersama Dara kerana muka Dara dengan Minzy hampir sama. Cuma perwatakan mereka yang berbeza.


Joon juga telah kenalkan Dara dengan adiknya, Soyeon. Ternyata mereka serasi walaupun Soyeon agak pendiam.

Ketika Joon berjalan hendak menuju ke tempat latihannya, Joon terserempak dengan Dara. Mereka kaku dan tidak bercakap apa-apa. Tiba-tiba Dara melarikan diri daripada Joon.


“Tunggu!!” jerit Joon lalu mengejar Dara.


Aksi kejar mngejar berlaku. Tetapi sampai di satu selekoh tajam. Joon sudah tidak nampak Dara. Joon berjalan ke hadapan sedikit untuk mencari Dara.


Tiba-tiba muncul satu tangan menutup mulut Joon dan menarik Joon ke tepi. Joon melepaskan dirinya daripada tangan itu. Rupa-rupanya Dara yang menutup mulut dan menariknya.


“Sshhh~” Dara meletakkan jari telunjuknya di mulutnya.


“Wae?” Tanya Joon dalam keadaan berbisik.


Dara tidak menjawab secara lisan. Dia menunjukkan sesuatu. Joon memandang ke arah yang ditunjuk Dara. Kelihatan sesorang lelaki sedang mencari-cari sesuatu dengan matanya melilau ke sana sini.


“Siapa dia tu?” Tanya Joon selepas pasti lelaki itu telah pergi.


“Entah. Saya tak tahu. Tapi dia selalu perhatikan awak.” Terang Dara.


“Patutlah sejak kebelakangan ni saya selalu perasaan ada orang perhatikan saya. Tak sangka pula dia yang perhatikan saya. Apa dia nak daripada saya?” Dara hanya menggelengkan kepalanya.

Ketika pulang, Joon ternampak adiknya, Soyeon sedang menghendap sesuatu di tepi dinding. Joon mendekati Soyeon dengan berhati-hati supaya Soyeon tidak perasan akan kehadirannya. Joon melihat apa yang dilihat Soyeon. Joon terkejut. Rupa-rupanya Hyunseung yang Soyeon sedang intai.


Joon terus menarik tangan Soyeon.


“Jom balik. Kau buat apa menghendap kat sini?” marah Joon sambil terus berjalan dengan laju.


“Oppa buat apa ni?” kata Soyeon.


“Kau tu yang buat apa. Kau intai Hyunseung tu buat apa? Nak jadi stalker?” kata Joon.
Soyeon terdiam. Dia hanya menurut saja langkah abangnya.



-----> Go to Part 5

No comments: