Destiny Behind The Meet PART 3


“Wahai Lee Joon.. Bangunlah kamu.. Kalau dalam masa 3 saat kamu tak bangun, malaikat maut akan menjemput kamu..” bagaikan terkena kejutan elektrik, Joon bangun dan terus terduduk. Joon memandang sekeliling biliknya. Tiba-tiba di belakangnya Soyeon sedang berdiri sambil merenungnya.

“Donsaeng ke yang bercakap tadi?” Tanya Joon. 

“Tak lah. Mana ada donsaeng cakap apa-apa. Dari tadi donsaeng berdiri kat sini je. Kenapa dengan oppa?” jawab Soyeon dengan muka selamba. Tetapi di belakang, tangannya sedang memegang sebuah pita rakaman.

“Argh! Kenapa dengan aku ni?” kata Joon di dalam hati.

“Oppa.. Hari ni oppa tak ada latihan kan? Jom pergi Pulau Nami nak tak?” kata Soyeon sambil membuat aegyo.

“Buat apa pergi sana? Emm.. Elok juga kau keluar sekali sekala.. Asyik terperap je dalam rumah dan bermain dengan patung-patung kesayangan kau yang menyeramkan tu.” Kata Joon sambil menuju ke bilik air.

“Udara kat sini nyaman betulkan?” kata Soyeon sambil memejamkan matanya.

Joon melihat jam di tangannya. Dah dekat pukul 7.

“Soyeon, kau baliklah dulu. Oppa balik lambat sikit. Nak jumpa kawan.”

“Alaa~ tunggu la dulu. Soyeon nak jumpa chingu oppa juga.”

“Dah 2 jam kita tunggu. Tak jadi apa-apa pun.. Mana chingu oppa ni?” rungut Soyeon.

“Haish! Kenapa hari ni dia tak datang? Jom lah kita balik.” Kata Joon lalu bangun.

"Laparlah oppa. Dari tadi donsaeng tak makan apa-apa.” Kata Soyeon sambil mengusap perutnya.

Mereka menuju ke sebuah restoran yang berdekatan. Restoran itu juga restoran kegemaran Joon kerana makanan di sana sedap-sedap belaka. Soyeon menjamah makanannya tanpa menghiraukan orang sekelilingnya. Tetapi Joon masih memikirkan hal Minzy. Tiba-tiba dia terlihat Minzy lalu di hadapan restoran itu. Joon terus bangun dan keluar untuk mendapatkan Minzy.

“Minzy, tunggu!” jerit Joon. Tetapi apabila Joon berada di luar. Minzy sudah tiada, dia memandang sekeliling tetapi Minzy tetap tiada. Kemudian, dia kembali semula di meja makannya.

“Soyeon. Jom balik. Oppa penatlah.” Kata Joon lalu memanggil pelayan untuk mengira bil makanan mereka. Soyeon tanpa banyak cakap terus bangun. Tiba-tiba pintu restoran terbuka. Seorang lelaki berbadan sasa masuk ke dalam restoran itu. Soyeon tidak nampak akan lelaki tersebut kerana dia memandang ke bawah. Soyeon berlanggar dengan lelaki tersebut. Dia terlentang. Hidungnya berdarah.

“Haiya~ darah ke?” kata Soyeon sambil mengesat hidungya. Kemudian dia tersenyum sendirian.

“Mian. Awak ok tak? Mari saya tolong awak bangun.” Lelaki itu menghulurkan tangannya. Soyeon tidak menyambut tangan lelaki itu, dia bangun dengan sendiri. Dari tadi memang dia asyik memandang muka lelaki itu sambil tersenyum.

“Donsaeng. Kau ok tak? Kenapa hidung boleh berdarah ni?” Tanya Joon sambil memegang kepala Soyeon.

“Mian. Tadi dia terlanggar saya. Saya tak tahu hidung dia boleh berdarah. Nak saya hantar pergi klinik ke?” Tanya lelaki itu.

“Sesuka hati je nak langgar adik orang. Mata tu letak….” Joon berhenti bercakap apabila terpandang muka lelaki itu.. 

“Oh. Hyunseung!”

 “Joon?”soal lelaki itu. Mereka berpelukan. Sudah lama mereka tidak berjumpa dan akhirnya mereka berjumpa di sini.

“Kau ni kenapa asyik senyum je dari tadi?”Tanya Joon kepada Soyeon. Soyeon tidak menjawab soalan Joon, dia terus berjalan pulang mendahului Joon.

“Hai~ susah betul nak faham peresaan perempuan ni.” Keluh Joon sambil menggelengkan kepalanya.

“Joon.” Joon terdengar suara seseorang memanggilnya dari belakang. Apabila dia berpusing ke belakang, Minzy berada di belakangnya dengan muka pucat.

“Minzy? Kenapa awak tidak datang ke tempat biasa tadi? Lama saya tunggu awak.” Tanya Joon. Tapi hatinya berbunga apabila bertemu dengan Minzy.

“Saya nak minta tolong awak. Tolonglah saya. Saya rasa awak je yang boleh tolong saya.” Kata Minzy tanpa menghiraukan soalan Joon tadi.

Dahi Joon berkerut. “Tolong apa Minzy. Saya janji saya akan tolong awak selagi saya boleh tolong.” Joon memegang tangan Minzy. Tangan Minzy sungguh sejuk bagaikan ais. Apabila dilihat dengan betul, ada kebiru-biruan di tangan Minzy.


-----> Go to Part 4

No comments: