“Haish! Tutup lah laptop tu. Membazir elektrik je semalaman kau asyik guna.” Marah Joon sambil mengetuk kepala Soyeon.
“Ai~ sakitlah oppa.” Kata Soyeon sambil memegang kepalanya. Lalu dia menutup laptop itu dan terus bangun.
“Ai~ sakitlah oppa.” Kata Soyeon sambil memegang kepalanya. Lalu dia menutup laptop itu dan terus bangun.
“Selamat malam oppa.” Dia terus menutup suis lampu dan keluar.
“Oi! Buka lah lampu tu balik! Oppa belum nak tidur lah.” Jerit Joon.
Tetapi Soyeon buat tidak tahu saja dengan jeritan Joon. “Haish budak ni.. suka betul menyusahkan aku.” Rungut Joon lalu bangun untuk membuka suis lampu.
Tetapi apabila sampai saja ni suis lampu, Joon ternampak kelibat seorang perempuan sedang berdiri di sebelah katilnya. Mukanya tidak jelas kerana Joon hanya melihat dari sinaran bulan.
“Nuguya?” Tanya Joon sambil cuba untuk melihat wajahnya. Joon meraba-raba dinding untuk mencari suis lampu. Tapi dia tidak menjumpai suis lampu itu. Dia memandang ke arah suis dan menekan suis lampu. Apabila dia berpaling semula ke katilnya, kelibat itu sudah tiada. Joon memandang sekeliling biliknya. Perempuan itu tiada di biliknya lagi.
“Kenapa dengan kau ni? Muram je.”Tanya Kwon apabila perasaan akan Joon yang tidak seceria seperti hari-hari lain pada hari itu.
“Entah lah.” Jawab Joon dengan nada mengeluh.
“Kalau ada apa-apa, bagitahu aku.” Ucap Kwon prihatin.
“Tak ada apa lah. Jom mulakan latihan. Nanti bising pula Si Murai tu.” Kata Joon menyembunyikan perasaannya.
“Hahaha.. Murai kau panggil dia. Kalau dia dengar, bertukar jadi Giant pula. Lagi susah kita nanti.” Ketawa Kwon sambil menepuk-nepuk bahu Joon.
Joon habis latihan daripada biasa. Hatinya tidak senang memikirkan tentang kelibat perempuan malam tadi dan Minzy. Sekali lagi Joon pergi ke Tasik Nami. Tetapi Minzy masih tiada di situ. Joon bertekad akan menunggu Minzy hari ini. Terasa terlalu lama menunggu, Joon tertidur di pokok yang besar itu.
“Kenapa awak tidur di sini? Ini tempat saya.” Sapaan Minzy membuatkan Joon terkejut. Hampir-hampir dia tergolek ke bawah.
“Saya tunggu awak lah.” Minzy tidak menghiraukan Joon dan terus duduk di pokok itu.
“Awak tiap-tiap hari ke dekat sini? Sebelum ni saya tak pernah nampak awak pun.” Tanya Joon.
“Dah lama saya dekat sini.” Jawab Minzy tetapi matanya jauh merenung kehadapan. Tiba-tiba matanya berair, mukanya menjadi merah.
“Eh, kenapa dengan awak? Awak ok tak?” Tanya Joon kerisauan.
“Saya ok. Eh, dah malam ni. Pergilah balik dulu.” Kata Minzy sambil mengesat air matanya.
“Awak pun baliklah. Takkan awak nak duduk sini seorang diri. Lagipun awak perempuan.”
“Dah lama saya dekat sini.” Jawab Minzy tetapi matanya jauh merenung kehadapan. Tiba-tiba matanya berair, mukanya menjadi merah.
“Eh, kenapa dengan awak? Awak ok tak?” Tanya Joon kerisauan.
“Saya ok. Eh, dah malam ni. Pergilah balik dulu.” Kata Minzy sambil mengesat air matanya.
“Awak pun baliklah. Takkan awak nak duduk sini seorang diri. Lagipun awak perempuan.”
“Saya dah biasa. Tolong tinggal saya bersendirian.” Pinta Minzy.
“Ok ok. Esok boleh tak kita jumpa lagi? Dalam pukul 4 petang?” Tanya Joon.
“Er, tak. Saya sibuk masa tu. Pukul 7 je saya akan ada di sini.”
“Er, baiklah. Pukul 7 saya akan tunggu awak di sini. Annyeong!” Joon melangkah pulang dengan hati yang berbunga. Rasanya dia telah jatuh hati pada Minzy. Esok dia akan berjumpa dengan Minzy lagi.
Joon melangkah masuk ke dalam rumahnya. Tanpa disedari seseorang sedang memerhatikannya sejak dari dia berada di Tasik Nami lagi.
“Saya dah pulang.” Ucapan itu sudah biasa baginya apabila dia pulang ke rumah.
“Joon dah balik. Tadi ada seseorang datang nak jumpa Joon. Tapi Joon tak ada masa tu. Dia tunggu tadi, tapi dah balik sebab lama sangat tunggu Joon.” Kata ommanya sebaik saja Joon masuk ke ruang tamu.
“Huh? Siapa?” “Entah lah. Omma bukannya kenal. Dia cakap dia kawan kamu.” Kata ommanya sambil matanya tidak lepas daripada kaca tv.
“Siapa pula nak jumpa aku?” Tanya Joon di dalam hati dan terus menaiki tangga menuju ke biliknya. Apabila pintu biliknya dibuka, Joon ternampak kelibat seseorang sedang berdiri di balkoni biliknya. Dia menuju ke arah itu dan membuka pintu balkoni. Apabila pintu dibuka, tiada sesiapa pun di balkoni itu. Angin malam yang kuat menerpa ke arah Joon. Joon kesejukan lalu cepat-cepat menutup pintu balkoninya.
“Perasaan aku je kot. Bayang-bayang pokok je tu.” Joon cuba menyedapkan hatinya. Baru saja Joon hendak melelapkan matanya, dia terlihat kelibat seorang perempuan sedang berdiri di tepi almarinya. Perempuan itu merenungnya. Joon bangun dan cuba membuka lampu. Tetapi apabila lampu di buka, perempuan itu sudah hilang. Joon terduduk di atas katilnya sambil meraup mukanya. “Kenapa dengan aku ni?”
-----> Go to Part 3
No comments:
Post a Comment