Because of You PART 6

           

 “Berhenti!” jerit suatu suara.


Semua lelaki itu termasuk Soeys memandang ke arah lelaki tersebut.


Doojoon berjalan menghampiri kumpulan lelaki itu dengan gaya seorang hero. Mereka semua terpaku melihat Doo Joon.

Masa itulah DooJoon membelasah seorang demi seorang anggota lelaki itu. Berlakulah pergaduhan antara DooJoon dan lelaki yang menculik Soeys.


Dalam beberapa minit sahaja semua lelaki itu ditewaskan oleh Doojoon. Doojoon berjalan menghampiri Soeys. Lalu dia mendukung Soeys dan membawanya pergi. Soeys memeluk erat tubuh Doojoon. Dia sungguh ketakutan dan sangat bersyukur kerana Doojoon datang menyelamatkannya. Air matanya masih lagi mengalir.

                “Kenapa Soeys tak balik lagi ni? Kan dah lewat. Selalunya tak ada dia balik lewat macam ni.” Hyunseung resah berada di rumah. Dia risau akan keadaan Soeys yang belum pulang walaupun jam telah menunjukkan angka 10 malam.

Tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi nyaring. Hyunseung berlari mendapatkan pintu rumahnya.
Apabila Hyunseung membuka pintu, Doojoon muncul di muka pintu sambil mendukung Soeys.
Soeys terlelap di dakapan Doojoon. Lena betul.

Hyunseung meletakkan Soeys di atas katilnya. Dia menatap wajah adik kesayangannya.
“Tidur nyenyak ye saeng.” Kata Hyunseung lalu mencium dahi Soeys. Lalu dia bangun dan menutup pintu bilik adiknya.

Soeys menelefon Doojoon berkali-kali. Tetapi Doojoon tidak pernah angkat panggilannya. Soeys mula risau. Dia keluar mencari kawan2 Doojoon. Tetapi seorang pun tidak tahu di manakah Doojoon berada sekarang.


                “Aigoo~ mana beruk ni pergi?” keluh Soeys. Kakinya sudah letih mencari Doojoon dari pagi tadi.

Tiba2 Soeys merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap Doojoon.


                Soeys berlari ke sana sini mencari Doojoon. Tetapi dia tetap tidak menjumpai Doojoon.


Soeys berehat di sebuah gerai makanan bagi menghilangkan lelahnya. Tiba2 dia terdengar suara orang kecih2 di belakang gerai itu. Dia segera pergi ke belakang untuk melihat apa yang berlaku.

Soeys mengintai disebalik dinding gerai itu. Dia nampak sekumpulan lelaki berbaju hitam sedang mengelilingi seorang lelaki yang tidak kelihatan wajahnya.


                “Dah lah tu. Dah lemah lelaki ini. Nanti mati pula. Kita yang kena dengan boss. Jom pergi.” Arah lelaki yang berbadan besar.


                “Jangan ingat nak jadi hero lain kali. Ini lah padahnya.” Kata seorang lelaki lain lalu menyepak tubuh lelaki yang berbaring tidak bermaya di situ.

Apabila mereka berpusing. Soeys rasa sungguh terkejut kerana Soeys pernah nampak lelaki tersebut. Mereka itulah yang ingin merompaknya semalam. Dan mujur diselamatkan oleh Doojoon.

Apabila mereka sudah pergi jauh. Soeys menghampiri lelaki yang dibelasah oleh kumpulan lelaki tadi. Soeys menarik badan lelaki tersebut bagi menghadapnya. Dan apabila Soeys ternampak wajah lelaki itu..


                “Doojoon!! ” Soeys meraung dengan kuat. Dia menggoncang badan Doojoon dengan kuat.


                “Doojoon. Apa dah jadi ni. Macam mana boleh jadi macam ni.” Tanya Soeys


Dia mengelap darah yang mengalir dari kepala DooJoon. Air mata Soeys menitik melihat keadaan Doojoon. Badannya berlumuran darah. Dan ada kesan lebam di muka dan tangan DooJoon. DooJoon tidak sedarkan diri.

Doojoon membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Terasa pening kepalanya akibat hentakan lelaki yang membelasahnya.


                “Tahu pun nak bangun. Berapa lama kau nak tidur lag.” Kata Soeys lalu mengukirkan senyuman.


                “Aku kat.. argh!” Doojoon menjerit kesakitan.


                “Jangan bergeraklah. Baring diam2.” Kata Soeys.


                “Apa dah jadi dengan aku? Macam mana aku boleh ada dekat sini?” soal Doojoon.


                “Aku yang patut Tanya apa yang dah jadi dekat kau. Semalam aku jumpa kau dibelasah teruk. Jadi aku bawa kau balik rumah aku.” Terang Soeys.


                “Oh ya. Semalam.” Kata Doojoon sambil memegang kepalanya.


                “kenapa kau kena belasah semalam? Nasib baik tak ada yang patah. Luka pun teruk ni. Lama nak baik.” Kata Soeys.


                “Tak ada apa2 lah. Tak perlu tahu.” Dalih Doojoon.

DooJoon dibelasah oleh geng yang meeras ugut Soeys semalam. Ketua geng tersebut tidak puas hati dengan DooJoon sebab itulah mereka mencari DooJoon dan membelasahnya.

                “Nah bubur. Makanlah.” Kata Soeys sambil menghulurkan semangkuk bubur kepada Doojoon.


                “Er.. macam mana nak makan. Tangan aku kan sakit.” Kata Doojoon sambil mengukirkan senyuman nakal.


                “Mengada betullah beruk ni.” Kata Soeys lalu menyuapkan sesudu bubur untuk Doojoon.

Apabila bubur itu masuk ke dalam mulut Doojoon. Dia menyemburkan bubur itu keluar balik. Habis berterabur bubur itu di katil dan lantai.


                “Kenapa kau ni?” soal Soeys dengan kasar.


                “Pa.. pa..nas.. panas..” kata Doojoon sambil menjelirkan lidahnya.


                “Owh! Lupa pula yang bubur ni panas. Maaf ye.” Kata Soeys sambil ketawa. Doojoon turut ketawa.

Esoknya..
DooJoon masih lagi tinggal di rumahnya. Dia sendiri yang mengambil keputusan untuk menjaga DooJoon kerana mahu membalas jasanya. Hyunseung pula tidak kisah akan hal itu.
Telefon bimbit DooJoon berbunyi. Nama Junhyung tertera di skrin telefonnya.


                “Yoboseyo.” Sapa DooJoon.


“DooJoon. Kau ok tak? Aku dengar kau kena belasah teruk dengan samseng semalam.” Tanya Junhyung cemas.


                “Aku ok lah. Aku sekarang kat rumah Soeys. Jangan risau lah.” Jelas DooJoon sambil mengukirkan senyuman.


                “Laa.. Yeke. Nak pula dia jaga kau? Kau jangan buat hal pula kat rumah dia.” Pesan Junhyung sebelum mematikan talian.

                “Ceh! Kita risaukan dia. Dia boleh bersenang lenang kat rumah wife dia.” Kata Yoseob.


                “Haha. Biarlah dorang. Kau jeles ke? Sebab kau tak pernah tinggal kat rumah Alia?” usik Gikwang pula.


Yoseob membuat bunyi peliknya.


                “Sudah la Yoseob. Hahaha.” Mereka bertiga ketawa.

Seminggu Doojoon berada di rumah Soeys. Soeys lah yang menjaga Doojoon selama seminggu itu. Dia memang sabar menjaga Doojoon dengan kerenahnya lagi.

                “Soeys. Aku nak bubur ayam.” Order DooJoon.


                “Amboi! Kau ingat ni hotel? Sesuka hati kau nak order dekat aku!” marah Soeys yang memegang senduk.


Dia sedang bertungkus lumus memasak untuk DooJoon di dapur. Sejak DooJoon tinggal di rumahnya, pertama kali dia memasak. Tak tahu lah apa rasa masakan Soeys. Hanya DooJoon je yang tau.

                “Omma dengan appa kau tak balik lagi ke? Dalam rumah ni kau dengan oppa kau je yang tinggal.” Tanya Doojoon.


                “Hem. Entahlah bila dia orang nak balik. Sibuk sangat dengan kerjanya dekat New York tu.” Keluh Soeys.


                “Omma dengan appa kau?” soal Soeys.


                “Samalah. Dia orang macam tak pedulikan aku je. Macam dia orang tak ada anak. Sibuk sangat dengan kerja. Aku tiap2 hari dengan orang gaji je. Bosan betul!” Keluh Doojoon.

                “Tapi seminggu aku duduk rumah kau ni tak ada lah sunyi. Sebab aku boleh kacau kau tiap2 hari. Ahahha!” Doojoon ketawa.

                “Oi2. Apa ni Soeys? Kenapa halau aku pula?” Tanya Doojoon.


                “Kau duduk sini hanya nak buli aku. Tak kira. Keluar.” Jerit Soeys lalu membaling beg baju Doojoon.


Beg itu terkena kepala Doojoon. Dia terlentang di jalan depan rumah Soeys.


                “Haish. Sabar je lah. Lagipun aku dah buli dia dalam seminggu ni. Sekarang aku dah sihat. Kasahamnida Soeys.” Kata Doojoon sambil merenung rumah Soeys.


PPOOONN!!! Kedengaran nyaring bunyi hon kenderaan.


                “Gila ke baring tengah jalan?” kata seorang pemandu kereta.


Doojoon cepat2 bangun dan memberi laluan kepada pemandu itu dan menunduk meminta maaf.

Soeys tergelak sendirian melihat telatah Doojoon yang kelam kabut berjalan meninggalkan rumahnya. Sedari tadi Soeys memerhati Doojoon dari biliknya.


To be continued…
Written by : Soeys Solehah



-----> Go to Part 7