Soeys duduk termenung di sebuah kerusi di taman. Dia membelek-belek gelang yang dia jumpa di dalam biliknya.Tiba2 pipinya berasa sangat sejuk. Di berpusing ke belakang. Rupa2nya Doojoon meletakkan aiskrim di pipinya.
Doojoon menghulurkan ais krim kepada Soeys lalu duduk di sebelah nya.
“Ais krim coklat sedapnya. Gomawo ye Doojoon.” Kata Soeys.
“Nah.” Doojoon menghulurkan ais krim nya di muka Soeys. Lagaknya seperti mahu menyuap Soeys.Soeys mengangakan mulutnya untuk menggigit aiskrim itu.
Tetapi Doojoon melumurkan aiskrim itu di muka Soeys. Habis kotor muka Soeys dengan ais krim dibuatnya.
“Oi! Apa kau buat ni ha?” marah Soeys sambil menyapu aiskrim di mukanya.
“Hahahaha! Orang makan ais krim ikut mulutlah. Kau makan ais krim sampai muka2 sekali memang monyet betullah kau ni.” Ketawa Doojoon.
“Ooo.. “ Soeys terangguk-angguk.
“Amik ni.” Giliran Soeys pula melumurkan ais krim di muka Doojoon. Doojoon membalas balik perbuatan Soeys. Tidak cukup dengan itu dia membaling Soeys dengan ais krimnya. Soeys melumurkan aiskrim di rambut Doojoon.
Selepas itu Soeys berlari pulang. Sambil merungut. Orang sekelilingnya memandangnya dengan pandangan pelik. Dia tidak menghiraukan semua itu.
“Tak guna betul beruk tu. Cari pasal betullah dia ni.” Rungut Soeys.
Selesai membersihkan diri. Soeys duduk dibirai katilnya sambil mengeringkan rambutnya yang basah.
Dia terpandang akan keychain yang dijumpainya hari tu. Dia membelek-belek keychain itu. Gelang itu sangat cantik ukirannya. Soeys sangat tertarik dengan gelang itu.
Gikwang, Dongwoon, Junhyung dan Yoseob melepak di rumah Junhyung.
“Weh Gikwang. Bagitahulah rahsia kau sampai dapat body macam ni.” Kata Junhyung cuba mengorek rahsia. Dongwoon dan Yoseob mengangguk.
“Mana ada rahsia. Kau pergilah gym hari-hari. Konfem badan kau naik otot.” Kata Gikwang sambil membuat gaya ahli bina badan.
Yoseob dan Gikwang terpandang permainan video di sudut bilik Junhyung. Mereka berebut-rebut mendapatkan permainan itu. Aksi mereka seolah kanak-kanak yang berebut gula-gula.
Dongwoon dan Junhyung hanya ketawa melihat teletah mereka.
2 hari kemudian..
Hari ini merupakan hari perkahwinan G.NA. Semua chingunya datang untuk mengucap tahniah dan memberi hadiah. Alia, Xiao, dan Soeys juga turut ada di majlis itu. Mereka menolong apa yang perlu.
Hari ini merupakan hari perkahwinan G.NA. Semua chingunya datang untuk mengucap tahniah dan memberi hadiah. Alia, Xiao, dan Soeys juga turut ada di majlis itu. Mereka menolong apa yang perlu.
Sepanjang majlis berlangsung, Alia dan Yoseob tidak pernah berpisah. Kemana sahaja mereka pergi bersama. Mereka memang pasangan yang bahagia.
Xiao pula sibuk menolong apa-apa yang perlu. Dongwoon turut membantu Xiao.
Tetapi Soeys bernasib baik. Dia seolah orang gaji buat DooJoon. DooJoon asyik menyuruh dia sahaja. Ambil makanan lah, air lah. Macam-macam.
Kira-kira pukul lapan malam barulah mereka dapat pulang ke rumah masing-masing. Di fikiran mereka hanya bantal,selimut dan katil. Mereka sungguh letih melayan tetamu yang tidak putus-putus datang.
Yang lain-lain sudah pun balik ke rumah mereka. Kini tinggal Soeys dan DooJoon sahaja.
“Kau marah dekat aku ke?” Tanya DooJoon.
“Marah~? Bila masa aku marah kau~? Aigoo~ ngatuknya aku.” Kata Soeys dengan lemah. Dia sangat penat.
“Penat sangat ke kau hari ni?” Tanya DooJoon lagi.
“Mana tak penatnya. Aku asyik jadi orang gaji kau je dari tengah hari tadi.” Kata Soeys sambil memandang tepat muka DooJoon.
DooJoon ketawa dengan kuat. “Ha. Dah sampai pun rumah kau.” Kata DooJoon.
“Yela. Aku masuk dulu ye. Chalja.” Kata Soeys sambil melambaikan tangannya arah DooJoon.
Tiba-tiba DooJoon memegang tangan Soeys. Apabila Soeys berpusing ke belakang, DooJoon terus mengucup dahi Soeys.
“Chalja.” Kata DooJoon lalu terus beredar.
Soeys sedang nyenyak dibuai mimpi. Tetapi mimpinya terganggu kerana telefonnya berdering. Nama Doojoon tertera di skrin telefon itu.
“Nak apa? Aku nak tidurlah.” Tanya Soeys kasar.
“Esok tolong tunggu aku dekat taman permainan selalu kita pergi. Aku ada hal penting nak bagitahu kau. Datang tau. Aku tunggu. Pukul 10.” Kata Doojoon.
“Yelah.” Balas Soeys malas.
“Nak apa? Aku nak tidurlah.” Tanya Soeys kasar.
“Esok tolong tunggu aku dekat taman permainan selalu kita pergi. Aku ada hal penting nak bagitahu kau. Datang tau. Aku tunggu. Pukul 10.” Kata Doojoon.
“Yelah.” Balas Soeys malas.
“Jangan lambat. Lambat siap kau!” pesan Doojoon
Doojoon mematikan talian.
Soeys melihat jam di telefonnya. Menunjukkan pukul 1 pagi.
“Gila ke? Pukul satu telefon orang.” Rungut Soeys lalu menyambung tidurnya kembali.
To be continued…