Because of You PART 8 (LAST PART)



Doojoon mengumpulkan chingunya baiknya. Termasuk Xiao dan Alia. Dia memberitahu bahawa ada berita yang sangat penting yang hendak diberitahunya.
Dari jauh kelihatan Soeys terkocoh-kocoh berlari mendapatkan mereka semua.


                “Ada apa ni? Pagi2 dah berkumpul macam ni.” Tanya Soeys.


                “Tak tahu Doojoon cakap ada perkara penting.” Jelas Xiao.


Doojoon menarik tangan Soeys dan melatakkan tangannya di atas bahu Soeys.


                “Dengar sini semua. Hari ini saya, Yoon Doo Joon dengan rasminya dah couple dengan Soeys. Harap semua orang tahu.” Luah Doojoon dengan beraninya.


Bulat mata Soeys mendengar kenyataan itu.
               
“What?!” jerit Alia dan Xiao serentak.


Pada masa itu Gikwang, Yoseob, Dongwoon dan Junhyung bertepuk tangan dan bersorak.


Alia dan Xiao turut bersorak sambil menepuk tangan. Soeys masih lagi terpaku dan terpinga-pinga.

                “Jom kita sambut dengan makan di restoran kegemaran Soeys. Aku belanja.” Kata Junhyung.


                “Jom!” Sorak mereka semua.

Doojoon berjalan beriringan dengan Soeys sambil berpegangan tangan. Soeys masih lagi tidak dapat berkata apa-apa. Dia hanya menurut sahaja langkah mereka.

                “Tahniah ye Soeys. Maaflah unnie tak ada hadiah. Kenapa tak bagitahu unnie awal2 yang Soeys dah couple dengan Doojoon.” Tanya Xiao. Alia mengangguk tanda setuju dengan pertanyaan Alia.


                “Bila masa saya couple dengan beruk tu?” tiba-tiba Soeys bersuara.


                “Ala. Tak payah malu lah Soeys. Ok lah tu kau dah couple dengan Doojoon. Tak ada lah aku kesian tengok kau tak ada teman.” Kata Alia lalu menyiku tangan Soeys.


Soeys asyik memandang Doojoon daripada tadi. Entah kenapa dia tidak mahu terlepas melihat gelagat Doojoon dengan kawan2nya.


                “Hahaha. Tahniah ye Doojoon. Tak sangka kau akan couple dengan dia.” Kat Gikwang.


                “Aku harap kau orang tak bergaduh lagi ya.” Sampuk Junhyung pula.

Setelah dua jam mereka berada di situ, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk pulang.


                “Bergembiralah kau orang ye.” Kata Junhyung sambil melambai-lambaikan tangannya.


Alia dan Xiao sudah beredar dengan pasangan masing2.

                “Hei Xiao. Nah.” Kata Dongwoon kepada Xiao. Dongwoon memberi henfonnya kepada Xiao.


                “Er.. apa ni Dongwoon.” Kata Xiao selepas melihat henfon Dongwoon.


Di henfon Dongwoon, Xiao melihat gambar dia dan Dongwoon telah diedit dengan cantik sekali. Dia sungguh terharu apabila membaca tulisan di tepi gambar itu  “You’re My Angle forever, Xiao.” Xiao terus memeluk Dongwoon.

                “Hei Doojoon!” Kata Soeys sambil mencekak kolar baju Doojoon.


                “Apa kau buat ni ha?” Tanya Soeys.


                “Buat apa? Aku kan tenagh minum dengan dia orang tadi.” Doojoon buat2 tidak faham.


Soeys menepuk kepala Doojoon.


                “Jangan buat2 tak faham pulak. Kenapa kau bagitahu dia orang yang kita couple? Aku tak pernah setuju pun nak couple dengan kau. Aku ni memang gila lah!” kata Soeys lalu melepaskan sebiji tumbukan di perut Doojoon. Lalu berpusing untuk beredar.


DooJoon memegang tangan Soeys dan menghalangnya daripada pergi.

                “Ya aku memang gila. Tapi pasal couple dengan kau. Aku serious. Aku tak main2. Aku memang cintakan kau.” Luah Doojoon. Kali ini dia memang lancar meluahkan segala-galanya.


                “Tapi kau menyakitkan hati aku tahu tak.” Kata Soeys. Dia membalas pegangan tangan Doojoon.

                “Kau ni lembablah. Aku selalu sakitkan hati kau. Kacau kau. Tu sebab aku suka kau. Aku tak tahu macam mana nak luahkan dekat kau. Jadi aku buat macam tu supaya kau lebih rapat dengan aku.” Luah Doojoon.


Soeys ketawa.


                “Habis selama ini kau ingat aku tak suka kau kacau aku? Sehari kita tak bergaduh aku rasa hubungan kita semakin jauh. Sebab tu kalau kau tak kacau aku, aku akan kacau kau.” Luah Soeys pula.

                “Jadi aku tak bertepuk sebelah tangan.” Kata Soeys dan Doojoon serentak.


Mereka sama2 ketawa.

                Soeys memeluk erat tubuh Doojoon. Doojoon mengusap rambut Soeys dengan penuh kasih sayang.

Mereka berenam bersorak dan bertepuk tangan.


                “Akhirnya sudu dan garfu bersatu.” Kata Xiao.


Yang lain menganggukkan kepala tanda setuju. Rupanya mereka tidak terus balik. Mereka bersembunyi di sebalik dinding sebuah kedai. Dari situ mereka melihat semua gerak geri Soeys dan Doojoon.

Gikwang mengambil gambar mereka berdua dari pelbagai arah. Memang hobi Gikwang suka mengambil gambar.

                “Dah lah. Jom kita balik. Tak baik mengintip dia orang tu.” Kata Dongwoon.


Gikwang dan Junhyung sudah beredar dengan menaiki motorsikal.


Dongwoon memimpin tangan Xiao dan beredar dari situ.


Alia pula memeluk erat tangan Yoseob. Dan Yoseob membuat bunyi peliknya lagi.


Doojoon dan Soeys duduk di lereng bukit. Menyaksikan matahari terbenam. Soeys melentukkan kepalanya di bahu Doojoon. 
Soeys teringat sesuatu. Dia mengeluarkan gelang yang dijumpainya hari itu lalu ditunjukkan kepada DooJoon. DooJoon terus merampas gelang itu dari Soeys.

“Kat mana kau jumpa?” Tanya DooJoon.


“Kat rumah aku. Aku dah agak. Mesti kau punya kan?” kata Soeys.

“Kau dah baca ke kat belah dalam gelang ni?” Tanya DooJoon.


“Dah. Ada tulis ‘DOO’ je. Tu yang aku agak kau punya.” Jelas Soeys.

DooJoon menggosok dalam gelang itu.


“Tengok ni.” Kata DooJoon lalu menghulurkan gelang itu kepada Soeys.

Mata Soeys bulat setelah membaca apa yang tertuli di situ.


                “DOOSOEYS?” soal Soeys lalu memandang DooJoon.


DooJoon mengambil semula gelang itu lalu disarungkan di tangan Soeys.


                “Ya. Gabungan nama kita berdua.” Kata DooJoon.

Serta-merta Soeys memeluk tubuh DooJoon.


                “Kasahamnida DooJoonie. Sarangheyo.” Ucap Soeys.


                “Cheonmaneyo.” Kata DooJoon sambil membalas pelukan Soeys.

“Hai.. tak sangka saya akan couple dengan monyet kesukaan saya ni.” Kata Doojoon.


“Saya pun tak sangka akan peluk beruk kesayangan saya macam ni.” Kata Soeys pula.


“Ye la kan.. untunglah awak ada beruk macam saya ni.”


“Hahaha.. mengaku pun yang awak tu beruk. Yess!!” kata Soeys.

Dia menepuk hidung Doojoon. Lalu berkata.. “Bingo!” lalu dia berlari daripada Doojoon.
Doojoon bangun dan mengejar Soeys.


                “Oi! Monyet! Perlahanlah sikit lari tu.” Jerit Doojoon.


                “Beruk lembab. Kejar pun tak dapat.” Balas Soeys sambil menjelirkan lidahnya kepada Doojoon.

Begitulah kisah mereka. Lagu Because of You pun berkumandang.

Jokeumsik dakasuhbolgae nul wihae utsuhbolgae~
Baby girl oh my baby girl yeah~
Ahjikeun ahnin chukhaedo uhnjankan utsobolge~
Baby girl oh I know nuhdo nal wonhae~
Doogeun doogeun maeun sulraego~
Jakujaku nuhman saengkakna~
Maleun ahn heado aljeana~
                                                                                                                                                                THE END…
Written by : Soeys Solehah