Spirit of the VILLA ~ CHAPTER 12


Beberapa hari kemudian Sohyun sudah mula sedarkan diri dan dibenarkan pulang ke rumah. Gayoon sungguh berhati-hati menjaga Sohyun di villa. Wooyoung pula walaupun mengambil berat tentang Sohyun namun raut wajahnya sangat muram.

            “Wooyoung, saya minta maaf kalau saya mengusahkan awak,” ucap Sohyun.

            “Tak. Saya yg menyusahkan awk sbnarnye. Xde ape yg perlu dirisaukan. Awk rehat je lah ye,” balas Wooyoung sambil tersenyum hambar. Dy mengusap lembut rambut Sohyun.

            “Tapi muka awak muram, kenapa?” Tanya Sohyun.

            “Saya hanya rindukan Taecyeon dan Junsu.” Jawab Wooyoung jujur.

            “Sudahlah. Yg dah lepas tu biarlah lepas. Jangan dikenang lg,”

            “Tapi cara kematian dorang tu…..” Wooyoung terhenti.

            “Sudahlah Wooyoung,” kata Gayoon sambil menatang 3 biji gelas yg berisi air oren.

            “Saya tau sebab kematian dorang,” kata Junho yg tiba2 muncul di muka pintu villa tu.

Mereka bertiga memandang Junho dengan pandangan yg pelik. Siapa lak mamat ni? Sebelum ni xpernah jumpa lak. Gayoon tiba2 jadi patung lak. Matanya xlepas dari memandang Junho.

            “Mak aii~ Handsomenya mamat ni. Mcm Rain ade gak muka dy ni,” monolog Gayoon sesorang.
Junho juga terpandang Gayoon yg berada bertentangan dengan Sohyun dan Wooyoung.

            “Bidadari mane lak datang dalam villa ni. Haish! Cinta pandang pertama ke ni?” Monolog Junho juga.
Sohyun dan Wooyoung memandang Junho dan Gayoon bergilir-gilir. Apahal lak dorang berdua ni? Tetiba je jadi patung. Sohyun menepuk peha Gayoon dan serta-merta Gayoon sedar dari angan-angannya. Wooyoung pula menegur Junho. Junho tersedar kemudian berdehem berkali-kali.

            “Kau ni siapa? Tetiba je datang. Xbagi salam x bagi apa,” kata Wooyoung.

            “Saya Junho. Saya abang Jihyun,” Junho memperkenalkan dirinya. Mereka bertiga hanya mengangguk. Sebenarnya mereka tak kenal pun siapa Jihyun tu. Nickhun je yg pernah jumpa Jihyun.
Tanpa dipinta, Junho terus bercerita kepada mereka bertiga.

Flashback.. (Time Taecyeon, Junsu ngan Nickhun nak tgk hantu tu..)
            Taecyeon, Junsu dan Nickhun duduk tercongok ditepi villa itu. Tiba2 Nickhun terasa hendak terkucil. Dy mencari-cari di mana tempat yg sesuai untuk melepaskan hajatnya. Dy ternampak satu busut yg agak besar berdekatan pokok renek di situ. Tanpa kisah apa Nickhun terus melangsaikan hutangnya di situ.

Sebelum itu…
Sementara tunggu Junsu dan Nickhun bersiap, Taecyeon duduk di atas busut yg agak besar itu sambil membelek-belek kameranya. Sesekali dy menggoyangkan kakinya dan menghentak busut itu.

Selepas itu..
            Beberapa langkah Junsu berjalan kerana dikejutkan dy terjatuh. Rupa-rupanya dy terlanggar sebuah busut yg agak besar di situ. Junsu memaki hamun busut tersebut kerana menyebabkannya terjatuh.

            “Sebab tu lah dorang kne kacau,” Junho menyimpulkan ceritanya.

            “Tapi siapa yg bunuh dorang? Kejam gila!” Kata Gayoon yg tidak berpuas hati.

            “Adik saya. Jihyun.” Jawapan Junho mengundang kejutan kepada mereka bertiga.

Junho terus bercerita…
            “8 tahun lepas Jihyun meninggal dalam satu kemalangan. Memang saya xdpt terima kematiannya sehingga 5 tahun. Saya berasa begitu sunyi sejak ketiadaannya kerana dy lah satu-satunya keluarga yg saya ada. Tahun kelima kematian dy, saya berjumpa dgn seorang bomoh yg agak terkenal. Saya menceritakan masalah saya kpd bomoh itu. Dy kata dy dpt membantu saya. Dy dpt bantu saya untuk bangunkan balik roh Jihyun dengan syarat saya perlu mencari mayat seorang perempuan untuk digunakan jasadnya. Dengan beraninya saya pergi ke hospital untuk mencari mayat seorang perempuan. Secara kebetulan, saya terjumpa dengan mayat seorang perempuan yg wajahnya mirip wajah Jihyun lalu saya bawa mayat itu berjumpa dengan bomoh itu. Setelah menjalani pelbagai proses, akhirnya roh Jihyun dpt dibangkitkan semula menggunakan jasad perempuan tadi. Saya sungguh gembira. Tapi ada satu lagi syarat yg harus saya patuhi. Saya perlu letakkan sesuatu di bawah busut barulah Jihyun sempurna. Puas saya mencari, akhirnya saya menjumpai sebuah busut di tepi villa ini. Tanpa ragu2, saya terus tanam memandangkan busut itu masih kecil. Sejak itu, saya hidup bahagia kembali dengan Jihyun. Sehinggalah Jihyun jatuh cinta dengan Nickhun tp malangnya Nickhun bersama Jiyoon. kami xboleh nak buat apa. Sebagai abang, saya tidak mahu Jihyun kecewa namun, dy bukanlah manusia biasa. Jauh sekali untuk bercinta dengan manusia.”
Junho berhenti untuk mendapatkan nafasnya.

            “Tapi 2 hari lepas, 3 org kawan awk tu la yg telah mengganggu Jihyun. Jihyun sudah tidak aman tinggal di busut itu lagi. Selepas membunuh mereka semua, dy ingin kembali ke tempat asalnya. Saya tau saya dah tak boleh menghalangnya lg. akhirnya saya lepaskan dy dengan cara tertentu yg telah ditetapkan oleh bomoh tersebut. Saya menyesal kerana saya yg menyebabkan Jihyun tidak aman di dunianya. Saya menyesal kerana terlalu ikutkan perasaan. Akhirnya menyebabkan dy membunuh. Saya minta maaf kepada kamu semua dari pihak Jihyun,” kata Junho bersungguh-sungguh setelah panjang lebar bercerita.
Wooyoung dan Gayoon hanya menelan air liur mendengar cerita Junho. Tetapi tidak Sohyun. Sohyun hanya termenung dengan pandangan yang sayu.

            “Habis Jiyoon siapa yg bunuh? Dy mcm kne santau.” Kata Gayoon.

            “Jihyun yg santau dy. Dy sungguh sakit hati apabila dy cuba hendak merosakkan hubungan Wooyoung dan Sohyun. Dy sungguh pantang klo hubungan yg bahagia tetiba ada org ketiga yg cuba nak hancurkan. Dy masukkan santau, supaya Jiyoon mati secara perlahan dan merasa terseksa.” jawab Junho jujur.

            “Jadi, cerita pasal Chansung xbenarlah ya?” Soal Wooyoung.

            Junho menggeleng. “Chansung bukanlah kekasih Sohyun tetapi Hyuna,” jawab Junho sambil menjeling ke arah Sohyun.

            Sohyun serta-merta berlari ke tingkat atas dan menuju ke bilik utama villa itu. Gayoon, Wooyoung dan Junho cepat2 mengekorinya. Setibanya di bilik, Sohyun mengunci pintu itu dari dalam.

            “Sohyun, bukak pintu ni,” pinta Wooyoung sambil mengetuk pintu.

Sohyun membiarkan saja mereka bertiga menggelabah mengetuk pintu itu. Dy terus membuka almari di tepi katil lalu mengambil gambar seorang perempuan bersama seorang lelaki. Perempuan ini mungkin Hyuna dan lelaki itu mungkin Chansung. Sohyun mengusap wajah Chansung dalam gambar itu.

Flashback
            Wooyoung menerima panggilan dari seseorang. Dengan gelabahnya dy mengangkat panggilan itu.

            “Hyuna ada dengan kami, klo nak dy selamat datang sini seorang diri,” kata suara di sebelah sana. Belum sempat Chansung berkata apa-apa talian telah diputuskan. Chansung segera memandu kereta menuju ke sebuah villa yg terletak di hujung bandar itu. Tapi Junho mengekori kereta Chansung dari belakang.

            “Taeyang ! Keluar!” Laung Chansung dari luar villa itu. kemudian dy masuk dengan segera tanpa menghiraukan anak2 buah Taeyang yg menghalangnya. Dy terus naik dan menuju ke bilik utama villa itu. Apabila Chansung membuka pintu itu, dy terlihat Taeyang sedang menarik rambut Hyuna.
Junho menendang pintu itu dengan sekuat hati dan akhirnya pintu itu rebah. Serta-merta memori itu lesap dari otak Sohyun. Dy mereka Junho, Gayoon dan Wooyoung yg berada di muka pintu. Lalu dy mendekati Junho.

            “Awak tau kes pembunuhan Hyuna?” Soal Sohyun sambil menatap wajah Junho.

            “Saya..” Junho tergagap.

            “Kenapa kau xselamatkan Chansung?!” Tiba2 Sohyun berubah karakter, mukanya penuh bengis. Dy mencekik leher Junho.

            “Hyuna. Maafkan aku. Aku xsempat,” ucap Junho sambil tersekat-sekat. Gayoon dan Wooyoung cuba menarik Sohyun daripada terus mencekik Junho.

            “Sohyun. Berhentilah,” kata Gayoon.

            “Aku bukan Sohyun!” Tengkin Sohyun lalu melepaskan leher Junho dan menepis tangan Wooyoung dan Gayoon. Mereka berdua tercampak ke belakang. Junho pula terbatuk-batuk menarik nafas.

            “Kau lelaki bodoh!” Tengking Sohyun kepada Wooyoung. Jasadnya sudah dirasuk sepenuhnya oleh Hyuna tika itu. Dy berjalan hendak menyerang Wooyoung tetapi sempat dihalang oleh Gayoon. Gayoon memeluknya dengan erat dari belakang yg menyebabkan Sohyun meronta-ronta dengan agresif.

            “Hyuna.. saya berminat nak tahu bagai mana awak boleh terbunuh,” bisik Gayoon ditelinga Sohyun. Kemudian Sohyun berhenti meronta dan terus diam. Air matanya terus mengalir ke pipi. Dy merenung wajahnya di cermin. Muncul imej seorang wanita dengan dahi berlubang di cermin itu. kali ini mukanya sangat sedih, air mata yg berwarna merah mengalir di pipi. Gayoon yg terlihat yg dy sedang memeluk seorang wanita yg mengerikan. Rambutnya panjang mengurai serta bajunya yg sudah lusuh dan terdapat kesan lumpur kering melalui cermin itu. Serta-merta Gayoon menolak Sohyun dan menjauhkan diri daripadanya. Imej wanita itu hanya boleh dilihat melalui cermin saja. Kalau di lihat secara biasa, mereka hanya boleh lihat Sohyun saja.

            “Aku rindukan Chansung,” luah Sohyun atau sebenarnya Hyuna yg bercakap itu.

            “Chansung tidak pernah aman selepas kau terbunuh, Hyuna.” Ucap Junho yg masih lg terduduk.

            “DIAM!!” Tengking Sohyun dengan pandangan matanya yg tajam berbinar. Junho terkulat-kulat selepas dimarahi oleh roh Hyuna.

            “Sohyun..maaf..Hyuna.. apa yg terjadi pada awak sebenarnya? Kenapa sampai awak nak merasuk Sohyun?” Soal Gayoon yg penuh berhati-hati.

            “Dy yg telah membangunkan aku,” ucap Sohyun dengan suara yg agak garau sambil memandang tepat ke arah Gayoon. Gayoon sungguh takut hendak bertentang mata dengan Sohyun lalu mengalihkan pandangannya.

To be continue...


<<---Chapter 11        |        Chapter 13--->>

No comments: