Spirit of the VILLA ~ CHAPTER 13


            “Chansung merupakan rakan kongsi Taeyang dalam satu kongsi gelap. Saya memang tidak suka Chansung bekerja sama dengan Taeyang kerana saya tahu Taeyang memang syaitan bertopengkan manusia. Dy tidak pernah jujur dlm melalukan sesuatu. Suatu hari Taeyang cuba untuk memperkosa saya. Sejak itu Chansung memutuskan persahabatan plastiknya dengan Taeyang. Sebenarnya, dy juga tidak sukakan Taeyang kerana dy selalu kena tipu dgn Taeyang. Satu malam, Chansung telah melarikan saya jauh dari kawasan Taeyang. Tanpa saya ketahui, dy telah melarikan wang Taeyang berjumlah 298,000 won bersamanya.” Sohyun terhenti.

Flashback..
            “Dah 2 bulan kita tinggal kat sini. Mana awak dpt duit ni?” Soal Hyuna.

            “Awak tak perlu tahu. Janji kita bahagia hidup di sini.” Balas Chansung.

            “Berapa lama kita nak tinggal kat sini?”

            “Lepas Taeyang mati, kita bebaslah. Lepas tu saya akan melamar awak jadi isteri saya,” janji Chansung. Hyuna hanya mengangguk lalu merebahkan kepalanya di bahu Chansung.

            “Tapi seminggu kemudian, orang2 Taeyang Berjaya mengesan tempat persembunyian kami. Saya tidak sempat berbuat apa2 lalu mereka menculik saya. Ketika itu Chansung tiada di rumah kerana menguruskan sesuatu. Mereka memaksa saya untuk memberitahu di mana Chansung namun saya berkeras tidak mahu memberitahu mereka.” Sohyun berhenti lagi.

Flashback…
“Hyuna ada dengan kami, klo nak dy selamat datang sini seorang diri,” lalu Taeyang menekan punat off di telefonnya.

            “Lepaskan aku!!” Jerit Hyuna namun tidak jelas kedengaran kerana mulutnya diikat menggunakan kain. Taeyang melangkah mendekati Hyuna.

            “Hyuna sayang.. baik kau bgth kat mana Chansung. Kau senang, aku pun senang,” kata Taeyang dengan lembut penuh kepura-puraan. Hyuna cuba hendak bercakap namun terbatas dek kain yg berada di mulutnya.

            “Alahai, kesian.. nak ckp pun susah.. ish3..” kata Taeyang lalu membuka ikatan di mulut Hyuna.

            “Haa..sekarang ckp dgn jelas, kat mana Chansung kalau nak selamat,” kata Taeyang sambil memegang dagu Hyuna. Hyuna menyentap mukanya.

            “Aku takkan bagitahu!” Tengking Hyuna.

            “Kurang ajar punya perempuan!!” Kata Taeyang lalu menampar pipi Hyuna dengan kuat sehingga mengalirkan darah dari bibirnya.

            Hyuna meludah ke muka Taeyang dengan darah yg mengalir masuk ke dalam mulutnya. Orang2 Taeyang cepat mengacukan pistol di kepala Hyuna.

            “Bangsat!” Maki Taeyang sambil menyapu darah itu dari mukanya. Kemudian dy menuju ke arah Hyuna dan menarik rambutnya dengan kuat.

Tiba-tiba…
“Taeyang ! Keluar!” Laung Chansung dari luar villa itu. kemudian dy masuk dengan segera tanpa menghiraukan anak2 buah Taeyang yg menghalangnya. Dy terus naik dan menuju ke bilik utama villa itu. Apabila Chansung membuka pintu itu, dy terlihat Taeyang sedang menarik rambut Hyuna yg kelihatan sudah sangat lemah itu. Taeyang terpandangkan Chansung yg berada di muka pintu itu lalu bangun.

            “Wow! Hero sudah sampai,” ucap Taeyang sambil menepuk tangan.

            “Apa yg kau buat dekat Hyuna?!” Tengking Chansung.

            “Oh. Xde ape. Cuma bagi spa je kat dy,” kata Taeyang sambil ketawa besar.

            “Lepaskan dy!!” Kata Chansung sambil cuba melangkah namun dy cepat2 dihalang oleh anak buah Taeyang yg mengacukan pistol kepadanya.

            “Tidak semudah itu kawan.hahaha..” suara ketawa Taeyang sungguh menyakitkan hati dan telinga Chansung. Chansung naik berang dan terus membelasah 2 org anak buah Taeyang kemudian merampas pistol salah seorang dari mereka. Kemudian dy mengacukan pistol itu ke arah Taeyang.

            “Lepaskan Hyuna!” Tengking Chansung.

Taeyang menggelabah kemudian menghampiri Hyuna lalu mengeluarkan sebilah pisau lipat. Dy meletakkan pisau itu di leher Hyuna.

            “Letak pistol tu!” Kata Taeyang. Chansung enggan bergerak tetapi terus mengacukan pistol itu ke Taeyang.

            “Aku kata buang!” Jerit Taeyang lalu du menekan pisau itu dileher Hyuna. Hyuna menjerit kerana kesakitan. Darah merah mengalir dari lehernya. Chansung tersentak kerana tak sangka Taeyang berani mencederakan Hyuna.

            “Lepaskan Hyuna! Kalau tak aku tembak kepala kau!!” Jerit Chansung dengan kuat. Air peluh sudah menitik di dahi.

            Junho berlari mendapatkan Chansung setelah menumpaskan beberapa org ank buah Taeyang di situ. Semasa sampai di bilik utama itu, dy lihat Chansung sedang mengacukan pistol ke arah Taeyang dan Hyuna manakala leher Hyuna sudah berdarah dan Taeyang pula masih meletakkan pisau di leher Hyuna.

            Hyuna menjegilkan matanya apabila terlihat Junho di belakang Chansung. Namun dy tak mampu berbuat apa2 kerana takut Taeyang akan perasan. Junho ternampak akan sepucuk pistol di tepi pintu itu lalu mengambilnya dan bersembunyi di sebalik pintu. Apabila tiba masa yg sesuai, Junho menghalakan laras pistol itu tepat di tangan Taeyang kerana tangan kirinya agak jauh dari Hyuna. Tiba-tiba Junho menarik picu pistol dan peluru tepat mengenai tangan Taeyang. Taeyang terundur ke belakang sambil memegang tanggannya yg berdarah itu. Pisau tercampak agak jauh.

            “Cepat lepaskan Hyuna,” arah Junho lalu terus menerpa ke arah Taeyang yg masih menahan kesakitan. Chansung yg agak tepinga-pinga itu menurut saja kata2 Junho dan terus meleraikan ikatan di tangan Hyuna.

            Junho meluru laju ke arah Taeyang namun tiba2 kepalanya diketuk seseorang dari belakang. Dy rebah di situ.

            “Awak okay?” Soal Chansung sebaik saja melepaskan Hyuna. Hyuna terus memeluk Chansung sambil menangis. Chansung membalas pelukannya untuk menenangkannya. Tiba2 dy terlihat pantulan dari cermin di hadapan mereka, seorang lelaki memegang kayu hendak memukul Chansung. Chansung cepat2 meleraikan pelukannya dan menolak Hyuna ke tepi. Dy cuba mengelak dari pukulan itu dan Berjaya. Dy mengambil masa beberapa minit untuk bertarung dengan lelaki itu.

            Mendengar kekecohan yg berlaku, Junho tersedar dari pengsan. Dy memegang kepalanya yg berasa sangat pening dan sakit. Tiba2 dy terpandangkan Taeyang yg masih terduduk di sebelahnya, dy sedang memegang pistol dan mengacukannya tepat kepada Hyuna.

            “Hyuna bahaya!” Jerit Junho sambil sedaya upaya untuk menghalang Taeyang. Tapi…

Bang!! Satu tembakan kedengaran. Semua menjadi diam dan kaku mendengar bunyi tembakan itu. Bidikan Taeyang tepat mengenai dahi Hyuna. Dy terpaku seketika sambil matanya membulat. Darah mengalir dari dahi dan mulutnya. Beberapa saat kemudian dy rebah menyembah bumi.

Chansung POV
Semasa Chansung bertungkus lumus melawan musuhnya, tiba2 dy terdengar Junho menjerit.

“Hyuna bahaya!” dy menendang perut lawannya kemudian menumbuk beberapa kali. Sempat dy menjeling ke arah Hyuna yg kaku seperti patung. Tiba2..

Bang!! Satu tembakan kedengaran. Chansung cepat2 menoleh ke belakang dan mendapati Hyuna sudah terpaku sambil matanya membuntang luas. Cecair merah mengalir dari dahi dan mulutnya. Beberapa saat kemudian Hyuna rebah menyembah bumi.

            “Hyuna!!” Jerit Chansung sambil terus berlari mendapatkan Hyuna yg sedang sudah nyawa2 ikan itu lalu memangkunya.

            “Hyuna!” Kata Chansung lagi sambil air matanya sudah mula mengalir.

            “Chansung, maafkan saya…” ucap Hyuna tersekat-sekat.

            “Saya janji akan kembali!” itu sumpah terakhir Hyuna sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan Chansung. Chansung meraung sekuat hati apabila mendapati Hyuna sudah tidak bernyawa.

            “Taeyang! Tak guna kau!!” Jerit Junho sambil meluru ke arah Taeyang yg sedang tersenyum puas melihat sketsa itu. Junho terus melepaskan beberapa biji tumbukan di muka Taeyang. Hatinya berasa sangat sakit apabila Taeyang sudah membunuh kawan baiknya.

            Perlahan-lahan Chansung menghampiri Junho dan menahannya dari terus dirasuk syaitan.

            “Sudahlah tu.. Jom kita balik,” ucap Chansung yg kelihatan tabah itu.

            “Apa kau cakap?! Lelaki ni pun patut mati!!” Jerit Junho seperti dirasuk.

            “Jangan jadi pembunuh macam dy. Kalau kau bunuh dy, kau pun sama mcm dy,” kata Chansung. 

Serta-merta Junho menghentikan tumbukannya. Ada betulnya juga. Aku tak mahu disamakan dgn binatang seperti dy. Lalu Junho bangun dan memandang Hyuna dengan sayu. Kemudian memandang Junho.

            “Tapi kita nak buat apa dekat mamat ni?” Soal Junho.

            “Kita bawa ke balai polis. Biar dy mati di tali gantung,” kata Chansung. Junho hanya mengangguk.

            “Sejak tu Taeyang meringkuk dlm penjara. Dy hanya dipenjara seumur hidup dan tidak ke tali gantung kerana adiknya, Sandara telah memohon untuk mengurangkan sikit hukuman itu,” Junho berhenti bercerita.

            “Apa jadi kat Chansung sekarang?” Soal Gayoon.

            “Saya mati di sini juga 10 tahun selepas Hyuna mati,” ucap Wooyoung dengan pandangan sayu. Mereka berdua sungguh terkejut kecuali Sohyun.

            “Chansung?!” Soal Junho.

            “Ya.” Wooyoung atau sebenarnya Chansung mengangguk perlahan.

Tiba-tiba Sohyun mengalirkan air matanya dan serta merta memeluk Wooyoung dengan erat sekali.

            “Saya rindukan awak,” ucap Sohyun ataupun sebenarnya Hyuna.

            “Maaf kerana tak dapat melindungi awak. Saya rasa sangat menyesal,” luah Wooyoung.

            “Hyuna. Kenapa awak ganggu kami?” Soal Gayoon.

Sohyun melepaskan pelukannya lalu memandang tepat ke arah Gayoon. Namun Gayoon cepat2 melarikan matanya ke arah lain.

            “Maaf. Tapi awak semua mengganggu saya,” ucap Sohyun dengan perlahan.

            “Maafkan kami.” Kata Gayoon lalu membongkokkan sedikit badannya.

            “Eh, apa jadi dekat Taeyang ha?” Soal Gayoon tiba2.

            “Abang saya jadi gila lepas 5 tahun meringkuk dalam penjara. Dy sering diganggu dan sekarang ni dy berada di hospital gila,” tiba2 seorang perempuan menyampuk, entah macam mana dy boleh berada di situ. Semua mata mamandangnya.

            “Sandara?” kata Junho yg memang mengenali perempuan itu.
Kenapa Sandara tiba2 muncul kat situ? Apakah sumpahan Hyuna akan berakhir dan dy akan hidup aman bersama Chansung di ‘sana’? bagaimana pula dengan kisah cinta Sohyun dan Wooyoung? Nantikan kesudahannya di Spirit of the VILLA Last Chapter.. (akan disiapkan secepat mungkin dan maybe sikit je..keke)
To be continue…


<<---Chapter 12         |        Last Chapter--->>

No comments: