“Sandara?” kata Junho yg memang mengenali perempuan itu. Mata Sohyun dan Wooyoung membulat. Hanya Gayoon saja yg terpinga-pinga masa itu.
“Maafkan saya kerana tiba2 muncul di saat akhir sebab sebelum ni saya tak pernah muncul pun,” ucap Sandara sambil membongkok sedikit.
“Taeyang gila awak cakap?” Soal Junho.
“Ya. Tekanan perasaan membuat dy fikir macam2. Setiap malam dy mimpi buruk. ada org nak bunuh dy lah, ada org nak cincang dy lah. Mcam2. Saya dah tak tahan lg tgk dy mcm tu,” jelas Sandara.
“Padanlah muka dy!” Cemuh Gayoon. Sandara menjegilkan matanya memandang Gayoon yg agak kurang ajar itu. Gayoon cepat2 meminta maaf.
“Paling dy takutkan ialah perempuan yg digambarkan sebagai dahi berlubang dan pakaiannya yg putih itu lusuh. Cecair darah keluar melalui lubang itu. Mata, bibir, pipi dan tangannya terdapat kesan lebam yg teruk. Setiap kali mimpi, abang ckp perempuan itu nak bunuh dy,” Sandara bercerita tanpa dipaksa. Semua mata memandang ke arah Sohyun. Sohyun agak terpinga-pinga.
“Sudahlah Hyuna. Kembali ke tempat asal kau. Tak ada gunanya kau terus ada kat sini dan mengganggu dorang ni,” ucap Sandara sambil terus memandang Hyuna.
“Tapi aku…” Sohyun terhenti.
“Tolonglah maafkan abang aku. Dy dah terima balasannya,” kata Sandara.
“Eh kejap. Macam mana Chansung mati?” Soal Gayoon tiba2. Semua mata memandang ke arahnya.
“Jangan ar pandang camtu. Aku tanye je,” kata Gayoon lagi.
“Tekanan perasaan,” balas Sandara acuh tak acuh. Gayoon hanya mengangguk saja buat2 faham. Dy malas nak bertanya lg kepada orang yg bersikap dingin itu.
“ARGH!!” Tiba2 Sohyun menjerit nyaring dan merempuh semua org yg berada di situ, dy berlari keluar dari villa dan menuju ke belakang villa.
“Hyuna!” Jerit Wooyoung lalu terus berlari untuk mendapatkan Sohyun. Gayoon, Junho dan Sandara turut berlari mengejar mereka. Semasa berlari, tiba2 badan Wooyoung macam disentap. Dy dpt merasakan sesuatu yg keluar dari badannya. Dy jatuh melutut di situ seketika. Dy memandang ke hadapan dan dapat melihat Sohyun sedang berlari menuju ke gaung di belakang villa itu.
“Sohyun nanti!” Jerit Wooyoung lalu segera bangun untuk mengejar Sohyun.
Tapi Sohyun terus berlari tanpa mempedulikan sesiapa pun. Akhirnya dy tiba ditebing. Dy terhenti, tapi nampaknya seperti ada sesuatu yg menolak dan dy tidak dapat mengawal dirinya lalu jatuh ke dalam gaung itu.
“Sohyun ah!!” Jerit Wooyoung sambil terus berlari. Dy terus menuruni gaung itu untuk mencari Sohyun. Seketika kemudian dy terlihat Sohyun sedang terbaring dengan kepalanya berdarah dengan banyak.
“Sohyun ah!!” Jerit Wooyoung. Dy seperti baru sedar dari tidur. Dy terduduk dan memandang sekelilingnya. Suasana yg agak asing baginya. Semuanya putih.
“Aku kat mana ni? Aku dah mati ke?” Soal Wooyoung. Kemudian dy memandang ke atas dan terlihat sebuah kipas syiling sedang ligat berpusing di atas kepalanya. Dy menarik nafas lega. “Nasib baik.” Kemudian dy terlihat beberapa wayar yg sedang melilit tangan kiri dan tangan kanannya. Kepalanya berbalut. Begitu juga dengan kaki kirinya. Dy juga mendapati dy berada di atas katil. Dan disebelahnya terdapat sebuah tv kecil yg menunjukkan radar denyutan nadinya. Wooyoung cuba memulihkan ingatannya.
“Aku kat….err…ni kan hospital!” Kata Wooyoung.
Tiba-tiba pintu wad itu dibuka seseorang. Dan orang itu ialah Sohyun. Wooyoung cepat2 mahu bangun dari katil itu namun Sohyun lebih pantas untuk menghalangnya. Apabila Sohyun berada di sebelahnya, Wooyoung terus memeluk Sohyun dengan erat sekali.
“Akhirnya awak sedar jugak Wooyoung,” ucap Sohyun sambil mengalirkan air matanya.
“Apa yg terjadi pada saya?” Soal Wooyoung selepas melepaskan pelukannya.
“Awak semua excident,” kata seorang doctor yg merawat Wooyoung. Wooyoung memandang doctor itu dan dy sungguh terperanjat apabila melihat wajahnya.
“Awak Sandara?!”
“Mana awak tahu nama saya?” Doktor itu agak pelik apabila Wooyoung mengenalinya padahal Wooyoung sudah lama tidak sedarkan diri.
“Awak ni adik Taeyang kan?!”
“Ma-mana a-awak tahu nama abang saya?” Soal Sandara semakin pelik.
“Kenapa dengan awak ni Wooyoung?” Tanya Sohyun.
“Sohyun, saya pernah jumpa dy ni. Dy adik Taeyang. Taeyang yg bunuh Hyuna. Lepas tu Chansung mati. Tapi roh mereka macam tak aman,” jelas Wooyoung kpd Sohyun. Kemudian Sohyun memandang Dr. Sandara.
“Ma-macam ma-mana awak tahu semua ni?” Tanya Dr. Sandara. Rasa peliknya semakin menjadi2.
“Sohyun, kat villa tu lah semua kawan2 kita mati. Semua angkara Jiyoon,” kata Wooyoung lagi.
“Villa?”
“Ya. Villa. Villa yg kat hujung bandar tu yg kat bukit tu.”
“Oh jadi selama awak xsedarkan diri ni awak berada kat villa tu lah ye,” ucap Sohyun membuatkan Wooyoung pelik.
“Apa maksud awak Sohyun?”
“Wooyoung, kita tak sempat nak pergi kat villa tu lah,” kata Sohyun.
Flashback…
Mereka berlima menaiki sebuah teksi untuk sampai villa di hujung bandar itu. Tiba diselekoh tajam kawasan bukit itu, tiba2 sebuah traler keluar dari selekoh sebelah lagi. Pemandu teksi dan pemandu treler itu tidak dapat mengawal kenderaan mereka akhirnya mereka merempuh satu sama lain. Teksi itu tercampak ke dalam gaung yg sedalam 5 meter itu.
Wooyoung POV
Apabila kereta merempuh treler itu, Wooyoung sempat memeluk Sohyun unuk menyelamatkannya. Akhirnya dy tidak sedarkan diri.
Apabila kereta merempuh treler itu, Wooyoung sempat memeluk Sohyun unuk menyelamatkannya. Akhirnya dy tidak sedarkan diri.
Beberapa minit kemudian dy tersedar dan mendapati Sohyun masih lagi dalam dakapannya tidak sedarkan diri. dy melihat sekeliling, Taecyeon, Junsu dan Gayoon sedang terbaring tidak sedarkan diri. keadaan mereka sangat teruk. Wooyoung berasa kepalanya sangat sakit dan cecair merah mengalir dari kepalanya. Kemudian dy terus xsedarkan diri.
“Jadi, kita semua accident masa nak g villa tu lah?” Sohyun hanya mengangguk. Wooyoung termenung sekejap kemudian dy merenung mata Sohyun sambil memegang bahunya.
“Taecyeon dan Junsu macam mana? Dorang selamat ke?” Saat itu lagi sekali air mata Sohyun jatuh ke pipi. Dy kemudian menangis teresak-esak.
“2 orang kawan awak tu tak dapat diselamatkan. Kami dah sedaya upaya menyelamatkan nyawa mereka namun nyawa mereka tak panjang kerana mereka mengalami pendarahan yg teruk di kepala dan anggota lain. Maafkan kami,” ucap Dr. Sandara.
Apabila mendengar penerangan Dr. Sandara itu, nafas Wooyoung bagaikan terhenti seketika. Tak sangka dy kehilangan 2 orang kawan baiknya serentak.
“Habis. Apa jadi kat Jiyoon ngan Nickhun? Jihyun? Junho?” Wooyoung terus bertanya.
“Jiyoon dan Nickhun pun meninggal. Rupanya mereka mengekori kita dari belakang hari tu sebab mereka nak tumpang sekali kat villa yg kita akan duduk tu. Siapa Jihyun ngan Junho?”
“Jap. Awak ada sebut nama Hyuna, Chansung, Taeyang, Jihyun dan Junho. Awak jumpa mereka? Kat mana?” Soal Dr. Sandara sambil memandang tepat ke muka Wooyoung.
“Villa hujung bandar tu lah. Kat bukit tu. tempat di mana kejadian pembunuhan 20 tahun berlaku,” jelas Wooyoung.
“Mesti awak dah tahu segala-galanya kan? Tak pe lah, awak berehatlah dulu. Saya minta diri,” kata Dr. Sandara lalu berlalu pergi.
“Nanti dulu doctor!” Wooyoung memanggil. “Doktor tahu ke tentang kes tu?”
Dr. Sandara berhenti untuk mendengar soalan Wooyoung. Lalu tanpa sepatah kata, Dr. Sandara teruskan jalannya.
“Nanti dulu doctor! Berhenti!” Jerit Wooyoung sambil dy sedaya upaya untuk bangun dari katil itu bagi mendapatkan Dr. Sandara. Sohyun terus berlari mendapatkan Dr. Sandara.
“Tolonglah doctor,” ucap Sohyun. Setelah dipujuk, akhirnya Dr. Sandara kembali ke sisi katil Wooyoung. Barulah Wooyoung berasa tenang sikit.
“Sebenarnya, sejak Hyuna mati di villa itu, roh tidak aman dan mula mengacau di kawasan yg berdekatan dengan villa itu. habis semua org yg melalui kawasan itu diganggu. Abang saya yg meringkuk dalam penjara itu pun diganggunya kerana hendak membalas dendam. Malangnya roh tidak boleh membunuh maka dy menganggu abang saya sehingga Taeyang tertekan dan akhirnya menjadi gila dan terpaksa ditempatkan di hospital gila. Kejadian ittu berlarutan sehingga 10 tahun. Selepas 10 tahun, Chansung pula mati kerana dy terlebih dos. Rupanya setelah Hyuna dan Junho mati dalam kejadian itu, hidupnya tidak tentu arah. Akhirnya dy memilih untuk menyuntik dadah dalam badannya bagi menghilangkan rasa stress. Selepas Chansung mati, sert-merta roh Hyuna yg mengganggu itu lesap. Aman. Tiada lagi berita mendakwa diganggu oleh roh Hyuna lagi,” terang Dr. Sandara dengan tenang.
“Awak cakap yg Junho pun mati?”
“Ya. Dy pun mati semasa hendak menyelamatkan Hyuna. Dy ditembak oleh a-abang saya juga,” jelas Dr. Sandara.
“Habis siapa yg cerita kat kami tentang semua ni kalau bukan Junho? Roh dy ke?” Wooyoung berbisik sendiri.
“Gayoon mana?” Soal Wooyoung tiba2.
“Gayoon masih lagi dalam wad. Dy masih tidak boleh bergerak sangat sebab dy baru je sedar dari koma bulan lepas.” balas Gayoon. Wooyoung hanya mengangguk.
“Berapa lama saya tak sedarkan diri ni?”
“11 bulan lebih,” balas Sohyun sambil menggenggam erat tangan Wooyoung. Lamanya. Fikir Wooyoung.
“Jadi semua yg saya alami itu adalah mimpi?” Soal Wooyoung. Sohyun dan Dr. Sandara hanya memandang sahaja Wooyoung membebel seorang diri.
“Ia bukan mimpi Wooyoung,” Tiba2 Wooyoung terdengar suara seorang perempuan bergema. Dy tercari-cari arah mana suara itu datang dan akhirnya dy terpandang cermin tingkap hospital itu. Kelibat 2 orang manusia. Seorang lelaki dan seorang perempuan.
“Hyuna dan Chansung?” Sohyun dan Dr. Sandara yang mendengar Wooyoung menyebut 2 nama itu terus memandangnya kemudian memandang arah yg sama dengan Wooyoung namun tidak dapat melihat apa2.
“Maaf kerana menyusahkan awak. Kami Cuma hendak meminta tolong dari awak sahaja,” ucap Hyuna. Chansung masih kekal berdiri disebelah Hyuna.
“Minta tolong apa?”
“Tolong semadikan kami dengan betul. Mayat saya berada di sebatang pokok di tempi villa itu dan mayat Chansung berada di 2 meter dari tempat saya,” kata Hyuna. Chansung hanya mengangguk.
“Kami tahu yg kamu saja yg boleh tolong kami sebab kamu telah nampak kami di dalam gaung hari itu. dan saya percaya awak adalah orang yg baik. Sebab itu saya tidak teragak-agak mahu membawa awak ke tempat kami dan menceritakan semuanya kepada awak,” ucap Chansung.
“Aku pernah nampak mereka?” Wooyoung cuba mencari ingatannya. Ya. Baru dy teringat. Semasa dy tersedar seketika, dy perasan yg ada kelibat dua orang manusia berdiri dan mereungnya. Tapi pandangannya samar-samar kemudian dy tak sedarkan diri.
“Kami berharap kepada awak Wooyoung,” ucap Hyuna dan Chansung serentak lalu mengilangkan dirinya.
2 minggu kemudian…
Wooyoung dibenarkan keluar dari hospital begitu juga dengan Gayoon minggu lalu. Baru hari ini dy mengumpulkan segala kekuatannya untuk pergi ke villa itu. Dy sudah menceritakan segala-galanya kepada Gayoon, Sohyun dan Dr. Sandara. Dan Dr. Sandara bersetuju untuk membantunya. Mereka berempat bergerak ke villa itu dengan penuh keberanian. Mereka menuju ke arah sebatang pokok besar di tepi villa itu. Wooyoung mengumpulkan segala kudratnya untuk menggali kawasan itu. Beberapa minit menggali, Wooyoung terjumpa beberapa ketul tulang dan tengkorak. Dy yakin yg itu adalah rangka Hyuna.
Kemudian mereka beralih pula 2 meter dari tempat itu. Wooyoung melakukan perkara yg sama. Beberapa minit kemudiann dy ternampak beberapa ketul tulang. Dy mengambilnya dan mengisinya di dalam plastic yg sudah sedia dibawanya.
Mereka selesai mengebumikan rangka Hyuna dan Chansung dengan bantuan beberapa penduduk di kawasan itu. akhirnya roh Hyuna dan roh Chansung dapat bersemadi dengan sempurna. Dan harapnya mereka akan aman di sana.
“Terima kasih kerana menjumpai rangka ini. Rupanya inilah puncanya kawasan ani menjadi keras dan sering diganggu,” ucap salah seorang daripada orang yg membantu mereka itu.
“Nanti kami akan bersihkan villa itu dan menjaganya dengan baik. Tapi kami tidak akan menyewakannya kepada sesiapa pun,” ucapnya lagi. Wooyoung hanya mengangguk saja mendengar lelaki itu bercakap.
Wooyoung, Gayoon, Sohyun dan Dr. Sandara memandang ke arah villa itu sambil tersenyum
“Terima kasih kamu semua,” satu suara yg agak sayup kedengaran. Mereka melihat Hyuna dan Chansung sedang memandang mereka sambil tersenyum. Kemudian mereka menghilangkan diri.
Sohyun memeluk Wooyoung dengan erat. Rupanya Wooyoung telah merungkaikan satu misteri yg sudah 20 tahun terkubur. Dy juga terasa bangga dengan Wooyoung.
“Eh, Dr. Sandara mana?” Soal Gayoon tiba2. Wooyoung dan Sohyun terpinga-pinga mencari Dr. Sandara namun tidak kelihatan.
“Mungkin dy dah balik kot. Jomlah kita balik,” ajak Wooyoung lalu berjalan beriringan dengan Sohyun. Gayoon mengekori mereka dari belakang.
Tiba2 Gayoon ternampak satu batu nisan dekat kawasan perkuburan itu. Gayoon menggosokkan matanya berkali-kali seperti tidak percaya. Batu nisan itu jelas tertera nama ‘Park Sandara’. Er.. orang lain kot. Biarlah. Ucap Gayoon dalam hati kemudian cepat2 mengekori Wooyoung dan Sohyun dari belakang.
No comments:
Post a Comment