Spirit of the VILLA ~ CHAPTER 3


Junsu terus berlari. Org pertama yg dia nampak ialah Gayoon yg agak blur yg berdiri dihadapan mereka bertiga. Junsu terus memeluk Gayoon dan bersembunyi dibelakangnya.

            “Woi! Ko ni pesal ha?!” Tengking Gayoon. Muka Gayoon berubah menjadi merah padam kerana malu Taecyeon, Wooyoung dan Sohyun melihat Junsu memeluknya.

            “Tolong aku weyh. Sembunyikan aku,” rayu Junsu dengan gementar dan terus memeluk Gayoon dr belakang.

Tiba2 mereka ternampak seorang pak cik penjual di café mereka sedang marah2 mencari seseorang. Pak cik itu menuju ke ara mereka bertiga dengan muka bengis.

            “Kau orang ada nampak Junsu x? Mana dia?!” Soal pakcik tu dengan marah.

            “Ni ha,” Gayoon memberitahu pak cik tu dan menunjukkan Junsu dibelakangnya.

Apabila ternampak saja Junsu disitu, pak cik tu terus memukul Junsu berkali-kali dengan senduk. Junsu meraung-raung kesakitan. Gayoon memandang Junsu dengan puas hati. ‘Padan muka kau.’

            “Eh2, ahjussi. Kenapa ni?” Soal Wooyoung sambil menghalang pak cik itu. Taecyeon pula memeluk pakcik itu dan menghalangnya daripada terus memukul Junsu.

            “Ahjussi, sabar2. Cube cerita kat kami Junsu buat apa kat ahjussi.” Kata Taecyeon dr belakang.

            “Budak ni. Dah makan xtau nak bayar. Ingat café ak tu ape, makan nak free je,” luah pak cik.

            “Ala ahjussi, duit saye hilanglah, esok saye bayar lah,” Junsu mempertahankan diri.

            “Hish budak ni!” pak cik itu bergerak mahu memukul Junsu lagi tetapi dihalang oleh Taecyeon.

            “Ko ni pesal makan xnak bayar ha?!” Marah Wooyoung.

            “Kan aku kata, duit ak hilang,”

            “Kalau duit hilang cakaplah. Kenapa nak lari macam pencuri?” Marah Pakcik itu lg dan memberontak untuk dilepaskan. Taecyeon tidak mahu melepaskan pakcik itu takut dy akan memukul Junsu lg.

            “Berapa harganya?” Tanya Sohyun.

            “4000 won.” Balas pakcik itu.

Sohyun mengeluarkan dompetnya dan mengeluarkan beberapa not kertas berjumlah 4000 won kepada pak cik itu. Selepas mengambil duit tu drpd Sohyun, pakcik itu meronta untuk dilepaskan. Taecyeon terpaksa juga melepaskan pak cik.

            “Terima kasih ye Sohyun,” ucap pakcik itu kpd Sohyun. Sohyun hanye mengangguk. Pakcik itu menuju ke arah Junsu dan menyepak punggung Junsu. Kemudian dy berlalu. Selepas pakcik itu pergi, 
Wooyoung membantu Junsu untuk bangun dan membawanya menuju ke arah sebuah pondok.

            “Ko kenapa bayarkan untuk dy? Lain kali biar je dy kene pukul ngan ahjussi tu,” marah Gayoon kepada Sohyun.

            “Tak baiklah awak ni. Dy kan kawan kita, apa salahnya saya bayarkan untuk dy. Tp sekali je la, lain kali xde dah. Jangan risau..hehehe,” ucap Sohyun lalu memeluk pinggang Gayoon.

Dorm asrama – kira2 pukul 1.45 pgi
Mereka semua dikejutkan dengan bunyi alarm kecemasan yg dibunyikan beberapa minit lalu. Ramai pelajar yg sudah berpusu-pusu keluar menyelamatkan diri. Sohyun terhidu bau asap yg sangat kuat lalu dy pantas mengejutkan Gayoon yg masih tidur. Entah kenapa kali ni senang pula nak kejutkan Gayoon. Gayoon masih terpisat-pisat mamai.

            “Cepat ambil barang2 yg penting,” arah Sohyun dgn cemas.

            “Kenapa ni?” Soal Gayoon lalu dy terbau asap tebal dan menutup hidungnya.

“Asrama terbakar! Asrama terbakar!” Jerit beberapa pelajar yg berlari menyelamatkan diri. Barulah Gayoon faham kenapa suasana pg itu kecoh. Rupa-rupanya asrama mereka sudah terbakar dan api sangat marak. Dy cepat2 mengambil beberapa helai pakaiannya dan beberapa benda penting lg dan cepat2 keluar dengan Sohyun.

            Semasa mereka keluar, ahli bomba sudah pun sampai untuk memadam kebakaran. Ramai pelajar berkumpul di hadapan asrama itu. ada yg menangis ada yg risau dan macam2 lg reaksi muka mereka. Gayoon dan Sohyun menuju ke arah Taecyeon, Wooyoung dan Junsu.

            “Awak okey?” Soal Wooyoung sambil membelek-belek muka Sohyun. Sohyun hanye mengangguk dan memeluk tubuh Wooyoung dan memandang asrama mereka yg sedang terbakar.

            “Kau okey ke?” Soal Junsu kepada Gayoon.

            “Ak okey je,” balas Gayoon endah tak endah. Junsu hanya mengangguk dengan kecewa. ‘Ingatkan dy nak peluk ak camne Sohyun peluk Wooyoung. Berkecai harapanku,’ bisik Junsu sendirian.

*****
Harini kelas dibatalkan kerana pensyarah2 sibuk menguruskan kebakaran itu. lagipun tak boleh nak buat apa, semuanya dah terbakar. Kebakaran dapat dipadamkan kira2 pukul 4 pg td. Kebakarannya agak besar sebab tu susah sikit nak padamkan. Punca kebakaran masih lg dalam siasatan. Pukul 8 pg semua pelajar asrama dikumpulkan di satu tempat. Pengetua university itu meminta maaf byk2. Mereka terpaksa mencari rumah sewa sementara pihak university menguruskan asrama tersebut. Ramai pelajar yg merungut mendengar keterangan tersebut termasuklah Jiyoon, Junsu, Nickhun, Wooyoung, Sohyun, Gayoon, Taecyeon dan Junsu. Di manakah mereka nak tinggal sementara ni? Dah lah peperiksaan penggal dah dekat. Runsing mereka memikirkan hal itu.

Wooyoung, Sohyun, Gayoon, Taecyeon dan Junsu membawa barang2 yg sempat diselamatkan pergi dari university tersebut. Mereka terpaksa mencari tempat tinggal hari ni juga. Mereka mengambil teksi untuk mencari.

            “Weyh, kita tinggal kat hotel je la,” cadang Junsu.

            “Hotak kau lah! Mana nak dapat duit? Mahal tau x. dah lah makan pon xmampu nak bayar ni nak duk kat hotel,” rungut Gayoon. Junsu hanye mendiamkan dirinya.

Semasa melalui beberapa kawasan yg agak dalam hutan, Sohyun terpandang akan sebuah villa di atas bukit. Villa itu nampak cantik dan Sohyun tertarik kepada villa itu. Gayoon juga perasan akan villa itu dan nampaknya Sohyun juga berminat.

            “Ahjussi2! Berhenti. Kita berhenti kat sini sajalah,” arah Taecyeon. Serta-merta teksi tersebut berhenti. Mereka semua keluar dan Taecyeon membayar tambang teksi itu.

            “Weyh, Taec. Apsal tetiba suruh teksi tu berhenti? Kat mana ni?” Soal Wooyoung.

            “Entah. Tiba2 hati aku suruh berhenti kat sini,” balas Taecyeon.

            “Anak2 ni nak pergi mana?” Soal seorang tua dr belakang mereka. Junsu sungguh terkejut dan memeluk Taecyeon. Mereka semua menoleh ke arah org tua itu.

            “Kami nak cari tempat tinggal. Asrama kami terbakar pg td dan kami dah xde tempat tinggal. Nak balik rumah jauh. Lagipun peperiksaan kami sudah makin dekat.” Entah mengapa mulut Wooyoung lancar je menjelaskan masalah mereka kepada org asing.

            “Ouh. Kat hujung sana ada sebuah villa. Xde org tinggal kat sana. Kamu semua boleh lah tinggal kat situ sementara,” ucap orang tua itu.

            “Oh. Baiklah. Sewa macam mana halmoni? Siapa tuan punya villa tu?” Tanya Taecyeon.

            “Halmoni lah tuan punya villa tu. sewa tak mahal pon. Cuma 12000 won sebulan je,” kata nenek tu.

            “Eh, murah tu!” sampuk Junsu tiba2.

            “Hahahaha..memang murah. Kamu tinggallah dulu kat sana. Nenek tau kamu mesti xde duit sekarang ni. Kalau dah ada duit nnt barulah kamu bayar kat nenek ye,” ucap nenek itu.

            “Baiklah.” Jawab mereka semua. “Kasahamnida, halmoni.”

            “Ye. Ye. Tapi ingat satu perkara. Jangan ‘bangunkan’ semangat villa itu ye,” nenek itu berpesan.

            “Semangat? Semangat apa?” Soal Junsu sambil menggigil.

            “Nenek kata jangan, janganlah! Jgn banyak Tanya,” nenek itu meninggikan suaranya. Mereka berenam hanye mengangguk tanda faham.

            “Jom ar gerak.” Ajak Taecyeon. Mereka semua mengangguk dan memandang villa itu.
Wooyoung menoleh untuk mengajak nenek tersebut menemani mereka. Tetapi bila Wooyoung menoleh, nenek itu sudah tiada.

            “Halmoni? Halmoni?” Panggil Wooyoung sambil tertoleh-toleh mencari nenek tadi tp tiada.

            “Mana lak nenek tu pergi?” Soal Gayoon. Bulu romanya sudah meremang tetapi dy diamkan saja.

            “Weyh, ak xsedap hati lah. Kita cari tempat lainlah,” ucap Junsu sambil terus memeluk tangan Taecyeon.

            “Dah lah. Jgn banyak cakap. Syukurlah kita jumpa villa ni. Murah lak tu. duduk je sampai habis exam. Lepas exam kita blah la,” ucap Wooyoung.

            “Memanglah murah. Kau tau ke sebab apa nenek tu kasi murah je sewa rumah tu? entah-entah….” Gayoon menampar mulut Junsu.

“Mulut jgn celupar ye. Ak terajang ko kang. Dah ar! Jom gerak.” Arah Gayoon.

“Eh, mana Sohyun?” Soal Junsu. Mereka semua berpaling dan mencari Sohyun. Namun Sohyun tiada di pandangan mata mereka.

“Sohyun!” panggil Wooyoung dengan kuat.

“Sohyun! Kau kat mana?” Laung Taecyeon pula.

“Mana Sohyun ni? Patutlah dari td senyap je,” kata Gayoon.

            “Eh, tu bukan Sohyun ke?” Soal Junsu sambil memicingkan anak matanya memandang sesuatu yg jauh.

Mereka semua memandang ke arah yg sama dan ternampak Sohyun sedang berjalan seorang diri menuju ke arah villa itu. Mereka terus memanggil Sohyun namun tiada reaksi dr Sohyun, dy terus berjalan perlahan-lahan menuju ke villa itu.
Apa yg berlaku terhadap Sohyun? Nantikan sambungannya.
To be continue…


<<--- Chapter 2        |       Chapter 4--->>

No comments: