Sohyun merenung villa itu. Ada satu perasaan yg lain meresap ke dalam diri Sohyun. Tiba2 dy menoleh ke sebelah kiri. Dy ternampak akan satu lembaga putih sedang merenungnya dengan tajam di hujung villa itu. entah mengapa kakinya tergerak untuk menghampiri lembaga itu. Gayoon juga perasan akan lembaga itu dan ada sesuatu yg tidak kena dengan Sohyun. Tp dy hanya mendiamkan dirinya. Mulutnya seakan berat untuk berkata-kata.
“Sohyun,” panggil Wooyoung sambil memegang lengan Sohyun. Sohyun terhenti dan terkejut bagaikan baru bangun dari mimpi.
“Wooyoung?” Soal Sohyun sambil memandang sekelilingnya. Dy melihat Gayoon, Junsu dan Taecyeon yg merenungnya dengan pelik.
“Apa dah jadi?” Soal Sohyun lg.
Wooyoung macam teragak-agak hendak memberitahu Sohyun tentang perkara td. Dan terus menarik tangan Sohyun.
“Dah lah. Jom kita masuk. Hari dah nak malam ni,” ajak Wooyoung. Taecyeon mengambil beberapa gambar kawasan itu dan kemudian mengekori Wooyoung.
Gayoon masih lg berdiri tanpa bergerak walau seinci pun. Dy merenung di satu sudut hujung villa itu. Lembaga itu masih lg disitu. Tetapi lembaga itu masih merenung Sohyun dan mungkin tak perasan akan dirinya.
“Kenapa Gayoon?” Soal Junsu yg aneh akan kelakuan Gayoon. Gayoon tersentah dan menoleh ke arah Junsu yg memandangnya.
“Xde pape. Jomlah masuk,” ajak Gayoon. Junsu mendahuluinya namun sentiasa berhati-hati. Gayoon menoleh semula ke tempat td namun lembaga itu sudah tiada.
****
Jihyun dan Junho hanya merenung mereka berlima memasuki villa itu. Tiba2 nenek yg mereka berlima jumpa td muncul di sebelah Jihyun. Jihyun menoleh ke arah nenek itu namun tiada rasa terkejut atau takut, riak wajahnya biasa saja.
“Halmoni. Kenapa benarkan dia orang tinggal dekat villa tu?” Soal Jihyun dengan nada tiada puas hati.
“Mereka dalam kesusahan. Biarlah mereka tinggal buat sementara..ehehehe..” Nenek itu ketawa mengekek. Kadang2 suara ketawanya agak menyeramkan.
“Tapi halmoni, kalau mereka tinggal di situ mereka akan bertambah susah.” Kata Junho pula.
“Nenek dah pesan kat dorang jangan sampai bangunkan semangat villa itu. dan nampaknya mereka faham. Nak takut apa lg?” Balas nenek itu diselangi dengan tawanya yg menyeramkan.
“Kalau mereka bangunkan juga?” Soal Jihyun.
“Jgn banyak fikir. Kalau mereka bangunkan bermakna mereka yg mulakan dulu. Nenek tak bertanggungjawab.” Kata nenek itu.
“Tapi nek, mereka tak tahu apa2. Janganlah libatkan mereka,” pujuk Junho. Junho memandang nenek itu tetapi nenek itu sudah tiada dari pandangan mata mereka. Junho dan Jihyun mengeluh berat.
“Habis kita nak buat apa ni oppa?” Soal Jihyun.
“Tak ada pilihan, kita kena tinggal kat sini jugaklah nampaknya,” balas Junho yg masih merenung villa itu.
“Andwae! Jihyun tak nak tinggal dalam tu,” bantah Jihyun.
“Hurm..baiklah..tp kita akan datang sini setiap hari. Arrasso?” Balas Junho mengalah. Jihyun hanya mengangguk sambil tersenyum. Kemudian mereka berdua beredar dari situ.
****
“Aigoo~ semua sewa rumah mahal2. Ingat aku ni anak perdana menteri ke?” rungut Jiyoon sambil terus berjalan.
“Hai. Jiyoon. awak xdapat rumah sewa lg ke?” Soal Nickhun tiba2.
“Haihh~ engkau lg!” marah Jiyoon.
“Eehehehe.. salah ke?” kata Nickhun sambil menggaru tengkuknya.
“Eh nanti! Kau tau tak Wooyoung dan lain2 tinggal kat mana?” Soal Jiyoon tiba2. Nickhun mengangkat tangannya sambil tersenyum.
“Tadi saya nampak dy masuk lorong nak ke bukit sana tu. dan dorang xkeluar2 pon. Mungkin ada rumah kat situ,” jawab Nickhun dengan yakin.
“Kalau macam tu tunjuk aku kat mana tempat tu,” ujar Jiyoon sambil menarik tangan Nickhun.
“Ahh.. Jiyoon pegang tangan aku.. bahagianya~” ucap Nickhun dalam hati. Jiyoon perasan akan riak muka Nickhun itu dan serta merta melepaskan tangan Nickhun. Nickhun tersentak dengan tindakan Jiyoon dan berdeham beberapa kali.
“Jomlah saya tunjukkan,” kata Nickhun sambil berjalan di hadapan Jiyoon.
Di Villa…
Mereka berlima melangkah masuk ke dalam villa itu dengan berhati2. Apabila pintu utama villa itu ditolak oleh Wooyoung, ia mengeluarkan bunyi yg berkeriut. Junsu terkejut dengan bunyi itu lantas menyorok di belakang Taecyeon. Taecyeon pula sibuk mengambil beberapa gambar dengan kameranya. Gayoon pula memandang kawasan villa itu dengan muka menyampah.
“Usangnya villa ni,” ujar Wooyoung. Dy menyapu-nyapu sawang yg melekat di rambutnya.
“Hish! Apsal lah kita dapat tempat ni?” rungut Gayoon sambil menyapu sawang yg melekat di sekitar bajunya.
“Villa ni nampaknya menyeramkanlah. Patutlah nenek tu bagi sewa murah je,” kata Junsu yg masih lg berada di belakang Taecyeon.
“Ceit! Mulut jaga sikit!” Marah Taecyeon sambil mengetuk kepala Junsu.
“Walaupun nampak usang tp dekorasi dalamannya cantik. Villa ni nampak luas daripada pandangan luarnya. Perabot tersusun rapi macam ada org yg tinggal kat sini,” ujar Wooyoung yg teruja dengan susunan
perabot villa itu.
Sementara mereka berempat sedang asyik memerhatikan suasana villa itu, perlahan2 Sohyun meninggalkan mereka. Sohyun terus melangkah menaiki tangga villa itu menuju ke tingkat satu. Dy terus melangkah bagaikan dipukau. Akhirnya dy tiba2 di bilik utama villa itu. tanpa berasa was2 dy membuka pintu bilik itu dan pintu itu mengeluarkan bunyi yg berkeriut. Sohyun merenung setiap sudut bilik itu. dekorasi bilik itu ringkas. Hanya terdapat sebuah katil utama, sebuah almari pakaian dan sebuah meja solek serta terdapat lg satu pintu yg menghubungkan ke bilik air. Sohyun terus melangkah menuju ke arah tingkap bilik itu. kain langsirnya sudah using dan reput. Sohyun menyelak langsir itu dan merenung keluar.
“Mana Sohyun?” Soal Gayoon tiba2. Wooyoung, Junsu dan Taecyeon baru tersedar yg Sohyun tiada di sisi mereka kerana asyik memerhati ruang itu.
“Sohyun?” panggil Wooyoung sambil memandang sekeliling rumah itu. Tiba di satu sudut, Wooyoung ternampak akan lembaga seorang perempuan melintasi mereka menuju ke dapur. Wooyoung melangkah menuju ke dapur namun setelah memandang sekeliling ruang dapur itu, tiada siapa pun yg berada di situ. Wooyoung kembali kepada mereka bertiga.
“Jumpa tak?” Tanya Gayoon. Wooyoung hanya menggeleng.
“Weyh Junsu. Kau ni kenapa pula?” Soal Taecyeon sambil menggoncang tubuh Junsu.
“Aku nampak..aku nampak… er…tu…”Junsu cuba memberitahu mereka tentang apa yg dia nampak tetapi dy sangat takut sehingga satu badannya menggigil. “Argh! Aku takut!” Kata Junsu seraya memeluk tubuh Taecyeon.
“Ko ni macam perempuanlah!” Kata Gayoon dengan muka menyampah.
Tiba2 mereka terdengar bunyi ketukan pintu. Wooyoung melangkah hendak membuka pintu tetapi dihalang
oleh Junsu.
“Jebal Wooyoung. Kalau ko sayangkan aku, jangan buka pintu tu,” rayu Junsu sambil memegang tangan Wooyoung.
“Kau ni mengarutlah,” balas Wooyoung dan berkeras pergi membuka pintu.
Apabila pintu dibuka. Wajah Nickhun terpacul dimuka pintu sambil tersengih macam kerang busuk.
“Wooyoung, boleh kami tinggal kat villa ni dengan kau orang?” Soal Nickhun sambil membuat aegyo.
“Kami?” Soal Wooyoung sambil tertoleh-toleh diluar. Kemudian dy nampak Jiyoon yg takut2 disebelah Nickhun. Kemudian Jiyoon menoleh ke arah Wooyoung.
“Tolonglah. Saya xde duit nak bayar sewa rumah. Semuanya mahal2. Nickhun bgth saya yg awak tinggal di sini so ringanlah sikit beban kami,” kata Jiyoon.
“Habis kalau korang tinggal kat sini, kitorang yg kene bayar korang xbayar?” Soal Wooyoung.
“Aniyo! Kita kongsi lah bayar.hehehe..boleh ye.,” pujuk Jiyoon. Wooyooung hanye mengangguk dan mempelawa mereka berdua masuk.
“Apa perempuan ni buat kat sini?” Soal Gayoon apabila ternampak Jiyoon dan Nickhun berjalan menghampiri mereka.
“Mereka akan tinggal dengan kita sekali,” terang Wooyoung. Nickhun tersenyum sambil melambaikan tangannya kepada mereka bertiga.
“What?! Kau gila ke?!” Soal Gayoon dengan marah sekali.
AAAARRRGGHHH!!!!
Tiba2 mereka terdengar satu jeritan dari tingkat atas. Mereka semua terkejut dan memandang ke atas dengan cuak.
“Itu suara Sohyun!” Kata Wooyoung sambil berlari menaiki tangga. Gayoon mengekorinya dari belakang. Junsu dan Taecyeon juga berlari ke arah yg sama. Nickhun turut mengekori mereka dengan meninggalkan Jiyoon. Apabila disedari yg dy ditinggalkan, Jiyoon cepat2 melangkah naik kerana merasakan sesuatu yg tak kena dan badannya berasa seram sejuk.
To be continue…
No comments:
Post a Comment