Spirit of the VILLA ~ CHAPTER 5


            Wooyoung menyerbu masuk ke dalam bilik utama di tingkat dua villa itu. apabila dy membuka pintu, dy ternampak Sohyun sudah terbaring xsedarkan diri di lantai hujung katil bilik itu.

            “Sohyun!” Wooyoung menuju ke arah Sohyun dan memangkunya. Junsu, Taecyeon, Jiyoon, Gayoon dan Nickhun terpaku di muka pintu. Tiba2 satu angin yg sangat kuat berhembus. Nickhun cepat2 berlari menutup tingkap yg terbuka. Gayoon pula berlari menuju ke arah Wooyoung dan Sohyun.

            “Cepat angkat dy kat atas katil,” kata Gayoon. Wooyoung mengangguk seraya mengendong Sohyun dan meletakkannya di atas katil. Mereka semua mengerumuni Sohyun yg tidak sedarkan diri. Jiyoon berdiri agak jauh dr katil tersebut dan membuat muka menyampah.

Beberapa minit kemudian Sohyun tersedar dari pengsan. Dy membuka mata dengan pantas dan bangun dengan keadaan duduk.

            “Sohyun, gwenchana?” Soal Wooyoung. Sohyun memandang Wooyoung kemudian tersenyum.

            “Saya okay. Awak jangan risau,” balas Sohyun sambil tersenyum.

            “Macam mana kau boleh masuk dalam bilik ni?” Tanya Gayoon.

            “Ini kan bilik saya, mestilah saya tau,” balas Sohyun dgn yakin. Semua yg mendengar jawapan dari mulut Sohyun itu terkejut.

            “B-bila masa pulak ni bilik kau?” Soal Junsu yg bersembunyi di belakang Taecyeon.

            “Err..” Sohyun teragak-agak. “Saya nak rehat,” kata Sohyun dan kembali membaringkan dirinya.

            “Dah lah. Kita biarkan Sohyun berehat. Jom cop bilik masing2. Siapa lambat tidur kat ruang tamu!” Kata Taecyeon lalu berlari keluar dari bilik itu.

            “Wohoi! Tunggu!” Jerit Junsu dan Nickhun sambil berlari mendapatkan Taecyeon.

            “Kau ni mmg nak tidur kat ruang tamu eh?” Soal Gayoon dengan nada perli.

            “Apa kau sibuk?” Balas Jiyoon sambil berlalu pergi.

Gayoon melihat Wooyoung yg masih lg merenung Sohyun yg sedang tidur itu. Dy menuju ke arah Wooyoung 
dan menyentuh bahunya.

            “Biarlah Sohyun berehat. Jom ar cari bilik cepat,” kata Gayoon. Wooyoung mengangguk kemudian bergerak mengekori Gayoon. Semasa menoleh ke arah Sohyun, Wooyoung perasan akan bayang2 seseorang sedang perhatikan mereka di sebalik langsir itu. Wooyoung berpatah balik dan menyelak langsir tersebut namun tiada sesiapa pon di situ.

            ‘Perasaan aku je kot.’ Kata Wooyoung dalam hati.

            “Waeyo?” Soal Gayoon. Wooyoung hanye menggeleng dan mengajak Gayoon keluar dan menutup pintu bilik itu.

Apabila terdengar pintu bilik di buka, Sohyun membuka matanya dan tersenyum sinis. Kemudian dy bangun dan menuju ke arah tingkap dan termenung di situ.

            “Akhirnya aku bangun kembali,” ucap Sohyun dengan perlahan.

            “Dan aku pasti xkan lepaskan dy!” kata Sohyun lg kemudian gelak mengilai.

****
            “Ek eleh! Apsal ko sebilik ngan aku?!” Marah Gayoon.

            “Tolong ar kesiankan aku, xkanlah kau nak biarkan aku tidur kat ruang tamu,” kata Jiyon dengan membuat muka simpati.

            “Xde mase aku nak kesiankan kau! Blah ar!” Halau Gayoon.

            “Andwae!” Lawan Jiyoon dan terus berlari dan menghempaskan badannya di atas katil. Gayoon naik berang dan menyerang Jiyoon. dy memukul kepala Jiyoon berkali-kali. Mereka berdua bergelut di atas katil itu. Jiyoon menarik rambut Gayoon dengan kuat.

            Tiba2 Nickhun muncul di muka pintu dan tergamam melihat mereka berdua sedang bergelut.

            “Er.. Berhenti bergaduh!” kata Nickhun. Gayoon dan Jiyoon tidak menghiraukan Nickhun dan terus bergaduh.

            “Sohyun hilang! Tolong berhenti bergaduh! Sohyun hilang!” Jerit Nickhun berkali-kali. Kali ini barulah mereka berhenti dan tercengang.

            “Sohyun hilang?!” Gayoon cepat2 melepaskan diri dari genggaman Jiyoon dan menyisir rambutnya dengan jari dan terus berlari menuju ke bawah. Jiyoon pula tercengang dan sungguh terkejut melihat Nickhun sedang melihatnya dgn muka terkejut.

*****
            Gayoon menuju ke arah Junsu dan Taecyeon yg kebingungan di luar villa itu.

            “Wooyoung mana?” Soal Gayoon apabila mendapati Wooyoung tiada.

            “Wooyoung pergi cari Sohyun,” jawab Taecyeon.

Tanpa berlengah Gayoon berlari keluar dari perkarangan villa tersebut untuk mencari Sohyun dan Wooyoung. Beberapa saat kemudian dy terlihat Wooyoung sedang bermundar-mandir mencari Sohyun.

            “Wooyoung ah!” Panggil Gayoon sambil berlari menuju ke arah Wooyoung. Wooyoung membiarkan saja Gayoon mendekatinya.

            “Sejak bila Sohyun hilang?” Soal Gayoon.

            “Beberapa minit lepas kita tinggalkan dy td, aku masuk balik bilik tu sbb xsedap hati. Bila ak tgk, Sohyun dah xde kat dlm bilik tu,” terang Wooyoung.

            “Dah cari dalam villa tu?” Soal Gayoon lg.

            “Dah. Aku, Taecyeon, Junsu ngan Nickhun dah cari setiap sudut villa tu tp xde,” balas Wooyoung.

Sohyun POV
Sohyun terus melangkah mengikut kata hatinya. Dy terdengar suara kawan2 nya memanggil namanya namun tidak diendahkan. Dy terus melangkah sehingga dy tiba di sebatang pokok besar. Disitu dy merenung pokok itu dengan pandangan kosong.

            “Chansung, mana awak pergi?” kata Sohyun seorang diri. beberapa saat kemudian air matanya mengalir. Yg peliknya air matanya bukan berwarna jernih tetapi berwarna merah seperti darah.

            “Chansung! Kenapa awak tinggalkan saya?!” Amuk Sohyun sambil memukul-mukul batang pokok itu.

****
            “Aduh. Mana dorang pergi ni? Sampai sekarang tak balik lg,” rungut Junsu.

            “Eh, korang ni gay ke?” Soal Jiyoon tiba2.

            “Eh, apsal kau cakap camtu ha?!” Taecyeon naik berang.

            “Dari td aku nampak Junsu asyik peluk tangan kau lah, menyorok belakang kau lah. Mana korang pergi mesti bersama,” balas Jiyoon.

            “Mulut jangan kurang ajar ye kak. Aku campak kau dalam gaung tu baru tau!” Marah Junsu sambil menuding jari ke muka Jiyoon.

            “Hoi! Kau siapa nak tuding jari kat Jiyoon camtu,” marah Nickhun.

            “Kau pulak siapa?” Soal Junsu.

Baru saja Nickhun hendak membalas, mereka ternampak Wooyoung sedang mendukung Sohyun. Taecyeon cepat membuka pintu villa itu seluasnya. Wooyoung dan Gayoon masuk ke dalam villa itu dengan cemas. Gayoon menyuruh Wooyoung meletakkan Sohyun di dalam bilik utama villa itu.

            “Korang jumpa Sohyun kat mana?” Soal Taecyeon.

            “Kitorang jumpa dy terbaring tak sedarkan diri dekat hujung villa ni hamper dengan gaung sana tu,” balas Gayoon.

            “Patutnya tergolek je jatuh dalam gaung tu biar mampus,” kata Jiyoon dengan perlahan tp masih boleh didengari oleh Gayoon.

            “Kau apahal?! Cari gaduh?” Serang Gayoon sambil mencekak leher baju Jiyoon.

            “Eh, dah lah tu,” kata Junsu.

            “Err..” Sohyun menggerakkan jarinya lalu membuka kelopak matanya perlahan-lahan.

            “Sohyun!” kata Wooyoung lalu memegang tangan Sohyun.

            “Oppa? Kita kat mana ni?” Soal Sohyun sambil memegang kepalanya.

            “Kita dekat villa,” Balas Wooyoung. Sohyun seakan pelik dy memegang kepalanya.

            “Xpelah. Kau rehatlah dulu. Nanti kitorang datang balik,” putus Gayoon seraya menolak badan Sohyun dengan perlahan suruh baring.

            “Jomlah. Biarkan Sohyun berehat jap. Aku ade hal nak cakap,” kata Gayoon seraya menarik lengan Wooyoung pergi dari situ. Junsu, Taecyeon, Nickhun dan Jiyoon hanya mengekori mereka. Sohyun berasa pelik dengan gelagat kawan2 nya yg agak pelik itu. dy membiarkan saja mereka dan cuba melelapkan matanya kerana pening. Namun matnya tidak mahu terlelap. Kemudian dy bangun menuju ke arah meja solek dan melihat wajahnya di cermin itu.

            Mulut Sohyun terlopong apabila melihat pantulannya di cermin. Dy mahu menjerit tetapi suaranya seperti tidak mahu keluar. Sohyun mengundur beberapa langkah kebelakang sambil menggeleng.

            “Itu bukan aku!” Jerit Sohyun di dalam hatinya. Sekali lagi dy melihat imej di dalam cermin tersebut. 
Seorang perempuan yg rambutnya panjang mengurai namun tidak terurus. Terdapat satu lubang hitam di dahinya. Beberapa saat kemudian satu cecair pekat berwarna merah mengalir keluar dari lubang tersebut. Matanya yg merah saga dan tajam merenung Sohyun dan tidak beralih walau seinci pun. Bajunya putih namun kotor kerana terkena lumpur yg sudah kering. Tangannya lebam dan dibibirnya juga lebam. Perempuan itu cuba mahu senyum memandang ke arah Sohyun.

            “Tolong jangan kacau aku!” Jerit Sohyun sambil menggeleng.

Perempuan itu masih merenung Sohyun dengan pandangan yg tajam seperti tidak mahu melepaskan Sohyun. Tiba2 badan Sohyun menjadi kejang dan seperti dirasuk. Dy berdiri dan menuju ke arah cermin tersebut dan merenung imej perempuan itu.
Apa yg akan terjadi kepada Sohyun seterusnya?
To be continue…



<<---Chapter 4        |        Chapter 6--->>

No comments: