Jung Sang High School
Semua pelajar berpusu-pusu menuju ke sekolah. Ada yang berjalan kaki, ada yang dihantar oleh ibu bapa, ada yang menaiki basikal dan tidak kurang juga yang menaiki kenderaan sendiri. Loceng pertama persekolan menandakan waktu persekolahan telah berbunyi nyaring. Sebentar lagi pintu pagar akan ditutup oleh pengawas yang bertugas.
Uie mengayuh basikalnya dengan kencang macam ada perlumbaan berbasikal akhir. Nafasnya juga laju macam pelari 300 meter. Beberapa minit kemudian Uie ternampak baying sekolah nya di depan mata.
“Oh. Oh. Jangan tutup lagi!” Kata Uie sambil mempercepatkan kayuhannya apabila terlihat pengawas hendak menutup pintu pagar sekolah. Pengawas itu tidak mengendahkan Uie. Uie semakin dekat dengan sekolah.
“Nanti! Jangan tutup!” Jerit Uie lalu turun dari basikalnya.
Pengawas yang ternampak Uie menghampirinya cepat2 menolak pintu pagar dengan sekuat kudratnya yang ada. akhirnya pintu pagar telah ditutup.
“Tolong lah bukak!” kata Uie sambil menggegar pintu pagar. Namun pengawas itu tidak mengendahkan Uie langsung.
“Woi! Pekak ke?! Aku cakap bukak, bukak lah!” Jerit Uie yang naik berang apabila pengawas itu tidak mengendahkannya.
Tiba2 pengawas itu berhenti melangkah. Dia berpusing kembali. Uie tersenyum puas. Pengawas itu bernama G-Dragon. Ketua pengawas Jung Sang High School. Dia juga ditakuti oleh majority pelajar di sekolah itu dengan ketegasannya yang ditunjukkan sejak masih berada di tahun satu lagi. Sikapnya yang dingin dengan semua orang membuatkan dia tidak ramai kawan. Hanya T.O.P, Taeyang dan Daesung sahaja yang berani berdamping dengannya.
“Tuan G-Dragon. Tolonglah bukak kan pintu pagar ni,” ucap Uie dengan lembut merayu simpati dari G-Dragon.
“Kalau tak nak belajar jangan datang sekolah lagi,” balas G-Dragon lalu berlalu pergi meninggalkan Uie yang terpinga-pinga.
“Aku tak sengaja bangun lambatlah! Cepatlah bukak! Nanti aku kena marah!” Bising Uie sambil menggapai-gapai tangannya. Melihat G-Dragon sudah semakin jauh.
“Urgh~” Uie mengeluh lalu terduduk bersandar di pintu pagar sekolah. Sambil otaknya ligat mencari idea untuk masuk ke dalam dan mengelakkan dikenakan denda.
Tiba2 Uie mendapat sau idea. Dia segera bangun dan menarik basikalnya masuk ke dalam semak yang berhampiran kemudian dia kembali ke pintu pagar. Uie menarik nafas dalam kemudian lepaskan. Uie mengumpul segala kekuatannya. Dengan kekuatan yang terkumpul, Uie menarik skirtnya ke atas, mujur dia ada memakai seluar track di dalam. Uie mula memanjat pagar sekolahnya. Sambil matanya meliar memandang sekeliling untuk memastikan tiada siapa yang melihat perbuatannya itu.
“Hoi! Turun! Nak mati ke?!” Sergah satu suara.
Uie yang terkejut cepat2 memanjat dan melangkah masuk ke dalam. Akibat terlalu terkejut dan nak cepat, kaki Uie tersangkut lalu dia jatuh tergolek di dalam sekolah. Nasib baik tak cedera apa-apa. Cuma luka sedikit je di siku dan lutut.
“Ha~ kan dah jatuh. Bhahaha!!” gelak sekumpulan pelajar lelaki yang mula berkerumun di kawasan pondok. Muka Uie kemerahan menahan malu.
“Argh! Lantak kau orang lah!” jerit Uie dalam hati lalu terus berlari meninggalkan mereka. Sebenarnya budak2 tu rakan sekelasnya. Jadi boleh kamcing ar simpan rahsia dia. Dia orang pon sekepala je dengan Uie.
Dalam kelas.
Kelas sungguh kecoh. Sah2 lah tak ada guru dalam kelas. Kalau guru ada dalam kelas, sah2 lah kelas tu sunyi sepi macam dalam kubur, bboleh dengar bunyi kipas je. Itulah perangai rakan kelas Uie. Sangat baik bila ada cikgu, tapi cikgu tak de mula tumbuh semua ekor ngan tanduk yang ada. Hahaha.
Uie cepat melangkah masuk ke kelas tanpa menghiraukan yang lain-lain bermain sesame sendiri. Dia terus mengambil tempatnya di sebelah Lizzy yang tekun membuat kerja rumah.
“Lizzy, pinjam buku fizik. Nak tengok nota kau.” Kata Uie tetiba-tiba.
“Nenek kau!” Lizzy mengusap dada. “Nasib baik aku tak de sakit jantung tau! Tak bagi salah tak bagi apa terus je mintakk buku fizik.” Marah Lizzy.
“Haih~ jangan nak membebel lah. Cepat lah. Nanti cikgu datang,” kata Uie sambil menadah tangannya.
“Haih~ ye lah.” Lizzy mengeluarkan buku nota Fiziknya dari dalam beg lalu menyerahkannya kepada Uie. Uie tersenyum gembira lalu cepat2 mengeluarkan buku notanya dan mula menyalin nota Lizzy.
“Lizzy, pinjam buku Fizik!” Laung Taefung.
“Dekat aku!” Balas Uie sambil sibuk menyalin.
“Lepas kau, aku lak.” Kata Taefung. Uie hanya mengangguk.
“Lepas Taefung aku tau!” kata Shin pulak.
“Sudah~ bayar lah kalau nak pinjam,” kata Lizzy.
“Alaa. Okeylah. Nanti aku belanja kau bibimbap masa rehat nanti. Nak?” Kata Shin.
“My feveret. Okey2.” Balas Lizzy sambil tersenyum.
“Weyh, aku nak jugak. Tak kan Lizzy sorang je,” kata Uie.
“Kau suruh Taefung belanja. Aku belanja Lizzy je. Lalalala~” balas Shin teru berlalu. Lizzy hanya ketawa mengekek di sebelah Uie. Uie menyucuk pinggang Lizzy menggunakan pen yang dipegangnya. Melompat-lompat Lizzy kegelian.
Rumah Uie
“Saya dah balik.” Laung Uie dari luar rumah sambil membuka kasutnya.
“Unnie!” Panggil Uie apabila mendapati yang kakaknya tiada di depan. Di terus masuk ke rumah dan mencari kakaknya. Apabila melalui dapur, Uie terlihat kelibat seseorang sedang kusyuk memotong sayur. Itulah kakaknya, CL. Uie mendapat satu akal untuk mengenakan CL. Perlahan-lahan Uie melangkah mendekati CL dari belakang dan..
“Unnie!!” Sergah Uie sambil memeluk pinggang CL.
“Ohoi!” CL sungguh terkejut dengan tindakan Uie itu.
“Uie! Boleh tak kalau tak payah kejut kan unnie macam tu? boleh kena sakit jantunglah!” kata CL sambil melepaskan pelukan Uie.
“Alaa~ dah unnie tu tak dengar Uie panggil banyak kali. Kusyuk sangat potong sayur. Mesti tengah berangan pasal Jo Kwon oppa. Hahahaha!” usik Uie.
“Budak ni!” CL mengejar Uie yang sudah berlari menaiki anak tangga sambil ketawa mengekek.
Tiba-tiba loceng pintu berbunyi tanda seseorang datang ke rumah.
“Kan dah datang tu. panjang umur dia.” Usik Uie lagi dari atas.
CL hanya mengeluh sambil menggelengkan kepalanya. Dia memang sudah masak dengan perangai Uie yang suka menyakatnya dari dulu lagi. Namun dia tidak pernah kisah sebab perangai Uie menyerikan lagi rumah banglo setingkat yang hanya didiami mereka berdua. Ibu bapa mereka sekarang berada di UK sedang bekerja. Sangat jarang balik untuk menjenguk mereka berdua kerana sangat sibuk bekerja.
CL membuka pintu dan memang betul sangkaan Uie. Jo Kwon sedang berdiri tegak sambil menghadiahkannya sekuntum senyuman yang manis.
“Hye~” tegur Jo Kwon. “Awak sibuk ke?”
“Err..” CL menyembunyikan senduknya dipegangnya di belakangnya. “Tak pun.”
“Kalau macam tu saya nak ajak awak keluar. Boleh?” Tanya Jo Kwon.
“Sekarang?”
“Tak. Semalam. Baru nak bagitahu hari ni. Keke.”
“Erm.. yelah2. Tunggu jap. Saya nak bersiap. Awak masuk lah dulu.” Pelawa CL.
Jo Kwon mengangguk lalu menanggalkan kasutnya.
CL melangkah ke dapur untuk menyimpan senduk dan menanggalkan apronnya. Lalu naik ke tingkat atas untuk membersihkan diri dan bersiap.
“Ha~ mesti ajak keluar dating.” Sergah Uie tiba-tiba.
“Hoi! Terkejutkan unnie je lah,” marah CL. Uie hanya tergelak.
“Ni Uie nak pergi mana pakai camni?” Soal CL apabila melihat Uie berpakaian kemas.
“Uie nak pergi tengok wayang. Nak tengok Sherlock Holmes 3. Dah keluar tau. Mana boleh lepas,” jawab Uie dengan bersemangat. Uie sangat meminati bidan polis, jenayah dan penyiasatan ni. Cerita Detective Conan lagi lah dia tak pernah miss. Semua dia tengok, movie, OVA, Live action. Semua dia balun.
“Pergi dengan siapa?”
“Siapa lagi kalau bukan kekasih kesayangan Uie tu.”
“Uie ada kekasih? Siapa? Tak pernah bagitahu unnie pon.”
“Laa~ Lizzy lah unnie. Ape lah. Oklah. Gerak dulu. Nanti lambat lak,”
“Erm. Ye lah2. Hati2. Eh. Bawak kunci rumah, unnie nak keluar jugak ni,”
“Okey!” balas Uie sambil membuat tangannya menandakan isyarat ‘ok’.
Semasa menuruni tangga, Uie ternampak Jo Kwon sedang duduk di ruang tamu.
“Laa~ unnie ni. Bukan nak bagi air ke apa. biar je anak orang tu duduk macam tunggul kat situ. Ish3.” Monolog Uie.
“Hye oppa!” sapa Uie.
“Oh Uie. Nak pergi mana?”
“Pergi tengok wayang. Gerak dulu eh. Annyeong.” Kata Uie sambil tergesa-gesa memakai kasut.
Setengah jam kemudian barulah CL turun dengan penuh gayanya.
“Lama tunggu?”
“Tak de lah. Rasanya sempat habiskan kek sebuku kot.”
“Hahaha. Sorry lah. Jom.”
Jo Kwon bangun dan keluar dari rumah. Begitu juga dengan CL. Setelah mengunci pintu, CL dan Jo Kwon pun mula bergerak. Mereka keluar dengan menaiki kereta Jo kwon.