Jung Sang High School
Sudah menjadi kebiasaan Uie sebagai ketua kelas untuk mengambil buku kedatangan kelas di pejabat. Begitu juga dengan pelaja-pelajar lain yang sama tujuan dengannya.
“Hurmm.. kapur~” Uie membelek kotak kapur berbagai warna sambil mencongak-congak sesuatu.
“Cikgu perlu ke kapur ni? Rasanya dah habis kapur kat kelas. Erm. Ambil je lah,” setelah membuat keputusan, dia berpaling untuk kembali ke kelas.
Tiba2 loceng berbunyi menanda waktu kelas hendak bermula. Uie terkocoh-kocoh untuk keluar dari pejabat.
****************
Sebuah kereta Mercedes berhenti di hadapan pintu pagar Jung Sang High School. Seorang pelajar yang segak berpakaian uniform sekolah keluar dari belakang kereta tersebut.
“Balik nanti tunggu ye,” kata seseorang dari dalam kereta.
“Balik tak payah ambil lah. Saya boleh jalan kaki sendiri,” balas pelajar tadi.
“Andwae~” ucap pemandu itu. sambungnya lagi, “Jangan buat hal lagi ye,” Kemudian pemandu itu terus memecut keretanya pergi. Pelajar itu mengeluh dengan tindakan lelaki itu lalu dia terus melangkah masuk ke dalam sekolah.
“Budak baru ke?”
“Tak pernah tengok pon.”
“Handsomenye dia.”
“Coolnya.”
“Muka dia macam Hyunseung dari kumpulan BEAST tu lah.”
“Alahai comelnya~”
Bermacam-macam suara dan kata2 yang dia dengari sejak melangkah masuk ke dalam sekolah itu. Dia hanya mengeluh dan buat tidak endah saja dengan perangai segelintir pelajar itu. yang penting dia perlu cari pejabat untuk mendaftar diri.
“Huhh~ jumpa pun pejabat.” Kata lelaki itu sambil mendongak melihat papan tanda ‘Pejabat’.
Tiba-tiba…
BUKKK!!
Satu perlanggaran yang kuat berlaku. Dua susuk tubuh manusia jatuh terjelopok di hadapan pejabat itu.
“Aduhh~ pening kepala aku.” Uie memegang kepalanya yang pening2 lalat melanggar ‘sesuatu’ yang agak keras dan besar.
Kemudian dia terlihat sesuatu melayang. Jika diperhatikan betul2 bende itu ialah..
Samsung Galaxy SIII!
Beberapa saat di udara, telefon itu terhempas ke tanah. Habis berkecai phone tu. Uie hanya menelan air luir melihat henfon semahal itu berkecai di hadapan matanya. Dah lah nak dapat pun susah sekali tengok berkecai depan mata.
Dia melihat sepasang kaki yang tinggi berjalan menuju ke arah phone tersebut dan mengambilnya.
“Alamak. Mati aku.” Uie cepat2 berpura-pura mengutip semua kapur yang berselerakkan di lantai. Dia juga mengutip buku kawalan kelas lalu cepat2 bangun hendak lari dari lelaki itu.
“Jangan ingat awak boleh lari.” Ucap lelaki itu sambil memegang bahu Uie. Uie terhenti melangkah.
“I’m totally died!” Uie menarik nafasnya panjang2 sambil mengumpul semua kekuatannya untuk berhadapan dengan lelaki itu. Uie berpusing mengadap lelaki itu. apabila berpusing, Samsung Galaxy SIII yang sudah berkecai screennya berada betul2 di muka Uie.
“Tengok apa awak dah buat.” Lelaki itu meninggikan suaranya.
“Saya… Tak sengaja.” Balas Uie.
“Tak sengaja?! Ganti balik!”
“Apa?!” Terbuntang mata Uie. ‘Nak beli pon aku tak mampu ni aku nak ganti.’
“Tak payah buat muka terkejut sangatlah. Awak dah rosakkan, awak kena bertanggungjawab.” Balas lelaki itu dengan muka serius.
“Alamak. Macam mana saya nak ganti? Saya sendiri pon duit cukup2 makan. Saya tak mampu nak ganti. Tolonglah maafkan saya.” Uie merayu sambil membuat muka sedih.
“Tak payah nak buat muka sedih sangatlah. Cerita awak tu tak masuk rancangan Bersamamu pon. Saya nak awak ganti!”
Uie mula naik berang. “Awak kan kaya. Kenapa nak saya ganti pulak? Suruh lah parents awak belikan lagi satu! Saya tak mampulah!” Tengking Uie.
“’Menarik’ jugak budak perempuan ni,” bisik lelaki itu.
Selepas menengking Uie terus berlalu namun belum sempat Uie menjauh, lelaki itu menarik tangan Uie. Uie berhenti tapi tak mampu untuk memandang wajah lelaki itu.
“Saya tak kan biarkan awak terlepas begitu saja. Awak berhutang dengan saya. Semoga kita berjumpa lagi.” Kata2 lelaki itu membuatkan jantung Uie macam nak luruh. Apabila tangannya dilepaskan, Uie terus lari dari situ, tak sanggup dia hendak menatap muka lelaki itu lagi.
Kelas 5KI/2
Uie masuk kelas dengan muka marah dan cuak. Semua yang dia buat semua tak kena.
“Kau ni kenapa?” Soal Lizzy.
“Aku jumpa Big Foot kat pejabat tadi.”
“Apa?! Big Foot dekat pejabat?!” ulang Lizzy dengan suara yang kuat. Satu kelas meandang mereka berdua. Kelas yang riuh rendah tapi terus bertukar menjadi sunyi sepi.
“Eh, tak de pape. Teruskan apa yang korang buat tadi. Abaikan kami,” kata Uie sambil tersengih-sengih.
“Kau ni mulut boleh jangan cakap kuat2 tak?” Marah Uie.
“Maafkan aku. Aku terkejut tadi.”
“Hish~ aku gurau je la. Mana ada Big Foot. Kalau ada pun mesti pengetua dan heboh. Hish~ mudah percaya la kau ni.” Kata Uie sambil menolak kepala Lizzy menggunakan jari.
“Habis tu?”
Uie menceritakan segala-galanya dari A sampai Z tentang kejadian di pejabat tadi. Lizzy sangat kusyuk mendengar cerit Uie.
“Ish3.. teruk tu Uie.” Kata Lizzy sesudah Uie bercerita. Dia menutup mulutnya.
“Touch wood! Aku nak jumpa dia lagi lepas ni.” Kata Uie.
“Kau pecahkan Samsung Galaxy SIII dia?”
“Mahal tu.”
“Macam mana kau nak ganti?”
“Mesti dia cari kau lagi lepas ni.”
Tetiba je ramai suara yang mencelah setelah Uie habis tercerita. Rasanya dia bercerita dekat Lizzy sorang je. Mana datangnya suara tu? Lizzy dan Uie menoleh kebelakang.
“Peace!” kata Shin sambil membuat symbol V . Rupanya satu kelas mereka mendengar cerita Uie tadi. Mereka berkerumun di sekeliling Uie untuk mendengar. Entah macam mana lak Uie dengan Lizzy langsung tak sedar kehadiran mereka semua. Uie hanya menepuk dahinya. Ingatkan nak jadi rahsia mereka berdua je. Sekali jadi rahsia satu kelas.
“Aku mintak korang diamlah. Tolong jangan heboh.” Rayu Uie.
“Haip! Ai ai capten!” kata mereka semua serentak sambil membuat tabik seperti askar. Huhh. Mujurlah Uie ada rakan sekelas yang sekepala dan sporting macam dia orang.
“Oklah. Balik tempat masing2. BIla2 je cikgu boleh masuk.” Semua budak2 kelas Uie kembali membuat hal masing2.
“Habis tu macam mana kau?”
“Argh! Buat tak tau sudah. Aku rasa dia bukan pelajar sekolah ni. Muka dia tak familiar lah. Tak pernah nampak pun muka dia sebelum ni.”
“Entah2 dia budak baru.”
“Kau ni saja nak takutkan aku!” marah Uie.
“Sorry lah beb.” Lizzy hanya ketawa. “Eh2, tengok tu. buah hati pengarang jantung kau lah.” Lizzy menunjukkan seseorang yang berada di luar kelas. Uie cepat2 menoleh dan mendapati seorang lelaki sedang berbual dengan seorang guru. Murid itu ialah Gunwoo. Ye lah. Crush Uie sejak dia berada di tahun 1 lagi.
Beberapa saat kemudian Gunwoo selesai berborak dan mula hendak melangkah pergi.
“Gunwoo. Pandang sini. Pandang sini.” Bisik Uie sambil tersenyum-senyum. Dan secara tiba2 Gunwoo memandang ke arah Uie. Uie terus terpaku dapat bertentangan mata dengan Gunwoo. Gunwoo melangkah menghampiri Uie.
“Gosh~ lajunya jantung aku ni.” Bisik Uie. Memang jantungnya selalu buat kerja part-time kalau ternampak Gunwoo.
Apabila berada beberapa meter dari kelas Uie, Gunwoo menukar arahnya dan terus berlalu.
“Alaa~ bukannya nak singgah sini.” Punah harapan Uie nak tengok Gunwoo masuk ke kelasnya.
“Uish Uie. Dah lah tu. kronik betullah budak ni.” Kata Lizzy sambil menyiku tangan Uie.
“Jangan kacau aku lah.”
“Dia dah blah lah. Kau ni pon.”
“Aihh~ cair aku tengok muka cool dia.” Kata Uie sambil tersenyum meleret.
“Angau teruklah kau ni.” Lizzy membiarkan saja Uie dengan angan-angannya. Jangan melampau sudah.
“Bangun!” jerit penolong ketua kelas apabila Cikgu Kahi melangkah masuk ke dalam kelas. Uie terkejut namun cepat2 kembali kea lam nyata dan terus bangun.
“Selamat pagi cikgu!” kata Uie. Nasib baik dia sempat sedar. Ucapannya itu diikuti 24 orang pelajar yang ada dalam kelas.
“Okey. Duduk.” Serentak itu semua pelajar duduk.
“Hari ni kamu semua akan dapat kawan baru,” ucap Cikgu Kahi. Belum sempat dia menghabiskan kata2nya kelas menjadi riuh rendah kerana semua pelajar mula berbisik sesame sendiri.
“Diam lah woi~ saya tak habis cakap lagi.” Kata Cikgu Kahi. Semua pelajar diam dan menumpukan perhatian kepada Cikgu Kahi.
“Silakan masuk.” Cikgu Kahi memandang keluar dan mempersilakan seseorang masuk.
Seorang pelajar lelaki yang tinggi lampai masuk ke dalam kelas dengan muka selambanya dan berdiri di sebelah Cikgu Kahi.
“Wahh.. handsomenye.” Tapi pelajar itu sudah muak dengan perkataan2 seperti itu. dia cuba mencari sesuatu yang lebih menarik. Matanya melilau keseluruh kelas dan terhenti di satu sudut.
“Alamak!! Mati aku!” Jantung Uie macam nak tercabut bila tengok budak baru tu.
To be continued…
<---Previous Chapter | Next Chapter--->
No comments:
Post a Comment