“Silakan masuk.” Cikgu Kahi memandang keluar dan mempersilakan seseorang masuk.
Seorang pelajar lelaki yang tinggi lampai masuk ke dalam kelas dengan muka selambanya dan berdiri di sebelah Cikgu Kahi.
“Wahh.. handsomenya.” Banyak kata2 yang memuji pelajar baru itu kedengaran. Tapi pelajar tu buat selamba je dengan muka yang tak ada perasaan.
Uie POV
“Silakan masuk.” Cikgu Kahi memandang keluar dan mempersilakan seseorang masuk.
Seorang pelajar lelaki yang tinggi lampai masuk ke dalam kelas dengan muka selambanya dan berdiri di sebelah Cikgu Kahi.
“Semoga kita berjumpa lagi.” Kata2 pelajar lelaki tadi menusuk gegendang telinga Uie.
Mulut Uie ternganga melihat pelajar lelaki itu. ya. Dia pernah berjumpa dengan pelajar itu sebelum ni. Uie tidak menghiraukan Lizzy yang menguis-nguis tangannya untuk melihat kekacakan pelajar itu.
Tiba2 mata pelajar itu tertancap padanya. Bagaikan nak luruh jantung Uie saat matanya bertentangan dengan mata dingin lelaki itu. Serta-merta dia mengambil buku teks dan melindungi wajahnya dari pandangan pelajar itu.
Pelajar baru POV
“Wahh.. handsomenya.” Banyak kata2 yang memuji pelajar baru itu kedengaran. Tapi pelajar tu buat selamba je dengan muka yang tak ada perasaan. Dia memandang sekeliling kelas itu untuk melihat wajah2 yang menjadi rakan sekelasnya nanti. Tiba2 matanya tertancap pada seorang pelajar perempuan yang duduk di bahagian tengah belakang kelas.
Tetapi apabila mata mereka bertentangan, pelajar perempuan itu cepat2 mengambil buku teks dan melindungi wajahnya dengan terketar-ketar. Pelajar itu tersenyum sinis melihat pelajar perempuan yang menggelabah itu.
“Doa saya termakbul.” Bisik pelajar baru itu sambil tersenyum sinis.
“Okey, sila perkenalkan diri dulu.” Ucap Cikgu Kahi dengan selamba tanpa mengetahui permulaan perang sudah berlaku di kelas.
“Nama saya Jang Hyunseung. Pelajar pertukaran dari United Kingdom.” Kata pelajar itu dengan jelas.
“Eh2. Tengok tu. muka Hyunseung dengan Uie nak sama lah. Korang ni adik beradik ke?” Soal Kwanghee. Semua mata menumpu ke arah Uie dan Hyunseung bersilih ganti. Majoritinya mengangguk. Uie sudah mula mengeras.
“Saya tak kenal pun dia,” ucap Hyunseung dengan selamba.
Uie menarik nafas lega disebalik buku teks itu. Namun hatinya tetap tidak sedap.
“Nenek aku cakap, kalau muka nak sama, ada jodoh,” keluar lagi satu suara. Kata2 itu disambut dengan pelbagai bunyi siulan dari pelajar lelaki. Pelajar perempuan hanya mengangguk dan tersenyum sinis memandang Uie dan Hyunseung.
Uie macam nak pengsan dan dan tu jugak bila ada mulut sesat cakap macam tu. Lizzy pula tak habis2 tersenyum-senyum memandang Hyunseung. Nak mengorat lah tu. tapi kisah ape. Uie macam dah tak bernyawa lagi kat tempatnya.
“Okey! Sesi berkenalan dah tamat. Kamu semua boleh berkenalan di luar waktu kelas ye. Hyunseung, sila ambil tempat kamu.” Kata Cikgu Kahi. Pelajar yang bernama Hyunseung itu mengangguk lalu mula berjalan menuju ke sebuah tempat kosong di sebelah Kwanghee. Sebelum sampai ke tempat sebelah Kwanghee, Hyunseung terpaksa lalu di tempat Uie dan Lizzy dulu tapi Hyunseung sengaja hendak berjalan sebelah Uie.
Sampai di meja Uie…
“Hutang awak belum selesai.” Bisik Hyunseung disebelah Uie sambil tersenyum sinis. Kemudian dia terus berlalu mengambil tempatnya.
Jantung Uie masa tu dah macam tak berdegup lagi. Dia menjadi keras seperti patung di sebelah Lizzy.
“Uie.” Panggil Lizzy sambil menyiku tangan Uie.
“Uie ah!” panggil Lizzy lagi apabila tiada respon dari Uie.
“Uie~~~” Kali ini Lizzy mencubit lengan Uie dengan kuat. Uie melompat kerana terkejut. Mujurlah tiada siapa yang perasan.
“Kau dah fall in love dengan Hyunseung ke?” Soal Lizzy seakan merajuk.
“Apa?! Kau nak aku mati?!” soal Uie balik dengan perlahan namun masih boleh didengari oleh Cikgu Kahi.
“Uie! Lizzy! Bercakap apa lagi? Tumpukan perhatian!” laung Cikgu Kahi. Uie dan Lizzy cepat2 membetulkan postur badannya dan mengadap ke hadapan.
Hyunseung hanya memerhati gelagat dan tingkah laku Uie yang baginya sungguh melucukan.
Waktu balik sekolah.
Hyunseung berjalan sambil membelek telefonnya yang sudah berkecai. Mujur screen je yang hancur, tapi nak repair balik memang tak ada harapan dah. Hyunseung menyimpan balik telefon itu ke dalam poket seluarnya.
“Hari pertama yang membosankan,,,.” Keluh Hyunseung sambil mendongak ke langit. Beberapa saat kemudian dia kembali memandang ke hadapan. Apabila dia memandang terus, dia terpandangkan seseorang sedang berjalan seorang diri.
“Budak tu~” Hyunseung mengecilkan matanya untuk memastikan yang dilihatnya betul2 Uie. Setelah pasti, dia tersenyum sinis sambil memandang ke arah Uie.
Uie berjalan dengan selamba macam tak ada apa-apa berlaku. Hari ini dia tidak ditemani Lizzy sebab ayah Lizzy yang ambil sebab nak pergi ke suatu tempat. Jadi Uie hanya berjalan pulang seorang diri.
Tiba-tiba..
“Aduhh~” Uie memegang kepalanya yang terasa sakit. Sebatang ranting kayu jatuh di sisi kakinya. Uie membongkok untuk mengambil ranting itu.
“Siapalah yang baling ni? Nak kena betul.” Rungut Uie sambil mencapai ranting itu. apabila sudah tercapai, Uie ternampak sepasang kaki berdiri di hadapannya. Hatinya mula tak sedap. Dia terus menegakkan badan dan terus memandang dari kaki hingga ke muka dan…
“Argh! Awak ke?!” Uie sangat terkejut macam nampak hantu. Uie menjauhkan dirinya sedikit dari empunya kaki itu.
“Ya. Saya. Kenapa?” Soal Hyunseung sambil tersenyum kambing.
“Nak apa?” Uie dah mula berpeluh.
“Tuntut hutanglah,” balas Hyunseung selamba.
“Saya tak mampu bayar. Saya pun pakai handphone 3 sekupang je,” Uie cuba menipu.
“Awak dah berhutang dengan saya, lepas tu nak menipu saya pulak?”
“Aniya~” Uie menafikannya. ‘Aduh..macam mana aku nak jawab ni?’
“Palli2~” Hyunseung menhulurkan tangannya.
Taefung yang melalui jalan yang berhampiran dengan mereka ternampak Hyunseung sedang menghulurkan tangan kepada Uie dan Uie kelihatan takut sekali. Taefung terus menghampiri mereka.
“Kenapa ni?” Soal Taefung agak busybody.
Uie dan Hyunseung memandang ke arah Taefung serentak. “Huhh.. selamat Taefung datang.” Kata Uie dalam hati.
“Bukan urusan awak,” balas Hyunseung selamba.
“Kerek. Kau nak apa dari Uie?” Soal Taefung.
“Kan saya kata, bukan urusan awak.” Balas Hyunseung.
“Uie. Kenapa ni?” Taefung beralih pula ke Uie. Tapi Uie tak mampu bersuara apabila ditenung oleh Hyunseung yang macam nak menelannya hidup2.
“Kenapa sibuk? Dia ni girlfriend awak ke?” Soal Hyunseung pula.
“Tak de lah. Dia kawan saya je.”
“Dah tu?”
Hyunseung dan Taefung melawan renung antara satu sama lain. Perang dingin melalui mata terjadi antara mereka berdua. Uie pula dah jadi serba salah melihat mereka berdua.
“Uie!” Panggil CL dari dalam kereta. Fuhh.. Lega Uie. Uie hendak memberitahu mereka berdua yang dia nak balik tapi melihat mereka tak berhenti lagi merenung satu sama lain, Uie tak jadi bagitahu, perlahan-lahan dia berganjak menjauhkan diri daripada mereka dan cepat2 masuk ke dalam kereta.
“Dia orang tu kenapa?” Soal CL sambil memuncungkan bibirnya ke arah Hyunseung dan Taefung yang diam seperti patung.
“Biar je lah unnie. Jom balik.” Ujar Uie. CL hanya mengangguk dan menekan pedal minyak. Kereta CL meluncur meninggalkan kawasan sekolah.
Sementara itu, perang dingin antara Hyunseung dan Taefung masih lagi berjalan. Mereka tak sedar yang Uie telah hilang. Tiba-tiba Taefung menamatkan ‘perang dingin’ itu kerana matanya sudah nak berair kena angin. Dia memandang ke arah Uie. Namun kelibat Uie tiada.
“Eh? Mana Uie?” Soal Taefung sambil kepalanya melilau mencari Uie. Begitu juga dengan Hyunseung.
“Hari ni dia terlepas,” bisik Hyunseung kemudian dia berjalan meninggalkan Taefung yang masih mencari Uie macam orang tak betul.
Setelah puas mencari, barulah Taefung ingat yang Uie mungkin dah balik dengan CL. Sia-sia je cari macam orang tak betul. Buat malu diri je. Taefung terus berlalu ke tempat letak kenderaan dan mengambil motorsikalnya.
Hyunseung menunggu di bawah sebuah pokok yang rendang sambil termenung. Beberapa minit kemudian, sebuah kereta hitam muncul di hadapannya. Hyunseung terus membuka pintu kereta dan masuk di tempat duduk hadapan.
“Mianei~ saya terlambat.” Ucap pemandu itu berkali-kali.
“Hmmm..” jawab Hyunseung tanpa memandang ke arah pemandunya itu.
Pemandunya mengeluh lalu terus menekan pedal minyak dan meluncur meninggalkan perkarangan sekolah.
No comments:
Post a Comment